SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Tuesday, May 31, 2011

Thank you for everything! | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum


a short phrase
but giving me a big smile on Monday....

Thank you boss....
surprise receiving this from you...


the 'giver' was a gentleman boss
never thought or imagine that he will give me this...


a short 'friendship' anyway..
hopefully you're success over there...
I knew u will...
Thanks for everything too boss!!


I'm now trying to step to a new world..
thinking of it everyday
and at last...
she's considering my dream..
Thanks to you too...

Now...I'm looking forward for it...
to Shida and Kak Jue..
thanks for being my alarm clock...

I woke up now...
yesssssss!!!

Friday, May 27, 2011

Admitted in Hospital | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum



my mother in-law was admitted at HKL yesterday....
a day before that, she fainted and can breathe very well...
so yesterday, my sister in-law took her to HKL for further check up
and she's admitted due to lung problem...

I took 1/2 day leave yesterday..
off to HKL...
she's been given supported oxigen....
she looks ok..as usual....
she's never asked for help...
but I think yesterday was the final one...

after visiting hour was over...
we're off to Sentul...
fetched Fahim as well as packed all M.I.L stuff...
around 6 we're arrived at HKL again...

my MIL was transferred to another bed since her condition was quite bad....
another knocked-off...
my sister-in-law told us that MIL was referred to IJN..
goshhh......
not only a lung problem...but also a heart problem as well....

what do we expect for a old lady aged 70 years old...
we need to face it...

we tried to shift her to Class 1 ward but we understood...
so hard to get that..

but....
I'm quite unpleasent with their reason why we don't get the room
if you'll heard this....
what is pop-up to ur mind?
"doktor pakar ada kat wad kelas 3 je..kat kelas 1 & 2 tak de.."
do you mean what actually?
I'm not insane
I'm awake..

what are you trying to prove to us?
doktor pakar takde?
so if doktor pakar tak de...
why do you have Class 1 and Class 2 Ward anyway?

please lah....
do not put HKL down again...
be professional..
give a valid reason...pleaseeeeeeeeeeeeeee

malu ok....
u're a nurse...
not a cat or a bird..
you've mind to think...
be careful with ur words....

whatever it is...
my MIL was transferred to IJN already..
waited for the result..
hopefully everything was fine...

insyaaLLah....

Thursday, May 26, 2011

Manicure and Padicure at JJ Nail Studio, MidValley | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum


lihat jariku
cantikkan.......
pinjam tangan org sebelah...sbb tangan sendiri tak boleh capture
gitu kekdahnya....



actually tak planned pun
tetiba je tensen
teros decide nak manjakan diri.....

browse kat internet...
mula-mula dok rescue 911 kat Cik Retna..
so decide nak gi The Mall
at last...
ke MidValley...
so org di bawah telah membawa hati yang lara teros ke MidValley



bertungkus-lumus budak ni me'manicure' dan 'padicure' kan diriku
nama dia Sherene
sangat baik tau
even tertoreh sikit jari mulus ku itu
ku relakan kerana kerja mu yang amat bagos
sungguh-sungguh dia buat keje....
THANKS ye Sherene



gambar kat atas ni tengah buat padicure...
sangat suka ok...
kaki ku di belai....
ha ha ha


beginilah keadaan kedai ni
sebelah buat manicure...
pastu ada 4 kerusi tuk buat padicure..
yang bestnya ape tau
di samping mereka me'padicure'kan kakiku
badanku di urut oleh kerusi urut OGAWA...
wah wah...sangat sangat suka...
mmg memanjakan diri sungguh hingga lupa nak balik....



so..
inilah hasilnya...
berkilat kannnn..
gambar kaki tak boleh nak snap plak
tapi mmg segala jenis kotoran degil telah di nyahkan dari kakiku
skrang kaki ku lembut....
kuku bersinar-sinar....
dan sangat-sangat bersih...
cagu-cagu pun dah tak de dah
(erk..kaki a.k.u tak de cagu ye....)

Terima kasih Sherene....
and thanks to JJ Nail Studio too



kalau korang nak pegi..
boleh ke MidValley sana
dinasihatkan...buat appointment lah
senang sikit..sbb ramai gak org ke sini
dan...
macam biasa...
balik naik KOC WANITA....
saya yang stress sudah kembali tenang...
so kalau korang stress-stress
tetiba tak tahu nak buat ape
sila lah memanjakan diri  ye........
tapi tak selalu..
kang bankrupt acik haaa
btw...untuk manicure tu RM33 + RM10 (buffering)
untuk padicure...RM43 + RM10 (buffering)
tapi a.k.u amik RM105 package tuk padicure sbb nak ilangkan kotoran degil.....
so total perabih duit..RM148....

baiklah..
itu saja laporan memanjakan diri....

sekali sekala kena reward diri sendiri...
a.k.u puas hati...
sangat-sangat puas hati..

mmmm rasanya lagik 33 tahun akan datang a.k.u buat lagik kot
gulp.....


Selamat Hari Ibu | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum



cuba perati...
apa yang korang nampak..

masa mula-mula Alieyah kata
ibu ibu......
Yaya ada buat Hari Ibu

mmmm
dalam hati kobar-kobar nak tgk
bila dia bawak keluar dari bag dia..
wallahhhhhh......

mak oiii nak..
semua tulisan tu selagi ada ruang di warnanya...
tapi yang paling best....
bila tanya pasal gambar org yang ada dalam lukisan dia
"eh Alieyah..yang ni Alieyah ke?"
dengan sempoi dia jawab
"tu ibulah.."

gulp...
lawonya ibu kamu Alieyah oit...
mmg kretip....
tapi tak pelah
apa yang a.k.u nak expect budak 5 tahun yang tahu apa-apa
sedangkan a.k.u yang kertu ni pun tak pandai lukis kan...

pastu disiap cakap tu
cikgu suh pos...
letak kat peti surat
nanti ibu bukak
taraaaaaaaaaaaaaaaa..surprise...
ada kad untuk ibu
sabo je kan...


tapi
bila a.k.u buka dalam kad tu

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
ibu touching...
ibu pun sayang Alieyah juge...

