SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Showing posts with label Masterchef Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Masterchef Malaysia. Show all posts

Thursday, November 29, 2012

Masterchef Malaysia Musim Kedua - Finale

Assalamualaikum




siapalah agaknya antara mereka berempat ni akan ke Final??
mmmmmmmm
Izyan tu cam makin lama makin bagos..
Along pun sama
Ah Hong maintain
Etiqa..mmmmmm

Sabtu ni ada Final kan...
erk...sama dengan bola Malaysia lawan Singapore..how how??




Wednesday, October 24, 2012

Masterchef Malaysia Musim Kedua

Assalamualaikum


haaaaaaaaaaaaaaaaaa
walaupun a.k.u tak pernah update pasal benda nieH
seperti Musim Pertama dulu...
tapi a.k.u mmg follow....




Masterchef kali ni masih mengekalkan Juri Chef yang sama seperti Masterchef Selebriti Malaysia yang Pertama iaitu Chef Jo, Chef Adu Amran (very sweeetttt)  dan Chef Zubir

peserta pula terdiri daripada 24 orang kesemuanya
dan gambar-gambar yang gelap di bawah tu....sume dah terkeluar
so yang masih terang benderang gambarnya itu masih bertarung di Masterchef kali nieH lahhh

Peserta - peserta yang masih bertarung seperti yang a.k.u dah boldkan di bawah:

  1. Hamdu Joharis bin Othman (29 tahun)
  2. Muhammad Khairul Ammar bin Jasni (22 tahun)
  3. Hafiz Bukhari bin Zulkefli (28 tahun)
  4. Mohd Adlyzan bin Zainal (28 tahun)
  5. Rosemah Ibrahim (49 tahun)
  6. Nur Shahida Wahab (28 tahun)
  7. Ngui Yeang Hong (29 tahun)
  8. Kasilah binti Paeng (40 tahun)
  9. Ahmad Nuruddin b. Md Rasid (24 tahun)
  10.  Nur Atiqah bt Anuar (23 tahun)
  11. Mohamad Fizuan Syahnaz (19 tahun)
  12.  Muhd Fazrul Nizam Anaz Anizan (18 tahun)
  13. Mohamad Ismail b. Amir (29 tahun)
  14.  Faizatul Azni bt Muridan (25 tahun)
  15. Nurul Shazlina bt Mohd Sharif (31 tahun)
  16. Telson Roy a/l Satinathan (26 tahun)
  17. Noor Zulaika bt Abas (21 tahun)
  18.  Ag Matzleinsah Addy b. Aharun (24 tahun)
  19. Izyan Hani Mohd Izham (25 tahun)
  20.  Etiqah Siti Norashikeen (24 tahun)
  21.  Wan Nur Eda (24 tahun)
  22. Wan Ilaika bt Mohd Zakaria (23 tahun)
  23. Lokman Nul Hakim (19 tahun)
  24. Nora Ashikin bt Abd Basi (26 tahun)






komen a.k.u

mmmm masih tak nampak siapa yang bakal bergelar Juara
sbb...... mmmmmmmmmmmmm
macam Masterchef Pertama dulu boleh teka-teka lagik
mungkin semua pandai sangat masak kot kannnnn
tu susah buat pilihan.....
malam ni nak tunggu siapa yang bakal ke Ujian Penyingkiran....
semalam Ujian Berkumpulan...
dup dap dup dap
dah macam a.k.u pulak yang bertarung kannnnn



Monday, January 9, 2012

Juara Masterchef Malaysia Akhir

Assalamualaikum






Tahniah buat Ezani yang memenangi Masterchef Malaysia Akhir malam semalam
dengan kemenangan ini, Ezani berjaya meragut trofi, RM100,000 dan berpeluang menerbitkan buku masakannya sendiri....

wow!!




buat Wahidan
bg a.k.u dia juga bagus
Thumbs Up untuk beliau.....
dari seorang pekebun di Sabah
kini berjaya meletakkan nama dia di bibir-bibir mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang kulinari ini...

kemenangan Ezani dengan beza markah sebanyak 7% menewaskan Wahidan
keseluruhan markah 75% itu meletakkan Ezani di atas...

