SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Friday, February 3, 2017

RESEPI: Cekodok Yang Rangup dan Lembut

Assalamualaikum



nampak menarik sungguh kan cekodok yang di latarbelakangkan dengan bunga mawar...
pandai tuan rumah pilih bungaaa...

(tapi ni bukan rumah saya)

untuk pengetahuan kawan-kawan
saya memang terpesona dengan cekodok yang makcik saya ni buat
so memang dari sejak dapat tahu resepi rahsia cekodok ni
saya memang praktikkan buat cekodok dengan cara begini...

rahsianya cuma air panas....
bukan ayaq suam..bukan ayaq biasa...malah bukan ayaq sejok...

Bahan-Bahan:

Tepung Gandum

  1. Bawang besar yang di mayang kecil-kecil (janganlah kecil sangat)
  2. Air Panas
  3. Air (bersuhu bilik)
  4. Garam (secukup rasa)
  5. tambahan:  Ikan Bilis


Cara-Cara Memasak:

  1. Campurkan semua bahan kering dalam tepung (tepung, bawang, ikan bilis, garam).  Bila dah rata, masukkan air panas dan gaul rata.
  2. Bila dah agak sebati, masukkan air bersuhu bilik untuk jadikan dia seperti adunan cekodok biasa.
  3. Dah siap..boleh di goreng


tugas ayaq panas tu..
nak bagi bagi garing di luar dan lembut didalam
cubalah...pasti tidak menyesal :)


Thursday, November 26, 2015

Resepi Donut Gebu

Assalamualaikum


puasss merata carik resepi donut gebu
nak make sure betul-betul gebu...
almaklumlah..saya ni kan 'rajin' orangnya....
jadi survey punya survey punya survey
saya rasa resepi di sini sangat sesuai dengan naluri pemalas saya
kerana....tak payah lah pakai sukatan sangat..

dan hasilnya
tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....



gebu tak???
bahan-banyanya amat mudah....




*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.
3 cawan tepung gandum
4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air (ikut keperluan)
2 sudu besar butter/marjerin



Cara Membuat:
1. Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar.
2. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah-tengah tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga licin atau tidak melekat ditangan.
3. Biar kan doh didalam bekas yang bertutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
4. Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
5. Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
6. Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.



 resepi memang bulat-bulat saya guna dari http://resepibonda.com/resepi-donut-lembut-dan-gebu/
alhamdulillah menjadi
terima kasih ye tuan rumah :)



Thursday, November 6, 2014

Beehive Bun / Roti Sarang Lebah - Resepi

Assalamualaikum




akhirnya..
dapat jugak a.k.u makan
walaupun bukan dari air tangan sendiri
tak pe tak pe
usaha tangga kejayaan kannnnn
harganya sangat murah OK
RM5 sahaja....wallahwehhhhhhh......

rasanya...
mmmm rotinya sangat lembut...
butterscotch nya...sedapPppP .. likatttt
ce tengok tekstur roti dia..
mmg lembuttttttt sangat
ringan plak tuuuuuu
harusss repeat...ha ha ha
kasi racunnn kawan-kawan opis
tapi...a.k.u rasa tukang buat ni..dia letak cheese sikit atas bun tu
mungkin nak buat kelainan...
ok gak lahhhh..boleh pegi...











ok lah..jom kite semak-semak resepi Roti Sarang Lebah yang menjadi fenomena kat Malaysia nieH
resepi ni dikhabarkan berasal dari Lydia Honey...
terima kasihlah kerana berkongsi resepi...
orang yang tak kedekut ilmu ni .. in sya allah...akan sentiasa diberkati...murah rezeki....
dan berkongsi ilmu ni bila di amalkan ke arah kebaikan....pahala dia..memang di bawa walaupun kite telah tiada...

terima kasih Lydia...



