SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Thursday, January 31, 2013

Jom Bersuka Ria!!

Assalamualaikum

cite dah basi ni actually
ntah bila a.k.u pegi sini pun tak ingat...
tapi tengok dalam folder gambar dok ada lagi gambar nieH
jadinya dok selak .. selak blog..masih tak up lagi rupanya...

a.k.u rasa duluuuu pernah datang sini
alaaaa indoor playground kat AEON Wangsa Maju...
tapi kali ni a.k.u datang
nampak cam lainnnn sangat..
rupa-rupanya dah berwajah baruuu...
mainan pun dah makin upgrade...
lagi lah suka budak-budak neiH..




benda kat bawah ni..
cam a.k.u pun nak main
tapi sib baik masih waras lagi kannnnnnn
si Fahim tu lagik lahhhh.......bergedik-gedik kat situ







siap ada 'lego' ok tuk budak-budak ni main
tapiiii...budak-budak ni sume tak heran
dia tak pegi pun sini main...
sibuk bersakan kat playground sanunnnnnn..
at last...mak pak lah yang mainnn..




nampak gambar di bawah
hehehhe...satu lagi 'skill' baru Fahim
selama ni .. dia 'redha' je kalau orang nak amik mainan dia
tapi .. skrang dia dah pandai 'rejected'...
tergolek dog tau budak ni..sabo jekannnn

bukan ni je di reject
kadang-kadang kat rumahhhh suh buat benda..sume dia 'na nakkk'
ingatkan ibu je dia reject
rupa-rupanya ari tu..dengan Speech Therapist dia pun dia reject
sume yang Therapist dia ajar dia akan reject

Therapist pun perasan
dia kabo...Fahim dah develop new skill
dia dah tahu cam ne nak reject...good for him
tapi skrang..kena ajar reverse side of rejecting...
selain rejecting..Fahim pun kena accepting...
haaa ni lah yang a.k.u duk peratikan dan ajor kat Fahim
bila dia reject..a.k.u akan tetap suh dia accept...hehehe..ibu kena tegar kannnnnnn



selebihnya....budak-budak ni enjoy play with the gamessssss
bukan budak-budak je....bapak budak punnnn ha ha ha






Sambutan Maulidurasul

Assalamualaikum

Alieyah actually dah tercepat hari
boleh hari Rabu tu suh ibu pakaikan baju kurung
(dah memang baju sekolah baju kurung)
ibu dok kata..ni lah baju kurung....

tapi dia dok 'teriak-teriak' nak baju kurung lain..
rupanya nak baju kurung raya dia tuuuu
so Rabu bawak lah



tup tup..sampai sekolah tak sorang pun pakai baju kurung biasa tuuu

pastu dengan muka selamber dia boleh jawab

"Eh ibu...Yaya lupalah..sebenarnya Yaya kena pakai baju tu hari Khamis"

chait..sib baik ibu ni tak pakaikan dari rumah tau
kalau tak..penat nak salin baju dia je kat sekolah tuuuu
adoi....Alieyah...Alieyah

so hari ni..dengan bangga pakai baju kurung........
sib baik betul harinya kannn.....




Wednesday, January 30, 2013

Wordless Wednesday

Assalamualaikum


** tanduk ataih kepala sudah mariiiiii...mmmmmmmm



Tuesday, January 29, 2013

Jom Makan Mochi, Sweetie

Assalamualaikum

a.k.u tau makanan ni dari Cik Ta..
haa bukan Rozita Cik Wan OK..tapi Cik M**iTa...hehehhe
pastu ari tu.....ditengah malam buta pegi 7Eleven
nampak lah benda alah nieH..
nak try lagik...
trylah amik yang perisa Pandan...
dia ada macam-macam perisa ok......
harganya untuk empat ketul RM3.30
bagi a.k.u quite expensive lahhh
kalau buat buah melaka lagi berbaloi-baloi kot...ha ha ha.....
tapi nak rasa punya pasal...ku bedallllll saja.....
korang dah cuba??





