SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Showing posts with label Cookings. Show all posts
Showing posts with label Cookings. Show all posts

Monday, May 9, 2016

Masak Jua Akhirnya

Assalamualaikum


Dapur berasap akhirnya
tapi bukan dari 'Penthouse' ku ituuuuu...
di rumah MIL saya...

tetiba pulak incik suami request nak buat Acar Ikan...
sib baik lah Isteri Perfect 10 kan..ha ha ha




langkah pertama memang kena pegi kedai lah carik bahan
dan bahan-bahannya pun senang je..

Acar Ikan
Bahan-Bahannya:
  1. Ikan Tenggiri
  2. Timun
  3. Lobak Merah
  4. Bawang Merah
  5. Bawang Putih
  6. Halia
  7. Serai
  8. Cili Hijau
  9. Air Asam Jawa
  10. Garam

Cara Memasak:

  1. Kisar Bawang Merah, Bawang Putih, Halia, Serai dan Cili Hijau sehingga lumat semuanya
  2. Hiris Timun dan Lobak Merah secara memanjang (agak-agaklah panjangnya..dalam 1 inci)
  3. Goreng Ikan Tenggiri sampai masak.  Ketepikan
  4. Tumis bahan kisaran tadi sehingga naik bau...kemudian masukkan hirisan timun, lobak merah, Air Asam Jawa dan Masak sehingga empuk.
  5. Setelah empuk, masukkan ikan yang telah di goreng tadi dan di gaul rata...taburkan garam secukup rasa.


Mudahkannnn........

selain tu a.k.u masak Kurma Daging
kata encik Suami bondanya mmg padankan Acar Ikan dengan Kurma Daging....
pastu Sambal Tokok...

Kurma Daging senang je kan..tak payahlah resepi bagai..
sama je pusing mana-mana punnnn




ni lah Sambal Tokok
air tangan incik suami
saya ni bab-bab menumbuk ada cili padi..
mmg alergic..habis satu badan gatal nanti
jadi tugas itu diserahkan kepada yang nak makan..hehehe

bahannya cuma ikan bilis, cilipadi merah dan hijau..air perahan limau kasturi..gula garam skit..




di sebelah malamnya
singgah TheHideOutKL pulak sempena Grand Openingnya
support biz adik ipar.....

kalau korang berkesempatan..
tersesat di Cheras
singgah-singgahlah ye..

The HideOut KL
51-1, Jalan Dwitasik 2
Dataran Dwitasik Permaisuri
Cheras
Opening Hour:
MONDAY - CLOSED
Tues - Friday - 7pm to 12am
Sat to Sunday - 1pm to 2am

depa ni hidangkan western food...kalau nak nasik lemak kaaa.....mee goreng mamak kaa....
belom ada lagi lah  ye..

jemput-jemput support biz Melayu...




Wednesday, October 16, 2013

Salam Aidil Adha

Assalamualaikum




macam mana Aidil Adha kawan-kawan semua...
meriah tak?
a.k.u macam biasa..
cuma meriah dengan masakan yang baru pertama kali muncul..
macam-macam ada..
ada Nasi Minyak, Nasi Impit, Rendang Ayam, Kuah Dalca, Kuah Lodeh, Kuah Kacang...
fuhh meriah uolllsss...
tak pernah-pernah mood a.k.u nak masak kannn...


dannn..haaaa
ni resepi tradisi dan di tunggu-tunggu
balik je incik suami nak benda nieH
tapi isteri dia..hehehhe..tak masak lagik..boleh?
ye lah resepi nya tak de..
boleh lah .. next time buat lebih baik.....
baru se'taraf' masakan mak dia kann..heheh




dan hari ni...seawal jam 7 pagi dah terpacak kat opis....
haaaaaaa jom keje..



