SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Showing posts with label Dunia Artis. Show all posts
Showing posts with label Dunia Artis. Show all posts

Thursday, October 17, 2013

Anak Wawa Zainal dan Aeril Zafrel

Assalamualaikum

Aeril dan Wawa dikatakan mendaftar pernikahan mereka di pejabat agama Islam daerah Petaling pada 4 Februari lalu. Bpop mendapat maklumat seorang bayi lelaki didaftarkan atas nama Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos 2013 adalah bayi milik pasangan berkenaan. Bayi seberat 3.12 kilogram itu direkodkan dilahirkan di Roppi Medical Centre, Jalan Dato Haji Eusoff, Damai Complex, Kuala Lumpur pada 9.25 pagi.
Mengikut siasatan lagi, rekod yang diperoleh di JPN mendapati bapa bayi berkenaan bernama Suhairil Suhari iaitu nama sebenar Aeril. Data peribadi Aeril yang dilahirkan pada 2 Disember 1988 dan ibunya Nur Hawa Zainal Abidil atau nama sebenar Wawa yang dilahirkan pada 12 Mac 1992, nyata sama dengan identiti ibu bapa kepada bayi berkenaan.. "Sumber:  DI SINI"

tak kisahlah apa pun cerita dia..
jangan lah di pertikaikan lagi ..
biarlah mereka hidup bahagia selamanya...
peliharalah khalifah Allah yang mulus ni sebaiknya..
dan jalani kehidupan seperti biasa....
Semoga Allah memberikan barakah untuk mereka sekeluarga..aminnnnn


Tuesday, February 5, 2013

"Jadilah seperti lelaki"

Assalamualaikum





sebenarnya malas nak komen pasal nieH..
takot terkena batang idong sendiri...
cuma satu je.......

kalau a.k.u jadi ayah Shila..a.k.u juga akan terasa dengan statement di atas...
tu anak a.k.u ok..bukan anak ikan..anak kucing..
a.k.u bela dia dari dia kecik sehingga besar...
jadi tolong jaga adab sebagai orang yang lebih muda
tak kiralah orang yang lebih tua tu 'macam-macam'...

so skrang siapa yang sebenarnya kena jadi seperti seorang lelaki??
tepuk dada tanya selera...

TAPI..tu pada satu side je...
cuma yang menakotkan....
takot 'surat kabo' yang memanaskan cerita...
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
kang dari Sharnaaz dengan ND Lala tak de apa-apa..langsong ada 'apa-apa'

walau apapun..nak bina masjid tu bagos
tapi make sure...dengan cara baik
moga jodoh mereka berdua berkekalan sehingga ke akhir hayat..insyaallah...




Monday, December 10, 2012

Fizo Omar..My 'Boyfriend'

Assalamualaikum



sangatlah derrrrrrrrrrrrr statement kan
ntahlah a.k.u tak nampak mana handsomenya Fizo neiH
tapi ada lah tu kannnn
kalau tak takkan ramai yang minat kat dia..
dan booth dia lah paling ramai umat..selain Farah Fauzana dan Fourteen tuuuu
bila kite tgk booth dia kosong
faham-faham jelah..sah Fizo Omar tak de kat situ...
karang kalau dia ada....penohhhhhhhhhhhh balik...
sbb ramai giler nak salam dengan amik gambar....

selain dia jual baju, seluar, kasot preloved milik dia sendiri..
dia pun ada jual buku 'Air Tangan Fizo Omar'
waaaaaaaaaaa
pandai masak ok

bertuah siapa jadi bini dia..huhuhu







Monday, July 30, 2012

Kenyaatan Abby Abadi Terlalu Sensitif

Assalamualaikum


any comment on this..
mula-mula a.k.u tgk kes ni cam kecik je
skrang dah makin ramai plak menemplak kenyataan Abby Abadi..

tapi my personal advise....
Islam tak pernah memaksa...
Islam tak pernah mengajak umat Islam berdakwah sambil menjatuhkan org lain..
malah Nabi Jujungan kita pun tak buat begitu untuk berdakwah...
malah Allah tidak pernah menutup pintu rezeki kita selagi kita berusaha...
dan sentiasa mendorong diri kita ke jalanNYA
banyak lagi cabang rezeki selain dari dunia seni kan...
keje jual air di tepi jalan juga rezeki bukan?

fikir-fikirkan
jangan sampai ada org bukan Islam menganggap Islam itu terrorist sudah...




