SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Monday, October 31, 2011

Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?

Assalamualaikum


cuba selami perbualan dua makhluk Allah s.w.t  di bawah
jawapan tersirat..
walaupun soalan agak kasar
tapi jawapan yang diberikan sangat bagus dan cerdik sekali....

macam ada satu cerita lain pasal penampar...
lebih kuranglah cerita cam ni gak...
tapi yang penampar tu...soalan dia Allah tu wujud ke?
tak salah a.k.u lah..

so org tu bg penampar kat dia
dan dia explain kenapa dia tampar org tu..
jawapan dia mmg MENUNJUKKAN ALLAH ITU WUJUD...
korang tahu tak pasal cite nieH??

tak pelah....nanti search ye pasal tu
sila baca perbualan di bawah...



"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"


"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"


"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"


"Allah ada dalam tu?"


"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"


"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."


"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."


"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."


"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."


"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"


"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."


"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."




 

Keputusan Akhir Piala Malaysia Terengganu vs Negeri Sembilan

Assalamualaikum





seperti semua org tahu
skuad Hobin Jang Hobin berjaya mengalahkan Skuad Penyu
dengan jaringan 2 berbalas 1
dalam perlawanan akhir Piala Malaysia hari Sabtu lepas

walaupun a.k.u tak sempat tengok
skor pertama dari Terengganu
tapi skor dari S. Kunanlan mmg betul-betul buat a.k.u terkejot...
bukan a.k.u je terkejut
GK Terengganu pun terkejut...huhuhu

masakan tidak..
termenung dia sekejap lepas wisel penamat di bunyikan....




dan a.k.u dapat rakamkan gambar di bawah
satu yang berbintang kuning....Negeri Sembilan yang seronok kegembiraan
dan satu yang berbintang putih..Terengganu yang kekecewaan...




dah adat bertanding kan..
mesti ada kalah .. dan mesti ada yang menang
mana boleh dua-dua menang kan...
dan Agong kite pun tersenyum lebar bila wisel penamat ditiupkan...
agaknya ape ada dalam fikiran Tuanku....

apa-apa pun
selamat maju jaya untuk kedua pasukan
berjumpa lagi di tahun hadapan..

TAHNIAH pada Hai-O pemenang untuk Man of the Match
dan tak salah a.k.u KL dapat Fair Play? erk...







 

Today Is HIM.....

Assalamualaikum




Happy Birthday my dear...
mmm
anything surprise?
NO..
why?
because last year had done once
but the 'surprise' was returned back to me

so...
HAPPY BIRTHDAY to you dear..

from T.H.R.E.E of us.....
lots of LOVE..



 

Sunday, October 30, 2011

Ramai yang View, tapi.............

Assalamualaikum





.................kurang UNIQUES visitors....
naper yek???

bila kurang VIEWS tinggi plak UNIQUES...
terbalik kot plak.....
mmmmmmm



 

Saturday, October 29, 2011

Jom GANYANG AEDES!!

Assalamualaikum




a.k.u TAK SUKA nyamuk
jadi ape lagi...

JOM GANYANG AEDES!!

haa tau tak ape itu denggi??

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini. Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.


untuk keterangan lanjut

Korang leh melawat kat Info Sihat
bg a.k.u
semua kena bermula dari rumah
pastikan dipersekitaran kite bersih...

jadi..cegah DENGGI, cegah AEDES


 

Friday, October 28, 2011

Birthday Party Plan

Assalamualaikum


Credit:  Books & Comics

birthday Fahim tak lama lagi
ibu dah planned macam-macam
tetiba syok-syok mencari dan mencari
ibu blur.....

mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm....
theme dia sangat senang

tapi bila nak carik ape yang sesuai mengikut theme tu
tak tahu nak buat cam mana..helppppppppppppp

kang takot order kek kuar tema plak

tapi hajat di hati mmg nak buat tema lain
tapi kang buat tema lain
dah lari dari tema tempat hari jadi tu...

acik tak..

kalau kite nak mickey mouse
tapi kat tempat harijadi tu tema dia ultraman??
gulp


 

Kat mana nak repair kasot??