Wahidan..teruskan usaha......
mmg ayat-ayat dia
sangat touching ok
lagi-lagi bila dia sebut untuk mak dia
walaupun tak dapat berikan mak segulung ijazah...
tapi dia dapat berikan yang terbaik untuk ibunya dengan bertarung di Masterchef Malaysia

sifat rendah diri Wahidan
benar-benar terpancar pada raut wajah dia
pasti ada rezeki Wahidan...

cuma a.k.u rasa
sekurang-kurangnya.......adalah 'sesuatu' untuk Wahidan
dari tangan kosong kan?
patut dipertimbangkan.....

Congratulations to Ezani...and also to Wahidan....
cam nak cuba pencuci mulut Wahidan...hehehhe

Sunday, January 8, 2012

Masterchef Malaysia Akhir

Assalamualaikum







jgn lupa saksikan malam ini
6 Januari 2012 jam 9 malam...

adakah Ezani atau Wahidan
bakal bergelar Masterchef Pertama Malaysia...

walaupun a.k.u telah di berikan hint siapakah pemenangnya..
a.k.u tetap nak tgk...

mesti best hari ini...
tak sabar



 

Thursday, January 5, 2012

Masterchef Malaysia Grand Finale - Calon Masterchef Malaysia Final

Assalamualaikum


Antara Ezani - doktor gigi yang sangat cantik giginya...





dan Wahidan - seorang pekebun berasal dari Kinabatangan....




siapakah bakal bergelar Masterchef Malaysia yang pertama?

a.k.u yang mmg peminat setia Masterchef..
cewahhhh
tak sangka pulak dua org ni akan ke pusingan terakhir...
dan bakal merebut takhta Masterchef Malaysia ...

tapi dari episod ke episod..
a.k.u mmg nampak kesungguhan mereka berdua yang mengetepikan Zamir dan juga Amitha semalam...
mmg tak sangka...
hidangan Ezani berjaya menambat hari juri sehingga menobatkan dia sebagai org yang pertama ke pusingan akhir...

dan ujian kedua.....
membawa Wahidan untuk ke Pusingan Akhir bersama Ezani

jgn lupa
Episod Final Masterchef Malaysia
duk depan tv ok




 

Monday, December 5, 2011

Masterchef Malaysia

Assalamualaikum

Saper follow Masterchef Malaysia?
sila angkat keyboard....

hehehhe..
a.k.u ni mmg follow lah
tapi selalunya a.k.u akan follow sampai penyingkiran sahaja....
bila masuk kuliah Masterchef
suka mengelat sikit lahhh

cumanya..
korang tau tak
setiap resepi yang ada dalam Masterchef tu..
ada resepinya..
haaaaaaaaaaaaa

so kalau korang rasa cam nak masak ala-ala Masterchef
ape lagi
copylah resepi yang dia org dah publish kat situ
bukan saja resepi terkini
malah dari Episod 1 ok

untuk episod lepas
Abang K tersingkir..
dia seorang yang tabah
tapi dalam hati dia
a.k.u pasti...
menangis...

tak pe..masih ada banyak peluang di luar sana Abang K!!
chaiyooookkkkk



 

Wednesday, November 16, 2011

Masterchef Malaysia

Assalamualaikum





korang follow tak Masterchef Malaysia?
masa mula-mula tu a.k.u tak follow sangat
tapi selepas sekali a.k.u tengok
teros follow..
dan paling best
siap menitiskan air mata tu bila ada peserta yang terkeluar
kena marah....





kat atas tu lah peserta-peserta Masterchef Malaysia
kalau gambar deme dan kelabu asap tu
maksudnya dapur mereka sudah tidak berasap (terkeluar lah tu ye)
dan a.k.u mmg kagum dengan mereka ni
bukan semuanya adalah chef
doktor gigi ada..penulis novel ada..
mmg pelbagai latar belakang
tapi .. tapiiiiii
mereka bukan di ambil bodoh-bodoh saja tau..
mereka juga melalui pelbagai ujian baru boleh masuk Masterchef ni...
setakat ni yang terkeluar..Azizah, Zeri (tarik diri), Hui Ting dan Terrence yang terakhir

skrang berkenalan dengan Para Juri/Chef


Chef Jo
Chef Jo

Moh Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Chef Jo yang berusia 55 tahun merupakan juri MasterChef Malaysia paling "senior". Bekas Presiden Persatuan Chef Malaysia ini mendapat pendidikan di Universiti Teknologi MARA, Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Institut Teknologi MARA pada tahun 1975 dengan lulusan Diploma Latihan Chef.