                               

Wednesday, May 25, 2011

Anak Ibu Yang Rajin | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum



baju sampai ataih perot...
actually baju burung kasawari tu sepasang...
ngan suor
tapi bila si Fahim ni pakai suor tu
londehhh
udahhh
kuruihhh bebenor...
ibu dia je yang mencanak-canak cam anak gajoh..hah aha

rajin kan anak ibu...
dia ni pantang...
pantang nampak penyapu..penyodok..
itulah keje dia

ibu kan pemalas...
babah dah sound Ahad lepas
ibu ni tido je
cubalah kemas rumah
gulp
tercabar ok tercabar
ha ha ha...

bukan aii malas ok
aii allergic kat habok...
nanti kalau ada habuk je
badan mesti gatal-gatal
pastu naik ruam-ruam..
berbintat-bintat

kesian kat aii tau
boleh tak guna alasan tu
tapi mmg serius...
a.k.u begitu...

bersin tu....
mmg tak boleh lari lah...

tapi kan
bila tgk anak cam nieH
sejok mata memandang
sejok perot ibu yang mengandong kan kan kan...

tapi kak long di mana?
kak long di depan tv
sempoiiiiiii

:0

KEPUTUSAN CUBA TEKA GIVEAWAY AdanyaKauUntukku

 Assalamualaikum

Terima kasih kepada yang sudi mencuba...
so saya yakin benar...

Pemenangnya adalah...........










Mohd Adree, Puan Farihah, MizzsiHa dan Syanasaid...




JAWAPAN YANG PALING TEPAT IALAH AEON AU2 SETIAWANGSA...
Jawapan yang a.k.u terima:

Mohd Adree -  Jawapan:  JJ AU2 Setiawangsa (agak tepat tapi tidak berapa tepat)
Puan Farihah - Jawapan:  AEON Wangsa Maju (salah tempat..kalau tak..sah pemenang utama....)
Mizz Siha & Syanasaid - Jawapan I-City

ramai kata I-City sebenarnya

masa mula-mula buat soalan ni...
a.k.u pun pk ramai akan kata I-City... :)
tapi tidakkan...

disebabkan jawapan yang diterima tidak tepat....
hanya hampir tepat..
jadi hadiahnya bakal di kongsi bersama...
untuk keempat-empat pemenang...

sila email kepada saya no. acc anda ye ke adhila310@gmail.com
kalau ada maybank lagik bagos kan..huhuhuhu...
transfer teros hari ini melalui M2U....:)

TAHNIAH
dun forget to give me ur account no ya..

oh ye....HADIAHnya merupakan wang tunai...
disebabkan saya telah mengetepikan sebahagian 'portion' wang tunai...
dan juga disebabkan tiada PEMENANG UTAMA
hadiah wang tunai itu di kongsi bersama......: )

ehh kenapa jawapan salah pun dapat hadiah kan
(mesti ada yang tanya kan)
jawapannya:  sbb a.k.u menghargai anda kerana antara yang terawal menghantar jawapan...
tiada ke'kroni'an di sini ye...

TERIMA KASIH kerana tak jemu-jemu menjenguk ke sini.....

Tuesday, May 24, 2011

Cuba Teka GiveAway AdanyaKauUntukku | adanyakauntukku |

Assalamualaikum
_________________________________________________________________________________

KINDLY SCROLL DOWN FOR NEW ENTRIES :)_________________________________________________________________________________

semasa a.k.u edit gambar ni
tetiba a.k.u macam nak buat GiveAway lagik...
a.k.u rasa.....insyaaLLah ada rezeki lebih di akhir bulan May kan..
so nak kongsikan lagik ngan kawan-kawan...
(kalau ada yang sudi lah)

Soalannya amat mudah

DI MANAKAH LOKASI GAMBAR DI ATAS?

Syarat-Syaratnya:
  1. Mesti ada blog ( ha ha ha..) cam kedakar je syarat nieH.....tak de blog pun tak pe kot..yang penting korang jawab soalan...dan paling UTAMA mesti ada acc No.
  2. Mesti jadi follower AdanyaKauUntukku (harus ke? erk)....bukan follower juga boleh...tidak lah berdosa pun kan kalau tak follow....
  3. siLa TAGGED tiga rakan anda - macam leceh je kan
  4. Link back to AdanyaKauUntukku - untuk memudahkan proses pengadilan ... (perlukah?)
argggghhh..bosanlah Syarat-Syarat ni kan...
a.k.u pun bukan jenis org yang suka patuhi peraturan kan..
jenis sempoi..huhuhu

so Syarat-Syarat nya amat mudah
SILA JAWAB SOALAN DI ATAS..
itu saja...
ye itu SAHAJA....
tetapi..
untuk jadik lebih surprise...

jgn reply di ruangan ini
sila emailkan ke adhila310@gmail.com
dan reply di ruangan 'reply' di topic ini
SAYA SUDAH MENJAWAB SOALAN AdanyaKauUntukku
so saya boleh lah gi check email....
dan org lain tidak boleh tahu....
apa dan bila anda menghantar jawapan anda..
a.k.u akan reveal bila masa pengumuman pemenang...
termasuk details masa kawan-kawan hantar email kepada saya.....
dont worry...a.k.u ni telos orangnya
tiada kroni-kroni ye..huhuhu


PEMILIHAN PEMENANG

Berdasarkan siapa jawab yang paling tepat dan cepat (first come, first serve basis)

so kalau ada org lain yang jawab sama...tapi lambat beberapa saat....
sad to say....anda bukan pemenang....tapi pengalah ye (tiru kata-kata Vince AF1)

tarikh tutup peraduan ini pada 24 May 2011 jam 11.59 malam
so hari ini 20 May 2011 kan...
5 hari sahaja ye.....
SIAPA SAHAJA BOLEH MENCUBA....

HADIAH:  Wang Tunai bernilai RM dot dot dot...... (hanya satu pemenang ye)

SAYA AKAN UMUMKAN PEMENANGNYA PADA 25 MAY 2011

SELAMAT MENCUBA!!






Cuti tambahan Hari Raya Puasa dan Hari Kebangsaan 2011 | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum


Cuti tambahan Hari Raya Puasa dan Hari Kebangsaan

24/05/2011 12:28pm

KUALA LUMPUR 24 Mei - Kerajaan memutuskan supaya satu hari kelepasan am tambahan 2011 ditetapkan bagi seluruh negara berikutan hari kelepasan am sempena Hari Raya Puasa dijangka bertindih dengan Hari Kebangsaan pada Rabu, 31 Ogos depan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, satu hari kelepasan am tambahan yang ditetapkan itu bagaimanapun akan tertakluk kepada pengumuman tarikh Hari Raya Puasa oleh Majlis Raja-Raja kelak.

Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Selasa, 30 Ogos 2011 dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) dan Hari Kebangsaan bertindih pada Rabu, 31 Ogos 2011 maka Khamis, 1 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Rabu, 31 Ogos 2011 dan bertindih dengan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) pula jatuh pada Khamis, 1 September 2011 maka Jumaat, 2 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan tambahan. - Bernama


cam best je kan..
leh cuti panjang..
tapi kalau cuti panjang nak pegi mana?

Plan..Plan..Plan...





Gambar Sekitar Trajedi Tanah Runtuh di Hulu Langat | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum



ada a few gambar yang bg a.k.u amat menyayat hati
tapi a.k.u tak posting kat sini
sbb a.k.u tak sanggup....

siapa yang bersalah?
a.k.u tak nak komen..
cuma....
a.k.u amat sedih
bila org mula menuding jari
menyalahkan org ini dan org itu

dari sibuk-sibuk susahkan diri menuding jari
baik kita carik jalan penyelesaian

mungkin komen yang kita luahkan...
akan menyakiti..
walaupun tidak sepenuhnya....
tapi a.k.u pasti menyentuh perasaan waris mangsa trajedi itu

siap ada yang marah-marah 'on air'
cakap kenapa baru pihak berwajib tau tempat tu bahaya and etc....

Pihak berwajib dapat tau
bila ada org bgtahu
tapi kalau tak de org bgtau
atau complaint..tanya...
macam mana mereka nak pantau..
mereka pun ada keje lain..
bukan mereka nak perkara macam ni berlaku kan...

tapi a.k.u juga tak kata..
yang pihak berwajib tu betul...

yang paling UTAMA kat sini
jgn menuduh tanpa usul periksa...



a.k.u rasa...
perkara paling penting yang kita boleh lakukan sebagai org awam adalah
bila kita tahu...
tempat awam itu bermasalah...
bahaya...
menimbulkan tanda tanya..eh selamat ke tempat ni?
tepi bukit
atau
eh pokok-pokok kat sekolah ni macam dah tua
macam boleh patah bila-bila masa...

bila perkara ni timbul
perkara pertama kita harus buat..
mungkin boleh bertanya dulu pada sekolah/tempat asuhan kanak-kanak/etc
beri pendapat tentang kerisauan kita pada masalah tu
kalau masih tuan punya tempat tak amik tahu
kita amik initiative..telefon pulak pihak berwajib
dan di sini lah peranan pihak berwajib tu penting
dah dapat report..
jgn tunggu tanah dan runtuh
pokok dah hempap bumbung sekolah
baru nak datang..
immediate action, pls...

dan a.k.u yakin
pasal action yang lambat ni
membuatkan org awam berprasangka buruk terhadap pihak berwajib..

wake up everyone..
take your position...
be responsible to any 'dangerous' thing around you

tak perlu nak pegi Majlis Daerah or what so ever..
TV3 pun ada kan..ADUAN RAKYAT...

gunakan sebanyak mungkin  saluran yang boleh buat org sedar tentang perkara nieH..

MAAFKAN a.k.u kalau a.k.u ada menyinggung sesiapa
tapi a.k.u rasa....

semua kena memainkan perananan..
orang awam mahupun pihak berwajib...

SAYANGI SEMUA ORG DI SEKELILING KITA...
barulah ORG DI SEKELILING KITA MENYAYANGI KITA...

cheers!!



Gambar yang dihantar melalui email - gambar sebelum kejadian tanah runtuh


Monday, May 23, 2011

Imam Muda 2011 - Minggu Keempat - Krisis Identiti | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum

Korang tgk tak Imam Muda minggu lepas...
siap ada kejutan
dan a.k.u siap menangis ok
ha ha ha..
emotional plak...

Tajuk minggu lepas adalah Krisis Identiti....
a.k.u tak sempat nak tgk awal program niH
bila ulangan plak....mesti dah tengah-tengah..
tapi akan ku usahakan untuk tgk dari mula...

a.k.u mmg suka ending episod kali ini..
tiada yang terkeluar lagik...yeay
dan Imam Muda Hassan merupakan Imam Terbaik pada minggu ini...

yes..sangat suka....
mmg tak rugi lah tonton program nie.
yok kawan-kawan...

kita tgk IMAM MUDA...

Friday, May 20, 2011

"Setulus Kasih Ibu, Sebening Kasih Ayah" anjuran EXCEL TRAINING & CONSULTANCY (M) SDN BHD | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum

PERKONGSIAN MAKLUMAT saja..
dapat dari email yang dihantar oleh seorang rakan....

kepada sesiapa yang berminat untuk attend "Setulus Kasih Ibu, Sebening Kasih Ayah".

kalau kawan-kawan nak tahu...EXCEL TRAINING & CONSULTANCY (M) SDN BHD ni
kepunyaan Dato Fadzilah Kamsah dan kawan-kawannya...
mmg best punya course dia...jemputlah beramai-ramai...


Assalammualaikum & salam hormat dari EXCEL TRAINING & CONSULTANCY(M) SDN BHD.
 Dato/Datin/Tuan/Puan/Cik,

Melalui perkongsian pintar, syarikat Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd. akan akan mengadakan satu program sempena Hari Ibu iaitu "Setulus Kasih Ibu, Sebening Kasih Ayah".

Program ini merupakan anjuran Persatuan Setiausaha UKM yang juga menawarkan khidmat urusetia manakala SinarFM adalah radio rasmi program.

Berikut adalah maklumat mengenai program tersebut:
Tajuk Program : "Setulus Kasih Ibu, Sebening Kasih Ayah".
Tarikh : 29 Mei 2011 (Ahad)

Masa : 08:00 pagi hingga 05:00 petang

Tempat : Dewan Besar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi Selangor Darul Ehsan
Pakej : RM 90.00 seorang, RM 169.00 (berpasangan)
Cara pendaftaran secara online di www.excel-training.com.my atau hubungi 03-89262501/2502/2499/2498. Booking boleh dibuat dengan bayaran sebanyak RM 50.00 untuk seorang melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB No. Akaun 120 290 100 22 806) (CIMB no akaun 12150007767051) atas nama EXCEL TRAINING & CONSULTANCY (M) SDN BHD, kemudian fakskan slip pembayaran (tuliskan nama peserta dan no telefon ) atau fakskan salinan slip pembayaran melalui 03 - 8926 2504

Sekian, terima kasih.