RESEPI ROTI SARANG LEBAH.
By : LiNa Pg
Sumber : Lydia Honey (fb)

BAHAN UNTUK DOH ROTI


  • 2 cawan tepung gandum
  • ½  sudu teh dry yeast
  • ¼ sudu teh garam
  • ½ sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar gula pasir
  • ¼ cawan plain yogurt (suhu bilik)
  • ¼ cawan minyak sun flower
  • ½  cawan air suam 
  • Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch (jika suka)



CARA PENYEDIAAN:


  1.  Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
  2.  Dalam mangkuk adunan, campurkan  garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati. 
  3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
  4.  Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT : cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
  5. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON
  6. Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
  7.  Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak. 
  8. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
  9.  Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes (jika suka) dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. 
  10. Sementara menunggu doh naik ON kan oven anda.Setting 180-200C api atas bawah (ikut oven suhu oven masing2)
  11.  Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.Time bako dalam 10-15 minit.
  12.  Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
  13. Sedia untuk dihidangkan.



NOTE:-


  •  Doh memang lembik.Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 
  •  doh kecik2.
  • No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
  •  Make sure oven benar2  panas supaya ia lembut bak cotton.
  •  JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
  •  Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.



RESEPI BUTTERSCOTCH SOS

Bahan-Bahan:


  • ½  cawan brown sugar bukan gula merah ok
  • ½ cawan whipping cream(boleh ganti dengan susu cair)
  • Sedikit garam
  • ½ st  vanilla essence
  • 25g butter


Cara Penyediaan


  1. Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya       cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
  2. Tuangkan whipping cream (atau susu cair) perlahan2 sambil mengacaunya.
  3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan     panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.


Peringatan:

  1. Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di              tinggalkan.
  2.  Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan   guna sudu takut malang tak berbau .



Saturday, September 13, 2014

Resepi Masak Ketam Sedap

Assalamualaikum



tajukkkkkk..macam lah sedap sangat kan
tapi in sya allah sedapppp...
resepi dari bonda mertua ku
ari tu di request oleh incik suami
gigih si isteri belajar...dan gigih incik suami siang ketam
si isteri bab-bab siang ketam nieh...heheehhe...lembab sikit...

ni kiranya kali kedua a.k.u masak
dan di sebabkan resepi nya sangat mudah..
jadi boleh lah masak kali kedua di rumah sendiri tanpa supervision dari bonda mertua....





Bahan-bahan untuk masak Ketam sedap..
a.k.u pun tak tahulah nama dia apa
Ketam Berkuah ke...Ketam Bercili ke...Masak Lemak Ketam ke
a.k.u bagi nama a.k.u sendiri..
Masak Lemak Ketam Resepi Bonda Mertua..
(bolehHHhhHHHHh ha ha ha)


jom kita lihat bahan-bahannya...mudah sangat dan senang sangat nak ingat


Bahan-Bahan
1.  Enam Ekor Ketam
2.  Dua Kotak Santan (Kalau nak kuah banyak..kalau tak..sekotak sudah)
3.  Lima ulas Bawang Merah
4.  Satu ulas Bawang Putih
5.  Empat biji Cili Merah (kalau nak pedas..lebihkan lah..ikut citarasa)
6.  Dua tangkai Serai
7.  Garam secukup rasa

Cara Memasak

1.  Bahan Menumis - Kisar semua bawang merah, bawang putih cili merah dan serai bersama-sama...dan kisar halus...tumiskan dalam minyak panas....
2.  Bila dah agak garing..masukkan ketam dan santan sekali harung
3.  Gaul ke semua bahan tadi sehingga kuah agak pekat.
4.  Sebelum matikan api, letakkan garam secukup rasa
5.  Siap!!


mudah sangat kannnnnnnnn

* pesan bonda mertua ku..garam jangan letak banyak-banyak..sbb secara teorinya....ketam tu bersifat masin..so letak agak-agaklah ye...

selamat mencuba!!


Wednesday, March 20, 2013

Sate Ikan dengan resepi lagi

Assalamualaikum


korang pernah makan sate ikan?
dulu masa sekolah-sekolah..pantang bell berbunyi tuk balik
memang meluru beli
tapi dulu 10 sen satu...skrang???

tapi memang skrang pun
pantang jumpa
a.k.u mesti beli..
bukan setakat beli..tapi beli banyak-banyakkkkkkkk
dan di sebabkan kat pasar malam a.k.u tu memang abang ni ada tiap-tiap minggu
jadi tiap-tiap minggu gak lah melepas 'rindu' kat sate ikan...

macam-macam cite gak dengar pasal sate ikan nieH..
tapi ada a.k.u kesahhh

even kalau search kat google...melambak-lambak cite pasal sate ikan
dan salah satu artikel yang a.k.u tabik toing toing...
Sate Ikan Ubah Kehidupan Rashid
jangan pandang ringan pada sate ikan tau..hehehheh

dan a.k.u nak cuba buat sendiri nanti...dah siap-siap amik resepi untuk di cuba
dan mana tau korang pun nak coba..jom jom..