27 Jul - Pelakon dan juga penerbit drama Sheila Rusly membidas kenyataan Abby Abadi yang mengatakan hanya akan berkarya selepas Barisan Nasional (BN) ditumbangkan kerana menurutnya, adalah tidak wajar dan perlu mengeluh dengan dugaan Allah dalam kerjaya atas perubahan yang baru sahaja dibuat.
Dipetik dari MPP, Sheila berkata, jika ada di kalangan artis yang baru sahaja bertudung, sukar untuk mendapat tawaran kerja kerana penghijrahan yang baru saja dibuat itu, artis tersebut harus menerima dugaan Allah dengan hati yang terbuka.
"Jangan mempertikai isu tawaran lakonan atau rezeki kerjaya merosot hanya kerana kita baru sahaja beberapa hari bertukar imej bertudung. Artis yang terbabit kena sedar niat kita berhijrah ini kerana Allah."
"Namun, percayalah takkan Allah mahu tutup rezeki jika kita berubah ke arah kebaikan? Kalau seseorang artis mengeluh mengenai nasib dan kesan daripada keputusan itu, ia seolah-olah mereka tidak ikhlas berhijrah," ujarnya.
Sementara itu, pelakon versatile Umie Aida yang nyata tidak bersetuju dengan kenyataan Abby Abadi ini telah menemplak kenyataan tersebut melalui laman Twitter yang menganggap Abby Abadi berfikiran cetek dan kenyataan itu lebih bermotifkan politik kerana menganggap golongan artis yang berhijrah hanya akan mempunyai kerja jika rakyat tukar kerajaan.
Pada masa sama, Umie juga menggesa Abby Abadi agar tidak menggunakan politik dalam meyampaikan dakwahnya.
Sebelum ini, Abby mengeluarkan kenyataannya menerusi Malaysian Insider yang mengatakan kerana kerajaan sekarang, dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Malah berkata, bakatnya untuk berkarya sebagai Muslimah yang sudah bertudung juga tidak dapat dikembangkan.
"Apabila anda berhijrah, ruang untuk anda berkarya secara kreatif adalah terhad, oleh itu kita perlukan drama dan filem yang Islamik."
"Selebriti seperti kami hanya akan bekerja di dalam dunia seni apabila ianya adalah sejajar dengan syariah Islam. Untuk itu, Pakatan Rakyat perlu menang dan membentuk kerajaan untuk merealisasikan dunia hiburan yang berdasarkan syariah," kata Abby.

Friday, July 6, 2012

Antara Anzalna dan Neelofa

Assalamualaikum

Credit: Sinar

a.k.u pening dengan cerita gossip Anzalna, Neelofa dan Tasha Shila ni sebenarnya
walaupun ada lah tengok Melodi, Propaganza kann
tapi bila setiap kali depa dok mengulas pasal ni a.k.u masih konpius...

tapi apa-apapun..
dah selesai dah kan isu nieH
tok sah lah gaduh-gaduh
dunia artis kite ni tak besar mana pun
pusing-pusing situ gak

bermuafakatlah
lagik-lagik sesama Islam kan...
dah nak menjelma pun bulan Ramadhan..dan Syawal pulak menyusul selepas itu...

moga-moga selepas ni...
tak de ape-ape lagi yang mendatang
dan jangan pulak ada siapa-siapa yang sibuk jadi 'batu api' lagi...