Friday, September 21, 2012

Buat Kek Dengan Microwave di Opis

Assalamualaikum



mampu??

bake dalam microwave

dan buat di office? mmmm

sat gi cite ye

Tuesday, July 10, 2012

Bubur Cha Cha

Assalamualaikum



sila abaikan rupa bentuk yang tak serupa bikin carca marba tu ye
yang penting..rasanya..ha ha ha

hari cuti lepas mmg keje a.k.u jadi 'masterchef selebriti' lahhh
asik masak..masak..masak...
huhuhu....

tapi masak yang simple-simple je punnnnn

bubur cha cha
cam tu ke ejaan dia? gulp.....

Credit:   ainnzabiggaill.blogspot.com


macam-macam a.k.u dengar pasal bubur cha cha instant yang dijual di kedai-kedai tuuu...
dannnn ari tu...
incik adha request tuk buat bubur ni
pada mulanya a.k.u malas
sbb nak menggentel tepung ni
mau bercinta
tapi incik adha offer diri nak buat sama-sama kan
mengeratkan silaturahim satu keluarga kekdahnya
mmg 4 beranak lah mengadap tepung gandum tuuuu

tapi
tak sampai bape minit
dah sume give up
sakit pinggang weeeeeeeeeeeeeeeeeeeehhhh nak menggentel adunan tepung tuuuu
haaaa baru tahu susah ke tak susah nak buat kan
selalu order je....

tapi akhirnya siap gak lahhhhhhh
dannn...bubur pun sedap di makan
masih ada dalam fridge tu
asik lupa nak panaskan

kalau kawan-kawan teringin nak buat bubur ni
senang jeee
tak payah beli yang instant tuuu
baik buat sendiri
bukan susah pun
amik tepung gandum..masukkan air..uli sampai sebati
kalau nak warna-warna
campak-campak je warna dalam adunan tu
pilihlah kaler ikut suka hati
biru, ijo, cekelat, hitam ke
gentel-gentel....siap

masak cam bubur biasa.....
ada org suka campurkan dengan keledek...ikut citarasa masing-masinglah kannnn

org kata..bila buat sendiri tu lagi sedap..
ha ha ha

sangatlah sedap kannnn


Thursday, November 10, 2011

Gambar Lucah 18sx

Assalamualaikum








































nampak tak??
tak nampak apa-apa?
sah...
ada something wrong dengan mata korang..
betul tak nampak apa-apa?
penat tau tunggu gambar ni download
giler lembab terhegeh-hegeh internet line..

erk
mmg tak nampak?
mmmmm

















suka korang ye nak tgk gambar lucah...
ha ha ha...
saja buat gempak
sebenarnya nak bg hangin sikit kan..





cam ni lah rupa paras Oreo Cheesecake a.k.u haaaa
idok lah lawo mana
tapi rasanya tetap ada...
dan yang pastinya..
semasa gambar ini di ambil
tukang amik gambar tu tak sabo nak makan juge
tu yang ada sudu....
dan kek tu dah ada 'torehan' sudu...huhuhu

mmg yummyyyyyy







mmg chessy giler lah masa makan...

so korang trylah resepi yang terdahulu tu ye..

oh ye...
terima kasih kepada sifu-sifu yang ada komen kat topik sebelum ni
so kawan-kawan
dari nasihat sifu-sifu masterchef kata
gelatin tu digunakan untuk keraskan tekstur cream cheese tu..."Petikan kata Mama Tisya"

dan...dari Ana Cotton plak kata...pukul cream cheese sampai creamy dulu....pastu pukul whipping cream di bekas yang berlainan sampai agak pekat...tapi make sure...jgn pukul kuat sangat...lepas tu baru masukkan dalam adunan cream cheese...gaul rata.....

so cubalah ye.....



