SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Showing posts with label Drama. Show all posts
Showing posts with label Drama. Show all posts

Thursday, December 15, 2016

Mr Donat Karamel

Assalamualaikum



a.k.u tak tahu pun kewujudan cerita ni
sampailah Alieyah kabo kat a.k.u

amboi budak 10 tahun tuuu
boleh pulak dia tertarik dengan cerita ni
sbb tajoknya catchy di hati dia..'Donut' kannn...






pelakonnya pun agak baru..Hafidz Rosdi dan Azira Shafinaz
mungkin ceritanya macam 'kanak-kanak Ribena' sikit...

tapi boleh lah layan.....
kena pulak dengan viral cok "Keria" Melaka tu
sesuai sangatlah ye...Donat dan Keria
(boleh buat tajok Novel kan kan kan)





a.k.u tak delah follow sangat cerita ni
tapi Si Alieyah pantang...
siap suh beli Novel dia ok..
nanti lah nak...kite pegi MPH carik ye...

hari-hari dok zikir tepi telinga..nak novel ni..letih Ibu nak layan


Thursday, August 7, 2014

Rindu Awak 200%

Assalamualaikum

cite ni dah ada masa puasa ari tu kan
tapi tak berkesempatan nak tgk
sbb bonda ku suka tengok cite Lima Beradik kat TV1 tu
bila nak tgk kat TV lagi satu..dah anak tershenta pulak nak tgk kartun
jadinya..a.k.u pun beralah lahhh..

tapi lately ni mmg a.k.u tengok
sampai si Alieyah pun dah terpengaruh
(minah tu hantu drama melayu gak tu)

ari ni episod dia cam gempak sikit
Zill nak ceraikan Armel...

ganas gak pompuan tu kan
mencabar ke'ego'an seorang lelaki
mmmmmm

jom tengok..tak sabo nak balik awal..h ah aha

sekarang a.k.u dok replay dari Episod 1..
yerlah terlepas kannn....
kalau kawan-kawan nak tahu cerita ni dari awal
boleh je tengok kat TONTON..atau google je...
sure melambak-lambak online video terhidang di depan mata

UPDATED:  isk..scene cerai tu dalam mimpi rupanya......chessss




Thursday, October 31, 2013

Love You Mr Arrogant

Assalamualaikum

jangan tipu  korang tak follow cite niehHHhh...hehehhe
mesti follow punya kannnnnnnn

sama lah cam a.k.u ha ha ha
memang saya suka bangatttt watak Mr Arrogant tuuuu
tak yahlah nak cite sinopsis bagai kan..
semua dah tahu



memang srkang trend drama atau filem ni...
sume cedok dari novel kann
mmmmmm macam best je kalau dapat menulis balik
tapi setiap kali a.k.u mula nak menulis....
mesti terhalang..
sbb bagi a.k.u nak menulis ni mesti ada ketenangan
kalau tengah menulis di ganggu
spoilt mood gitu...

statement macam penulis terkenal kat Malaysia kan..ha ha ha
tapi tak salah untuk berangan kan...
lagipun berangan tu PERCUMA!!




cuma..
tak sangat watak Zara tu sebenarnya adalah seorang pelakon yang telah lama berkecimpung dalam dunia lakonan...
mmm awat tak pernah perasan..
tapi..pendapat saya
awak memang cantik..comel....tapi
"Awak lagi comel kalau berhijab.."

ape-ape punn..tak sabo nak tengok cite ni setiap hari
kali ni terjatuh cinta kat cite ni pulak



Friday, June 28, 2013

Teduhan Kasih Episod Akhir - Peluang Menonton bersama Pelakon

Assalamualaikum

alaaaaaaaaaa dah nak habis Drama Teduhan Kasih
episod semalam sakit hati ok
cam nak siat-siat je si Ayu (lakonan Nabila Huda) tu.....
grrrrrrr
nyampah aii tau.......

sangat santap bila semalam episod berakhir kat scene tangkap basah tu
jgn lupa ok..next week episod akhir....

dan sebagai menghargai peminat.....
TV3 bermurah hati menjemput semua penonton yang berminat untuk beramah mesra bersama pelakon-pelakon Teduhan Kasih..terutama hero nya tu lahhh...