Kredit:  http://www.utusan.com.my/

PETALING JAYA 2 Julai - Pelakon Nur Anzalna Nasir, 24, hari ini secara terbuka memohon maaf kepada Nur Neelofa Mohd. Nor, 23, kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa menjejaskan maruah pengacara Nona itu.
Pernyataan maaf itu dilakukan pada satu majlis yang diatur oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang turut dihadiri Neelofa dan Presiden Seniman, Zed Zaidi di sebuah hotel di sini.
“Saya, Nur Anzalna Nasir, ingin minta maaf kepada Neelofa kerana mengeluarkan kenyataan di sebuah akhbar mingguan yang telah menjejaskan maruah Neelofa dan keluarga.
“Saya juga tidak ada bukti yang kukuh untuk menyokong kenyataan yang dikeluarkan pada 10 Jun itu di muka surat 10 akhbar tersebut," katanya ketika membaca pernyataan maaf itu.
Sebelum pernyataan itu dibacakan, Anzalna dan Neelofa bersetuju menandatangani surat perjanjian akujanji yang memuatkan beberapa terma dan ia turut dipersetujui oleh peguam masing-masing.
Bagaimanapun kedua-dua pihak tidak menjelaskan secara terperinci isu kandungan akujanji tersebut.
Anzalna diwakili oleh Exco Perundangan dan Aduan Seniman, Zahrin Ishak manakala Neelofa pula ditemani dua peguam daripada Ahmad Hidayat Md. Nor & Co.
Sementara itu Neelofa berkata, dia bersyukur kerana kemelut dengan Anzalna sudah berakhir dan berharap jika ada artis lain yang menghadapi masalah begitu, jangan takut untuk mengambil tindakan.
“Saya dengan ikhlas dan rela hati memaafkan Anzalna, bukan kerana majlis yang diatur ini. Saya memang ada niat nak maafkan dia sebab tidak mahu perkara ini berpanjangan.
“Saya tahu, saya berada di pihak yang benar dan apa yang saya lakukan berdasar undang-undang. Untuk masa hadapan saya tidak kisah jika terpaksa berlakon atau bekerjasama.
“Lagipun industri kita kecil sahaja, ke mana pergi mesti bertembung. Dulu pun kalau bertemu, saya selalu bertegur sapa dan sekarang ini pun saya tetap lakukan perkara yang sama," katanya.
Dalam pada itu, Anzalna ketika dihubungi menegaskan meskipun telah membuat kenyataan memohon maaf secara terbuka namun dia tidak menganggap dia bersalah.
“Biarlah apa orang nak kata apa, yang penting saya telah memohon maaf secara ikhlas dan berharap perkara ini tidak berpanjangan.
“Saya lakukan semua ini bukan untuk urusan dunia sahaja tapi yang paling utama akhirat. Saya akan lebih berhati-hati selepas ini dan ini adalah dugaan yang Allah beri kepada saya," katanya.
Pada 13 Jun lalu, Neelofa melalui peguamnya Ahmad Hidayat Md. Nor dan Mohd. Irwan Mohd. Mubarak telah mengeluarkan notis menuntut Anzalna mengemukakan bukti dalam tempoh tujuh hari atas kenyataan yang dikeluarkannya dalam sebuah akhbar mingguan pada 10 Jun jika tidak mahu menghadapi tindakan undang-undang.
Bagaimanapun Seniman bersetuju menjadi pendamai demi memastikan kemelut tersebut tidak berpanjangan dan selepas Anzalna sendiri meminta persatuan itu untuk mengatur pertemuan antara dirinya dan Neelofa.
Neelofa menerusi surat kepada Seniman bersetuju namun mengenakan beberapa syarat antara lain Anzalna tidak boleh menyebut dan mengaitkan nama Neelofa dalam sebarang kenyataannya sama ada ditemuramah atau media sosial.






Tuesday, July 3, 2012

Mmmm Wangi....

Assalamualaikum

Korang ada tengok iklan minyak wangi Redza Minhat dengan Stacy tu?
tiba-tiba kannn..saya terbau 'wangi...'.....
terus teringat kat dia tau..
rupa-rupanya mmg dia ok..

khas buat untuk Maya..
huhuhu....a.k.u ingat nak bergambar kat sebelah tadik....
dan untuk tuan punya perfume tu..
mmg berbaloi amik Redza Minhat nieH sebagai model iklan korang
mmg wangi ok!!

Selamat Pagi kawan-kawan!!

nanti kite sambung kisah Nuffnang Premier Preview Spider-Man pulak ye..
nak gi bekfes dulu


Wednesday, June 20, 2012

Dynas telah selamat melahirkan baby boynya

Assalamualaikum



Tak sangka Dynas telah selamat melahirkan baby boynya pada 15 Jun at 15.00...wah cantik nombor tuuuuu
kalau tgk latest update dia....Baby boy dia bernama Qaish.....

alhamdulillah.....



Friday, May 25, 2012

Aku Sudirman

Assalamualaikum

kawan-kawan mesti kenal arwah Sudirman Hj Arsyad kan..
a.k.u paling tak boleh lupa..
air SUDI tuu
tapi sob sob
dah hilang tinnya..
kalau tak...
bahan sejarah tuuuu

skrang di ASTRO
ada slot khas Aku Sudirman
bagi mengenang arwah ...

antaranya...Konsert Kenangan yang akan di adakan pada 3 Jun nanti...
PERCUMA ok......
jam 9 malam di Stadium Bola Sepak Cheras...
ramai ok artis-artis ternama yang menyertai konsert ini
antaranya Dato Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Khatijah Ibrahim, Rahim Maarof, Misha Omar, Jac,  Hafiz, Hujan, Alyah, Adira, Hazama, Azlan and the Typewriter, Altimet dan Osbon..
haaa ramai ok



selain tuuuu ada filem Hoore! Hoore!