"BERSAMA MELAKAR KEJAYAAN"

EXCEL TRAINING & CONSULTANCY (M) SDN. BHD
03 - 8926 2501
03 - 8926 2504

Thursday, May 19, 2011

SENYUM .... SMILE | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum


sejok mata a.k.u memandang wajah Encik Paim yang menyengih nieH...
bak kata kawan-kawan....
jgn fikir sangat.....
lupakan..
fikir anak-anak..
ye...saya terima nasihat kawan-kawan untuk tidak berduka
walaupun di hatiku masih terasa....

ari tu a.k.u ada belajar
kalau kite senyum..
kita mengeluarkan 3 enzim
  1. Endorphin - bahagia
  2. Enkephylin - merawat sakit-sakit dalam badan
  3. Dynophin - tenaga
jadi....
senyum lah senyumlah..ahai cik mek molek...

*mampukah a.k.u?*

Wednesday, May 18, 2011

La Cottage Putra Perdana | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum



rasanya kawan-kawan yang rapat ngan a.k.u tahu pasal rumah nieH..
a.k.u beli..eh bukan a.k.u....
suami a.k.u beli sebelom kite org kahwin lagik..
dengan harapan....
bila dah berumah tangga...
ada lah tempat berteduh..

nan adoooooooo
sampai ke hari ini..
rumah tu seperti di atas lah progressnya...
tapi sekurang-kurangnya...
ada lah progress dari tak gerak langsong kan

ari Isnin lepas..
a.k.u amik half day dengan niat
nak jaga suami yang sakit..
huhuhu isteri solehah lah kann
tapi bila suami datang
dia menonong je drive keta tapi tak ikot laluan biasa
nak tgk rumah katanya
pegilah...

*sambil menarik nafas yang panjang*

tak moh cakap panjang-panjanglahkan
moga rumah ni cepat siap..
idoklah a.k.u berumah tangga di 'penthouse' sekarang neih
letih acik haaaaa......
muatan dah berlebihan dah skrang...
patutnya makin naik tangga makin lah slim
nan ado juge..cam rumah kat atas tu..

ari tu kata dalam bulan 6 dapat
tapi fasa sebelum pun tak settle lagi..
cam ne nak dapat bulan 6 kan..

bila tgk forum...kata akhir tahun ni lak
tunggu jelah
moga rumah ni siap kan Alieyah...
doakan ye Alieyah...
rumah kite cepat siap....
leh ibu buat taman mainan kat umah kite....
hari-hari Alieyah boleh main taman...

insyaaLLah....

btw...terima kasih buat Puan Laili dengan Puan Tinie..
malam saya kembali tenang.....time masih ye kawan-kawan

MODE: Touching!! | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum

tak tahu kenapa..
tapi a.k.u sangat-sangat touching.....

ya allah ya tuhanku
tetapkan semangat a.k.u...
jauhi dari berprasangka buruk terhadap org....
moga a.k.u diberikan kesenangan menempuhi ujian ini...

aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Awas! Daging 'lembu' diproses daripada daging BABI | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum




  
I received an email  about this...
so be careful all Muslims out there...
sebijik cam daging lembu betul kan.......
sila baca artikel di bawah untuk keterangan lanjut
Isu telur tiruan dari negara China pernah hangat baru baru ini. Diam tak diam, negara China yang sememangnya terkenal dengan kepakaran menghasilkan barang tiruan sekali lagi telah menghasilkan satu inovatif baru iaitu menghasilkan daging lembu daripada daging babi.

Media tempatan melaporkan, ekstrak perasa daging lembu di jual di Shanghai dan digunakan di restoran untuk membuat daging lembu palsu. Memasak daging babi mentah dengan bahan aditif selama 90 minit mampu memberikan rasa daging babi kepada daging lembu.
  
Berikut merupakan proses menghasilkan daging lembu tiruan selama 90 minit:

  
  1. Ekstrak Daging Lembu bermutu tinggi yang membolehkan daging babi menjadi daging lembu.
  2. Agen glazing, untuk menghilangkan rasa daging babi. Pek kecil ini cukup untuk 50 kg daging babi.
  3. Proses memerap daging babi dilakukan selepas ditambah ekstrak daging lembu
  4. Perbezaan daging babi yang telah diekstrak dengan yang asli.
  5. Perbandingan antara daging babi asli dan daging lembu palsu selepas dimasak selama 2 jam memasak. Daging babi telah di ekstrak mirip dengan daging lembu.
Sebotol ekstrak daging lembu seberat 500 gram dijual dengan harga 20 yuan (RM 9.13) cukup untuk mengubah rasa 25kg daging babi. Harga daging babi adalah setengah daripada harga dari daging lembu, dan ini berpotensi memberi penjimatan lebih dari 1,000 yuan (RM 456.55) jika 25 kg daging digunakan.
  
Menurut Fang Youzong daripada Jawatankuasa Penasihat Shanghai Food Drug Administration, Bahan penambah rasa ini banyak digunakan untuk memberikan rasa daging lembu didalam mee segera, katanya kepada Times Global. Dan China hanya melarang penggunaan bahan penambah rasa ini kedalam beberapa produk makanan yang meliputi makanan bayi dan susu, kata Fang lagi.
   
Dan baru-baru ini, sebuah jabatan industri dan perdagangan di Heifei telah mengatakan bahan penambah rasa ”ekstrak daging lembu” yang banyak di edar di pasaran, membolehkan daging ayam diproses menjadi “daging lembu”. Seorang penduduk bandar mendedahkan bahawa “ekstrak daging lembu” telah menjadi ”resepi rahsia” di beberapa restoran-restoran kecil. Doktor juga telah mengesahkan penggunaan jangka panjang dari bahan penambah rasa ini, boleh menyebabkan keracunan jangka masa panjang, kecacatan, dan juga kanser.
  
