SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Showing posts with label Imam Muda. Show all posts
Showing posts with label Imam Muda. Show all posts

Thursday, July 7, 2011

Imam Muda Hassan di nobatkan sebagai Imam Muda 2011 (Musim Kedua)

Assalamualaikum



a.k.u dapat tengok pembukaan Imam Muda 2011 peringkat Akhir minggu lepas
dan itu je lah a.k.u dpt tgk..
nak buat cam ne...
kena pegi Sentul
kat sana tak leh tengok Imam Muda
so bila dapat tgk ulangan dia hari tu
wahhhhhh
sangat seronok ok....
dua Imam Muda yang berjaya ke peringkat akhir ialah
Imam Muda Hassan dan Imam Muda Nazrul...

kedua-dua mereka menjalankan khidmat masyarakat di kampung masing-masing
dan a.k.u suka tgk Imam Muda Hassan menjala tu...
pengalaman baru kan.... :)

Imam Muda Nazrul

tapi bila time Imam Muda Nazrul nak meninggalkan kampung halaman
berserta isteri dan anak tu..
a.k.u touching skit..
lagik-lagik bila kamera fokus kat anak dia yang menangis..
dan atuk dia kot yang menenangkan anak dia
bg tau..ayah pegi keje..
touching ok..
mesti anak dia rindukan ayah dia...

tapi tak pelah..
tugas kan...

bila di medan Imam Muda..
kita dapat tgk kedua-dua Imam Muda tadi memperdengarkan Ayat Suci Al Quran..
tak salah a.k.u surah Al Mukminun...
hafal ok..
a.k.u touching lagik.....

di akhir rancangan....

Imam Muda Hassan di nobatkan sebagai Imam Muda 2011..
moga dapat menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin dan Imam kepada kita semua...


Tahniah!!....

Imam Muda Hassan

Wednesday, June 29, 2011

Imam Muda 2011 [Musim Kedua] Minggu Kesembilan

Assalamualaikum



Kalau tak salah a.k.u
tema minggu ini ialah Warga Emas
a.k.u lihat....
kelima-lima Imam Muda menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik sekali..
ada sekali sekala..
embun menitik di pipi...
sedih ...
tapi bila a.k.u ingat balik ...
a.k.u renungkan pada diri sendiri..


erk.......
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
ampunkan daku...

dannn....

Fahrin Ahmad


pengacara episod kali ini ialah Fahrin Ahmad
pengaraca Ustaz Dzulkarnain Hamzah
mengalami kecederaan pada bahagian muka dan lutut kiri
apabila kereta BMW 5 Siri yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori kelapa sawit

dan kali ini..
kita dapat lihat
Imam Muda Hassan dan Imam Muda Nazrul ke peringkat seterusnya
dan antara mereka berdua
Siapakah yang bakal di nobatkan sebagai Imam Muda 2011...


jgn lupa saksikan episod kemuncak hari Jumaat ini...
jam 9 malam ...hanya di Astro Oasis...

Wednesday, June 22, 2011

Imam Muda 2011[Musim Kedua] Minggu Ketujuh & Kelapan | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum

terlambat banyak plak laporan Imam Muda kali nieH..

Korang ada tengok tak Imam Muda Musim Kedua Minggu Kelapan
PENGURUSAN JENAZAH BERISIKO TINGGI..

a.k.u ni mmg fobia sikit bila bab-bab jenazah nieH
teringat dulu kat UiTM..kolej seroja
adalah sorang student meninggal kat kolej...
berbulan-bulan a.k.u tak lalu kat klinik Seroja 2 tu..
mmg tahap fobia melampau ok...

tapi a.k.u gagahkan juga tgk
pengetahuan tu..
fardhu ain kan...

a.k.u tertarik dengan penerangan dari JAWI tentang pengurusan jenazah berisiko tinggi
katanya, jenazah-jenazah ni..tidak berisiko..
kerana dari segi scientificnya....
bila sudah meninggal dunia...
semuanya terhenti
jadi..tak delah nak jangkit mengjangkit nieH
tapi ye lah..
kita ni kan manusia biasa
perasaan was-was tu pasti ada....
mungkin itu penyebab ahli keluarga tidak menuntut jenazah-jenazah nieH...

