SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Showing posts with label Event Blogger. Show all posts
Showing posts with label Event Blogger. Show all posts

Friday, October 16, 2015

Play Doh Mencipta Rekod Malaysia - The Malaysia Book of Records

Assalamualaikum



Budaya Malaysia Terserlah di Bulan PLAY-DOH® Yang Julung Kali Diadakan!
Rakyat Malaysia menyahut cabaran mencipta beribu-ribu rekaan dalam usaha “Membentuk Kepelbagaian Komuniti” untuk The Malaysia Book of Records







Kuala Lumpur, 26 September 2015: Sambutan Bulan PLAY-DOH® yang julung kali diadakan di Ground Floor Highstreet 1 Utama membawa persembahan menarik dan berwarna-warni sepanjang minggu, di mana seisi keluarga mencipta rekaan PLAY-DOH®  berilhamkan Malaysia dan pada masa yang sama berseronok dengan pelbagai aktiviti menarik!  

“Telah lebih lima dekad PLAY-DOH® menjadi alat pembelajaran dan kreativiti, dan ini adalah satu warisan berharga untuk diraikan bersama rakyat Malaysia! Sambutannya amat menggalakkan dan kami sungguh bangga apabila orang ramai dari seluruh lapisan masyarakat dan usia tampil untuk menyertai aktiviti kami dalam usaha untuk “membentuk kepelbagaian komuniti” sebagai penghargaan kepada keunikan budaya dan warisan Malaysia,” kata Cik Regina Toh, Pengurus Pemasaran, Malaysia & Singapura.     

Kompaun PLAY-DOH®  boleh dioleh dengan pelbagai cara, pilihan warna dan peralatan untuk membentuk apa sahaja bentuk. Ini memberi kebebasan kepada setiap orang untuk melahirkan kreativiti dan imaginasi mereka. Ikon makanan dan buahan popular, mercu tanda terkenal, pakaian dan budaya Malaysia ditampilkan dengan megah semasa roadshow Bulan PLAY-DOH® yang penuh kemeriahan yang telah diadakan sejak 21 September lalu.    

Maskot PLAY-DOH® juga muncul beberapa kali untuk memberi peluang kepada kanak-kanak yang begitu teruja bergambar bersama Doh Doh. Pengunjung muda ini juga berpeluang mempelajari teknik baru di PLAY-DOH® School, melakukan eksprimen di tapak permainan bebas dan mencuba set permainan PLAY-DOH® Cupcake Celebration Playset dan Swirl and Scoop Ice Cream baharu di Sweet Shoppe istimewa!

Kemuncak sambutan ini adalah usaha untuk mencapai rekod The Malaysia Book of Records untuk mencipta rekaan PLAY-DOH® paling banyak dalam masa satu hari yang diadakan pada 26 September (Sabtu). Setiap ukiran dipamerkan di pentas PLAY-DOH® gergasi  dalam pelbagai warna dan kreativiti demi menampilkan kepelbagaian komuniti Malaysia. 

Di samping itu, ukiran paling kreatif dalam dua kategori akan memenangi hadiah eksklusif PLAY-DOH®! Kategorinya ialah 1) Ukiran PLAY-DOH® terbaik (bawah 12 tahun), 2) Ukiran PLAY-DOH® terbaik (13 tahun ke atas)! Ukiran yang memenangi pertandingan ini juga akan dipamerkan dalam laman sesawang PLAY-DOH®.

Nantikan pengumuman pemenang pertandingan dan maklumat terkini tentang Bulan PLAY-DOH® di www.playdoh.com.

Mengenai PLAY-DOH®
Jenama PLAY-DOH® dengan bangganya menyambut lebih daripada 50 tahun warisan dalam permainan berwarna-warni dan kreatif. Sejak ia pertama kali diperkenalkan pada 1956, kompaun PLAY-DOH® telah menjadi mainan kanak-kanak di semua peringkat umur, menjadikannya mainan kegemaran klasik yang digunakan di rumah dan sekolah di seluruh dunia. 