Tak mustahil ‘kepakaran’ ini akan sampai ke Malaysia. Seeperti telur tiruan yang kita sendiri tak sangka dengan kehadirannya. Soal makanan kita kena lah ambil berat sebab ianya akan sebati dalam badan kita dan menjadi darah daging. - MyChinaViews.com


Monday, May 16, 2011

Kay Tersingkir, Imuniti Diperkenal! | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum


1. Hazama - 21%
2. Fina - 15%
3. Lena - 14%
4. Nera - 13%
5. Erul - 13%
6. Azri - 12%
7. Kay - 11%

Macam mana?
puas hati dengan keputusan kali ini?
mmmmmmmmm.......
Skrang cuma ada 6 saja pelajar......
dan Imuniti diperkenal
macam tak relevan lah plak
sbb cuma tinggal 6 je......
kalau dari awal buat kan best...
baru ada persaingan sengit


Thursday, May 12, 2011

Cara Santau Orang | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum

Hari ini a.k.u nak ajar kawan-kawan bagaimana ingin santau orang..
haaa.....tetiba jadi guru santau plak kan..
a.k.u serius nieH
sbb...
kita ni kadang-kadang dah usaha sungguh-sungguh
dan buat sehabis baik
tapi masih tak de org hargai
so sebelom orang lain santau kita
baik kita santau org kan

Apa itu SANTAU ?
Korang search lah sendiri kat button pak google tu kan....

tapi apa yang a.k.u nak bgtau nieH..
mmg betul-betul mujarab.
a.k.u tak cakap..
tapi Dato Dr Haji Mohd Fadhilah Kamsah yang cakap...












nauzubillah.....
jauhkan lah a.k.u daripada melakukan perkara yang syirik lagi dibenci ALLAH swt.
Dato Dr Haji Mohd Fadhilah Kamsah tidak mengajar a.k.u santau org

tapi.....dia beritahu..
cara yang terbaik bagaimana ingin membalas dendam...
dendam ni bukan satu perkara yang bagos
lagi-lagi santau...
so jauhilah perkara-perkara yang dibenci Allah swt.

Tuan Haji kata....
perkara yang terbaik
bila kita marah dekat org...
atau rasa macam nak pelangkong org bila kita tak bersalah dia kata bersalah
atau tetiba nak berdendam ke...
ye lah
dalam menempuhi dunia pekerjaan..
kehidupan seharian..
kita mmg tidak boleh lari daripada perasaan hasad dengki..
org tu dengki ngan org ni
org ni dengki ngan org tu...
jadi

amalkan EMPAT perkara di bawah....
ia lebih baik
ia lebih selamat
dan paling utama diredhai...

so perkara-perkara itu ialah

PERTAMA
Doakan dia -  hek eleh..ni semua org boleh buat.....kan kan kan..mesti ramai kata cam tu..tak pun...alah...asyik-asyik doa..asyik doa......tak makbul pun.....

apa yang a.k.u pelajari semalam.....mungkin....kadang kala....doa kita tidak termakbul tu...salah satu sebabnya.....allah kata....contohnya...a.k.u berdoa tiap-tiap hari...nak jadi jutawan....kata org tak kering bibir lah....tapi dah berdoa 80 kali pun..cam tu gakkk.....

Haji kata tak pe....doa lagik....mungkin doa yang kita mintak tu...blom lagi mencapai tahap yang allah kata kita jadi kaya.....mungkin Allah dah tentukan....a.k.u jadi jutawan selepas 81 kali a.k.u berdoa...tapi a.k.u stop berdoa....bila dah 80 kali berdoa...a.ku give up....

a.k.u sepatutnya teros berdoa....tinggal satu lagik tu.....a.k.u pasti jadi jutawan...kerana.....ALLAH TAHU APA YANG BAIK DAN PERLU untuk kita....ni contoh ye kawan-kawan..contoh saja....

JADI berdoa lah yang terbaik untuk org yang berhasad dengki tu....doakan dia bertaubat....ikot landasan islam....tiap-tiap hari..tanpa rasa jemu..

KEDUA
Maafkan dia - ye....maafkan sesiapa sahaja tak kira org yang bersalah mahupun tidak bersalah....malah...kita sendiri nieH..kena mintak maaf...setiap masa..setiap ketika.....kerana...kita kadang-kadang tak sedar..dalam percakapan kita..penulisan kita...kita menyakiti hati org lain....DI KESEMPATAN INI..a.k.u PUN NAK MINTA MAAF pada kawan-kawan semua...a.k.u pun..sejak SELASA lepas....sebelum tidur..meMAAFkan semua org yang a.k.u kenal secara langsong mahupun tidak langsung...

KETIGA
Ceria sentiasa di hadapan dia - kena marah pun senyum....kena pukul pun senyum..gulp..tak de lah sampai kena pukul pun nak senyum kan......jgn tunjukkan yang kita susah hati sbb..dia bertepuk tangan bila kita susah hati....cheer up friends..cuba carik alternatif terbaik untuk tidak menyusahkan hati kita........

KEEMPAT
Beri hadiah - yeayyy dapat hadiah yeayyy...dengan cara ini..org tu mungkin berasa..eh...a.k.u dah buat macam-macam kat dia..tak serik-serik ke..tapi still bg hadiah......

who knows....KEIKHLASAN kita beri dia hadiah..MEMBERI NUR pada diri dia..dan dia berubah...Manusia ni akan berbuah dan bertindak bila hati mereka tersentuh..SENTUHLAH DIA TEPAT DI HATINYA..DIA KAN MENJADI MILIK MU SELAMANYA (erk....lirik lagu plak masuk kan )....

BUKAN SEMUA ORG JAHAT ITU DESTINASI TERAKHIRNYA JAHAT....& BUKAN SEMUA ORG BAIK ITU..DESTINASI TERAKHIRNYA JADI BAIK......mana tau..org yang paling jahat dalam dunia pun..kalau ALLAH limpahkan NUR padanya.....di akhir hayatnya dia jadi insan yang paling DI SAYANGI ALLAH.....dan kita....??

SO....
rumusannya..JANGAN BERHASAD DENGKI DENGAN ORANG
JAUHI PERBUATAN SANTAU-SANTAU yang di benci oleh ALLAH..
jgn menduakan ALLAH..kerana ALLAH itu MAHA ESA..
jgn bersekongkol dengan JIN......
BERKERJA dalam suasana yang CERIA...
jgn ada PRASANGKA BURUK pada rakan sekerja kita.....
INGAT...TABIAT BARU TERBENTUK DALAM 40 HARI....
jd..cuba sedaya upaya untuk berubah jadi baik.....
kalau sehari dua.....dah give up..macam mana kan....

MAAFKAN SAYA YE KAWAN-KAWAN....yang terlebih..yang terkurang......


