SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Thursday, August 2, 2012

Resipi Ramadan Chef Wan: Urab Nangka dan Tempe

Assalamualaikum

Resepi Ramadhan Chef Wan datang lagi
kali ni Urab Nangka dan Tempe

macam senang plak hidangan nieH...
jom cuba!!
Terima kasih chef wan..sbb bagi resepi yang mudah di masak



Urab Nangka dan Tempe
BAHAN-BAHAN
Minyak kacang60 ml
Santan1 biji, diperah bersama 200 ml air suam
Gula melaka2 sudu besar, diparut
GaramSecukup rasa
Limau nipis1 biji, ambil jusnya
Daun kunyit1 helai, dihiris halus
Nangka muda200 g, didadu dan direbus sehingga lembut bersama air
dan sedikit garam
Tempe3 keping, digoreng dan didadu
Tauhu1 keping, digoreng dan didadu
Kacang panjang8 tangkai, dicelur di dalam air panas selama seminit dan
dihiris halus
Bawang goreng60 g
Kelapa goreng60 g
Nanas¼ biji, didadu kecil

Dikisar halus
Cili merah5 tangkai, dibuang biji
Cili padi6 tangkai
Cekur1 cm
Buah keras4 biji
Serai2 batang
Kunyit hidup2 cm, dikupas
Biji lada hitam1 sudu teh
Udang kering2 sudu besar
Lengkuas1 cm, dikupas
Daun limau purut1 helai
CARA
  • Tumiskan bahan yang telah dikisar sampai rempahnya naik wangi di dalam periuk.Masukkan santan, garam, gula melaka dan masak sehingga kuahnya pekat. Sejukkan sebentar. Di dalam mangkuk, masukkan semula bahan rempah yang telah dimasak itu bersama jus limau nipis, daun kunyit serta semua bahan kerabu. Jika hendak pedas lagi, tambahkan sahaja dengan hirisan cili padi ke dalamnya. Sajikan kerabu ini dengan segera, jika tidak ia akan merosakkan kelazatan resipi ini.

No comments:

Post a Comment

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...