saya tepekkan di sini RESEPI MOCHI tapi bukan Mochi Pandan ye..
kalau mochi pandan..korang letak jelah kaya kat tengah2 dia...heheheh
(dalam Masterchef ari tu Nina pun ada masak Mochi kan)
a.k.u rasa lebih kurang kuih buah melaka kannn ....:)

Bahan-Bahan
  • 1 kg tepung pulut
  • 250 ml air
  • 2 cawan kacang
  • 1 cawan gula

Cara Penyediaan
  1. Tepung pulut di ayak dan di gaul dengan air hingga sebati.  Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu keras.
  2. Kacang di goreng garing dan dibiarkan sejuk seketika.
  3. Kemudia kisar halus gula dan kacang.  Gaul sekali.  Letakkan di dalam mangkuk besar. Ketepikan
  4. Adunan tadi dibentukkan bulat-bulat sebesar syiling 20 sen dan kemudian rebus di dalam air mendidih sehingga ia masak ** TIPS:  bebola mochi akan timbul bila ia masak **
  5. Tapis bebola mochi dan kemudian gelekkan dengan campuran kacan dan gula tadi.  Pastikan rata dan sedia untuk dihidang.

Kite mulakan dengan Bismillah...

Assalamualaikum

dah lamaaaa rasanya tak bersiaran
asik tak 'tergapai' dek masa..

tapi ... untuk memulakannnn
kite mulakan dengan sesuatu yang bertuah..



thanks to Mama Zety...
dah dapat tisu ni dua minggu lepas kot
tapi guna alamat mak pak kat Keramat
bila pegi Keramat..terlupa nak bawak balik
at last.....hari Ahad lepas...baru bawak balik...
Thanks again.. Zety...



Friday, January 25, 2013

Bantuan Persekolahan

Assalamualaikum


Korang dah dapat bantuan persekolahan yang PM dok war-war tu?
Alieyah dapat Selasa lepas....
hamboooiii ramainya parents datang....
hehehhehe.....

macam biasa...
nak pegi amik kena ada surat beranak
dan tak bestnya...dia mintak IC mak pak sekali
a.k.u ni dahlah datang melenggang..
bawak surat beranak je
dah opis depan sekolah kannnn
tup tup masa registration mintak IC
a.k.u ape lagi
menggunakan kuasa veto 'pas opis' tuk gantikan IC
mula-mula cikgu cam refused nak terima
a.k.u ni dah ready je kalau dia cakap nak IC gak
( nak jawab..awat dalam surat kata bawak surat beranak anak yang asal...IC mak pak tak mention pun)
sib baik...cikgu sebelah dia kata boleh je as long as ada ic dan nama.....
tu pun cikgu kelas Alieyah masih ragu-ragu..sbb atas 'pass opis' a.k.u nama tak complete..
dengan spontan terpacol keluar ayat " pass kecik sangat...nama saya panjang...tak muat "
hehehheh..harap maaf le cikgu
saya ni..orang kata 'A' .. saya bawak 'A'
so kalau pertikaikan tak bawak IC tu...heheh cam tak relevan je...

dah register bagai
dapatlah dua kertas di bawah
yang kuning (tapi cam oren sikit tu) tuk kupon makanan
yang hijau plak kena masukkan dalam box yang disediakan....



upacaranya kejap je punnnnnn
tapi yang tak bestnya..
haaaaaaaa ce tengok gambar di bawah
walllahhhhhhh

kena naik pentas ok...maluuu sihhh
mula-mula a.k.u duduk je
tapi bila tengok parents lain sume beratur
a.k.u terus beratur lah...
sbb dalam otak dok pk." isk.kang lambat..nak bg Alieyah makan lagik..nak tukar baju dia lagik..baik cepat"
so teros je a.k.u naik pentas...pastu chow pegi jumpa Alieyah




mmm Alhamdulillah
dah selesai masukkan bantuan persekolahan tu dalam acc Alieyah
dan..dapatlah a.k.u kenyangkan perot dan basahkan tekak dengan makanan yang diberikan..
terima kasih PM..nanti tahun depan bagi lagi ye...
hehehhehe



Wednesday, January 23, 2013

Jom Kurus! bersama Kevin Zahri

Assalamualaikum




cam best je
taip hari Sabtu..pastu kul 10 pagi lak tu
dah clashes dengan Speech Therapy si Fahim
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
nak pegi nak pegi....