Bila?  2 Julai 2013 jam 5.30 petang
Di mana?  Rasta @TTDI, Sg Penchala





Wednesday, June 12, 2013

Demam Teduhan Kasih - TV3

Assalamualaikum

saper follow?
haaaaaaaaaaaaaaaaa tu belakang cik Semah tu...nyorok plak
ngaku jelah
tak yah nak selindung-selindung...ha ha ha

skrang memang demam kot tengok Drama Teduhan Kasih slot Akasia di TV3
yang di tayangkan setiap Hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam
tak kira wanita ke......lelaki ke..sama je layan kannnnnnn
siap ada kaum Adam yang up status pasai Teduhan Kasih ni pun ada....
caya lahhhhhhhh........memang terbaiiiikkkkkkk





Synopsis:Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa. Kehadiran Ehsan dalam hidup Iffa merubah segalanya. Adakah bahagia bakal muncul dalam hidup iffa?


kot kot lah korang terlepas episod-episod lepas
fenomena selepas Adam dan Hawa...heheh
dulu Nora Elena....
jangan lupa tonton plak ari nieH...hehehhe.....
cerita tengah shiokkkkkk tuuuu
Ehsan dah nak nikah ngan Iffa..
dan a.k.u suka giler watak si Nabila Huda dan Zarina Zainuddin tu..
memang nampak cruel giler....bukan cruel yang crueal..tap cruel gedik santai ngok ngek...ha ha ha....


Friday, September 21, 2012

Layan Adam & Hawa

Assalamualaikum



ni lah keje a.k.u bila lunch time skrang....
huhuhu
sila tekan button play tu yer kalau nak drama Adam & Hawa tuuuuuuu




Thursday, August 2, 2012

Dejavu di Kinabalu

Assalamualaikum

a.k.u macam 'menyampah' sikit tgk cite nieH
tapi dalam 'kenyampahan' a.k.u ..
a.k.u tengok gak hari-hari...
bukan menyampah ape
sbb watak 'perempuan' psycho yang tak tahu nak pilih siapa idaman hati....
mmmm
agaknya cam ne akhirnya....
jom tgk hari nieh.....episod akhir
entah sempat ke tidak a.k.u tengok...
huwaaaaaaaaaaaaaaaa



Monday, June 18, 2012

Zehra: Naziha

Assalamualaikum


Selepas Bunga-Bunga Syurga...
episod Zehra kali ini menampilkan satu lagi drama yang berunsur 'teladan' iaitu Naziha....




Naziha Slot Zehra TV3
Drama Naziha mengisahkan Naziha dikurniakan raut wajah yang amat cantik. Kejelitaannya menjadi pujaan kaum lelaki termasuk rakan lelaki yang sebaya dan juga yang telah dewasa. Naziha tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana mereka mencemburui kecantikan dan kepandaian yang dimiliki oleh Naziha. Meskipun digilai ramai lelaki namun Naziha tidak pernah melayan karenah mereka. Namun Farouk tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan Naziha.
Pada satu hari, Naziha yang sudah tidak dapat menahan desakan Farouk, telah memalukan Farouk di depan kawan-kawannya dengan mengatakan bahawa sampai mati dia tidak akan menerima cinta Farouk. Kata-kata yang dihamburkan oleh Naziha telah memalukan Farouk. Lantas Farouk berjanji akan mendapatkan Naziha tidak kira apa cara sekalipun.
Semakin lama semakin banyak masalah yang dilalui oleh Naziha. Pelbagai fitnah ditaburkan terhadapnya. Naziha sering meluahkan perasaan sedihnya pada rakan sepermainan sejak kecil iaitu Adam. Melihat kemesraan di antara Naziha dan Adam, membuatkan ibu bapa mereka berhajat untuk menyatukan mereka berdua. Namun beberapa hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan, hajat untuk menyatukan mereka berdua musnah dek kerana sebuah fitnah.
Farouk telah menawarkan diri untuk berkahwin dengan Naziha. Untuk menutup rasa malu, Naziha terpaksa berkahwin dengan Farouk. Bermulalah kehidupan Naziha sebagai seorang isteri yang sering diseksa fizikal dan mental oleh suami kejam yang mengamalkan ilmu hitam untuk menakluknya. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan di antara Naziha dan Farouk menjadi titik noktah buat Naziha untuk mengecapi kebahagian? Adakah Adam akan kembali menebus maruahnya setelah difitnah atau muncul orang baru yang akan menyelamatkannya dari kekejaman Farouk?