a.k.u tengok preview ...musical film kannn





dan untuk peminat-peminat
apa lagik..
ce lah try peraduan a.k.u sudirman..
haaaaaaaa.....
even muat turun a.k.a. download lagu pun ada OK

untuk keterangan lanjut korang pegi jelah website ASTRO Aku Sudirman ni ye










Wednesday, May 23, 2012

Kes Penceraian Adi Putra dan Isteri

Assalamualaikum

Alhamdulillah
a.k.u sebenarnya...
malas nak amik port dah pasal nieH
tapi..bila mereka dah kembali bersatu
a.k.u happy sangat..

Credit Sumber:  Roti Kaya

cantikkan isteri dia...

Credit:  Beautifunara and Twitter Adi


Moga hubungan mereka kekal selama-lamanya.....


Monday, May 21, 2012

Masterchef Selebriti Malaysia

Assalamualaikum

a.k.u dari dulu suka noOoOo tgk Masterchef
dan kali ni..
Masterchef Selebriti pulak

dah tau siapa peserta-peserta Masterchef Selebriti??





















korang rasa siapa bakal bergelar Masterchef Selebriti Malaysia yang pertama??

Jgn lupa saksikan Masterchef Selebriti Malaysia yang akan bermula siarannya pada 26 Mei 2012 di Astro Ria


pssttt....org keje Astro..tak de hint ke siapa juaranya?? erk




Monday, April 30, 2012

Siti Nurhaliza - dah mengandung!!

Assalamualaikum

Dato Siti Nurhaliza dah mengandung..
wahhhhhhh
C.O.N.G.R.A.T.U.L.A.T.I.O.N.S !!
a.k.u org pertama yang suka kalau dia mengandong ok..

tapi..
semua tu tak betul lagik.....sob sob....
cerita sebenarnya...

tadi usha-usha SITIZONE...
kalau peminat Dato Siti Nurhaliza
sure tahu kewujudan website neiH..

tup tup tengah jalan punya jalan kat website tu
ternampak nama Dato Siti telah diupdate sebagai Dato' Hajjah Siti Nurhaliza

selama ni kan nama dia Dato Siti Nurhaliza je
walau bagaimana pun
apa pun yang terjadi..
a.k.u tetap sayangggg dengan Siti Nurhaliza...!!


Dato’ Hajjah Siti Nurhaliza Tarudin merupakan ikon negara Malaysia dalam bidang seni. Beliau bukan saja dikenali di negara ini malah telah menempa nama di peringkat nusantara apabila mengumpul jutaan peminat dari Singapura, Brunei dan juga Indonesia. Setelah lebih 10 tahun melibatkan diri dalam bidang seni, beliau juga sedang berusaha mengorak langkah yang lebih jauh untuk mengembangkan bakat semulajadi yang ada dalam diri beliau.





Monday, March 5, 2012

Yuna - Terukir Di Bintang (Download dan Lirik)

Assalamualaikum

korang ada dengar tak 'backgroud music' blog a.k.u nieH
tak tahu naper lah a.k.u suka plak lagu nieH
catchy kann..
tapi bukan sbb lagu ni menjadi lagu tema Yusry dan Lisa masa kawin ari tuuu
sorry ok
a.k.u mmg suka lagu ni sejak kuar kat TV ari tu....
ape lagik....teros jadi 'ringtone' HP a.k.u lah...

lagu dia macam muzik lama-lama dulu
tapi dimodenkan sikit...
sweettt je

untuk sesiapa yang nak download lagu Terukir di Bintang - Yuna..boleh lah klik link di bawah ye..



Lirik Lagu Terukir Di Bintang – Yuna
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Chorus:
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu







Friday, March 2, 2012

Jumpa Dato Siti Nurhaliza di SOGO

Assalamualaikum...

Thanks Puan Farah


Siti Nurhaliza datang kat SOGO lunch tadi
tapi kan..sob sob
naper lah tadi tak tergerak masuk SOGO dulu
boleh pegi JAKEL dulu
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

rugi giler....
dah lah tak bukak twitter
rupanya Siti ada twit nak datang SOGO

kalau tau tadik...
mmg awal-awal dah tenggek kat sana..
tidaKKkKkkkKKKK

btw
time kasih ye Puan Farah...
sudi gak amikkan gambar siap tagged kat Facebook lagik..