Mengenai Hasbro

Hasbro, Inc. (NASDAQ: HAS) ialah syarikat alat permainan berjenama yang bertekad untuk memenuhi keperluan asas dalam ciptaan permainan kanak-kanak dan keluarga melalui produk kreatif syarikat bertaraf dunia yang termasuk TRANSFORMERS®, MONOPOLY®, PLAY-DOH®, MY LITTLE PONY®, MAGIC: THE GATHERING®, NERF® dan LITTLEST PET SHOP®. Dari mainan kanak-kanak ke program televisyen, wayang gambar, permainan digital dan program komprehensif berlesen, Hasbro terus berusaha untuk memberi kepuasan kepada pelanggan di seluruh dunia dengan pengalaman permainan dan hiburan inovatif dalam pelbagai bentuk dan format, bila-bila masa di mana jua. Hasbro Studios bertanggungjawab dalam membentukkan hiburan dan penceritaan berkisarkan jenama Hasbro di televisyen, filem, penerbitan komersial dan cerita pendek. Melalui komitment mendalam pihak syarikat terhadap tanggungjawab social korporat termasuk sifat dermawan, Hasbro sedang membantu membina dunia yang selamat dan mampan untuk generasi akan datang dan memberikan kesan positif kepada berjuta kanak-kanak dan keluarga mereka setiap tahun. Hasbro telah diiktiraf atas usaha-usahanya dan telah dinamakan "World's Most Ethical Companies" yang tersenarai dalam "100 Best Corporate Citizens siaran majalah Corporate Responsibility. Maklumat lanjut di www.hasbro.com             

Monday, September 21, 2015

Play-Doh Month 2015

Assalamualaikum




Mesti anak-anak kawan-kawan suka main PlayDoh kan...
sama lah dengan Alieyah dan Fahim
dah macam-macam PlayDoh kat rumah tu ada...

dannn
adakah kawan-kawan tahu....PlayDoh pertama diperkenalkan pada tahun 1956?
mmmmmmmmmmm dah lama kannnnnnnn........
dannnn lagi
sempena Bulan PlayDoh 2015, PlayDoh dengan bangganya mengadakan "Shape a Colourful Community Campaign termasuk Finale Event untuk mencipta rekod baru "Malaysia Book of Records"

anda ingin jadi sebagian darinya?
tungggggguuuuuuuuuuuuuuuuu sampai akhir posting ini...


sebelum tu...
jom layan aktiviti hujung minggu kami sekeluarga.........
bila di fikirkan..
aktiviti ni bukan sahaja menyeronokkan bahkan...boleh mengeratkan talian di antara kami sekeluarga
ye lah......dari hari Isnin hingga Jumaat...mak pak asik bz je...
masa-masa terluang macam ni lah yang terbaik untuk masa 'bonding' kami...




Alieyah memang dari awal lagi sibukkkk dengan PlayDoh ni
kalau tak dapat pujuk sendiri..
haaaaaaaaaaaaa dia arahkan adik dia plak remind ibu....






buat apa tuuuuuuuuuuuuu
gigih ok Alieyah nak buat ikan...




dan hasilnyaaaaaaaaaaaaaaaaa
taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

ok kah? hehehhe




tak habis dengan tu
sambung buat ice-cream pulakkkkkkkkk




macam-macam kan boleh buat dengan Play-Doh ni...
apa lagi korang....
nak join aktiviti hebat ni??


Baiklahhh....
jommmm sama-sama join aktiviti menyeronokkan ini pada 26 September 2015 di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama.  Bukan hanya pada satu hari ni sahaja...sepanjang cuti sekolah iaitu 21 - 27 September ni...mereka akan bertapa di sana!!!!

Apa lagiiiii

serbuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

#playdohmonth2015


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Alami Pengalaman Sambutan Bulan PLAY-DOH®

Yang Julung Kali Diadakan!


Kepelbagaian Komuniti Malaysia memberi inspirasi kepada anak anda untuk mencipta ukiran PLAY-DOH® terbaik, yang akan juga menjadi sebahagian dari cubaan memasuki The Malaysia Book of Records!

Kuala Lumpur, 14 September 2015: Imaginasi sihat memainkan peranan penting dalam pembelajaran kanak-kanak. Selama lebih 50 tahun, PLAY-DOH® telah memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk bermain, mencipta, eksperimen dan mengukir ciptaan unik tersendiri.

Ini menjadikan Bulan PLAY-DOH® yang julung kali diadakan suatu berita yang amat menerujakan!