a.k.u suka tgk slot Zehra setiap hari Jumaat jam 9 malam di TV3 ni
sbb kebanyakkan cerita dia...mmg banyak beri iktibar...
tapi gerammm jer tengok si Farouk tuuu....grrrrrrrrrr
tapi..tak kira.....
kalau tak de watak jahat..tak bestlah drama tu kannnnn

jom tonton......

Thursday, June 14, 2012

Seindah Sakura

Assalamualaikum

hari ni episod terakhir..
jom balik...huhuhu



JOM TONTON

Thursday, February 9, 2012

Gemersik Kalbu Finale

Assalamualaikum






saper follow cite nieH??
ye saya...(angkat tangan tinggi-tinggi)

huhuhu...
a.k.u rasa..
episod terakhirnya hari ini
tak sabo nak tgk ending cerita nieH
tapi...
kalau ikotkan a.k.u cam geram je ngan Raihana
ego gak minah tu..huhuhu...
tapi ego dia bertempat lah
sbb geram kan dengan perbuatan Suffian tu...

jgn lupa ok...
tgk hari ini...GEMERSIK KALBU ...jam 7 malam di TV3


SINOPSIS



Mengenai kisah suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil selepas ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia. Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang mempunyai kerjaya sama dengannya membenihkan bibit-bibit percintaan. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan Ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri. Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat si gadis itu dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin dengan membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya. Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian, suaminya yang sah dengan sepenuh hati?

 


 

Thursday, December 29, 2011

Tentang Dhia - Live Chat bersama Nora Danish & Adi Putra

Assalamualaikum



Tentang Dhia - Live Chat bersama Nora Danish & Adi Putra










taraaaaaaaaaaaaa
rambut Adi Putra...
menurut Adi..
rambut ni  khas tuk KL Gangster 2
tak habis-habis Adi dok kata cam K-Pop




Adi sempat nyanyi lagu tema Tentang Dhia
dan satu lagu baru..
a.k.u akan cuba upload kat sini...
nanti ye...




Tentang Dhia Episod Terakhir?

Assalamualaikum


tadi masa BW...
nampak MamaTisya kata hari ni episod terakhir Tentang Dhia
ye ke?
macam tak cukup episod je..ha ha ha

tiap-tiap hari a.k.u menunggu cerita nieH
takkan dah episod terakhir
semalam tgk Dhia terlantar di hospital
sbb kanser pangkal rahim tahap 3
waaaaaaaaaaaaaaaa
jahat sungguh mak mertua Dhia tu
sampai cam tu sekali ke effect 'perbuatan jahat' tu ???

kenapalah ada manusia cenggini kan..huhuhu
tapi bila ending cerita semalam...
nampak Melly mengintai dari tirai kamar...cewahhhhhhh
senyuman dia tu cam sinis..
tetiba dok terpacul dalam ingatan a.k.u
Melly ni dah baik ke belom? huhuhu..
sbb senyum dia tu buat a.k.u moshkil
hopefully mmg baik lah kan..

tak sabar ni nak tgk...
hari akhir yek Erynn...
pasti ku duduk depan TV tepat jam 7 malam hari ini..

oh ye

jgn lupa
ada chatting dengan Nora Danish dan Adi Putra petang ni jam 3 petang...
jgn lupa tau...
www.tv3.com.my/tentangdhia






tengoklah Twit Nora Danish dan Adi Putra
rata-rata sume pasal Tentang Dhia..
huhuhu





 

Wednesday, December 14, 2011

Drama Bersiri Slot Akasia - Tentang Dhia

Assalamualaikum




korang ada layan Drama Slot Akasia di TV3 ni tak
a.k.u cam biasa
follow lah kan

lambat no cite nieH
kadang-kadang a.k.u plak dok jadi Pengarah nieH
suh endingkan drama ni cepat-cepat
sbb tak sabo nak penghujung cerita ini...