La Cottage Putra Perdana

Assalamualaikum

Alhamdulillah...at last




Tuesday, January 22, 2013

Nak sangat berblog....

Assalamualaikum

tapi....saya sangat busy..
tengah nak habiskan 'pending' keje tahun lepas... ** erk **
dan nak settledkan hal bosses yang nak ber'meeting' ke luar lagi...

erk....meeting luar .. mmmm

ok daaa....banyakKkKK nak cite ni sebenarnya...chiow dulu

Friday, January 18, 2013

Misi Jalan-Jalan Pembuka Tirai 2013

Assalamualaikum



kalau perati gambar kat atas
hampir tiap-tiap tahun tanpa jemu a.k.u akan cuba untuk pegi PD..
dan kali ni.....memang dapat lagi....yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy
biarlah PD saja..tapi cukup berbaloi

dan...setiap tahun yang a.k.u pegi PD
a.k.u dok perati....
semuanya berlainan resort...

tuk tahun 2012 iaitu tahun lepas....
a.k.u dpat bilik dua..pegi a.k.u anak beranak saja
bila tahun 2011 plak dapat resort bilik tiga ..
masa ni pegi ramai...
untuk pembuka tahun 2013.a.k.u try bilik satu saja..
sebab rsa cam tak berbaloi plak bayar lebih untuk satu bilik yang tak guna....
dannn a.k.u nak tengok scenery laut dari atas pulak...nak amik gambar
tak sangka......tanpa perancangan....teros dapat.yeayyy
Alieyah...Fahim..jom pegi umah 'adik' lagi........
pembuka tirai yang baik........
banyak lagi lepas ni..insyaallah.....time for family... :)


SYABAS OH SYABAS...SYABAS LAH SANGAT!!

Assalamualaikum

nak MARAH pun macam tak boleh MARAH dah...
grrrrr..........
yok kite..serbu SYABAS...ha ha ha..
nanti sure nombor SYABAS tu hot memanjanggg
aiyooookkkk tak tahu!!
salah siapa............



berita panas (update 18 Januari 2013):

SYABAS buat perangai lagi... dikhabarkan bahawa SYABAS HQ tidak membincangkan hal La Cottage Fasa 1F (surat sokongan CF) memandangkan mereka ada isu lebih utama iaitu kerosakan pam di Wangsa Maju... isu ketika dianggap remeh (boleh tangguh)...
SYABAS HQ buat janji baru mereka akan bawa dalam mesyuarat minggu depan...
kami sebagai pro-tem sangat tidak berpuas hati dan kami ingin meminta kesemua pembeli La Cottage telefon Encik Zamzuri (SYABAS HQ) 03-2088 5078 setiap hari bermula hari ini untuk bertanyakan status supaya dia rasa terganggu dan menganggap La Cottage perlu diutamakan...
mari bersatu call dia sehingga dia takut nak jawab telefon dan berusaha bersungguh-sungguh selesaikan isu ini...

Sketsa Alieyah Di Sekolah

Assalamualaikum

mulai ari nieH..
a.k.u akan cuba buat satu column khas tuk 'Sketsa Alieyah di Sekolah' :)

untuk topik yang pertama
JOM BELAJAR BAHASA ARAB

Ibu:  Alieyah...Hari ni belajar apa?
Alieyah:  Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Arab...
Ibu: waaaaaaaaaaaaaaa....Bahasa Arab..Alieyah pandai Bahasa Arab...bagusnya..apa Alieyah belajar? ajar ibu...
Alieyah:  boleh boleh...Assalamualaikum!
Ibu: ** terdiam..terkedu...mati kutu ** nak kata salah kang....memang tak salah...nak kata betul...mmm memang betul pun...tapi cam..speechless..... :)

lepas tu terus ibu buat keje balik....
dan Alieyah sambung mewarna :)


Thursday, January 17, 2013

Bagaimana ke Singapora dengan kereta / How to enter Singapore by car?