Bermula 21 ke 27 September di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama, kanak-kanak dan orang dewasa berpeluang menghasilkan karya terbaik mereka berilhamkan Malaysia dari PLAY-DOH® – menurut apa sahaja yang dipilih, samada ukiran, nombor ataupun huruf.

Semasa anda mencipta yang baharu atau mencipta semula yang sedia ada, anda turut berpeluang menyertai cubaan The Malaysia Book of Records untuk mencapai rekod hasil ukiran PLAY-DOH® paling banyak dalam satu hari pada 26 September (Sabtu). Kejayaan cubaan ini akan menyaksikan rekaan PLAY-DOH® anda dipamerkan untuk tontonan semua rakyat Malaysia, dan di mana ukiran paling kreatif akan memenangi hadiah PLAY-DOH® yang menarik!

Dengan PLAY-DOH®, imaginasi anda tiada hadnya. Anda juga boleh bekerjasama dalam pasukan atau secara sekeluarga untuk berkongsi idea mencipta sesuatu yang istimewa. PLAY-DOH® merupakan alat yang hebat untuk menggalakkan pembelajaran dan eksperimen– melalui pembelajaran secara terus-menerus, permainan tersusun dan galakan berterusan, kanak-kanak dapat belajar pelbagai kemahiran seperti mengenal bentuk, warna, mempelajari cara mencampurkan warna dan juga belajar kemahiran bersosial dan intelektual seperti kerjasama dan penyelesaian masalah.

Anda dan anak anda boleh mula “Membina Komuniti Ceria” dengan tip berikut:

Langkah 1: Bekerjasama sebagai pasukan bersama anak anda untuk membayangkan apa yang dapat mewakili Malaysia dengan paling tepat dan positif. Anda boleh melakarkan idea tersebut menggunakan pen penanda berwarna-warni, pensil warna atau krayon.

Langkah 2: Jelmakan idea menggunakan bahan PLAY-DOH®. Lakukan eksperimen dan beri galakan sesama sendiri semasa melakukannya. Anda boleh menggabungkan warna yang berlainan dan mencampurkannya dengan jari anda hingga ia menjadi warna lain dan
gunakan bahan dalam rumah untuk menekan dan membuat pelbagai bentuk dengan bahan tersebut.

Langkah 3: Perhatikan sewaktu anda dan anak anda merubah reka bentuk hambar kepada karya 3D berwarna terbaik berilhamkan Malaysia!



Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang Bulan PLAY-DOH®, sila layari laman web PLAY-DOH®: www.playdoh.com.


apa tunggu lagi..jom!!!





Saturday, August 8, 2015

Miles From TomorrowLand: The Search for Disney Junior's Space Adventures

Assalamualaikum

hari Sabtu lepas kami sekeluarga berpeluang menghadiri  Media Screening Miles From TomorrowLand:  The Search for Disney Junior's Space Adventures.

bukan senang nak dapat tengok untuk pertama kalinya kannn
orang yang bertuah je yang boleh pegi tau (hehehehhe)

bukan media screening je..
siap ada breakfast bagai..tu belom campur aktiviti untuk anak-anak sebelum tayangan bermula...

sampai je teros lepak lepak
santai-santai atas bean bag..memang sempoi lahhhhhh





Untuk pengetahuan kawan-kawan  Tayangan Perdana Siri Baharu ni akan bermula pada 17 Ogos 2015, Isnin pada jam 9 pagi......di Disney Junior (Astro Channel 613)

dan selepas itu...siri-siri lain akan muncul setiap hari Isnin pada waktu yang sama....



Nak tau tak apa tu Miles from Tomorrowland?

Program baharu ini adalah untuk kanak-kanak berusia 2-7 tahun ini menggabungkan fakta unik tentang angkasa dan sains tatkala mengikuti misi pengembara muda Miles Callisto dan keluarganya ke angkasa lepas.