watak Liza Abdullah sebagai ibu yang 'jahat'
mmg membuatkan a.k.u fikir Liza Abdullah tu betul-betul jahat
tapi bukan di luar lah
dalam filem saja
maknanya dia mmg membawa watak dia dengan bagos
Liza Abdullah ni.....
macam-macam watak a.k.u tgk dia bawak
ada watak gila-gila, watak baik..
macam-macamlah...
sume a.k.u suka
lagik-lagik kalau dia bawak kepochi..
mmg menjadi ok

erk
berbalik pada Tentang Dhia
drama sebanyak 26 episod ni dilakonkan oleh Ady Putra (Zikir) sebagai Heronya
Nora Danish (Nor Kamadhia) sebagai Heroinnya...
dan ada Tasha Shila (Rose), Ako Mustapha (Azmi), Izreen Asminda (Melly) dan ramai lagi.
drama ini telah ditayangkan semenjak 9 November 2011
setiap jam 7 malam di TV3.

SINOPSIS

Bermula kisah sedih cinta tiga segi antara Dhia lakonan Nora Danish dan dua orang lelaki yang sangat dicintainya, Raffi (lakonan Irfan Roslan) dan Azmi (lakonan Ako Mustapha). Dhia dicemburui oleh Melly (Izreen Azminda) kerana Dhia menjadi rebutan dua lelaki tersebut.

Dhia seorang gadis kampung yang disukai ramai kerana perwatakan yang ayu, lembut dan cantik. Dhia sudah lama jatuh hati kepada Azmi lakonan Ako seorang anak kepada Imam di kampung dan bekerja sebagai kerani biasa saja. Manakala Raffi seorang pemuda yang berasal dari keluarga kaya dan berkelulusan dari luar negara menjadi teman rapat Dhia.

Dhia bakal melangsungkan pertunangan dengan Azmi, Raffi sedih , namun tetap redha dengan keputusan Dhia walaupun dia masih mencintai Dhia.

Kisah sedih Dhia bermula apabila Melly cuba memerangkap Raffi dengan memaksa Raffi menidurinya dalam keadaan mabuk. Melly mengandung tapi Raffi tidak mahu bertanggugjawab. Melly cuba pulak memerangkap Azmi dan akhirnya mereka ditangkap khalwat.

Dhia terkejut dan kecewa amat sangat apabila mengetahui tentang hal itu, lebih lebih lagi majlis pertunangan sudah hampir. Dhia yang jujur dan baik hati sanggup memaafkan Azmi dan mereka bertunang juga akhirnya. Melly tak mengaku kalah dia menyerang Azmi semasa majlis pertunangan dan mahu Azmi bertanggungjawab. Melly berjaya disatukan dengan Azmi tanpa kerelaan Dhia.

Dalam keadaan masih sedih mengenangkan nasibnya ,Dhia didatangi pula Zikir (lakonan Ady Putra) dalam hidupnya. Zikir seorang arkitek dari Kuala Lumpur.

Perkenalan Zikir dengan Dhia bermula apabila Zikir berkunjung ke kampung Dhia kerana Zikir menziarahi pengebumian kawan baiknya. Di situlah Zikir jatuh cinta pandang pertama dengan Dhia. Zikir sebenarnya digilai oleh Rose (lakonan Tasha Shila).

Selepas Dhia kehilangan Azmi dapatkah Zikir merebut hati dan cinta Dhia, adakah cinta Dhia dan Zikir akan terhalang lagi dengan kehadiran Rose pulak?

kalau korang dah terlepas episod-episod sebelomnya
boleh lah TONTON TENTANG DHIA DI SINI
 
dan kalau nak tgk FACEBOOK TENTANG DHIA
pun boleh...
 
pastu..
tengah a.k.u search pasal TENTANG DHIA ni
tup tup
ada sebuah novel Tentang Dhiya hasil tulisan Syud
tapi bila a.k.u baca sinopsis novel ni
mmg berbeza
so a.k.u assumed drama ni bukan adaptasi dari Novel di bawah....
maybe...
 
 




apa-apa pun
a.k.u tak sabar nak tgk ending cerita nieH
tingal 6 episod je lagik
menjadikah kerja-kerja jahat ibu mertua Dhia untuk mengenakan Dhia?
mmmmmm
pastinya ibu Dhia takkan berdiam diri selepas kematian ayah Dhia..

jom kite tgk ye..