Assalamualaikum

sila baca dan fahami perbualan di bawah ye..


Kawan a.k.u  -   ape projek lunch? aku nak repair kasutlah...kat mana ada ehhhh?
a.k.u jawab   -   nak repair kasut kat kedai kasutlah...takkan kat kedai basikal...ha ha ha


korang rasa ape yang kawan a.k.u tu reply?
huhuhu

kadang-kadang a.k.u suka gak buat lawak bodoh cam ni
walaupun a.k.u tahu
jawapan yang dia nak tu..

"kedai kasut ada kat sogo"

tapi a.k.u lebih suka melawak cam tu
hidup ni bila terlalu serius..
rasa tak meriah
tapi tak semestinya setiap masa kite kena banyak bergurau...

jadi...
ape kata kite pegi lunch skrang? ha ha ha...








 

Jom Tukar Duit Syiling!!

Assalamualaikum

tadi pergi ke Ko-op..
hajat di hati nak bayar tuk parking ku di Sasana sana
tapi alang-alang menyeluk pekasam
tiga benda gak a.k.u selesaikan di sana..

selain parking
misi ku nak tukar duit syiling
alhamdulillah
kami kat sini diberi kemudahan untuk tukar duit syiling

tapi sayangnya
a.k.u tak bawa HP nak snap gambar mesin tu
lain kali a.k.u snap ye
tapi penggunaannya sangat praktikal
cuma letakkan duit syiling
tunggu kejap mesin tu mengira...
pastu tengok lah sama ada
ada tak duit yang tidak diterima
or nak tambah lagi ke....

dan siap!!

amik printed resit
bawak ke kaunter
amik duit..

best kan
semudah 1, 2, 3....






  

Thursday, October 27, 2011

[NUFFNANG] Teatime with Chatime

Assalamualaikum


tadi masa a.k.u log in Nuffnang...
tetiba a.k.u ternampak button seperti di bawah




Chatime Publika ??
apakah itu?
pastu a.k.u terus click icon tuuuu

dia kuar benda nieH




tak paham lagik...
teros click link
Chatime Publica Special

siap nama ko lagi dia print kat situ ok...
bila di baca dan di baca dan di baca
oOoOoooo
rupanya boleh redeem...
buy 2 free 1..

pastu kat dalam link  Teatime with Chatime
para bloggers bleh mencuba nasib untuk menjadi yang bertuah
untuk menjadi tetamu mereka
sangat simple
just taipkan nama, url blog and email address
dan submit..
nanti depa contact korang...

so ape lagi
SILA KLIK TEATIME WITH CHATIME SEKARANG!!




 

Tutup Aurat tetapi Berbogel?

Assalamualaikum



???



 

Tuesday, October 25, 2011

Gambar di tempat kejadian kemalangan Marco Simoncelli di MotoGP

Assalamualaikum

a.k.u tak ikuti sangat MotoGP mahupun F1
tapi suami a.k.u tu pantang a.k.u lepa

mmg akan diterjah ke SPORTS Channel

tapi masa kejadian kemalangan Marco Simoncelli
a.k.u ngan family ada dalam kereta
dari Bukit Rimau ...
(amik gambar ari tu)

so a.k.u pun surflah kat net
nak tengok gambar di tempat kejadian..
dan a.k.u dapt lah gambar macam mana kemalangan berlaku...

bahaya gak kan berlumba ni
walaupun di trek yang betul









 

My Nuffnang Cash Out - RM1 million

Assalamualaikum

mesti korang tak caya kan
RM1 juta ok
korang ada....
saja je simpan..
mmg tunggu sejuta baru nak cash out...
sah org LHDN pun carik a.k.u lepas nieH.....

tapi kannn
a.k.u ada masalah sikit
sebab cash out sejuta kan
masalahnya skrang............................






















tak de ape lagi kan?
enter lagik

















tak de gak?
erk..
ce enter lagik

















































haaaaaaaaaaaaaaaaaa
actually
a.k.u ni cuma BERMIMPI DI SIANG HARI..

gile ko sejota
blog pun cam haper
ada cita-cita nak sejota...
mimpi jelah...
tu pun lom tentu dalam mimpi leh dapat menang sejota...