Bermula dari situ, Chef Johari menimba banyak pengalaman bekerja di hotel-hotel terkemuka di ibu negara. Beliau juga pernah memegang jawatan penting di beberapa buah syarikat makanan di Malaysia termasuk sebagai Timbalan Pengarah F&B di Tradewinds Corporation Berhad dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sebagai salah seorang ahli dalam Retail Advisory Council.

Chef Johari juga pernah diiktiraf sebagai pakar masakan dalam pelbagai acara seperti di WorldSkills Competition (Skills Olympic) di London pada September 2011 dan #1 Culinary for the 7th ASEAN Skills Competition pada tahun 2008. Selain itu, Chef Johari terus mencurahkan ilmu masakannya kepada generasi muda melalui institusi pengajian tinggi seperti UiTM, Kolej Taylor, KDU dan Universiti Utara Malaysia.



Chef Riz

Chef Riz

Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuawan, berumur 29 tahun merupakan juri MasterChef Malaysia paling muda. Anak sulung kepada chef selebriti terkemuka negara iaitu Chef Wan atau Redzuawan Ismail tidak pernah merasakan dirinya dibayangi oleh populariti ayahnya. Malah, beliau sendiri mempunyai rancangan masakannya tersendiri seperti Makan Tapi Diet, Jernal Chef dan Sajian Kontemporari.

Beliau pernah menjadi Chef Kumpulan Eksekutif di MXM International, Marcos Italian Restaurant, Titanium International Bistro, Thai King Crab Seafood Restaurant dan juga Pengarah Culinari di Real Food Corporation Meatworks Steakhouse. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Chef Riz sentiasa menjadikan bapanya sebagai sumber inspirasinya.



Chef Zubir

Chef Zubir

Berusia 45 tahun, Zubir Bin Md Zain atau Chef Zubir sentiasa nampak muda dan bertenaga. Jurulatih dan Ketua Pasukan untuk pasukan chef Malaysia ini sentiasa bersemangat tinggi memastikan kejayaan anak-anak buahnya dalam apa jua pertandingan masakan yang disertainya.

Chef Zubir mendapat pendidikan dalam Diploma Latihan Chef di Institut Teknologi MARA pada tahun 1988. Pendidikan yang diperolehinya tidak disia-siakan apabila menjadi pensyarah di institut yang sama yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA, Malaysia. Selain itu, Chef Zubir pernah menimba pengalaman di bawah pengawasan Chef Anton Mossiman di Anton Mossiman Exclusive Dining Club Belgrave Square, London.

Beliau pernah bekerja sebagai Eksekutif Sous Chef di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur selain bekerja di hotel-hotel terkemuka lain di ibu negara. Chef Zubir juga turut melibatkan diri di arena antarabangsa dalam bidang masakan di Jepun, Austria, Amerika Syaraikat dan Singapura.

Chef Zubir pernah mengharumkan nama negara dalam beberapa pertandingan masakan di luar negara. Beliau menjadi Ketua Pasukan dan Jurulatih serta pengurus untuk pasukan Malaysia untuk Worldskill Cooking Competition, Excel di London, Food & Hotel Asia Culinary Challenge,Singapore dan memenangi 2 pingat perak dan Asian Junior Chef Challenge, Indonesian Salon Culinaire-Food & Hotel Indonesia dan memenangi pingat emas dan juara keseluruhan.



fuhhhhh..terima kasih kepada ASTRO ..
semua info di atas adalah dipetik daripada Masterchef Malaysia ASTRO
ari ni ada Episod 23: Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran
Strategi susun atur kerusi meja para pelanggan dan kelebihan memiliki 10 anggota memberi kekuatan kepada Pasukan Merah untuk mengalahkan Pasukan Biru yang hanya mempunyai 9 anggota. Pasukan Merah diberi penghormatan untuk makan tengahari di Restoran Meatworks. Tewas dengan peratusan undian yang tipis telah meletakkan Pasukan Biru ke pusingan penyingkiran. Juri sebulat suara memilih lima peserta memasuki penyingkiran. Mereka perlu menghidangkan masakan menggunakan bahan utama iaitu mee segera perisa kari. Masa memasak yang diberikan ialah 20 minit sahaja.


tak sabar nak tunggu episod hari ini
siapa agaknya yang terkeluar
tak sangka Deena dan Shahriah sanggup bersama tiga rakan lain untuk sesi penyingkiran
so malam ni nantikan...
sama ada Deena, Shahriah, Zahin, Mastura atau Zamir yang akan terkeluar

korang boleh follow Masterchef @TWITTER atau pun @FACEBOOK (macam bukan Masterchef Malaysia jer)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...