 

Thursday, June 23, 2011

Gara-Gara Cinta Aaron Aziz, Hero Nora Elena Versi 2

Assalamualaikum


Stat Minggu ini



a.k.u pernah up pasal Gara-Gara Cinta Aaron Aziz, Hero Nora Elena kat SINI
awal minggu nieH..
a.k.u check stat lagik


Stat Bulan Ini
subhanallah...
ramai lagik rupanya search pasal si Aaron Aziz nieH.....
ce tgk stat di atas...
mula-mula a.k.u tgk..
posting ni bawah sikit dari si Shahrul Idlan Talaha punya post
ari ni a.k.u tgk
dan jadi TOP post of the week, month and also all time..
wahhh
hebat betol lakonan Aaron Aziz neiH..

a.k.u mmg yakin lah
ramai org search pasal Aaron Aziz...
lagik-lagik kawan a.k.u sorang yang mmg peminat Fanatik Aaron Aziz...

even skrang pun demam Aaron Aziz masih menular lagi
bersambung kat Stanza Cinta pulak...

mmmmmmm
Puan Shida..masihkah anda menanti Twit Aaron Aziz??

Thursday, June 16, 2011

Pencapaiain Tertinggi Gara-Gara Surat Cinta Buat Aaron Aziz (Nora Elena) | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum



antara percaya dan tidak percaya...
tup tup..
wallahhhhh
8 orang sedang terjah blog a.k.u wehhhHHhhhhh
tak puas hati...
refresh sekali lagi
SAH dan SAHIH...
mmg betul blog a.k.u...

dan bila a.k.u checked Feedjet..
kebanyakkannya semua pasal Nora Elena..
mmg penangan yang hebat betul Nora Elena
walaupun hari ini episod terakhir..
fuhhhhhh.....

TERIMA KASIH NORA ELENA...
haaa jgn lupa tgk episod terakhir NORA ELENA hari ini....


Gara-Gara Cinta Aaron Aziz, Hero Nora Elena | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum


Fuhhhhh
ramai gak rupanya tengok topic nieH..
published on 9 June 2011...
pasti ramai dok google pasal Aaron Aziz nieH....
tapi bila a.k.u try google...
susah plak nak nampak posting a.k.u nieH..
erk....

apa-apalah..
jgn lupa ye kengkawan...
Aaron Aziz online sat gi..

Wednesday, June 15, 2011

Live Chat with Aaron Aziz | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum


untuk peminat-peminat setia Aaron Aziz a.k.a Seth Tan
ape lagik
tak moh chat ke ngan Aaron Aziz.....
esok...
16 Jun 2011 at 3 p.m.

sila lah ke  http://apps.tv3.com.my/livechat_noraelena/

Thursday, June 9, 2011

Surat Cinta buat Aaron Aziz | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum


Buat kekasihku Seth Tan,

a.k.u suka caramu
menerima seorang isteri yang tidak pernah mencintai

a.k.u suka kekuatanmu
menempuhi dugaan bergelar suami

a.k.u suka layananmu
menyintai seorang yang bernama isteri...

Yang sentiasa menyintaimu....


ha amacam
angau? tgk Seth Tan dalam drama Nora Elena yang ditayangkan di TV3 tu?
semua org tahu..
cerita ini adalah garapan dari Novel Kasih Yang Suci tulisan Meen Zulaikha

a.k.u mmg followlah cerita nieH...
walaupun hanya drama kan...
tapi mmg suka cara Seth Tan layan isteri dia
mmg best gila...sweet sangat-sangat
dan a.k.u dapt bayangkan betapa bertuahnya isteri Aaron Aziz...
dan a.k.u yakin...Aaron Aziz adalah seorang suami yang amattttttttt pengasih dan penyayang...

ce tengok gambar kat bawah tu.....
mmg sweet family
moga Aaron Aziz dan family bahagia selamanya...





bagi mereka yang masih belom sempat menonton
atau ingin menonton episod-episod terdahulu
boleh lah ke SINI

next week macam minggu terakhir slot drama ni
sila tonton ok

‘Nora Elena’ merupakan sebuah sketsa romantik yang bakal menggamit perasaan dan emosi anda. Persimpangan cinta dan pencarian kasih yang tulus suci ini digambarkan melalui keperitan hidup dan tekanan emosi seorang wanita yang telah dihapus keceriaanya akibat kedurjanaan manusia. Ingin mengetahui kesudahan kisah ini, jangan lupa untuk menonton drama siri terbaru, NORA ELENA yang bakal ke udara pada 9 Mei 2011, setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam, hanya di slot Akasia, TV3!