Assalamualaikum

actually........kami sempat singgah Singapore masa pegi ke JB ari tu...
memang dah planned..kalau Legoland tak dapat tiket..kami ke USS, Singapore..
lagipun dah niat nak melawat Mak Long kami di sana....

walaupun penat di Legoland dan Puteri Harbour tak habis lagik
tapi incik somi sanggup ke Singapore gak...(thank u so much)

kami ke Singapore naik kereta..
walaupun pertama kali jejak ke Singapore naik kereta
kami gagahinya dengan hati yang tabah.....

ye lah...dengan tak tahu apa-apa kann
tapi..a.k.u ada buat research sikit kat internet sebelom pegi
giler lah kalau pegi tak buat research...

perkara PERTAMA yang MESTI ada

Passport dan Lesen Memandu yang sah selain roadtax kereta yang masih valid
untuk rakyat Malaysia..korang pakai je Lesen Memandu korang tu..tak payah nak lesen memandu antarabangsa bagai.....valid di Singapore..
selain tu...tuk rakyat Malaysia...kita boleh enter Singapore 10 hari secara percuma...senyummmmm :)

selanjutnya..korang boleh baca kat sini Land Transport Authority of Singapore
malehh nak cite panjang lebar...
kami masuk Singapore melalui Woodlands...
nampakkkk..banyak kereta que nak masokkan...
ni baru satuuuu level...
Imigresen Malaysia :)



dan di bawah ni dah nak masok Singapore...
so dua kali lah korang kena 'tahan ye'
nak masuk singapore selain Passport yang sah..jangan lupa isi 'borang putih' dia tuuu
borang tu nak rekod korang enter Singapore..pegi berapa hari..tinggal tang mana..cam tu lah




nampak dahhhhhh signboard Woodlands...
yihaaaaaaaaaaaaaaa...Welcome to Singapore...



dengan perasaan ragu-ragu....
teroskan perjalanan....
tapi yang menjadi masalah neiH..
Mak Long kite orang pindah rumahhh
adoi..tak tahu jalan OK...
dah lah GPS tak berfungsi...
agaknya kalau boleh di kira...
satu Singapore tu kot kami pusing-pusing
at last .. berhenti kat petrol pump tanya...
dan orang kat petrol pump tu siap gelak-gelak lagi kat a.k.u sebab dah sesat baratttt...ha ha ha
bila dia dah tunjuk jalan......
kami dapat kuar ke highway balik....pastu......tahan teksi...ha ha ha...
boleh ??
lepas tahan teksi baru lah sampai ke rumah Mak Long kite orang...


oh ye......selain 'borang putih'
korang kena beli Autopass nieH...
dia lebih kurang Touch & Go..
kat Singapore nieH..Autopass ni penting...
nak bayar parking..nak bayar toll
dannn yang bestnya toll dia orang tak macam Malaysia...siap ada orang jaga tol bagai kannn
dia cam pintu gerbang je.....
bila lalu dia tolak lah duit korang dalam tuu.....macam lebih kurang "Smart Tag'...pandu lalu....bayar....

macam mana nak buat Autopass ni plak
kat website dia org ada explanation......tapi a.k.u explain kasi modah lah..senang kannnnnn
nanti bila dah lepas imigresen Singapore..ada satu opis kat situ...
korang boleh beli kad ni di sana...parking lah kejap kat situ.....
sepatutnya..bila enter Singapore....korang kena touch kad ni dulu..tapi di sebabkan korang tak de kad kan...(baru pertama kali) jadinya..berhenti lah kat opis dia..beli....