 

Wednesday, November 9, 2011

Resepi Non-Baked (Chilled) Oreo Cheesecake / Kek Keju Oreo Tanpa Bakar (Disejukkan)

Assalamualaikum


  
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Non-Baked (Chilled) Oreo Cheesecake

Bahan A
Crushed Oreo Biscuit
50 gram mentega

Bahan B
750 gram keju krim (cream cheese - a.k.u gunakan Philadelphia - suhu bilik)
150 gram gula kaster (lebih kurang setengah cawan - a.k.u ikot sukatan yang ada sudu2 tu)
1/2 sudu besar esen vanila
3 biji telur (suhu bilik)
150 gram whipped cream (a.k.u guna jenama NESTLE)
3 sudu besar gelatin (dicampurkan dengan 1/4 cawan air panas)

Pertama sekali
a.k.u nak bg tau
a.k.u tak guna pun gelatin tu
mmg ikot resepi yang a.k.u print tu
tak de gelatin
tapi..
banyak a.k.u search..
bagos guna gelatin
untuk tekstur cream cheese yang da bomb
so masa a.k.u jalan-jalan kat SOGO nak beli barang tadi
a.k.u nampak gelatin ni..Jenama NUR
a.k.u tengok halal
teros kaut
lagipun bukan mahal pun RM1.40 je
ingat nak le letak gelatin
tapi..
a.k.u ni terlebih efisyen
balik-balik dari office
teros buat double boiling mentega...
pastu cream cheese letak pada suhu bilik
dan cairkan gelatin tu teros
bila masa a.k.u nak guna
gelatin tu dah memejal.....
a.k.u mula-mula tegar....
nak gak guna
tapi lepas a.k.u tambahkan air panas..
a.k.u rasa better not
sbb gelatin tu dah rosak
kang dari nak tekstur yang da bomb
langsong de ba bao a.k.u punya kek
so a.k.u buang teros

jadi mmg tak de gelatin dalam kek nieH
tapi ... kalau nak guna pun boleh..nanti a.k.u citekan cara-cara membuatnya..
panjang plak mukadimah kann


Gambar di atas adalah bekas yang a.k.u guna tuk letakkan adunan kek nanti..
kebanyakkannya gunakan bekas bulat
tapi kat umah a.k.u ada 4 segi je
tak de bulat
takkan semata-mata a.k.u nak buat kek ni nak beli kan
gunakan ape yang ada
ukuran..lebih kurang 7" x 7" kot..
agak-agak...

pastu yang paling utama
korang mesti ada peti ais ye
sbb nama pun non baked a.k.a chilled...
tapi tak de peti ais pun tak pe
boleh gunakan bekas polisterene org selalu simpan ikan tu kan
beli ais banyak-banyak
jadilah peti ais segera...

huhuhu
abaikan Maharaja Lawak a.k.u di atas ye...


ni kaedah double boiling..
a.k.u baca..
nak cairkan mentega buat kaedah nieH..
so a.k.u follow je
dah nama pun org baru belajar..
jgn lawan cikgu
derhaka..
nanti kek tak jadik..ha ha ha

bila dah cair
dia akan berubah bentuk menjadi cecair seperti di bawah...
lepas tu tunggu dia sejuk skit

  


 gambar di atas dengan sudu tu lah rupa paras geletin yang a.k.u dah cairkan dengan air panas
dia kalau sebelom jadi cecair
dia berbentuk  serbuk..
cam gula kaster tu...
kaler coklat muda...

bila dah cair...cam rupa madu lebah pun ada
tapi bau dia
amatlah tak sedap
pastu siap rasa plak tu
mmg tak sedap..ha haha

ok....introduction dah panjang lebar
cara buat masih tak de..
ntah haper-haper kan
tapi ada a.k.u kesah
blog a.k.u kan
huhuhu

CARA-CARA MEMBUATNYA:

Bahan A
  1. Setelah double boiling mentega, biarkan ia sejuk sebentar. 
  2. Apabila sudah sejuk...campurkan Mentega tadi dengan Crushed Oreo Biscuit...Ada org kata...korang boleh beli je oreo dalam paket-paket tu....asingkan cream dia..then blend atau kisar sampai halus...tapi a.k.u beli yang siap crushed....sepeket tu dalam 495  gram tak salah a.k.u...harga dia RM10.90 beli kat Kedai Kek Bagus...mudah kan..tak yah nak asingkan cream dan tak payah nak kisar...dah siap....huhuhu...dah dasar pemalas...whatever..
  3. Selepas dah campur sebati crushed oreo biscuit dengan mentega...rata-ratakan atas dulang tu....tekan padat-padat....
  4. Kemudian, letak dalam peti ais..dalam 30 minit. (nak lebih pun tak..ikot suka koranglah..korang yg menentukan ...)
cam ni lah rupa paras Bahan A...dah ready untuk di letakkan dalam peti ais

  

 Bahan B

  1.  Putarkan Cream Cheese bersama gula.  Ada org kata lagi....jgn putar lama-lama...nanti tekstur dia jadi lain..so kejap je..dah sebati..sudah....tok sah nak tunggu kembang semangkuk bagai ye..kite bukan nak buat sponge cake gitu...
  2. Selepas tu, masukkan esen vanila, telur sebiji demi sebiji dan whipped cream (masa ni lah korang boleh masukkan gelatin tu sekali, kalau nak letaklah)
  3. Apabila sudah sebati, masukkan crushed oreo biscuit...or korang boleh patah-patahkan oreo biscuit tu..masuk je dalam tu..ikot rasa hati..so nanti cream cheese tu tak delah nampak plain sangat.
  4. Akhir sekali, campurakan adunan B tadi ke Adunan A...pastu hiaslah ikot kreativiti korang....dan masukkan dalam peti ais balik...

Ada org kata lagi...
banyak sangat org kata kan..
boleh letak lemon..
so dia tak de lah cam masam-masam creamy sangat cheese tu...
dan ada yang masukkan white chocolate...
yang ni a.k.u tak tahu sangatlah
sbb ada gak yang letak white chocolate...
dan ada juga yang letak agar-agar
dan ini a.k.u rasa mungkin untuk keraskan sikit cream cheese...
mungkin yek...a.k.u tak kaji pasal nieH lagik....

tu itu ape yang a.k.u dapat dari net..
a.k.u sebijik-sebijik ikot kata sifu yang a.k.u copy paste resepinya itu....
ok
bila dah sebati sume...
rupa dia cam di bawah ni haaaaa...
(ingat ye..jgn nak putar cream cheese tu sampai membukit..kang jadi kek lain plak)



and tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....





















erk...tak de gambar plak.....
nanti ye...a.k.u upkan gambar khas kek nyer saja...
btw..
setelah a.k.u masukkan dalam peti ais
dan keesokan harinya nak bawak ke office
cream cheese dia amat lembik
dalam hati
hancossss mosnah harapan nak tgk kek yang da bomb
tapi a.k.u bawak gak ke office
sampai office lagik lembik sbb dalam perjalanan campur wap-wap panas
teros masok dalam peti ais
walaupun rupanya tiada
dan lembik giler
kawan-kawan kata ok..sedap...
tapi sesampai a.k.u dirumah tadi
a.k.u teros bukak peti ais
nak check kek
huhuhuhu
kek ku menjadi rupanya
pagi tadi kek tidak cukup keras...
so kawan-kawan
jgn sedih-sedih ye kalau cream cheese tu agak lembik
biarkan dia dalam peti ais lagi
insyaaLLah dia akan mengeras...
soft-soft di potong
dan di makan begitu saja



 

Tuesday, November 8, 2011

Misi Kek Keju Oreo Tanpa Bakar a.k.a Non-Baked Oreo Cheesecake a.k.a Chilled Oreo Cheesecake

Assalamualaikum

panjong benor tajokknya
idok lah tau teman mana satu yang betul
tapi mmg masa edisi mencarik di Mr Google..
mmg kata-kata kunci di atas lah yang ku casrik...

siang-siang tadi a.k.u ada kata...
ada Misi Kek Keju Oreo
skrang
Kek Keju Oreo telah berada di dalam peti ais
dah kata pun Chilled Oreo Cheesecake kan a.k.a tidak di bakar
kena chilled kanlah dulu
kalau ikot resepi 3 - 4 jam siap dah
tapi lagik baik semalaman...
so a.k.u tunggulah semalaman ye

kalau jadi
esok saya menjamu kengkawan opis ye
kalau idak menjadi..
sekiannn
habiskan lah di perot ku dan
untuk sesi 'Penthouse Taman Melati' sahaja...