Usaha murni Imam Muda ni patut di contohi semua..

IM Terbaik:  IM Hassan



IM Terkeluar:  IM Fatah

masa MINGGU KETUJUH tak salah a.k.u tentang tajoknya DI AMBANG KEMATIAN
masa nieh semua IM diberikan tugas untuk memimpin banduan akhir
macam-macam a.k.u tgk..
ngeri pun ada....
time lakonan semula di tali gantung tu
sangat takottttttttttt...

a.k.u sangt touching dengan satu banduan tu
dia di fitnah...
oleh bapa saudara dia...
menangis a.k.u masa tu...
sedih sangat-sangat...
kenapalah dia di fitnah kan..
dan akhirnya..
hidupnya berakhir di tali gantung..

IM Terbaik: SEMUA IMAM MUDA


IM Terkeluar: IM Najdi & IM Mujahid

a.k.u sempat tengok status Tweet IM

AsSalam, episod minggu depan paling mengancam, kerana diantara IM FAKHRUL, IM HASSAN, IM NAZRUL, IM AZLAN dan IM AMMAR, yang masih berada dalam perjalanan sebuah kehidupan ini, siapakah yang layak dinobatkan IMAM MUDA TERUNGGUL musim kedua ini. Siapakah diantara kelima lima ini bakal melakar sejarah tersendiri, siapa p...ilihan anda dan mengapa anda memilih mereka? Jom kongsi bersama
jadi jgn lupa...tgk Imam Muda hari Jumaat nanti ye...

Monday, June 6, 2011

Imam Muda 2011[Musim Kedua] - Minggu Keenam | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum




TEMA MINGGU KEENAM:  KEKELUARGAAN

SOALAN:

1.  Apakah yang dimaksudkan dengan Fiqh Al NIkah?
2.  Berikan 3 tanggungjawab suami kepada isteri?
3.  Berikah 3 tanggungjawab isteri kepada suami?
4.  Bilakah suatu perkahwinan itu menjadi wajib?
5.  Bilakh suatu perkahwinan itu menajdi haram?

JAWAPAN:

1. Ilmu Fiqh yang mengkhususkan perbincangannya terhadap keperluan perkahwinan, hukum-hukumnya dan bagaimana menjana sistem kekeluargaan menurut islam

2.  Tanggungjawab suami kepada isteri
  • Menghormati isteri
  • Mencintai isteri
  • Pemimpin, pendidik kepada isteri
3.  Tanggungjawab isteri kepada suami
  • menjaga rahsia suami
  • menghormati suami
  • menjaga harta suami
 4.  Perkahwinan itu menjadi wajib apabila seseorang itu neka untuk melakukan zina sedangkan dia mempunyai kemapuan dari segi kewangan dan batin

5.  Perkahwinan itu menjadi haram hukumny apabila seseorangitu tidka mampu dari sudut kewangan atau tidak mampu dari sudut batin sekali gus dia yakin akan menzalimi pasangan dengankelemanah-kelemahan tersebut

RESOLUSI IMAM MUDA

1.  Membina rumah tangga berasaskan agama, bukan nafsu semata-mata
2.  Menghidupkan nilai aqidah, ibadah dan akhlak islamiah di dalam institusi rumah tangga
3.  Suami dan isteri memahami dan melaksanakan peranan masing-masing dengan sempurna