sangat cepat ...
nanti ada orang dia datang
tulis no keta dan tengok roadtax kereta valid lagi tak
dia akan bagi satu keping kertas yang tulis no kereta dan validity roadtax kita
nanti bawak kat kaunter....
isi form......bayar SGD10....
dalam ni nanti ada SGD4
SGD6 lagi...harga kad tu sendiri.....

lepas ni boleh lah korang pegi Seven Eleven dan top up...
tak salah a.k.u masa keluar dari Singapore..kena charge SGD1.20
kang sangkot kat Singapore .. a.k.u tak tahu..aiyoooookkkkk.....
jadinya..prepare awal-awal ... kad mesti cukup duit ye......
kot-kot korang nak pegi shopping complexes ke kan..shopping bagai
kad ni gak lah yang korang kena guna untuk masok.....
Singapore ni memang gunakan kad .. tunai tak main..Malaysia je selalu pakai tunai nieH...heheheh
kad ni ada jangka hayat...
yang a.k.u punya ni ada 7 tahun lagi hayat dia..so dalam masa 7 tahun ni korang boleh lah simpan kad nieH.....
dan kad ni tak boleh ditukar milik
ia adalah kepunyaan mutlak kereta yang di register...
kalau korang nak bagi pinjam sedara mara ke...silalah bagi..kalau berani kan...
kena tangkap....a.k.u tak jamin.....



kat sini lah a.k.u kata ko kena touch balik kad di atas...
memang wajib kena touch ye..kalau tak jangan nak kuar dari Singapore...hehehheh



dah sampai pun checkpoint Malaysia balik.....
kat sini pun korang kena gak tol
bayar by Touch & Go..seingat a.k.u cam kena charge RM2.30 kot..
masa masok Singapore tak kena charge apa-apa :)

dan...nak bagi tau..masa balik pun kami amik Teksi tuk tunjukkan Woodlands neiH..
tapi teksi kali sangat best
dia cam Tourist Guide a.k.u
dan bila a.k.u kata ngan dia...."My husband's car will follow ur taxi ya"
ye lah...karang kalao tak kabo, takot kang dia kata ada orang jahat follow keta diakannn..
terus kuar perkataan "You lost is it" chessssssss
dia gelakkan a.k.u lagi bila a.k.u kata a.k.u dari sini nak carik Woodlands....
dia cakap..patutnya dah amik teksi dari tempat Mak Long a.k.u tu..sbb dari situ lagi dekat..adoi..

dan bestnya......sepanjang perjalanan kite orang.dia siap bagi tau banyak banyak banyak kali... "Your abang arr....a safe driver you know"
bila a.k.u tanya "Why"
"You  see.....he drive very slow..."
(dan masa nieH...taxi driver ni drive dengan kelajuan 80km/hr ok.perlahan lah kekdahnya....incik Adha memang jauh lah kebelakang dannnn taxi driver ni siap tunjuk, kereta lain sume laju dari dia)

pastu a.k.u kabo..."He already told me....to ask you to drive slowly actually.....yesterday, we're also hired a taxi and he said the taxi driver drove so fast..."

pastu leh taxi driver tu gelak-gelak kat a.k.u
dia kata..."Why like that"
a.k.u jawab, "He afraid, Singapore will fine him"

satu keta bergegar sbb a.k.u ngan driver taxi tu ketawa..boleh???
pastu dia kabo kat a.k.u "No worry....if you see the taxi driver drive fast..just follow...because we know where the camera is...." , boleh cenggitu??
adoilahhh
tapi dalam hati a.k.u ni memang takot gak lah kena saman kannnnnnn
yang a.k.u pelik tu bila a.k.u tanya maximum speed kat Singapore di jawab 80km/hr..
tapi a.k.u tengok dia drive lebih dari tu.....cam pelik tak....
patutlah bila orang Singapore masuk Malaysia memandu walllahhhhh..berdesup.......
suka ye kat Malaysia 80 dan 110 km/hr...