Kredit Gambar:  Ehsan Mr Google

Tuesday, February 8, 2011

Slot Akasia - Drama Tiramisu di TV3 | adanyakauuntukku|

Assalamualaikum...


Korang follow tak cite nieh?
hehehee
a.k.u follow..tapi tak delah sampai die hard fan kan
tapi mmg follow lahhh

a.k.u suka cite dia
very the sempoi one
dengan lakonan Amani dan Pierre yang bersahaja...
memang sempoi giler..
this week last episode dia kot
cam tak best je
bila tgk episod semalam si Dani kata nak kawin ngan Tina..
sian kat Melur..
tapi jadi kah?
mmmmmm

Kalau kawan-kawan rasa cam nak tgk episod-episod lepas cerita ni
leh pegi sini  Tiramisu

Para pelakon drama Tiramisu ni adalah Sharifah Amani (Melur), Pierre Andre (Daniel Mirzan), Adik Mia Sara (Ayesha), Tania Hudson (Liana), Shiela Mambo (Puan Gai), Rahhim Omar (Pakcik Sam), Zain Ruffedge (Faris), Faizal Yusof (Alias), Dira Abu Zahar (Intan) dan Azzam Zamani (Nik).

Kat bawah ni sinopsis yang a.k.u copy untuk drama Tiramisu nieH...
TIRAMISU (tv3) mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat di zaman sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre). Walaupun Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke sekolah tersebut tidak meminati Dani seperti pelajar lain. Ini membuatkan Dani ingin mendampingi Melur dan berkenalan dengannya.
 
Sebenarnya, Melur mempunyai masalah keluarga kerana abang iparnya seorang kaki judi. Malah, Melur sering diganggu oleh pemiutangnya dan Dani telah menyelamatkannya. Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan. Terdapat keserasian antara Melur dan Dani tetapi mereka tidak memikirkan soal cinta kerana usia masih muda.
 
Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Chef Pastry walaupun ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo) mengharapkannya menjadi seorang peguam yang berjaya. Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuatkan kek Tiramisu. Akhirnya, Puan Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani.
 
Sebelum Dani menyambung pelajaran ke London, Dani berjanji sekiranya mereka masih bujang pada usia 28 tahun, dia mahu mengahwini Melur. Melur terharu. Mula-mula, mereka masih berhubung melalui emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing.
 
Beberapa tahun kemudian, Dani telah kembali ke tanah air sebagai Pastry Chef terkenal di London. Dani bercadang untuk membina empayar di Malaysia. Selain itu, Dani juga mahu mencari Melur namun kecewa kerana Melur telah berpindah. Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman persekolahan masih terpikat dengannya dan menaruh harapan supaya Dani akan jatuh cinta dan mengahwininya suatu hari nanti.
 
Dani dan Melur pernah berselisih beberapa kali tetapi tidak pernah bertembung muka. Suatu hari, Dani terserempak Melur bersama seorang budak perempuan, Ayesha (Mia Sara Nasuha).
 
Dia berasa kecewa kerana menyangka Melur telah berkahwin. Sebenarnya, Melur berkorban untuk keluarganya selepas kakaknya bercerai dan bekerja di Singapura.
 
Sejak itu, Melur bekerja di kedai bunga dan menjaga anak saudaranya, Ayesha. Walaupun Dani dapat tahu bahawa Melur masih bujang tetapi Faris (Zain Ruffedge) tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Melur telah mengaku dirinya sebagai teman lelaki Melur. Sekali lagi, Dani memilih untuk mengundur diri.
 
Masih adakah jodoh untuk Melur dan Dani? Apakah yang akan terjadi kepada mereka?
Sumber : Budiey.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...