RESEPI SATE IKAN (Credit:  http://daridapurkecah.blogspot.com/)

Bahan-bahan:

500g isi ikan selayang – dikisar lumat
100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji
1 biji bawang besar - dikisar
1 sudu besar garam
1/3 sudu teh serbuk perasa – saya tak letak
1 sudu besar baking power – saya tambah


Cara memasak:
1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.
2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan baking powder.
3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil.
4. Panaskan minyak dan goreng sekejap.
5. Cucukkan pada lidi dan bakar.

p/s: kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu x melekat di tangan.



SOS MANIS

Bahan-bahan:
4 ulas bawang putih – dikisar lumat
1 ½ cawan air
1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 2 sudu besar air
4 sudu makan gula
½ sudu makan garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit pewarna merah

Cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak)
2. Masukkan air.
3. Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.
4. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih.
5. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.

• Untuk sos pedas, pula, Saya bahagiakan sos manis yang telah dimasak tadi kepada dua bahagian, satu bahagian saya campurkan dengan sos cili supaya pedas


ari tu masa pegi pasar malam ada nampak jual sate ikan..siap FB lagi..tapi nanti a.k.u cari FB dia
boleh buat tempahan OK..dan a.k.u pasti akan tempah untuk 'majlis tu nanti' ..

jom cuba!!






Tuesday, January 29, 2013

Jom Makan Mochi, Sweetie

Assalamualaikum

a.k.u tau makanan ni dari Cik Ta..
haa bukan Rozita Cik Wan OK..tapi Cik M**iTa...hehehhe
pastu ari tu.....ditengah malam buta pegi 7Eleven
nampak lah benda alah nieH..
nak try lagik...
trylah amik yang perisa Pandan...
dia ada macam-macam perisa ok......
harganya untuk empat ketul RM3.30
bagi a.k.u quite expensive lahhh
kalau buat buah melaka lagi berbaloi-baloi kot...ha ha ha.....
tapi nak rasa punya pasal...ku bedallllll saja.....
korang dah cuba??





saya tepekkan di sini RESEPI MOCHI tapi bukan Mochi Pandan ye..
kalau mochi pandan..korang letak jelah kaya kat tengah2 dia...heheheh
(dalam Masterchef ari tu Nina pun ada masak Mochi kan)
a.k.u rasa lebih kurang kuih buah melaka kannn ....:)

Bahan-Bahan
  • 1 kg tepung pulut
  • 250 ml air
  • 2 cawan kacang
  • 1 cawan gula

Cara Penyediaan
  1. Tepung pulut di ayak dan di gaul dengan air hingga sebati.  Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu keras.
  2. Kacang di goreng garing dan dibiarkan sejuk seketika.
  3. Kemudia kisar halus gula dan kacang.  Gaul sekali.  Letakkan di dalam mangkuk besar. Ketepikan
  4. Adunan tadi dibentukkan bulat-bulat sebesar syiling 20 sen dan kemudian rebus di dalam air mendidih sehingga ia masak ** TIPS:  bebola mochi akan timbul bila ia masak **
  5. Tapis bebola mochi dan kemudian gelekkan dengan campuran kacan dan gula tadi.  Pastikan rata dan sedia untuk dihidang.