Keluarga Callisto terdiri dari Ibunya dan Kapten kapal, Phoebe; Ayahnya jurutera mekanik, Leo; kakaknya Loretta pakar teknikal dan kawan baik, Merc, ‘robo-ostrich’. Mereka bersama-sama menerokai galaksi baru yang dipenuhi dengan makhuk asing, kenderaan angkasa lepas dan alat berteknologi tinggi yang aneh. Mereka akan membawa penonton muda dan keluarga mereka mengharungi perjalanan ke masa depan, dan pada masa yang sama mengingatkan mereka tentang apa yang perlu diperkukuhkan – ikatan keluarga.  


dannnn

dannnnnn

dannnnnnnnnnnnnn



Sempena pelancaran siri ini, pencarian untuk ‘Disney Junior’s Space Adventurers’ seluruh Asia Tenggara kini bermula! Kanak-kanak berusia 2-7 tahun digalakkan untuk mencipta Starjetter mereka sendiri – kapal angkasa penyelidik yang digunakan oleh keluarga Callisto sewaktu perjalanan mereka ke angkasa lepas. Keluarga di Malaysia juga boleh mengunjungi Petrosains, The Discovery Centre di Tingkat 4, Suria KLCC bermula 1 Ogos 2015 untuk menyertai aktiviti istimewa bertemakan Miles from Tomorrowland!



BAGAIMANA untuk menyertainyaaaa? 

Ibubapa perlu melayari laman sesawang – Disneyjunior.asia – dan muat turun Miles from Tomorrowland Space Adventurer E-kit yang bukan sahaja menampilkan helaian aktiviti menyeronokkan tetapi juga panduan lengkap cara untuk mencipta Starjetter. Foto Starjetter paling kreatif yang dihantar akan memenangi gelaran “Disney Junior’s Space Adventurer” dan akan disiarkan di saluran ini.  


mudahhhhhh kannnnnn......

___________________________________________________________


Synopsis:
This intergalactic adventure charts the outer space missions of young adventurer Miles Callisto and his family – mom and ship captain, Phoebe; mechanical engineer dad, Leo; tech-savvy big sister, Loretta; and robo-ostrich pet, Merc – as they help connect the universe on behalf of the Tomorrowland Transit Authority. Each episode features two 11-minute action-packed stories as Miles, Merc and the Callisto family explore wondrous and diverse new worlds, taking young viewers and their families on a futuristic journey that fuels kids’ natural interest in space, and at the same time reminding them of the importance of what lies close to home – the family bond.


Created and Executive-Produced By:
Sascha Paladino

Voice Cast:
Alton Brown as Lysander Floovox
Adrian Grenier as Captain Joe Callisto
Mark Hamill as Gadfly Garnet
Bill Nye as Professor Rubicon
Brenda Song as Aunt Frida
George Takei as Spectryx
Wil Wheaton as Commander S’leet

Series Consultants:
Dr. Randii Wessen, Jet Propulsion Laboratory
Dr. Yvonne Cagle, NASA
John Spencer, Founder of Space Tourism Society

Signature Phrases:
“Blastastic!”
“Superstellar!”
“Galactic!”
“Let’s rocket!”



so kalau lepas ni dengar je perkataan di atas..
korang sure dah tau dahhh dari kartun apa kan :)




jangan lupa tau..setiap Isnin jam 9 pagi di ASTRO 613


dan tayangan perdana pada 17 Ogos ini




Tuesday, December 16, 2014

Pirate and Princess: Power of Doing Good

Assalamualaikum


musim-musim cuti sekolah nieH...
selain anak-anak dok seronok bercuti..
baik kita ajar mereka sesuatu yang baik...
ye...
melalui Pirate and Princess: Power of Doing Good

I will explain later..
macam mana nak join....
tunggguuuuuuuuuuuu



Monday, November 3, 2014

Be So Much More with Dugrostar at Sunway Pyramid

Assalamualaikum


sampai jugak a.k.u kat sini
walaupun hanya menaiki pengangkutan awam
dah lama giler tak naik bas..LRT tu ok lagi kannnn

bermula lah perjalanan a.k.u ke Sunway Pyramid dengan menggunakan pengangkutan awam di satu petang 1 November 2014
dari LRT station tu naik lah bas RapidKL bernombor U623
jgn tanya a.k.u pasal bas ape lagi ada kat situ..
tapi a.k.u perasan...ada transit bas tuk ke Paradigm Mall...
senang dah kot pegi sana..ada bas kannn :)








dah macam kat karpet merah pulak ye posingnya..
ni first take....tapi masa nak dapat printed photo tu..tak keluar-keluar
kesian dia dok godek-godek pc dia..
at last dia suh amik gambar semula
gambar kedua ni..a.k.u tak captured pulak
heheheh..tengah di interview..chewahhhhhhhhhhhh
interview sangat kannnn.....(kot kot korang perasan pasal artikel Dugrostar ada termaklum pasal a.k.u dan si Alieyah..kabo ye..nak simpan..frame kat rumah..ha ha ha .. sempatttttttttttttttt lagi tu)





masa pegi sini..
ada banyak aktiviti untuk kanak-kanak riang
a.k.u pun kanak-kanak riang purba juga..
tak lepas peluang tuu ber'selfie'

dan antara aktiviti-aktiviti yang boleh kanak-kanak sertai :