 

Misi Memasak Oreo Cheesecake Tanpa Bakar

Assalamualaikum

disebabkan a.k.u pernah 'meletupkan' oven
erk..idok le letup
cuma ter'short circuit' sikit kat umah

sejak dari tu
a.k.u takot guna microwave oven kat umah tu

tapi jiwa ni gedik-gedik nak masak
OREO CHEESECAKE...
yang tidak di bakar

adakah menjadi??
nantikan kemunculan OREO CHEESECAKE tanpa bakar
hasil air tangan a.k.u


huhuhu


 

Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha dan Selamat Hari Jadi

Assalamualaikum


macam mana Hari Raya Aidil Adha kawan-kawan
bg a.k.u biasa-biasa saja
cuma yang luar biasa..
a.k.u berniat nak masak untuk juadah di pagi raya
haaa
sejak a.k.u kawin dengan En Adha
sampai la nieH
tak pernah sekali pun a.k.u masak tuk raya
hebat kan...
di sebabkan kena sound ari tu
kali ni tekad..





first jgn gelak ye
korang rasa a.k.u masak ape? ha haha

rupa mmg failed
tapi rasa tetap ada
tak per
percubaan pertama..
nanti a.k.u cuba lagik kan En Adha..ha ha ha

event kedua di malam raya
celebrate birthday En Adha
actually birthday dia 31 Oct ari tu
tapi kalau ikot bulan islam
jatuh pada hari raya Aidil Adha
mmg baby Aidil Adha en Adha ini...




cantik tak kek besday hasil kerja tangan a.k.u dan Alieyah..
huhuhu....






beriya benor si Fahim tu nak potong kek
sampai kak Long nak potong pun dia tak bagi..
tapi lepas Babah bawak lari Kak Long
akhirnya kak Long dapat potong kek...




acara di akhiri dengan suapan dari Alieyah ke Babah

Happy Birthday Babah
walaupun sangat sangat sangat simple
tapi still ada cake..ha ha ha



 

Monday, August 15, 2011

Mini Murtabak dan Samosa Popia

Assalamualaikum



ari tu masuk  Blog Zu
terliur tengok Mini Murtabak dia...
cuti Sabtu lepas..
sempena adik pun datang berbuka
dok lah mencuba..
yeayyyyyy jadi
thanks Zu...
sedap lazat menjilat jari......
dapatlah 17 ketol...licin..
tinggal 5 ketol ni je untuk di amik gambarnya....

pastu kulit popia tu ada lagik
rajin terlebih plak ari Ahad..
buat Samosa...
konon-konon yang gulung tiga segi..
tapi tak jadik
sampai En Cinta Hati pun di kerah..
sbb MIL mmg pandai buat
so dengan bangganya isteri tersayang ni suh dia gulungkan jadi tiga segi
tapi...
cuba punya cuba..
beberapa ketul je jadi tiga segi
lelain sume hancos...
macam-macam bentuk
dan akhirnya
ada yang jadi Samosa Popia..
gulung-gulung cam popia..
hebat kan
whatever it is
yang penting sedap!!....







ada lagik tu kulit popia...
mmmmmmm
nak buat Popia Goreng plak...
hehehheeh



 

Wednesday, May 4, 2011

Gara-Gara Kek.....Bergelap Satu Rumah | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum


cuba korang perati...
apa yang korang nampak....