Sunday, November 25, 2012

Resepi dan Cara Memasak Pau yang Mudah

Assalamualaikum



sebenarnya nak buat Crepe Durian
disebabkan tak sempat nak beli Durian
akhirnya tepung yang di beli digunakan untuk membuat pau....

sila perati ye.....adunan doh hanya di dasar pada permulaan....
dan bila tunggu dalam setengah jam...
adunan doh 'meletop' sehingga ke puncak mangkok....wallahhh...gebu ok

tak sangka percubaan pertama menjadi....



bila doh dah 'setting'...
pembuatan pau pun bermula......
ada dua jenis pau..iaitu pau kaya dan pau coklat...
pau coklat tu di request oleh assistant chef a.k.u...
walaupun tak de jam coklat...
a.k.u dapat gak letakkan filling coklat kat pau a.k.u tuuuuuuuu......
a.k.u gantikan chip coklat sebagai filling coklat pau si Alieyah...
takot gak sebenarnya.....ye lah...letak chip coklat dalam pau
takot tak jadik....

bila dah siap bulat-bulatkan
(dok ingat sikit-sikit KULIAH MASTERCHEF ari tu....masa buat pau)

a.k.u start panaskan air.....dan sebaik air panas....
pengukus pun memulakan tugas mengukus pau a.k.u tuuuuu....


Letak chip coklat atas pau untuk tau yang tu pau coklat

Assistant Chef...

Alieyah banyak bantu a.k.u buat pau kali nieH
sbb dalam masa yang sama.. a.k.u dok masak lauk tuk makan malam....
dialah yang buat pau tu..masukkan filling..bulat-bulatkan..letak atas kertas...
thank u my little girl...

selepas 10 minit..
siap...
dan a.k.u amat puas hati dengan penggunaan chip coklat sebagai filling tu
memang menjadi...

si Alieyah perabihkan semua pau coklat yang dia buat..
5 bijik habis ok..





bg a.k.u.....
walaupun mungkin tak sesedap pau beli tu
a.k.u berjaya gak buat pau
sekurang-kurangnya pau tu masih mendapat pujian anak dan suami...
heheheh...




RESEPI PAU


  1. 500 gram tepung gandum (a.k.u guna tepung pau Blue Key)
  2. 1/2 sudu teh baking powder
  3. 1/2 sudu teh garam
  4. 1 sudu makan gula
  5. 1 sudu teh yis segera (a.k.u guna mauripan)
  6. 250 gram air suam
  7. Kertas Minyak (a.k.u guna paper cup sbb ntah mana a.k.u letak kertas minyak a.k.u )


Cara Memasak:


  1. Gaul Rata  Bahan 1 - 5.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung sehingga membentuk adunan doh
  3. Tutupkan dengan kain lembab dan biarkan doh naik 2 kali ganda.
  4. Setelah adunan doh naik dua kali ganda, uli-ulikan lagi adunan doh (masa ni a.k.u gunakan teknik yang diajar dalam KULIAH MASTER MASTERCHEF)
  5. Bentukkan adunan doh menjadi bulatan kecil (ikut saiz pau yang kita nak)
  6. Setelah semua adunan doh telah di bulatkan, ambil doh bulatan kecil yang pertama dibuat dan canaikan
  7. Letakkan inti di tengah doh yang telah di canai tadi
  8. Tutupkan doh yang dicanai tadi sehingga inti yang ditengah tadi tertutup.
  9. Bulat-bulatkan lagi adunan doh dan di letakkan di atas papercup/kertas minyak.
  10. Rehatkan adunan pau sehingga kembang.
  11. Panaskan pengukus
  12. Masukkan pau ke dalam pengukus dan kukus selama 10 minit
  13. Setelah masak, keluarkan dari pengukus...dan sudah boleh di makan...


** Pastikan penutup pengukus diletakkan tuala untuk mengelakkan wap air terjatuh di atas pau (nanti pau tak cantik...berjerawat)

** Semasa nak tunggu adunan doh mengembang, pastikan ianya ditutupkan dengan tuala yang lembab (untuk mengekalkan kelembapan doh)

** Pastikan adunan doh yang telah mengembang tu di uli semula.  Nak tumbuk-tumbuk ke, nak lempang-lempang ke adunan doh tu pun tak pe....nak campak-campak pun boleh..hehhehe..tapi jgnlah keterlaluan..makanantuuuu.....uli semula tu sebenarnya untuk settingkan semula adunan tu.....

**  untuk inti tu....a.k.u gunakan kaya yang telah siap dibuat ye...boleh beli je kat pasaraya..kalau nak buat pun boleh...tak salah..lagi sedap kan....ataupun nak letak inti kacang ke, kelapa ke, ayam ke..ikut suka la apa kite nak guna kan....