  • Dugro Style
  • Dugro Beat
  • Dugro Jump
  • Dugro Celebrity
  • Dugro Creative
  • Dugro Steps


siap ada Clown tu..
dan a.k.u suka dengan clown tu
mesra budak..hehehe...
dan belon-belon yang di create tu mmg bestlah
tak macam certain-certain clown bila dah ramai orang tu..
buat belon pun ala kadar je kannn..







ce perati
meriah tak meriah..
fuhhhhh...mmg tak menang tangan lah ...







ada empat tempat je lagi yang bakal Dugrostar serang

jom kita orang Sabah...orang Melaka..orang Johor Bahru..dan orang Pulau Pinang..
serangggggggggggggggg!!



Venue
Date
KB Mall, Kelantan
24-25 Oktober 2014
Plaza Merdeka, Sarawak
31 Oktober-2 November 2014
Sunway Pyramid, Selangor
31 Oktober-2 November 2014
One Borneo, Sabah
8-9 November 2014
Mahkota Parade, Melaka
7-9 November 2014
KSL Mall, Johor Bahru
7-9 November 2014
Queensbay Mall, Pulau Pinang
14-16 November 2014




Sunday, September 28, 2014

STICKY: Share the Softness by Kleenex

Assalamualaikum

** untuk posting terbaru..sila scroll ke bawah ** 


Letih jugak membacanya celoteh panjang-panjang tadi kan...
a.k.u punnn..
bab baca membaca ni...bukan amalan a.k.u kot

tapi...
demi kempen Share the Softness by Kleenex nieH..
ku teruskan jua perjuangan....

untuk pengetahuan semua
dua matlamat utama yang ingin di capai dalam kempen ni adalah:


  1. Kongsi Kelembutan dan raikan Hari Malaysia dengan membawakan sentuhan kasih sayang dan lembut kepada setiap orang
  2. Berganding Bahu untuk menggerakkan perubahan dan mencapai 10,000 post di Facebook untuk membantu lebih ramai anak yatim mendapat rumah perlindunganyang sempurna melalui OrphanCARE


dan bagi mencapai matlamat ni....korang cuma perlu cuma perlu

  1. ‘Like’ halaman Facebook Kleenex® Malaysia
  2. Cari post peraduan “Share The Softness”, dan mula berkongsi kelembutan. 
  3. Tag pasangan, kawan, ahli keluarga atau jiran anda dalam bahagian komen post peraduan tersebut dan beritahu mereka betapa anda menyayangi mereka
  4. dan jangan lupa untuk sertakan hashtag  #kleenexsoftness!

Mudah bangat kannnnnnn....

dan jika anda bertuah..anda bakal memenangi hadiah bernilai RM10,000
besar tu kannnnnnn
ape lagi..jom klik Facebook Kleenex Malaysia









dannnnnnn...
untuk pengunjung blog adanya.kau.untukku
ada hadiah special untuk di kongsi bersama..
dah alang-alang kempen Share the Softness kan...
dan dah lama tak buat Giveaway...

caranya amat mudah...
cuma tinggalkan  komen di bawah dengan menaip
  "Share the Softness" by ... (korang letak address blog korang)

pemenang akan di umumkan pada 29 September 2014
dan hadiahnya merupakan sekotak tisu Kleenex 


cuba jangan tak cuba...



#kleenexsoftness

Tuesday, September 23, 2014

Share the Softness

Assalamualaikum

saya sudah....
mana tau anda juga bernasib baik...

Share the Softness is dedicated to all my true friends while studying in UiTM Shah Alam long time ago...

I miss all of you gangs!!

1997 - 2014  - a longgggggggggggggg journey....
almost 17 years huh...





jgn lupa
LIKE FB Kleenex Malaysia
Comment pada posting Share the Softness
Tagged rakan anda
dan hashtag #kleenexsoftness


selamat mencuba!!