Wednesday, May 11, 2011

Memperkasa Budaya Kerja Organisasi Berprestasi Tinggi Part 2 | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum


a.k.u kobar-kobar untuk hari yang kedua..
walaupun penceramahnya bukanlah Dato Dr Haji Mohd Fadzilah bin Kamsah
penceramah kedua ialah Prof. Haji Mohd Hanim bin Mohd Tahir dan juga Ahmad Faisal bin Haji Nasir
sesi kedua hari ini, ada dua penceramah


sorrylah...tak sempat nak capture gambar Penceramah kedua
tapi orgnya baik....070707 ye cikgu... :)

hari yang kedua...
MASIH membincangkan tentang bagaimana ingin memperkasa budaya kerja organisasi berprestasi tinggi
atau dengan kata yang mudah...
BAGAMAIMANA INGIN MENJADI CEMERLANG DI TEMPAT KERJA
(itu ikot tafsiran a.k.u ye)

masa sesi pertama semalam
ada banyak benda a.k.u belajar...
ari ni juga..
banyak benda a.k.u belajar...
so a.k.u nak rumuskan hari pertama dulu...
sbb tak habis cerita lagik semalam kan.....

baiklah (cewah..cam bagos2kan)
a.k.u tertarik dengan ayat di bawah ....
haaaaaaaaa...
besar maknanya kan
a.k.u mmg selalu gak 'mengulor' time keje
bukan ape...nak releasekan stress semasa kerja
kalau dah 8 jam sehari mengadap komputer..buat keje tanpa henti
tak normallah tu..
tapi bagaimana kita nak buat kerja..sesungguh hati...diredhai.....
dan yang paling bagus... TERCUCI SEGALA DOSA...

a.k.u nak nangis ok
a.k.u tahu....BERKERJA itu satu IBADAH...
tapi kali ni...
a.k.u benar-benar tersentuh.....

a.k.u lately ni selalu kata letih bila balik rumah
penat bila sampai rumah..
cam give up nak pegi keje

tapi lepas a.k.u tau hadis ni..
a.k.u jadi SAYANG KEPADA KEPENATAN selepas pulang dari kerja..
maknanya.....
KERJA YANG A.K.U LAKUKAN HARI INI..DIBERKATI..
dan DIBERIKAN GANJARAN yang BESAR oleh ALLAH s.w.t
subhanallah....MAHA SUCI ALLAH....
a.k.u bersyukur padamu ya ALLAH..
kau berikan a.k.u kepenatan itu...

seronok kan...
kite berkerja...dapat pahala...
bila penat berkerja..tercucilah segala dosa (insyaallah)

tapi...
tup..dalam otak a.k.u berfikir
ya allah...a.k.u kerja kuat..
sampai penat-penat
tapi..kat opis..tak de siapa appreciate a.k.u...
blom sempat a.k.u teroskan semua tu...
Tuan Haji kata...
tak per..mungkin kita tidak nampak keberkataan dengan kerja yang kite lakukan..
kita tak nampak hidayah yang ALLAH berikan
sbb.....SEMUA ITU DIBERIKAN DALAM BENTUK YANG BERBEZA-BEZA

mungkin kat opis..
tak de org appreciate a.k.u..
jauh lagik nak naik pangkat..
malah...
PEMBANTU macam a.k.u (M ..ehem..PEMBANTU ok)
saperlah pandang kan...

ALLAH akan sentiasa membantu hambanya,
yang sentiasa mencuba untuk jadi lebih baik dari hari semalam

ye a.k.u tak naik pangkat
ye...a.k.u tak di hargai...

tapi....
allah tetap berkati a.k.u
dengan memberikan a.k.u KEKAYAAN yang tak TERNILAI HARGANYA...
iaitu KELUARGA a.k.u...SUAMI a.k.u dan ANAK-ANAK a.k.u......
mereka lebih baik dari PROMOTION...ACKNOWLEDGEMENT..

bukan sahaja a.k.u tak perasan....malah jarang pernah bersyukur dan menghargai
kekayaan yang allah dah berikan di depan mata a.k.u..
tapi skrang a.k.u dah sedar kan... :)
jadi a.k.u WAJIB HARGAI suami dan anak-anakku
kerana mereka lebih dekat dengan a.k.u
DOA mereka..RESTU mereka....
yang paling a.k.u INGIN sekarang
doa dan restu mereka boleh membantu a.k.u menjadi cemerlang

ye..mesti org kata
elehhh tu cakap je..
takkan lah tak de niat untuk kenaikan pangkat
dapat lebih bagus dari sekarang

ye....a.k.u masih bercita-cita untuk jadi yang lebih baik dari skrang..
ye..a.k.u akui a.k.u masih jeles bila kawan-kawan lebih berjaya dari a.k.u
tapi.....

APA YANG A.K.U BOLEH BUAT UNTUK JADIKAN A.K.U LEBIH BERJAYA DARI SEKARANG?

Dari apa yang a.k.u pelajari semalam...
  1. LIHAT
  2. INGAT
  3. NAIK SEMANGAT
  4. BUAT
  5. BERKAT

ye..inilah LIMA perkara yang a.k.u akan cuba lakukan.....

LIHAT apa yang baik untuk kita..
INGAT apa yang harus kita lakukan untuk memperbaiki hidup kita
NAIKKAN SEMANGAT untuk kita capai kejayaan dalam hidup kita
BUAT apa yang harus kita buat untuk mencapai kejayaan dalam hidup kita
BERKAT..ye...mendapat keberkataan dari ALLAH swt...

mungkin apa yang a.k.u buat sekarang tidak cukup lagi untuk jadikan a.k.u lebih cemerlang....
jadi..a.k.u harus CEKAL dan lebih KUAT berUSAHA untuk lebih cemerlang...

biar org kata a.k.u BUANG TEBIAT....
sbb a.k.u mmg akan BUANG SEMUA TABIAT BURUK a.k.u
untuk jadikan a.k.u lebih HEBAT DARI SEMALAM...