dan dia siap pesan ngan a.k.u
lain kali...daripada hired taxi..perabih duit bayar kat taxi driver kannn baik beli GPS
dannn kalau nak beli GPS..boleh beli kat petrol pump..morah je...
chesssssssssssssss
kalau a.k.u tahu dari awal kan..dah lama a.k.u beli masa a.k.u first-first tanya ari tu
dan orang kat petrol pump tu tak suggest plak kat a.k.u suh beli GPS..sabo je kan....





kami tak tukar banyak pun masa pegi Singapore..
sbb niat nak pegi ziarah Mak Long je...
pastu ada satu kes lagi bila sampai rumah Mak Long...
ingatkan cam kat Malaysia
boleh parking ikut suka kan
kita kalau pegi kawasan perumahan boleh parking mana-mana
kat Singapore no -no nak parking merata ye
bukan setakat no - no parking merata.......siap kena bayar parking lagik ok
ni satu hal lagik

bila sampai je rumah Mak Long
menantu dia tanya..bla bla bla
bila kami sebot pasai drive..teros dia kata..
parking kat mana? bayar parking tak?
bontang-bontang bijik mata a.k.u
dia pun pernah kena saman sebab parking sekejap je nak hantar barang...

ape lagik menggelabah lah
giler ko nak kena saman kat Singapore
kuar rumah.....teros tanya orang keliling..kat ne nak bayar parking
sib baik ada satu chinese uncle tu baik tolong kite orang
dia kata beli kat Seven Eleven (Seven Eleven lagiiiii)
mati-mati a.k.u ingat kena bayar cam kite kat Malaysia....
ada machine bagai kan....
rupa-rupanya kena pegi Seven Eleven...
bila sampai Seven Eleven.....
fuhhh dah satu hal lagi nak bertanya.......(nampak sangat Tourist kan)
sampai cashier tu suh kami ketepi dululah..sbb nak bagi lalulan dengan orang lain....
ha ha ha
setelah pikir masak-masak..
akhirnya dapatlah kami coupun parking nieH....
dah lah kena beli satu buku tuu..tak boleh beli by hour..adoi....habis kat situ je duit ok

tak salah a.k.u kat Melaka pun ada guna parking coupon cam nieH...
tapi kat Singapore rupa-rupanya memang guna secara meluas.....adoi...

kenapa a.k.u kata banyak soal
sebab dia ada Night Parking (kaler ijo) dan Day Parking (kaler oren)
yang Night Parking tu.....boleh guna dari 10.30 malam sehingga 7 pagi keesokan harinya...
berharga SGD4 setiap satu
yang Day Parking tu plak ...SGD1 untuk 1/2 jam (parking di petak kuning) ..
berharga SGD1 setiap satu
banyak pe'el kannnn....dah namapun first time..mesti banyak soalan

bukan tu aja..pastu kena tear off tabs dia....kena tear betul-betul
kang salah tear kena saman..
kite orang bila dapat nieH...
siap tengok keta sebelah lagi cam ne nak tear ok...
dan di sebabkan kami ni nak stay sampai kul 11 pagi keesokan harinya
maka....kami gunakan satu Night Parking Coupun..dan 5 Day Parking Coupon
bayangkan nak tear satu satu...grrrr
pastu yang bestnya..bila dah tear tu..ada lah 'cebisan' kertas tu kan...
kalau kat Malaysia..tak pe campak-campak je
jadi a.k.u pun buat perangai yang sama di sana..
tup tup teringat
Singapore is a 'fine' city
teros je a.k.u kutip balik cebisan kertas tu
ada CCTV ok...maunya dia perati..dah kena saman adoi

cam ne lah orang Singapore bleh idop begitu displin kan
kalau kat Malaysia ni..mau merusuh kot...ha ha ha

KESIMPULANNYA:  No more driving to Singapore...ha ha ha....tobat..kalau stakat nak pegi Shopping complexes dia ke...nak pegi USS ke OK lagi....tapi kalau nak pegi umah Mak Long..kami rela naik keretapi...ha ha ha...




eh lupa...kad Auto Pass tu .. kalau korang memang yakin tak moh guna dah
korang boleh return kat Singapore balik.....
jadinya sebab a.k.u dah tertop-up banyaKkkKkk....tunggu lah 5 tahun lagi....
kalau tak guna..a.k.u nak return gak..rugi woOoOoOo.......SGD tuuuuuuuuuuuuu...