RM43.30
tu je yang a.k.u ada skrang punnn
ntah bila-bila nak naik pun tak tahu
status baru je tukar ke Glitterati tu
sbb a.k.u bercanggah dengan terma dan syarat dia org
tanya-tanya punya tanya..
baru dapat tukar status dari Biasa ke Glitterati

mana tau lepas ni plak
memang betul dapat RM1 juta kan
rezeki..
mana tau kan..
kalau dah Allah tentukan.... :0

tak salah untuk berangan kan..huhuhu


 

Monday, October 24, 2011

Cerita Hari Ahad pula...

Assalamualaikum





hari Ahad a.k.u ada job amik gambar
kali ni tuk Birthday
a.k.u mmg nak sangat amik gambar for birthday
sbb dah lama gila tak amik gambar yang fun fun..

diberi kepercayaan oleh Watie tuk cover cerita di sebalik birthday party yang sangat meletopss
a.k.u betul-betul teruja dengan preparation
sangat-sangat vogue the vass..

event kat Bukit Rimau
a.k.u ni dah lah tak tahu jalan
dengan konpiden kuar rumah kul 11.30...
takot sesat kan
ikot GPS pun cam tak betul
tu lom lagi ikut map En Adha
hehehe...

tapi bestnya..sampai rumah dekat kul 1 petang
event start kul 2..
ok lah..sampai awal bagos dari sampai lambat kan
cover before the event sikit-sikit
sambil-sambil tunggu Su kannn...

abis amik gambar dalam jam 4.30 cam tu
sampai umah..dekat kul 7 gak

hebatkan
kalah keje kat opis..huhuhu...

so jika tgk gambar di atas..
ape dalam gambaran korang...
mmmmmm
Wati....mmg hang boleh jadi Party Planner..

by the way
Happy Birthday to Baby Hana...


 

Cuti Hari Sabtu yang paling aktif

Assalamualaikum

sangat-sangat aktif
seawal 6.30 pagi sudah bersiap sedia untuk rombongan cik kiah ke Proton COE lagi
dgn harapan sampai sebelom waktu appointment

ye berjaya sampai jam 8.21 pagi
appointment kul 9 pagi

belom jam 9 pagi
kami sudah di panggil untuk menjalani rutin interview biasa
pok pek pok pek...

zassss teros gi cafe...
tunggu punya tunggu
kereta tak masuk gak
tunggu lagik...
mmmm mmg tiada bayangan kereta masuk lagi

bawak anak main-main dulu di 'taman permainan'
dan kemudian
ibu dah tak larat nak menjaga seorang kanak-kanak aktif
yang bertawaf sekeliling 'taman permainan'
dan memohon jasa baik babah untuk turun ke customer service di bawah
sekurang-kurangnya
kawasan bebas zon anakku yang aktif itu terbatas....
tidak perlu a.k.u menjadi tarzan memekik terlolong....

sebaik sampai di situ
mata menjeling lagi ke kawasan 'rehat' kereta ku
ye..tidak kunjung tiba lagik
tup tup
En suami berkata,
tu kereta...
rupa-rupanya dia telah di dalam cuma belom masuk 'kaunter perkhidmatan'...

lega hati tak terhingga...
sekurang-kurangnya tidak tersadai kereta ku di kawasan rehat dan rawat lagi...

tik tok tik tok
jam berdetik
dup dap dup dap
jantung berdegup

kelihatan jam di dinding melewati jam 12
mmmmm
hati mula berdebar bercampur marah

tapi tak pe
sedangkan dari jam 10 pagi hingga ke 7 malam boleh tungggu
inikan pula jam 9 pagi ke 12 tengahari..

akan ku tunggu....