Antara PUNCA kepada MASALAH yang kita hadapi sekarang 
  1. Hati tidak bersih
  2. Fikiran Negatif
  3. Amalan tidak betul
  4. Masalah Meta Fizikal
jadi...bersihkan hati..jauhi dari berprasangka buruk pada org, jauhi dari amalan yang tidak betul dan juga masalah yang kita hadapi tapi kita tidak sedar...

ok lah.....selesailah kot info untuk hari ini
esok-esok a.k.u sambung lagik..
sbb topik ni best sangat-sangat
a.k.u harap....
ramai org boleh baca info ini
amik semangat untuk lebih berjaya dalam hidup....

ingat

KITA BOLEH MEMOHON APA YANG KITA MAHU TETAPI ALLAH AKAN PERKENANKAN YANG PERLU DAN BAIK SAHAJA UNTUK KITA...

ESOK a.k.u sambung lagik ye....

Maafkan a.k.u jika ada salah silap a.k.u sepanjang a.k.u di'line' yang tidak terbatas ini....
moga ilmu yang sedikit a.k.u perolehi semalam
dapat menyuntik semangat baru padan kawan-kawan semua....

TOPIK ESOK...macam mana nak SANTAU org
huhuhu...
tak lah...ESOK a.k.u akan bgtau...

INGAT:   ORANG YANG HEBAT ADALAH YANG LUAR BIASA TETAPI TIDAK SOMBONG

kekalkan perubahan yang bakal kita lakukan
cara mencuci hati
nama-nama syaitan
dan HIKMAH SENYUM pada semua orang...
SESIAPA YANG BERKERJA KUAT SEHINGGA PETANGNYA BERASA PENAT..MAKA IANYA MENCUCI SEGALA DOSA

bagaimana untuk membalas dendam

Tuesday, May 10, 2011

Memperkasa Budaya Kerja bersama Dato Dr Hj Fadhillah Kamsah ~ 10 & 11 Mei 2011 | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum



mmg letih...
tapi menyeronokkan...
sangat-sangat happy bila boss bg approval pegi course neiH...
teruja ok..
walaupun nun jauh di Putrajaya sana..
naik teksi pegi dan balik RM120 ok..
gila jauhhhh wehhhhhhhhh
tapi berbaloi....
Dato Dr Hj Fadhillah Kamsah ni mmg best gila
dia bg ceramah dengan sempoinya..
banyak berjenaka..
dan tidak boring...
SESUNGGUHNYA ok..
a.k.u tak tipu

tu dia mmg pandang direct kat meja a.k.u
sbb apa tau..
sbb Kak Lell tu suka menjawab apa yang Tuan Haji ni cakap..
ha ha ha...
Kak Lell...u're rock ok....

mula-mula sekali sebelom kelas bermula
Tuan Haji ni memberitahu maksod di sebalik nama dan tarikh lahir setiap peserta
dan di relatekan dengan keje-keje kite di opis dan kehidupan seharian...
Tuan Haji kata...a.k.u ni tegas...suka dan mudah berkawan..
mmg pun......tapi hatinya lembut....huhuhu
tepat ok....

antara kata-kata Tuan Haji (btw...dia suka org panggil dia Haji..katanya kalau ingin berkawan dengan dia..panggil lah dia Haji..kalau tak nak pun tak pe..dia tak paksa...)
MAAFKAN SEMUA ORANG SEBELUM TIDUR..
ye a.k.u akan amalkan ia malam ini juga.....
selain tu..
Tuan Haji kata....
sebelom masuk opis..masuk rumah
BACA BISMILLAH 3x, senyum dan bagi salam "Assalamualaikum".. langkah dengan kaki kanan....

untuk mendapat keberkatan..
bukan di opis sahaja..
malah di amalkan untuk masuk ke rumah kita sendiri
insyaaLLah.....
kita akan sentiasa diberkati...
tempat keje kita semakin seronok...dan tenang...
ye..yang ini juga a.k.u akan cuba....

banyak lagi yang Tuan Haji bg tau
esok-esok a.k.u update lagik
fail course tinggal kat Hotel tadik
esok ada sehari lagi..
seronok wehhhhhhh

esok-esok a.k.u updatekan pasal SENYUM
DOA-DOA yang boleh diamalkan dari hari ini sehingga ke akhir hayat kita
tentang TIDUR - sebelum dan selepas...
dan macam-macam lagik...

kat bawah ni antara doa-doa yang boleh di amalkan oleh kita semua
yang beragama Islam...
Tuan Haji suruh amalkan..
dan share dengan kawan-kawan
kalau ada yang berminat nak dapatkan doa di bawah dengan versi lebih besar
beserta doa-doa lain..let me know ok
a.k.u dengan rela hati ingin mengemailkan pada korang semua...
YANG BAIK KITA SEBAR-SEBARKAN...YANG BURUK KITA SIMPAN


OK lah...
mau ditutup netbook nya
ingin menantikan suami dan anak-anak dengan senyuman dan pelukan..
(juga nasihat dari Tuan Haji)

a.k.u mmg nak ucapkan terima kasih pada Dato Dr Hj Fadhillah Kamsah..
u made my day..
a.k.u akan amalkan semua yang telah di ajarkan tadi
malah kalau ada sesiapa yang berminat ingin berkongsi maklumat ini bersama a.k.u
a.k.u alu-alukan ok

MAAFKAN SAYA YE KAWAN-KAWAN

Monday, May 9, 2011

AFIF tersingkir di Minggu KeLIMA AF9 | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum




Keputusan Minggu k-5
  1. Hazama - 31%
  2. Fina - 12%
  3. Lena - 12%
  4. Azri - 10%
  5. Erul - 10%
  6. Nera - 9%
  7. Kay - 8%
  8. Afif - 8%

 Afif menjadi mangsa minggu ini apabila TERSINGKIR...
menang dek kumpulan sorak jelah nampaknya...
 
cuma a.k.u kurang puas hati...
AF seolah-olah meletakkan seorang yang bg a.k.u belom cukup bagus di tangga TERATAS...
a.k.u tak kisah tentang HAZAMA..
dia mmg bagos....
 
cuma...........
 
baik a.k.u layan IMAM MUDA...
haaa..korang tgk IMAM MUDA?
 
dengar tak masa di akhir siaran?
mereka mendendangkan nasyid..
sedapkan suara dia org..
lagik puas hati berbanding a.k.u tgk AF
 
minggu lepas mereka di beri tajuk KANAK-KANAK..
minggu sebelumny KELAHIRAN kan...
 
mmg macam-macam dugaan mereka tempuhi..
susah juga menjaga kanak-kanak istimewa
kerana mereka terlalu istimewa kan...
 
tapi IMAM-IMAM MUDA ni cekal....
chaiyoookkk...chaiyoookkkk
 
a.k.u lom hafal dan kenal muka imam-imam muda nieH...
 
cuma yang a.k.u tahu
IMAM MUDA FAKHRUR mendapat markah tertinggi setakat ini...
beliau baru berumur 27 tahun dan sudah berkahwin..
tak salah a.k.u di episod KELAHIRAN ari tu
dia lah yang menangis teresak-esak melihat bayi yang di buang tu kan?
 

