SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Tuesday, June 10, 2014

Jalan-Jalan di Port Dickson lagi...

Assalamualaikum

ini je lah aktiviti untuk cuti sekolah kali ni
tapi bila tengok statistik (waaaaa statistik ok)
usually gi PD mesti dalam 1Q of the year
tapi tahun ni....dah 2Q pulak...tu pun..hujung-hujung 2Q..
tak perlah
asalkan ada masa bersama keluarga...

macam biasa....kalau pegi PD
for sure lah pegi company punya...
murah..selesa....dan ada kolam...
cerita jalan-jalan PD tahun-tahun lepas ada di sini dan sini dan sini... :)
kalau pasal resortnya...di sini..sama je :)

dan pastinya..kalau pegi PD ni
a.k.u akan singgah sini dulu
Nasi Kukus Ayam Panggang Port Dickson..
a.k.u pernah cerita di sini dan di sini juga



kami mmg planned sampai awal kat sini
sbb check-out hari Ahad
tak macam selalu-selalu check out hari Isnin..

jadinya..bila sampai..memanglah nak check-in dan terus terjun tiruk
tapi di sebabkan cuti sekolah kan
tak menang tangan orang nak kemas dulu
jadinya..masa sampai
kami melepak lah tepi pantai yang tak berapa nak bersih dah tu
terlupa pulak nak amik gambar chalet atas air yang sedang dalam pembinaan berdekataan resort kami nieH..
air laut jadi kotor ok...huh





ada macam YB masuk kampung tak?
semenjak-dua menjak ni..Fahim banyakkKkKkkK sangat improve
dan perbuatan seperti di bawah iaitu memegang tangan ke belakang atau memegang tangan ke sisi..
ada dua perlakuan yang sangat baik untuk perkembangan beliau...
(beliau ok)



sebelah malam keesokan harinya
kami ke Medan Ikan Bakar Terapung Fort Supai..
lokasinya di Melaka..

ni sikit info yang a.k.u dapat dari website mereka
dan beberapa gambar menarik kat sini
al maklumlah pegi malam...semuanya suram :)





Restoran Terapung Fort Supai terletak di Kompleks Terapung Fort Supai, Kuala Linggi  Melaka. Dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri Datuk Seet Har Cheow pada Jumaat 12 April 2009.
Kompleks Medan Ikan Bakar Terapung Fort Supai merupakan projek pelancongan yang dilaksanakan selain kemudahan perlancongan di Tanjung Bidara, Pengkalan Balak, Padang Kamunting, Dataran Alor Gajah dan Homestay Seri Tanjung, Masjid Tanah. Ini merupakan projek fasa pertama dan projek fasa kedua akan dilaksanakan kemudian.
Restoran Terapung Fort Supai  telah mula beroperasi pada 29hb April 2009. Di usahakan oleh Puan Aizan Mat Ramli.
Restoran ini menyediakan Ikan Bakar biasa & Sambal Terutub (Resepi Pak Teh) dan Makanan Laut & Thailand. Pembekal ikan adalah dari nelayan-nelayan di sekitar Kuala Linggi. 


di bawah ni business card mereka
kalau korang nak call ke...buat function ke..boleh je call..
di jamin angkat :)
landmark nak cam tempat ni..ada Pondok Polis..dan sebelum masuk ke sini..ada kedai runcit
bagi a.k.u pintu gerbang kat sini sangat tinggi...
dan kalau keluar malam dan baru first time pegi..mungkin terlepas pandang..
kalau rendahkan sikit..or pasang lampu kelap-kelip..mudah sikit nak carik kot..
perjalanan dari sini ke resort kami cuma makan 20-30 minit saja :)





eh lupa..apa kami makan??
Kailan Goreng Ikan Masin, Sotong Goreng Tepung, Ikan Siakap Tiga Rasa, Ikan Pari Bakar dan menu terbaru..."Pepahat" Bercili..
a.k.u tak Fear Factor sangat..so tak delah sentuh pun Pepahat tu..hehehe



keesokan harinya..
lepas check-out
kami terus menuju ke Jom Heboh di PD Waterfront
tak de apa yang de ba boo punnn
biasa-biasa saja
yang paling tak tahan sbb panas lahhh..
huhhhhhh.....
kami cuma beli barang makanan yang di jual merata-rata kat situ...
satu bag RM10 ada....RM5 ada..
a.k.u bukan nak sangat barang-barang tu..nak beg je..hehehhehe....
terok kan..ha ha ha
tapi Ribena tu ok lah
murah sikit di bandingkan dengan harga market..
lagipun a.k.u memang minum kan..so tak membazir
ada Maria Tunku Sabri lagi ok
meriah booth Ribena :)

booth-booth lain a.k.u tak terjah sangat pun...
kecuali booth BANANANA tu..
tapi Alieyah tak moh plak join aktiviti kat situ
puteri lilin sorang ni..tak tahan panas
muncunggggggggggggggg je mulut tu sepanjang jalan
gambar pun semua tak de nak sengih-sengih..
ibu plak yang over kannnn.... 

ok lah..itu saja untuk jalan-jalan cari pasal episod 2Q tahun ini...




2 comments:

  1. rajin nye akak redah jom heboh tu
    saya mmg surrender la dgn panas lit2 nye

    saya suka resort PD.. perjalanan x jauh, pastu tenang jek ada kolam
    mmg kalo nk lepak2 malas nk berjalan bercuti kt PD sgt sesuai

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Syana
      senang pegi dan sangat sangat sesuai.......perjalanan pun tak jauh sangat

      Delete

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...