dan akhirnya
yeayyyyyyyyyyyyyyyy
dah siap
Ya Allah...
lega rasa...
a.k.u dengan yakin dan tabah tanya
ni betul tak de bunyi-bunyi dah?
servise adviser dengan yakin boleh kereta dah sihat...
siap cakap dah test driving..so far ok lagik katanya
hari ni half day...pendek sikit
kalau full day boleh test lama sikit

gulp
hatiku teros meronta-ronta berkata
nasib baik lah setengah ari dik non
kalau lah full dah
mau jam 7 pun tak siap lagik wehHhhh
tak sanggup ok
a.k.u lebih rela korang buat masa half day..
sekurang-kurangnya a.k.u pasi akan balik sebelom kul 7 malam

dan alhamdulillah...
keretaku tiada bunyi lagik
room lamp dah tukar baru
bukan bulp saja tukar...
satu set lampu tu
rupa-rupanya ada short sikit kat set lampu tu
bukan masalah bulp
patutlah asik tukar bulp .. pastu mati...

moga-moga tak pegi lagi sana
hopefully
jgn ada yang buat hal lagi

lepas tu teros ke Puchong..
melawat sedara di sana
sekian lama tidak ke sana.....

haa tu perihal Sabtu

nanti a.k.u sambung hari Ahad punya cite ye.....

dan pastinya tak lengkap kalau ada tulisan tak de gambar....enjoy the pictures...
ha ha ha







 

Berdiri sebelah Shahredza Minhat

Assalamualaikum





erk...
cam nak buat driving license plak bila a.k.u dok tepek gambar nieH
jangan salahkan a.k.u ye...
a.k.u dapat dari Sinemamalaysia.com.my
itulah dia Shahredza Minhat

siapa Shahredza Minat
dialah pelakon dalam cerita
Pisau Cukur tu...
yang jadi Faqir tuuu
bukan tu aje...
ada lah lakonan dia yang lain...

dan ini a.k.u petik dari salah satu blog yang a.k.u google..

Nama penuhnya ialah Shahredza Minhat dan berasal dari Ayer Tawar, Perak. Beliau sudah lama berlakon di pentas teater dan teater pertamanya bertajuk 'Otak Tak Center'. Tidak kurang juga baru mengenali Redza melalui filem pertamanya, 'Pisau Cukur'. Ataupun mengenali nama Redza apabila dihambat kontroversi gambar bogelnya tersebar di internet. Redza juga pernah berlakon di bawah arahan pengarah Bernard Chauly, sebagai watak sampingan dalam drama 'Gol & Gincu' dan 'Goda'.

Tidak sepenuh masa berkecimpung dalam industri seni ini sebaliknya dia merupakan seorang penganalisa pelaburan di salah sebuah institusi bank tempatan. Selalunya aktiviti lakonan hanya dilakukan pada waktu malam ataupun pada hujung minggu. Kerana itu dia lebih aktif dalam pementasan teater kerana latihan dan pementasan biasa dibuat pada waktu malam.

Pernah menceburi bidang penulisan skrip sejak di bangku universiti dan pernah menggondol anugerah di Festival Teater Malaysia menerusi naskhah pertamanya, 'Tat Nenas'.

Selepas itu, dia menubuhkan syarikat Aroma Teater Works bersama rakan-rakannya dengan menggunakan hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 yang diterima semasa Festival Teater Malaysia itu. Namun begitu, graduan pengajian perniagaan dari Universiti Multimedia Malaysia ini tidak pernah mengaku kalah lantas tidak jemu-jemu memerah idea dan menghasilkan naskhah seperti 'Gadis Jalan Burmah', 'Toast' (ada dijual di kedai buku Kinokuniya) dan terbaru 'I Lost The Plot'.