Tepung yang a.k.u gunakan tuk buat pau

Thursday, August 2, 2012

Resipi Ramadan Chef Wan: Urab Nangka dan Tempe

Assalamualaikum

Resepi Ramadhan Chef Wan datang lagi
kali ni Urab Nangka dan Tempe

macam senang plak hidangan nieH...
jom cuba!!
Terima kasih chef wan..sbb bagi resepi yang mudah di masak



Urab Nangka dan Tempe
BAHAN-BAHAN
Minyak kacang60 ml
Santan1 biji, diperah bersama 200 ml air suam
Gula melaka2 sudu besar, diparut
GaramSecukup rasa
Limau nipis1 biji, ambil jusnya
Daun kunyit1 helai, dihiris halus
Nangka muda200 g, didadu dan direbus sehingga lembut bersama air
dan sedikit garam
Tempe3 keping, digoreng dan didadu
Tauhu1 keping, digoreng dan didadu
Kacang panjang8 tangkai, dicelur di dalam air panas selama seminit dan
dihiris halus
Bawang goreng60 g
Kelapa goreng60 g
Nanas¼ biji, didadu kecil

Dikisar halus
Cili merah5 tangkai, dibuang biji
Cili padi6 tangkai
Cekur1 cm
Buah keras4 biji
Serai2 batang
Kunyit hidup2 cm, dikupas
Biji lada hitam1 sudu teh
Udang kering2 sudu besar
Lengkuas1 cm, dikupas
Daun limau purut1 helai
CARA
  • Tumiskan bahan yang telah dikisar sampai rempahnya naik wangi di dalam periuk.Masukkan santan, garam, gula melaka dan masak sehingga kuahnya pekat. Sejukkan sebentar. Di dalam mangkuk, masukkan semula bahan rempah yang telah dimasak itu bersama jus limau nipis, daun kunyit serta semua bahan kerabu. Jika hendak pedas lagi, tambahkan sahaja dengan hirisan cili padi ke dalamnya. Sajikan kerabu ini dengan segera, jika tidak ia akan merosakkan kelazatan resipi ini.

Friday, July 27, 2012

Resipi Ramadan Chef Wan: Biskut Coklat Vienna Bulat

Assalamualaikum

a.k.u suka tul baca Resepi Ramadhan Chef Wan nieH
kali ni..Chef Wan ajar cara nak buat Biskut Coklan Vienna Bulat
tengok bahan pun senang plak tu....

hehehhehe....
kalau sempat mana tau leh jadi kuih raya kan....



Biskut Coklat Vienna Bulat
 BAHAN-BAHAN
Gula aising150 g
Tepung gandum serbaguna390 g
Serbuk koko30 g
Mentega pejal250 g
Telur2 biji, besar
Jam rasberiSecukupnya

CARA
  • Ayak gula, tepung dan serbuk koko di dalam mangkuk. Putarkan mentega dan telur sehingga kembang. Kaup dan balikkan bahan-bahan diayak dengan tangan.
  • Paipkan doh menjadi bulatan dengan muncung corak roset.
  • Bakar pada suhu 170°C selama 10–15 minit atau sehingga biskut menjadi perang keemasan. Sejukkan. Kepitkan dua biskut bersama dengan jem rasberi dan taburkan gula aising. 

Nota
Selain jam rasberi, anda juga boleh lapiskan biskut ini dengan krim berperisa kopi. Caranya adalah dengan memutarkan gula aising bersama dengan mentega dan dimasukkan sedikit esen kopi. Jadilah ia biskut vienna mocca.

Thursday, July 26, 2012

Resepi Laksam Terengganu

Assalamualaikum

ari tu a.k.u cite kat sini..pasal resepi laksam
tapi a.k.u amik dari internet plus a.k.u dengar mak a.k.u cite

tapi..
a.k.u confirmkan betul-betul resepi dia..
sbb hajat di hati nak buat..
jadinya....
bermulalah edisi belajar dengan bonda a.k.u sendirik...