Kleenex Menjadikan Kelembutan Cara Hidup Rakyat Malaysia

Assalamualaikum



KLEENEX® MENJADIKAN KELEMBUTAN 
CARA HIDUP RAKYAT MALAYSIA

          Kongsi Kelembutan dan raikan Hari Malaysia dengan 
membawakan sentuhan kasih sayang dan lembut kepada setiap orang
      Berganding Bahu untuk menggerakkan perubahan dan mencapai 10,000 post di Facebook 
untuk membantu lebih ramai anak yatim mendapat rumah perlindungan 
yang sempurna melalui OrphanCARE





Ketika rakyat Malaysia merayakan penubuhan persekutuan Malaysia 50 tahun lepas, Kleenex® memberikan cara baru kepada rakyat Malaysia sempena menyambut perayaan tersebut, iaitu dengan hanya mengamalkan perlakuan kelembutan melalui kempen “Share the Softness”. Kempen ini bermatlamat untuk mencapai sekurang-kurangnya 10,000 post di antara kalangan rakyat Malaysia yang berniat menjadikan kelembutan sebahagian daripada kehidupan seharian mereka!

Setiap peristiwa, besar dan kecil, boleh dijadikan bermakna dengan sentuhan kelembutan, dan Kleenex® mengingatkan lebih ramai rakyat Malaysia di mana-mana sahaja supaya menjadikan Malaysia tempat yang lebih lembut dengan mengambil waktu seketika untuk menunjukkan kasih sayang kepada orang tersayang dengan meluahkan kata-kata yang manis dan penuh keprihatinan. Dari sekarang sehingga 27 September, jenama ini mempelawa rakyat Malaysia meluahkan keprihatinan dan kasih sayang mereka melalui Facebook dengan tag yang mudah dan berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM10,000.

Apatah lagi, perlakuan kelembutan ini juga membawa pengertian baru kerana setiap post Facebook menolong menyumbang kepada  OrphanCARE, sebuah pertubuhan bukan untung yang menolong bayi-bayi terbiar dan anak-anak yatim mendapat rumah perlindungan dan penjagaan yang sempurna.

Ambillah peluang ini untuk mewujudkan perbezaan dalam kehidupan orang di sekeliling anda, serta mereka yang kurang bernasib baik. Bahkan pakar psikologi pun mengiktiraf bahawa perkara kecil adalah penting, daripada perlakuan kecil antara orang tersayang seperti membuat secawan teh[1] untuk satu sama lain hingga kepada bercakap dengan lebih bersopan santun dan berbudi bahasa kepada satu sama[2]. Perlakuan yang mudah dan positif merupakan kunci membina dan menjalani hidup yang lebih bahagia[3], dan para penyelidik mengakui bahawa seorang individu mempunyai kuasa untuk mempengaruhi perasaan orang lain[4], justeru itu satu perlakuan kelembutan boleh mewujudkan perbezaan yang besar dalam kehidupan orang lain.

Sama ada sekadar galakan atau dorongan biasa atau pelawaan untuk duduk bersembang, sentuhan kelembutan boleh membuatkan seseorang berasa dihargai. Untuk menyertai, anda cuma perlu ‘Like’ halaman Facebook Kleenex® Malaysia, cari post peraduan “Share The Softness”, dan mula berkongsi kelembutan. Tag pasangan, kawan, ahli keluarga atau jiran anda dalam bahagian komen post peraduan tersebut dan beritahu mereka betapa anda menyayangi mereka. Sertakan juga #kleenexsoftness!

Mesej yang paling menonjolkan kasih sayang akan memenangi Pek Kleenex® Softness eksklusif edisi terhad dan hadiah seperti kamera Polaroid, beg jenama Longchamp, rantai tangan Thomas Sabo dan banyak lagi!

“Penjagaan yang lembut membawa perbezaan dalam kehidupan kita yang sibuk dan moden dan apabila keadaan menjadi sukar, perlakuan yang paling kecil pun boleh membuat perubahan ke arah yang lebih baik. Inilah sebabnya mengapa Kleenex® terus menggalakkan rakyat Malaysia berkongsi kelembutan dan membawa kegembiraan kepada orang yang kita sayangi,” kata Emily Chong, Pengurus Pemasaran, Penjagaan Keluarga dan Dewasa, Kimberly-Clark Malaysia.