IMAM MUDA TERBAIK:  Imam Muda Fadhli

IMAM MUDA YANG TERKELUAR:  Imam Muda Ali dan Imam Muda Fadli

a.k.u boleh menangis masa pengumuman IM yang terkeluar minggu ini...
touching ok..
tapi walaupun mereka terkeluar....
mereka masih meneruskan pelajaran di IM untuk mendapat sijil sebagai Imam di luar sana..
tahniah buat IM tahun ini
walaupun terkeluar tapi masih boleh meneruskan perjalanan sebagai seorang imam bertauliah...

topik minggu ni pun best..
kekeluargaan
mereka diberikan tugas menjadi kaunselor
untuk pasangan-pasangan yang berdepan dengan masalah rumah tangga
siap ada yang bergaduh-gaduh
tak sangka...
ada juga mereka yang masih tidak tau malu bergaduh di depan khalayak ramai
lebih memalukan mereka semua ISLAM...
bila kemarahan sudah melebihi segalanya...
itulah yang terjadi
moga menjadi ikhtibar untuk a.k.u...

Monday, May 23, 2011

Imam Muda 2011 - Minggu Keempat - Krisis Identiti | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum

Korang tgk tak Imam Muda minggu lepas...
siap ada kejutan
dan a.k.u siap menangis ok
ha ha ha..
emotional plak...

Tajuk minggu lepas adalah Krisis Identiti....
a.k.u tak sempat nak tgk awal program niH
bila ulangan plak....mesti dah tengah-tengah..
tapi akan ku usahakan untuk tgk dari mula...

a.k.u mmg suka ending episod kali ini..
tiada yang terkeluar lagik...yeay
dan Imam Muda Hassan merupakan Imam Terbaik pada minggu ini...

yes..sangat suka....
mmg tak rugi lah tonton program nie.
yok kawan-kawan...

kita tgk IMAM MUDA...

Monday, May 9, 2011

AFIF tersingkir di Minggu KeLIMA AF9 | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum




Keputusan Minggu k-5
  1. Hazama - 31%
  2. Fina - 12%
  3. Lena - 12%
  4. Azri - 10%
  5. Erul - 10%
  6. Nera - 9%
  7. Kay - 8%
  8. Afif - 8%

 Afif menjadi mangsa minggu ini apabila TERSINGKIR...
menang dek kumpulan sorak jelah nampaknya...
 
cuma a.k.u kurang puas hati...
AF seolah-olah meletakkan seorang yang bg a.k.u belom cukup bagus di tangga TERATAS...
a.k.u tak kisah tentang HAZAMA..
dia mmg bagos....
 
cuma...........
 
baik a.k.u layan IMAM MUDA...
haaa..korang tgk IMAM MUDA?
 
dengar tak masa di akhir siaran?
mereka mendendangkan nasyid..
sedapkan suara dia org..
lagik puas hati berbanding a.k.u tgk AF
 
minggu lepas mereka di beri tajuk KANAK-KANAK..
minggu sebelumny KELAHIRAN kan...
 
mmg macam-macam dugaan mereka tempuhi..
susah juga menjaga kanak-kanak istimewa
kerana mereka terlalu istimewa kan...
 
tapi IMAM-IMAM MUDA ni cekal....
chaiyoookkk...chaiyoookkkk
 
a.k.u lom hafal dan kenal muka imam-imam muda nieH...
 
cuma yang a.k.u tahu
IMAM MUDA FAKHRUR mendapat markah tertinggi setakat ini...
beliau baru berumur 27 tahun dan sudah berkahwin..
tak salah a.k.u di episod KELAHIRAN ari tu
dia lah yang menangis teresak-esak melihat bayi yang di buang tu kan?
 

 

 

 erk..dah two in one lagik topic hari ini....

Tuesday, April 26, 2011

Imam Muda 2011 | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum



CREDIT TO ASTRO
10 Calon Imam Muda Sudah Bersedia!

Setelah melahirkan 10 Imam Muda di musim pertama, Astro Oasis sebagai sebuah saluran gaya hidup famili Islam meneruskan tradisi mencari pelapis dan melahirkan pemuda berwibawa, berintegriti dan berkredibiliti dengan mengumumkan 10 orang calon Imam Muda untuk musim yang kedua. Buat julung kalinya, pengumuman dari Dewan Muktamar, Menara Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) disiarkan secara langsung di Astro Oasis (Saluran 106).