Tuesday, February 28, 2012

Mawi dan Ekin sudah bergelar ayah dan ibu....


Assalamualaikum
Tahniah Mawi dan Ekin di atas kelahiran puteri tersayang pada hari Selasa jam 4 pagi......
terkejot gak a.k.u tahu pasal nieH
sbb kan jarang cerita pasal Ekin dah pregnant ni kuar paper kan..
By the way..CONGRATULATIONS!!

PETALING JAYA: Penyanyi Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, kini sudah bergelar ayah selepas isterinya, Ekin, selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 4 pagi Selasa.
Bayi sulung seberat 2.8 kilogram (kg) itu dilahirkan secara normal di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi dekat sini dan belum diberikan nama.
Menurut pengurus peribadi Mawi, Mohd Nasir Ismail, yang mengesahkan berita tersebut, Ekin atau nama sebenarnya Nora’Asikin Rahmat, diberikan suntikan ubat pelali kerana mempunyai sedikit komplikasi untuk bersalin.
"Alhamdulillah, akhirnya pasangan itu mendapat anak perempuan. Ekin telah dimasukkan ke hospital pada pukul 7.30 malam semalam (Isnin).
"Melihatkan keadaan Ekin yang masih lagi belum boleh bersalin mengikut masa yang ditetapkan, dia diberikan ubat pelali oleh doktor. Syukur, kedua-duanya selamat," kata Nasir yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Sementara itu, Nasir berkata, pasangan itu enggan mendedahkan wajah anak sulung mereka buat masa ini.
Tetapi sebuah majlis kesyukuran akan diadakan dalam masa terdekat ini bagi meraikan kelahiran anak pasangan selebriti tersebut.
Terdahulu, Ekin pernah keguguran sebanyak dua kali pada tiga tahun yang lalu.
Pasangan yang bernikah pada 21 Disember 2008 itu dikatakan tidak menyedari tentang kehadiran 'orang ketiga' tersebut sebelum Ekin mengalami keguguran.
Kredit Sumber:  mStar Online 

Saturday, February 25, 2012

Gambar di Sekitar Majlis Perkahwinan Ana Raffali dan Naim

Assalamualaikum...

akhirnya..debaran sudah pun berlalu.....
mmmmmmm.........
majlis perkahwinan yang sangat simple tapi menarik......

Tahniah Ana Raffali dan Naim
moga hubungan kekal sehingga ke akhir hayat!!

I'm sharing a few pictures sekitar majlis perkahwinan Ana Raffali...








cuba captured gambar sendiri..sib baik jadi

tak sah tak bergambar dengan Abby Abadi kan

a few of our big family - erk awat perot a.k.u cam org mengandong ...mmmmmm

Adik beradik Ana yang mengiringi pengantin 


sweet couple Ana & Naim


dan pastinya tak sah......
kalau tak de gambar a.k.u yang extra gedik......

Thanks Ana
she's very nice....
masa a.k.u approached untuk bergambar...
she's nicely accepted ...
hati bunga-bunga walaupun masa tu En Suami dah masuk keta
sanggup ku panggil semata-mata nak berlaga pipi dengan Ana Raffali ok...

terima kasih En Suami yang sudi melayan karenah isterimu yang gedik santai ini...

to Ana......and Naim
semoga kekal berpanjangan dan bahagia sehingga ke akhir hayat......



Sunday, February 12, 2012

Majlis Perkahwinan...Abby Abadi

Assalamualaikum



kenai idok Abby Abadi...
takkan tak kenai kannnn....

dulu masa a.k.u kanak-kanak ribena...
masa ELITE tengah top
a.k.u suka benor dengan Abby nieH..
bg a.k.u..
dialah paling cute the mute...
dan sangat comei
erk......puji melambong nampakkk...

mmg sukalah tgk dia
suka tgk dia masa dia kawin dulu
very the loving kan..
tak pelah kisah lama..

yang paling utama

masa a.k.u pergi satu kenduri kawin keluarga
tup tup
nampak si Abby nieH...
bukan lah Majlis Perkahwinan Abby..
cuma Majlis Perkahwinan...."Jumpa" Abby..
jgn salahkan tajuk ye......kan ada dot dot dot tu..so teka lah ape itu dot dot dot kan..
kasi gempak sikit.....