haaaaaaaa
bukan nak pamerkan langsir yang a.k.u jahit sendirik (erk...perlukah berkata begitu :) )
tapi..nak tunjukkan.....
betapa lampu di koridor itu menyinari ruang rumah ku
gara-gara....
benda kat bawah nieH...
erk






*abaikan ketidak cantikkan kek yang tak jadik itu....*

tipu -tipu
ape plak kaitannnya si kek cawan nieH
ngan gelapnya rumah ku
actually
masa cuti Hari Buruh yang lepas
a.k.u gigih ngan si Alieyah nak try red velvet
tapi alangkah tak bestnya..
tak menjadik...
so repeat lagik semalam...
ye semalam ye.....3 Mei 2011....
tengah elok-elok preheat oven
tiba-tiba
tuppp
padam satu rumah..
dah kenapa...
short kah?
ye..ternyata.....short di situ
gi lah main switch..
ON kan balik..
still tak ON..
eh dah kenapa
dasatnya penangan si oven ku itu
dok try lagik dan lagik dan lagik...
at last...
baru tau kenapa masih tak menyala lampu di rumahku itu

ce pikir
mana nak menyala...

kalau MAIN SWITCH ON
tapi suis lampu tu OFF
ya allah
panik punya pasal kan.....


so macam mana plak neiH
adunan dah buat
takkan nak biar...
switch kat dapur dah terbakar...(tak tahulah terbakar ke tak)
tapi mmg tak boleh ON lah kalau kite cocok kat suis dia..
pk punya pk..
ye kukus
erk
kukus?
selalu a.k.u kukus dalam periuk nasik
tapi suis kat dapur tak boleh pakai
pk lagik
at last..ak.u amik periuk besar...
letak air....
panaskan....dah mendidih
tenggekkan tempat pengukus rice cooker tu
yang ni lagik best..
amik periuk kecik....
letak adunan kek...
pastu nak tutup plak tak de
mula-mula guna penutup rice cooker tu
tapi tak mendatangkan hasil...
sbb...
ada ruang-ruang terbuka....
periuk yang a.k.u letak tadik sebagai acuan kek tu..
lebih tinggi dari dinding pengukus...
mata dah ngantuk nieH...
cam ne nak bagi cepat masak..
berjam dah tunggu....
dah kul 2 nieH...
tiba-tiba idea McGyver datang lagik..
yeee...
teka ape a.k.u guna tuk tutupkan pengukus tu...

hehheheh..
a.k.u amik kuali besar..
tutupkan pengukus..
siap pun kek
seperti di bawah...
gulp..
dah kenapa tadik warna merah
tetiba coklat nieH
heheheh
yang merah tu ari tu punya cite
yang semalam
yang bagi short letrik kat umah
ini kek coklat punya cite...

mmmmm
duit lagik tu nak baiki suis yang terbakar kat dapur tu..
aiyooooooooooooooo
macam-macam
nak jadi rajin pun susah
tak jadi rajin pun susah

cam ne? 
so MORAL of the STORY
JANGAN MASAK..
erk..acik tak?
ha ha ha

Thursday, February 3, 2011

Apam Polka Dot | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum...

Aktiviti cuti Tahun Baru Cina...
a.k.u cuba resepi Apam Polka Dot dari Syerah Omar
dah tgk lama dah resepi Syerah nieH
akhirnya.....3 Februari 2011 ni baru a.k.u cuba...
sbb ovalett tu depan mata masa pegi Ong Tai Kim a.k.a OTK ari tu
teros amik letak dalam troli
(ovalett ejaan pada bekas yang a.k.u beli..tapi ada juga dieja dengan 'ovellete')

so dah ada..ape ape lagik kan
kang terperap plak dalam peti ais tuuuuu

oh ye..ape lah ovalett tu kan..
ovalett tu sejenis penstabil untuk buat kek dan seangkatan dengannya
ia akan memberikan tekstur yang halus pada kek terutama kek span yang menggunakan cecair seperti air atau jus buah-buahan atau susu cair
Antara jenama lain yang biasa bg menggantikannya ialah Quick75 dan jilk (itu yang a.k.u dapat dari google)
rupa dia cam jam oren..
bleh gitu