Sepuluh orang calon Imam Muda yang terpilih itu ialah:
1. Ali Khairudin Haji Abdul Marif, 26 tahun, berasal dari Sabah
2. Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26 tahun, berasal dari Perak
3. Nazrul Izwan Zolkiflee, 26 tahun, berasal dari Johor
4. Wan Najdi Wan Mohd Noh, 20 tahun, berasal dari Selangor
5. Mohd Fakhrurrazi Hussin, 27 tahun, berasal dari Terengganu
6. Ammar Wan Harun, 27 tahun, berasal dari Kedah
7. Mohd Azlan Zulkarnain, 25 tahun, berasal dari Kuala Lumpur
8. Abdul Fattah Riddzwan, 21 tahun, berasal dari Negeri Sembilan
9. Mujahid Suhaimi, 20 tahun, berasal dari Singapura
10. Zulfadli Haji Awang, 24 tahun, berasal dari Brunei Darussalam.
Calon-calon Imam Muda Musim Ke-2 ini telah diumumkan dalam majlis yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral Dato Seri Jamil Khir Bin Hj Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Majlis yang disiarkan secara langsung melalui Astro Oasis (106) ini juga turut disertai oleh Tuan Hj Izelan Basar, Pengurus Saluran Astro Oasis.

Rangkaian program-program Imam Muda mula bersiaran di Astro Oasis (saluran 106) melalui Imam Muda - Ujian yang telah ditayangkan sejak 1 April lalu, setiap Jumaat jam 9.00 malam yang memaparkan senario menarik yang berlaku di sepanjang sesi temu duga yang berlangsung di enam lokasi terpilih. Seterusnya, bermula 25 April ini pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.55 malam, penonton berpeluang menyaksikan kesemua calon-calon Imam Muda yang terpilih ini mengikuti kelas-kelas dan aktiviti-aktiviti mengikut kaedah dan metadologi yang disediakan di bawah pimpinan dan pemerhatian khusus Mudir (pengetua) dan Mursyid (mentor) melalui program Imam Muda - Kapsul.

Pertama kali diperkenalkan pada musim ini, Imam Muda - Mimbar akan bersiaran setiap hari Jumaat jam 6.30 petang bermula 29 April ini. Menerusi program ini, penonton akan disajikan dengan persediaan dua orang peserta yang terpilih untuk menyampaikan tazkirah dan khutbah setiap Jumaat di masjid terpilih sekitar ibu kota. Manakala seperti musim lalu, Imam Muda yang akan bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam akan menguji kesemua calon Imam Muda bakal diuji untuk sesi penilaian. Berdasarkan nilai jawapan yang diberikan oleh peserta, Mudir akan mengumumkan salah seorang peserta sebagai peserta terbaik yang akan menerima ganjaran mingguan.

Di antara insentif menarik yang bakal menanti Juara Imam Muda ialah penajaan penuh biasiswa di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, wang tunai RM 30,000, sebuah kereta, pakej menunaikan Haji dan Umrah, beserta hadiah sampingan yang lain. Kesemua hadiah yang bakal diterima oleh Juara Imam Muda bernilai lebih RM 350,000.

Pada musim kedua ini, Imam Muda sangat berbesar hati untuk mengalu-alukan kedatangan Bank Islam selaku penaja utama dengan kerjasama Salamfon sebagai penaja rasmi telekomunikasi serta Radio Ikim selaku radio rasmi. Informasi terkini seperti maklumat lengkap Imam Muda musim kedua, berita-berita tentang aktiviti terkini, gambar dan video eksklusif dan menarik boleh didapati melalui laman web rasmi www.imammuda.com.my.

JOM KAWAN-KAWAN..
TONTON IMAM MUDA!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...