“Marilah kita akui bahawa perlakuan kelembutan yang paling kecil pun boleh mempunyai kesan riak, jadi melalui tindakan kita, kita boleh menjadikan Malaysia tempat yang lebih lembut untuk didiami. Pada Hari Malaysia ini marilah kita merayakannya dengan Berkongsi Kelembutan dengan rakan senegara kita.”

Tidak lupa pada mereka yang kurang bernasib baik, setiap post Share the Softness di Facebook serta setiap pembelian rangkaian produk CSR Kleenex® adalah bersamaan dengan derma sebanyak RM0.50 kepada OrphanCARE; cuma SMS kod unik yang terdapat pada produk Kleenex®.

Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana hendak Berkongsi Kelembutan, kunjungi halaman Facebook Kleenex® (www.facebook.com/Kleenex.Malaysia). Untuk maklumat lanjut tentang Kleenex®, sila hubungi talian Kimberly-Clark Consumer Care di 1-800-82-1188 (bebas tol) pada hari bekerja dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

###
Mengenai Kleenex®
Kleenex®, tisu muka No. 1 di dunia menawarkan kelembutan terunggul yang membersihkan semua jenis kulit dengan lembut. Setiap helaian diperbuat daripada 100 serat dara berkualiti yang tidak meninggalkan sebarang sisa bagi mengurangkan rengsaan kulit. Ini bukan sahaja memastikan kulit yang bersih, tetapi juga jagaan yang lembut dan kebersihan terunggul untuk anda seisi keluarga. Tisu  Kleenex® boleh didapati dalam dua jenis, iaitu tisu muka dan tisu mandi dan dalam pelbagai bentuk bungkusan yang menarik dan memudahkan, terkenal dengan kelembutan, kekuatan dan daya serapannya yang ideal.  

Kleenex® adalah jenama Kimberly-Clark
Kimberly-Clark dan jenama globalnya yang terkemuka merupakan sebahagian penting daripada kehidupan orang di lebih daripada 175 negara. Setiap hari, berbilion-bilion orang di seluruh dunia – hampir suku daripada jumlah penduduk dunia – memilih jenama Kimberly-Clark dan penyelesaian yang disediakannya bagi meningkatkan kesihatan, kebersihan dan kesejahteraan mereka. Dengan jenama seperti Kleenex®, Scott®, Huggies®, Kotex® dan Poise®, Kimberly-Clark adalah tentang “menerajui dunia dalam keperluan penting untuk kehidupan yang lebih baik”. Untuk mengikuti berita terkini Kimberly-Clark dan mengetahui lebih lanjut tentang sejarah inovasi syarikat sepanjang 140 tahun, sila layari http://www.Kimberly-Clark.com.





[3] The Rough Guide to Happiness, Nick Bayliss.


#kleenexsoftness



Friday, September 12, 2014

Eh.Eh..lupa...

Assalamualaikum


terlupa nak kabo

ari tu...masa pegi event Johnson & Johnson tu..
dapat goodies bag

macam-macam dapat....wallaweiiiii..
mmg selalunya kalau pegi Blogger Event ni ..
dapat macam-macam...

dan kali ni sbb yang nak di war-warkan pun produk J&J tu..
maka produk J&J jugaklah dapat...

dah lah berat plak tu..naik LRT lagik

**hish...teringat kisah nak naik teksi kat One Utama tu..vunguk tau..tak moh hantar pegi ke LRT..memilih sangat**



tersusun indahhh je kan...
mmg best best best..hehehe


Thursday, September 11, 2014

Cara Urutan Bayi

Assalamualaikum


ikut suka je kan..tunggal langgang posting..
boleh pulak celah-celah posting ada iklan lain ye..

baiklah..rentetan cerita Event Johnson & Johnson hari tu..
sebelum tamatnya acara..
kami di ajar untuk mengurut bayi..
urutan ni mmg bagus kan..

masa anak-anak a.k.u masa kecik
memang selalu gak urut dia orang selepas mandi..
especially untuk mengelakkan kembung perut...





korang cuba lah...
lagi-lagi kalau gunakan Johnsons Baby Oil -lavendar
mmg bau dia...wallllllaaaaaa
sepanjang a.k.u dok buat urutan bayi ari tu
mmg bau dia....bisa buat a.k.u tidur nyenyakk
inikan pulak baby kann...lepas dah urut....dengan baru sedap lagi
mmg layannnnnnnnnnn







ok lah..jom kite belajar...jadi tukang urut paling sempurna untuk baby kite










#JBstoriesinabottle

Rezeki Berbloging lagi ...