RESEPI APAM POLKA DOT

3 biji telur
1 cawan gula (bg a.k.u cam manis dah apam nieH..so next time..kena kurangkan sikit)
2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu soda bikarbonat
1 sudu kecil ovalett
1 tin susu cair (tapi a.k.u guna santan cair - carik dalam google ada yg gunakan..so a.k.u cuba)
Esen Vanila
Pewarna

Cara Membuat:

1.  Pukul telur, gula dan ovalett sampai kembang
2.  Setelah kembang masukkan susu cair/santan bersilih ganti dengan tepung gandum.  Masukkan sekali soda bikarbonat dan esen vanila.
3.  Kacau sampai sebati.

Lepas tu....suka hati lah nak letak pewarna apa..ikot suka hati
disebabkan di rumah cuma ada kale ijo..
so ijo lah jadinya..
Bahagi-bahagikan lah adunan tu ikot pewarna yang korang suka...
ni lah rupa adunan yang telah a.k.u sebatikan dengan warna ijo...

Lepas tu masuklah dalam paper cup ke..acuan apam ke..ikot suka
yang a.k.u punya....letak dalam paper cup
letak 3/4 penoh...
lepas tu..amiklah satu lagi kaler berlainan untuk buat polka dot tu
kalau ikot resepi..guna piping bag....
tapi a.k.u tak de piping bag..
mula ingat nak guna straw
pastu a.k.u guna idea 'mcgyver'
guna benda nieHhhhh
huhuhu....shringe
alamak cam ne plak nak eja
a.k.u pasti..
kalau ada anak
pasti ada benda nieh
nak sumbat mulut anak ngan ubat kan..
so kalau tak de piping bag...
gunalah benda nieH
pun boleh
tidak le 'haram' pun kan :p
ikot kreativiti masing-masing...


dan hasilnya...
ye..ini lah yang saya cari...
apam polka dot dot dot.......

eh lupa....lepas dah buat polka dot tu..pastinya kukus dululah baru leh makan kan
tak lama pun kukusnya
dalam 10 minit cam tu...
dah boleh angkat
tapi korang checklah balik...
kang a.k.u kata 10 minit tetiba mentah
korang salahkan a.k.u pulakkan..

so untuk bancuhan ni..
a.k.u dapat dalam 15 ketol apam..
boleh lah makan untuk 5 org kot....
selamat mencuba!!




Sunday, January 23, 2011

Karipap Giant ala Ikea | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum...

Haaaaa
macam kelakar je rupa dia kan
actually nak kelim tepi karipap tu
tapi dak Paim ari ni mood kurang baik..
mata kiri dia lebam...
batuk dan selesema
asik nak berkepit je ngan ibu...

Nak masak pun susah...
asik nangis....
so nak cepat punya pasal
buat karipap giant..pastu pakai garfu je tepi dia
giant tu tak lah giant sangat..
tapi satu mangkuk tu muat 4 ketol jelah..
rupa tak penting..
yang utama rasanya..
huhuhu

sonang yo nak buat karipap nieH
tak yah nak que kat ikea bagai nak karipap ikea

RESEPI KARIPAP GIANT ala IKEA

Inti Kentang

2 biji kentang di potong dadu
isi ayam di potong dadu
3 biji bawang kecil
2 biji bawang putih
halia kalau nak letak tapi a.k.u tak pakai
2 sudu besar serbuk kari ayam
santan
garam

Kulit Karipap

2 sudu margerin (cairkan dan sejukkan)
tepung gandum
air (campurkan ngan garam skit..kacau-kacau)