jantung dup dap dup dap kannnnn...
pastu yang bestnya
tempat yang Abby duduk masa kat kenduri tu
a.k.u take over..
huhuhu..happy tak?
giler tak happy...
dapat kerusi yang diduduki Abby.....
btw...
Abby nieH...sepupu En Adha
so kalau ada kenduri kawin..
kalau Abby ada....
a.k.u peratikan
Abby lagik glamer dari pengantin...
jangan amik hati ye pengantin
nak buat cam mana
Artis datang...

dan menurut kakak ipar a.k.u
masa mula-mula kami sampai tu
dia tegor Abby...dan sume sedara satu meja tu lah..
satu meja tu satu keluarga...
so bila dia tgk kami datang
dan kebetulan dia pun dah habis makan
maka dia pun kata amik lah meja tu..
kami take over...

sambung balik ye
menurut kakak ipar a.k.u
bila dia tegor Abby je
baru lah org lain cam 'sedar' kehadiran Abby kat situ
wahhhhh pandai ok Abby cover...
dan selepas ditegor oleh kami semua lah baru
berderu-deru org amik gambar ngan dia
tapi Abby sangat baik
semua di layan sama rata...

dan a.k.u plak masa org lain sibuk amik gambar..
a.k.u dok snap satu gambar nieH..
masa a.k.u snap nieH
Abby terpandang kat a.k.u
dan dia pose dengan senyuman manis dia tu
(manisnya..manisnya senyumanmuuuuuuu - eh lagu ELITE plak)

dan masa dia senyum-senyum nieH
teros En Suami panggil dia
"Eh Ba'yah..meh sini...bini a.k.u nak amik gambar dengan ko jap"

gulp..
a.k.u cam terpinga-pinga jap..
ye lah..
a.k.u mana ada cakap ngan En Adha a.k.u nak amik gambar ngan dia..
tup tup dia panggil....
a.k.u cakap ngan Adha awat panggil Abby
"Yelah..dari amik curik-curik...amik betul-betul"
(En Suami tau rupanya hasrat hati isterinya ini..walaupun tak bgtau...ha ha ha)

so daripada tempat yang a.k.u snap gambar curik-curik a.k.u tu
Abby teros datang kat meja a.k.u balik
dia teros duduk dan ape lagik
a.k.u over lah kan..
(dah nama a.k.u..tak sah tak over)

first gambar
hancosssss
sib baik a.k.u check hp
En Suami ingat dah snap
rupanya dia ''close" kan HP dari active ke tak active sahaja

pastu snap kali kedua...
a.k.u suh dia check balik
dia kata lagik sekali
tu snap kali ketiga

pastu dok a.k.u tengah pose laga-laga pipi ngan Abby
mulut dok mengomel gak
"Eh pandai ke idak si Adha ni amik gambar"
Abby pun masa tu siap-siap suh Adha check betul tak ada gambar ok..
ye lah...
org lain jap je pose ngan Abby
bila a.k.u
ha ha ha..giler kuasa cam Abby tu a.k.u yang punya..

dah lepas amik gambar tu
a.k.u duk kata ngan anak buah a.k.u
dapat bergambar dengan Abby
ha ha ha
jahat kan mak sedara..
pastu teros dah anak sedara a.k.u pun amik gambar ngan dia..
sian Abby
nak balik tapi ramai plak org nak bergambar ngan dia

dia pun nak jumpa pengantin tak kesampaian
pengantin pun bz kan

cuma satu je kemoshkilan a.k.u
anak bongsu dia..
Danisha yek.....dia panggil "Baby:"
sebaya dengan Fahim
dan bila a.k.u tgk dia..
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
besornya Danisha dari Fahim
Fahim kecik cenot..
pastu masa a.k.u berbual dengan Abby
dia cakap Danisha lahir bulan September..
a.k.u dok congak matematik..
idoklah jauh sangat beza September dengan December
tapi awat Fahim ni kecik benor.....

dan  tak pandai dengan kecik tu
boleh tak masa a.k.u dok berbual-bual ngan Abby..
si Fahim ni dok kerling je ke arah Danisha....
wahhhhh......'gedik' ok...
sampai ibu nak suap makanan pun tak moh
ala-ala control macho depan awek cun...

mmmmmm
tapi kan
kalau Adha dengan Abby sepupu
Fahim dengan Danisha tu org panggil ape yek??

psssttt..Abby..siapa tu?


Candid...lepas ni dia senyum je dan pose.
.tapi sayangnya a.k.u tak sempat amik pose tu.....

Second Take:  Fahim dok perati Abby....

Sweet kan Abby..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...