You can apply for a refund of your Autopass Card at the following venues:
  • Vehicle Entry Permit (VEP)/Toll office at Woodlands or Tuas Checkpoint
  • LTA office at 10 Sin Ming Drive
  • Mail the required documents to LTA at 10 Sin Ming Drive, Singapore 575701
You will need to submit the following:
  • the original Autopass Card
  • a photocopy of your passport/ NRIC of the refund applicant
  • a refund application form

Jom Breakfast Dulu!!

Assalamualaikum

selamat pagi semua??
amacam?? cun tak saya??
kakak sibuk nak bawak shawl....
dia punn nakkk gak..
pastu berebot dua beradik..
at last kak long yang kena mengalah..
si adik..dari rumah sampai ke kereta dok 'bershawl'
mampu?? ha ha ha...




ok lah...
nanti cite lagi...jom bekfes dulu!!



Wednesday, January 16, 2013

"Stay The Same"

Assalamualaikum


selain lagu HERO..
a.k.u suka giler lagu Stay The Same ni.....nyanyian Joey McIntyre
memang dua-dua lagu ni...
selalu jadi penguat semangat a.k.u
dan lirik dia..kadang-kadang memang buat a.k.u 'sayu'..

moga a.k.u akan jadi 'HERO' dan akan "STAY THE SAME" sampai bila-bila
insyaallah...




[Chorus]
Don't you ever wish you were someone else,
You were meant to be the way you are exactly.
Don't you ever say you don't like the way you are. 
When you learn to love yourself, you're better off by far.
And I hope you always stay the same, 
cuz there's nothin' 'bout you I would change.

[Verse]
I think that you could be whatever you wanted to be
If you could realize, all the dreams you have inside.
Don't be afraid if you've got something to say,
Just open up your heart and let it show you the way.

[Chorus]

[Bridge]
Believe in yourself.
Reach down inside.
The love you find will set you free.
Believe in yourself, you will come alive.
Have faith in what you do.
You'll make it through.


[Chorus]

Reward Diri Sendiri

Assalamualaikum

cerita lama actually...
tengah down skrang nieH..
jadi nak 'boost' semangat sendiri...

yang ala-ala pink nieH..
a.k.u beli masa pegi JPO baru-baru neiH
dan yang hitam tu..
a.k.u beli dari officemate a.k.u yang kebetulan up topic jual benda ni kat FB
memang rezeki a.k.u kot..sebab masa tu....tinggal dua je lagi.....
alhamdulillah..
setelah hampir 12 tahun bekerja
ni lah kali pertama a.k.u dapat apa yang a.k.u idam-idamkan...
self-reward terbesar selepas reward 'kereta' ari tu..
tapi kereta tu untuk kegunaan semua....
tak terasa sangat 'reward tuk diri sendiri'
tapi ni...R.E.W.A.R.D hanya untuk diri sendiri
terasa diriku begitu berharga...ha ha ha..

** jangan nanti ada orang kata a.k.u velagak ye... **

sedih nieH.....
tapi tak pe...dah self reward kannn..
come on .. come on .. stand straight .. look beyond ..

tetiba teringat lagu HERO... dendangan Mariah Carey...