 

 

 erk..dah two in one lagik topic hari ini....

Friday, May 6, 2011

Kutu oh Kutu | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum



dah kenapa lah shampoo kutu ni plak menjadi pojaan hatiku kan..
dulu masa a.k.u lom ada anak...
selalu gak dengar mak pak riso anak-anak ni dijangkiti kutu masa pegi sekolah

dan keadaan yang sama berlaku pada a.k.u
wallahhhh..tetiba menuju puncak telur-telur kutu di helaian rambot Alieyah..

ibu apa lagik..
menjadi 'kera' seketika...
dan ari tu masa pegi Carrefour..
pergi farmasi
teros tanya pasal shampoo kutu

sib baik ada...
so far alhamdulillah....
boleh di atasi lah...
berkurangan...

korang ada tak berhadapan situasi macam nieH..
apa korang buat ye?




PM di Konti Hot.FM | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum


thanks Hot.FM..
copy the image from their website...

korang ada dengar tak PM on air pagi tadik di hot.fm?
a.k.u sempat dengar dari jam 7.30 pagi tadi sehingga ke 8.15 pagi...
lagi 15 minit tak sempat dengar..
so ape cite dam haji
PM menang ke? FBI menang?

mmg sempoi je PM kite kan
boleh ke konti untuk mendekati rakyat...

hopefully PM kite boleh jaga kebajikan rakyat Malaysia sebaik mungkin..
chaiyokkkkkk

MASIH DI AWANGAN | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum

love is in the air....
ooooooo
love is in the air...

ERK..
dah kenapa kan..

bukan L.O.V.E
tapi my own mind was in the air....

KENAPA bila apa yang a.k.u dah selesa....dah suka
tiba-tiba
tup...
H.I.L.A.N.G...

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

I NEED A BREAK!!

Thursday, May 5, 2011

S.E.D.I.H bercampur G.E.M.B.I.R.A Part 2 | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum

Akhirnya..
terjawab sudah ...

CONGRATULATIONS BOSS...

happy for your promotion boss...
but u're leaving us behind...

sob sob

Alhamdulillah | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum

ALHAMDULILLAH
bukan sebab berita SEDIH & GEMBIRA yang a.k.u post pagi tadik...
TAPI
sbb dapat dividen KOOP
bernapas sikit..

tapi still nebes ok
berita SEDIH & GEMBIRA
masih tiada kata putus
cepat lah..cepatlah...

S.E.D.I.H bercampur G.E.M.B.I.R.A | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum

nak kata SEDIH
tapi tak sepatutnya SEDIH..
nak kata GEMBIRA...
tapi tak jugak GEMBIRA..

huwaaaaaaaaaaaaaaaaa

BETUL ke?

Wednesday, May 4, 2011

Gara-Gara Kek.....Bergelap Satu Rumah | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum


cuba korang perati...
apa yang korang nampak....








haaaaaaaa
bukan nak pamerkan langsir yang a.k.u jahit sendirik (erk...perlukah berkata begitu :) )
tapi..nak tunjukkan.....
betapa lampu di koridor itu menyinari ruang rumah ku
gara-gara....
benda kat bawah nieH...
erk






*abaikan ketidak cantikkan kek yang tak jadik itu....*

tipu -tipu
ape plak kaitannnya si kek cawan nieH
ngan gelapnya rumah ku
actually
masa cuti Hari Buruh yang lepas
a.k.u gigih ngan si Alieyah nak try red velvet
tapi alangkah tak bestnya..
tak menjadik...
so repeat lagik semalam...
ye semalam ye.....3 Mei 2011....
tengah elok-elok preheat oven
tiba-tiba
tuppp
padam satu rumah..
dah kenapa...
short kah?
ye..ternyata.....short di situ
gi lah main switch..
ON kan balik..
still tak ON..
eh dah kenapa
dasatnya penangan si oven ku itu
dok try lagik dan lagik dan lagik...
at last...
baru tau kenapa masih tak menyala lampu di rumahku itu

ce pikir
mana nak menyala...

kalau MAIN SWITCH ON
tapi suis lampu tu OFF
ya allah
panik punya pasal kan.....


so macam mana plak neiH
adunan dah buat
takkan nak biar...
switch kat dapur dah terbakar...(tak tahulah terbakar ke tak)
tapi mmg tak boleh ON lah kalau kite cocok kat suis dia..
pk punya pk..
ye kukus
erk
kukus?
selalu a.k.u kukus dalam periuk nasik
tapi suis kat dapur tak boleh pakai
pk lagik
at last..ak.u amik periuk besar...
letak air....
panaskan....dah mendidih
tenggekkan tempat pengukus rice cooker tu
yang ni lagik best..
amik periuk kecik....
letak adunan kek...
pastu nak tutup plak tak de
mula-mula guna penutup rice cooker tu
tapi tak mendatangkan hasil...
sbb...
ada ruang-ruang terbuka....
periuk yang a.k.u letak tadik sebagai acuan kek tu..
lebih tinggi dari dinding pengukus...
mata dah ngantuk nieH...
cam ne nak bagi cepat masak..
berjam dah tunggu....
dah kul 2 nieH...
tiba-tiba idea McGyver datang lagik..
yeee...
teka ape a.k.u guna tuk tutupkan pengukus tu...

hehheheh..
a.k.u amik kuali besar..
tutupkan pengukus..
siap pun kek
seperti di bawah...
gulp..
dah kenapa tadik warna merah
tetiba coklat nieH
heheheh
yang merah tu ari tu punya cite
yang semalam
yang bagi short letrik kat umah
ini kek coklat punya cite...

mmmmm
duit lagik tu nak baiki suis yang terbakar kat dapur tu..
aiyooooooooooooooo
macam-macam
nak jadi rajin pun susah
tak jadi rajin pun susah

cam ne? 
so MORAL of the STORY
JANGAN MASAK..
erk..acik tak?
ha ha ha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...