Kecintaannya kepada dunia teater juga membawa Redza pergi jauh dengan menghasilkan skrip. Ia satu pencapaian boleh dibanggakan. Hampir 10 tahun membabitkan diri dalam dunia teater, Redza sudah menghasilkan lima skrip yang sudah dan bakal dipentaskan.

a.k.u sambung balik cerita a.k.u
a.k.u ni bukan lah peminat kat dia nieH
dan a.k.u bukan lah kata a.k.u tak suka dia ok
tapi
ari-ari a.k.u mesti terserempak ngan dia
dan pernah sekali..
kat tempat parking
tgk ada no HP dia kat dashboard
masa tu dok gelak-gelak
"ni kalau amik no HP dia best gak neiH"
no HP artis ok

tapi tak delah sampai ke situ
a.k.u bukan gile lagik

dia DI SINI sebagai PEKERJA
bukannya ARTIS
a.k.u mesti bersikap profesional ye kawan-kawan...

so a.k.u tak amik pun HP no tu..
buat ape kan
baik a.k.u suh Puan Nolie tu je kacaukan tuk a.k.u
ha ha ha...

nak dipendekkan cite..
dok a.k.u huru hara masuk opis
tup tup
a.k.u tengok
ehhh
mamat ni sebelah a.k.u

dalam hati dok kata
ni kalau a.k.u giler kan
mmg sah kuarkan HP
snap gambar
buleh??

ha ha ha...
tak de keje acik haaa

walaupun berdiri bersebelahan dengan artis
a.k.u tetap respect dia sebagai kawan sekerja
setakat ni a.k.u lom pernah tgk dia ni cam sombong lah
tak de lah pulak a.k.u kata dia menyengih je plak sepanjang masa

tapi kira cam boleh lah kalau nak berkawan..
tapi jgn silap kawan ye kawan-kawan
dia sudah berpunya..
kang marah plak isteri dia..





tapi dia ni idok lah tinggi sangat
sbb bila a.k.u berdiri sebelah dia
cam lebih kurang je....
erk

dah....
gi buat keje


 

Friday, October 21, 2011

Main Bowling di Waktu Rehat

Assalamualaikum

cam tak caya...
pabila nama ku terpampang di screen bowling pada waktu rehat

tak caya??




tak tipu punyaaaaaaaaaa
sebenarnya ada aktiviti santai di kalangan kawan-kawan kat sini...
nak gi MidValley

tapi kami naik komuter je
kawan-kawan lain naik keta

al kisahnya
ada budak ni tanya buat ape kat MidValley
dengan spontan a.k.u kata nak main bowling
release tension
tak sangkalah plak dia sungguh-sungguh
a.k.u ingat nak main-main je

amik ko....

main tak terror mana pun
pakai baju kurung ok budak tuuuu



patut pakai size 6..tapi amik 7....dah cam kasot gajah



Oh ya...
ada Happy Hour...dari kul 12 sampai 2 kot
RM10.50 tuk 3 games
RM2.50 tuk kasot
RM3 tuk stokin
fuhhh
dah release tension
sambung keje kawan-kawan!!

 

Alieyah dikejarkan ke hospital - Part 2

Assalamualaikum

sambung kisah ari tu...
pasal Alieyah kena referred ke hospital





pagi-pagi lagi dah siap-siap nak gi hospital
sib baik lah Ampang Puteri ni
ada org boleh tolong buatkan GL
lepas buat GL...
teros naik jumpa on call Paed
tapi cam biasa..
kena tunggu lepas Paed buat rondaan

so a.k.u ni dengan effisyen nya request
tuk buat blood test sementara tunggu Paed sampai
tapi assistant kat situ kata tak boleh
kena tunggu Paed bg advise dulu

ok lah..
a.k.u paham..