There's a hero
If you look inside your heart
You don't have to be afraid
Of what you are
There's an answer
If you reach into your soul
And the sorrow that you know
Will melt away

[Chorus:]
And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive
So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you

It's a long road
When you face the world alone
No one reaches out a hand
For you to hold
You can find love
If you search within yourself
And the emptiness you felt
Will disappear

[Chorus]

Lord knows
Dreams are hard to follow
But don't let anyone
Tear them away
Hold on
There will be tomorrow
In time
You'll find the way

[Chorus]





Tuesday, January 15, 2013

Macam Mana Nak Download Gambar Yang Diambil Oleh Photographer di Legoland dan Puteri Harbour Family Theme Park

Assalamualaikum

Panjang tak soalan?
mmmmm
a.k.u dah tahu macam mana nak shortform kan.....
terimalah seadanya...
actually soalan tu ekoran dari comment readers a.k.u kat topic LEGOLAND Malaysia: TIPS dan Nasihat





a.k.u jawab dulu ye kat mana nak carik code gambar...
usually..code gambar akan berada di sudut bawah gambar.....


 kat mana sudut bawah???
ok....skrang cuba korang tengok gambar yang korang dapat dengan frame tu kan...
contoh seperti gambar di bawah...kat Puteri Harbour Family Theme Park



skrang tarik gambar korang tu keluar dari frame....
bila korang tarik kluar....
sila tengok sudut bawah gambar yang a.k.u dah kotakkan warna merah tu..
nampak tak code di situ??





tak jelas lagi??
skrang amik gambar Legoland plak..
buat kaedah yang sama..
tarik keluar gambar dan tengok sudut bawah yang a.k.u tandakan merah tu






kat bawah ni a.k.u cropkan lebih dekat code dia...
betul-betul kat tiang menara ...seperti gambar di atas...
yang a.k.u dah kotakkan dan arrowkan warna merah tuuuuu






bila dah tahu kat mana nak dapatkan code tu...
boleh lah masok website http://www.pictureair.com/
dari pemerhatian a.k.u
kalau kat Puteri Harbour..depa akan bagi kertas cam kat bawah neiH
tapi di Legoland..dia orang akan printkan satu 'resit' bila kita dah buat pembayaran..
kat situ pun ada ternyata code gambar kita...
mungkin ini lebih mudah..tak yah nak bukak gambar dari frame..
tapi ntah mana a.k.u letak resit tu...huhuhu
dan untuk code gambar legoland dia akan ada LLM di awal code....kalau Puteri Harbour pulak code dimulakan dengan huruf PPH (Little Big Club) atau PPHA (Hello Kitty Town)






bila dah masok website dia orang.......
first thing yang korang kena buat adalah di no. 2 tu......
sama ada sign in atau register..
free saja......
in case korang pernah pegi Kidszania ke kan...pun boleh amik gambar...
sebab dia orang guna company yang sama gak...

kalau korang dah ada account dengan Picture Air...
just masokkan code di no. 3 tuuuuu...






bila korang tekan sign in atau register...
akan kuar page cam kat bawah neiH




lepas tu dah boleh retrieve gambar-gambar korang semua...
sangat mudah kan...so untuk carik gambar yang seterusnya....boleh lah ikut langkah di bawah

1.  Masukkan code di "Do you have more Photo Code?"
2.  Get Photo




disebabkan a.k.u dah pernah ada account..
gambar a.k.u masih di situ...
ada 7 gambar kesemuanya..
dan gambar-gambar di sini hanya di simpan selama 30 hari
selepas 30 hari gambar kita akan dikeluarkan dari server..
jadi .... sebaik sahaja tiba di rumah..
downloadlah segera...
tapi.....nak download kena tunggu 2 hari selepas hari kejadian..
ye lah...dia orang pun nak amik masa nak download gambar ke server dia orang jugak kan.....
give them some time...
banyakKkKKK gambar tu dia orang nak upload...

hopefully this tutorial helps...
kalau ada tak faham lagi..kabo ye...

daaaaaaaaaaaaa
enjoy downloading..!!










Monday, January 14, 2013

Motif??

Assalamualaikum




tetiba kannn...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...