Bahan Laksam
1 paket tepung beras (tak payahlah pakai sukatan gelas bagaikan...guna sekampit senang)
Air panas (bukan air mendidih tau....)
Garam ( sedikit cuma....bg rasa sikit..idoklah tawar je kan)

Cara Memasak Laksam:

  1. Masukkan tepung beras dan garam ke dalam air suam dikacau sehingga  sebati.....ketepikan
  2. Panaskan pengukus dan amik tudung periuk sebagai acuan laksam
  3. Masukkan bancuhan tadi atas tudung periuk sehingga lekuk tudung periuk tu......** tudung periuk besi tu tau...kan ada lekuk...letak tara tuuu je ** 
  4. Kukuskan sehingga masak....bila dah masak..ketepikan bg sejuk sikit......lepas tu boleh gulung...dan dipotong


**  Buat kaedah di atas sampai habis semua adunan tepung tadi


Bahan Kuah Laksam
6 ekor ikan sardin yang telah direbus
Bawang Merah
Lada Hitam
Santan
Garam
Daun Kesum
Asam Keping

Cara Memasak Kuah Laksam

  1. Tumbuk bawang merah dan lada hitam berserta ikan sehingga lumat
  2. Masak santan sehingga agak panas ** mak a.k.u kata..bila dah nampak bubble tu...... cukup..tak payahh biar menggelegak sangat, dah nampak bubble terus perlahankan api...**
  3. Selepas itu, masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam santan dan gaul sehingga pekat.  Masukkan garam, daun kesum dan asam keping ke dalam kuah **ingat ok api kena perlahan, kacau sentiasa sehingga pekat - mak a.k.u kata lagi...kalau tak kacau selalu dan tak pakai api kecik..sat gi adunan kuah tu jadi ketul-ketul..tak smooth gitu.. lepas tu..bila dah nampak bubble dalam kuah...padamkan api  **

Bahan Ulaman
Kacang Panjang
Daun Kesum
Timun
Taugeh - dicelur sedikit

* Ricik halus kacang panjang, daun kesum dan timun - semua bahan ni gaul sama
* Taugeh yang di celur sedikit di asingkan di bekas lain

Bahan Sambal Cili
Cili Kering
Garam

Cili kering dikisar halus. Kemudian dimasak sebentar di dalam kuali sehingga agak likat ** ada org tak masak...tapi mak a.k.u kata lagi....cikgu dia ajor masak sikit..supaya bertahan lama sikit **


** ada orang servekan dengan limau ....yang boleh kite perahkan dalam kuah kalau nak masam sikit **

Selamat Mencuba!!





Tuesday, July 24, 2012

Resipi Ramadan Chef Wan: Ayam Masak Merah

Assalamualaikum


Tadi masa nak check yahoo mail
tup tup nampak resepi nieH..
haaaaaaaa.....

ape lagik....copy pastelah kannn...
masuk dalam recipe book ...
Selamat Mencuba!!

Credit: Yahoo Malaysia News


Ayam Masak Merah



BAHAN-BAHAN

Minyak sapi                            6 sudu besar
Kulit kayu manis1 cm
Bunga cengkih   4 kuntum
Buah pelaga               4 biji
Air     125 ml
Ayam          1 kg, dibelah 12 dan digaul dengan kunyit dan garam lalu di goreng sampai masak dan diasingkan
Kismis hitam         125g, dicincang halus 
Sos tomato    250ml
Madu  3 sudu besar
Serai1 batang, dititik
Lengkuas    1 cm, dititik
Garam  Secukup rasa
Bijan        2 sudu kecil, digoreng tanpa minyak sehingga wangi
Daun pudina     1 tangkai
               
Dikisar halus
Bawang merah     10 ulas, dikupas
Bawang putih2 ulas, dikupas
Halia             2 cm, dikupas
Serai        1 batang
Cili kering      15 tangkai, direndam dalam air panas dan dituskan
                  
                        
 CARA                   
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga serta rempah yang telah dikisar.
  • Setelah wangi, masukkan sedikit air, ayam yang telah digoreng, kismis hitam, sos tomato serta madu. Kemudian, masukkan serai, lengkuas dan garam. Masak sehingga ayamnya empuk.
  • Sebelum diangkat, taburkan bijan di atasnya bersama dengan daun pudina.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...