walaupun Alieyah dah ada Paed kat Ampang Puteri
tapi kes Alieyah dikategorikan sebagai New Case
so kena guna on call Paed

so tunggulahhh

tup tup
sorang lagi Assistant panggil
dia kata Alieyah dah demam 5 hari ye?
a.k.u kata ye
ok lah..cam tu boleh amik darah teros
wahhhh
tadi a.k.u suh amik tak nak kannn

pegi Lab
amik nombor giliran "1014"
cantik nombor di atas
sama nombor ngan My Kid Alieyah

bila nak sampai turn
a.k.u slow talk ngan Alieyah
"sat gi....nak amik darah Alieyah tau"
dia angguk
"Alieyah strong kan....."
"Ye.." jawab Alieyah
"Good girl....Kalau Alieyah strong..nanti masa amik darah...Alieyah kuat tau..Alieyahkan PowerPuff girl ibu"
"Ye...." jawab dia spontan

bila turn sampai..
a.k.u cakap lagik
ok..."PowerPuff girl ibu strong..nak amik darah ok"
dia pun hulur tangan
org yang amikkan darah tu pun baik
sama-sama plak bg kata peransang...

dan hasilnyaaaaaaaaaaaaaaaaa
nangis tak....ape pun tak

tegar ok
sampai org tu suh lepaskan gengaman pun masih tahan lagik
dia siap tgk lagi jarum tu melekat kat tangan dia
sib baik lah ibu tak power
kalau idak dah snap gambar
tapi apekan daya..tak boleh kan
kang org kata over..
anak kena cucuk amik darah
ibu siap nak slow motion amik gambar..huhuhu





lepas amik darah
teros gi bekfes
yelah dah pagi-pagi pegi hospital..
sementara menunggu result dan Paed kannn

lepas makan...teros balik pegi Klinik
tunggu jap
tup tup..
Paed dah sampai
walaupun giliran kami no. "4"
tapi disebabkan a.k.u satu-satunya yang ada kat situ
kami masuk dulu
yeaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

resultnya...




Alieyah negatif denggi...
cuma ada kuman sikit dalam darah
tu maybe demam
so Paed bg antibotik kena habiskan dalam masa tiga hari
sekali sehari

dan standby ubat demam, batuk dan selesema....
Paed kata..
cuma demam biasa..
tapi jika demam masih ada dalam masa dua tiga hari
datang balik
takut betul-betul denggi..

lepas tu teros gi Farmasi
amik ubat




sib baik tak ramai
yelah awal lagi kan

dah settle semua urusan
ingat nak masuk opis...
amik time off je lah
tapi tetiba malas
boss pun MC
(setiap kali a.k.u EL, mesti boss a.k.u MC)
best kan..huhuhu

so...
diakhiri dengan gambar di bawah

my very POWER PowerPuff Girl











 

Thursday, October 20, 2011

Jom Check Tulang bersama Anlene Bone Health Check

Assalamualaikum

korang dah pernah check tulang?
a.k.u tak pernah lah
sbb bg a.k.u macam tak penting sangat
tapi lately nieH
bila dah masuk 3 series
a.k.u pentingkan sikit bab-bab cam neiH
ari tu masa gi Carrefour ada gak check tulang ni
tapi masa tu cam berlagak lah kan
kata kat opis nanti ada buat
amik ko
bila kat opis
keje melambak
bila pegi...mmglah procedure dia cuma 2 minit
tapi nak beratur tu
fuhhhh ....
lebih setengah jam ok...
so bermulalah episod check tulang
di Anlene Bone Health Check




cenggini lah rupanya bila nak check tulang tu
masukkan kaki sahaja kekdahnya
(abaikan kaki gajah tu ye)
tunggu jap
pastu dapatlah resultnya....




so nak tgk full
cam ni lah rupanya..
kite duk ataih kusi
masukkan kaki dalam mesin tuuuu

tapi tu bukan a.k.u lah
a.k.u tak secomel itu..

tu Puan Shida
Puan Laili dah lama que

patut gi bersama
tapi masa Puan Laili sametime tu
a.k.u dok carik wallet
ntah mana a.k.u campak
macam org gila carik wallet...

rupa-rupanya blakang scanner...boleh gitu.

ok abaikan pasal wallet...




resultnya...
jeng jeng jeng




















2.3
maksodnya
tulang ku itu bagosssss
tidak rapuh..
masih sihat walafiat
alhamdulillah
maybe sebab a.k.u dah rajin minom Anlene Concentrate perasa coklat kot...

so kawan-kawan
dah check tulang?




 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...