Cara Memasak Inti

1. Tumis bawang putih, merah n halia yang telah ditumbuk/dikisar/dicincang halus.
2. Dah naik bau, masukkan serbuk kari dan air sikit...kacau-kacau sampai garing
3. Masukkan kentang yang dipotong dadu dan santan
4. Agak-agak empuk kentang masukkan isi ayam..
5. Gaul sampai kering

Cara Membuat Kulit Karipap

1. Gaulkan tepung dan margerin yang dicairkan tadi..
2. Dah rata masukkan air garam.
3. Uli-uli sampai sebati

Lepas tu..canailah tepung tu
bulat-bulatkan....canai...
agak-agak lah size dia
ikot suka....
letak inti kat dalam dia
pastu cantumkan jadi separa bulatan...
kelimkan tepi..
kalau tak nak kelim..buat cam a.k.u tadi
amik garfu...tekan-tekankan tepi dia...

dah siap...goreng
kejap je....
tak lama mana pun...

SELAMAT MENCUBA!!

Aktiviti Cuti | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum...

Biasalah...
walaupun Isnin sampai Jumaat konon nak follow diet Atkins...
tapi bila cuti
mesti gone everything...

pagi-pagi dah masak nasik goreng di Hari Thaipusam
bila menjelang malam...
masa ini saje...

saya sudah pandai buat Omellete...
Cik Ita..heheh..tak yah dah gi cafe....
mau order dengan saya..huhuhu.....

RESEPI OMELLETE ala adanyakauuntukku

2 Biji Telur
1 Biji Bawang Kecil
garam secukup rasa

Cara Memasak

1. Potong dadu bawang kecil
2. Pukul telur bersama garam sampai sebati
3. Panaskan kuali (kalau guna kuali non stick lagik bagus...tak yah guna minyak)
4. Tumiskan bawang kecil tadi..dah naik bau..masukkan telur
5. Kacau-kacau sampai nampak cam dia berketul-ketul
6. Agak-agak nak masak...biarkan kejap....
7. Gulungkan dia macam buat wrap...

Kaedahnya sama cam buat telur dadar
cuma telur dadar...kite letak sume dalam tu
kacau-kacau..masuk dalam kuali
terbalik-balikan sampai masak

tapi omellette ni kita kena kacau-kacau hingga hampir masa masak...
pastu gulung-gulung

Selain Omellete...ada sosej, french toast (hehehehe...tingat Puan Akak Salina buat..malam tu gak buat) dan juga popcorn chicken...

Di hari Sabtu...
buat Bihun Goreng pulak
gone lagik diet Atkins...


RESEPI BIHUN GORENG ala la la tok...
(anggaran untuk makan 2 org dewasa, 2 kanak-kanak)

2 ulas Bawang Putih
4 ulas Bawang Merah
2 biji telur
1/2 paket Bihun
Lobak Merah di potong kecik panjang-panjang
Bunga Kobis
Ayam
Kicap
Sos Tiram
Serbuk Lada Hitam

Cara Memasak:

1. Celur bihun goreng dalam air panas...Toskan
2. Gorengkan telor buat cam scramble egg
3. Tumis bawang merah dan bawah putih yang telah ditumbuk halus
4. Dah naik bau, masukkan ayam, lobak merah, bunga kobis
5. Letaklah kicap, sos tiram dan serbuk lada hitam.
6. Bila dah masak ranum dalam kuali, masukkan bihun yang telah di celur tadi
7. Gaul sampai sebati.
8. Masukkan telur yang telah di goreng tadi...

pastu rasalah..sedap ke idak...
a.k.u kalau masak kurang garam dan gula...
dengan kata lain..mmg jarang letak garam dan gula...
so kalau terkurang masin....tambah kicap

kenapa tak de cili...
sbb ada sorang budak kat umah tu tak boleh makan pedas
ibu dah boring masak dua kali
so masak sekali harung...
sume leh makan
nak pedas...tambah cili sos..(diet Atkins...hanya sesudu je ye..tapi saya tak amik)

mudah kan...hehehhehe..
silalah cuba...berbaloi-baloi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...