Assalamualaikum

Alhamdulillah..
rezeki lagi dari berblogging...
kali ni dari Kleenex

nak tau ape di sebalik beg merah itu...

check it out!!

** lepas ni ada satu lagi job.. **



Tuesday, September 9, 2014

Doktorbudak: Urban Mom 2014 with Johnson's Baby - Are you Caring for his Skin the Right Way?

Assalamualaikum


Intro hari tu sudah di khabarkan pada posting sebelumnya..
walaupun hanya dua gambar...tapi nak cerita ni..
panjang lebar..

harap tabahlah membacanya... :)

Masa mula-mula di panggil untuk menghadiri event nieH
antara nak dan tak nak..
satu sebab dekat OneUtama..
mmm satu tempat yang paling mencabar buat a.k.u yang tak biasa pegi....
kedua....macam mana nak pegi.....tapi di sebabkan event hari Sabtu..
maka ku gagahi jua...
malah event ni bagus untuk masa depan yang cemerlang...

Majlis dimulakan tepat jam 3 petang..
walaupun sebelumnya sudah ada talk show bersama angkasawan negara kita...
Sheikh Muzaffar..
sayangnya tak sempat bergambar dengan beliau dan anaknya Bella yang cute cute itu
walaupun sudah bersinggung bahu...cewaaaaaaaaaaaaaah...tapi ada satu mamat (kawan angkasawan kot)  ni nak perkenalkan family dia pulak....berbual kat situ....bla bla...tetiba a.k.u tengok dah hilang pulak angkasawan sorang nieh..
biasalah .... bz kot kan...lepas tu terus je dia balik...

baiklah..jom kita layari kisah di sepanjang event ni...







Acara yang sepatutnya a.k.u attend adalah dengan Johnson’s® Baby dengan kerjasama Doktorbudak, iaitu sebuah usaha sama dalam talian secara sukarela yang pertama dan terbesar di kalangan pakar kesihatan kanak-kanak yang menjawab soalan tentang kesihatan kanak-kanak, menganjurkan bengkel interaktif untuk berkongsi petua-petua praktikal dan nasihat pakar dengan ibu-ibu tentang bagaimana menjaga kulit bayi yang halus dan lembut pada siri jelajah Urban Mom 2014.  

Bengkel yang bertajuk “Are you Caring for his Skin the Right Way?” menampilkan dua orang pakar pediatrik,  iaitu Dr Aileen Wee dan Dr Yap Hsiao Ling, yang memberikan pengalaman interaktif sebenar kepada ibu-ibu mengenai perkembangan dan penjagaan kulit bayi yang sihat dan bersesuaian dengan usia mereka. Bengkel ini diakhiri dengan acara kemuncak petang itu, iaitu  demonstrasi urutan bayi!

“Johnson’s® Baby memahami dan berkongsi setiap kesungguhan dan komitmen ibu-ibu terhadap memberikan penjagaan terbaik kepada bayi mereka. Dengan pengalaman lebih 100 tahun dalam penjagaan kulit bayi, memang sepatutnya kami berkongsi pengetahuan ini dengan ibu-ibu di Malaysia supaya mereka dapat menjaga kulit bayi mereka dengan penuh keyakinan dan ketenangan fikiran,” kata Cik Chen Pei Ming, Pengurus Kanan Pemasaran Profesional & OTC, Johnson & Johnson Malaysia.


“Ramai ibu bapa tidak menyedari betapa halus dan lembutnya kulit bayi, maka adalah penting anda maklum tentangnya dan membuat pilihan yang tepat demi kesihatan kulit bayi anda,” jelas Dr Wee. “Ini termasuk menggunakan produk yang dirumus khas untuk menjaga keperluan kulit bayi yang halus, terutama pada tahun pertamanya ketika kulitnya masih sedang berkembang.” 






Memahami dan Menjaga Kulit Bayi dengan Cara yang Betul:
  • Kulit bayi adalah 30% lebih nipis daripada kulit orang dewasa, dan kehilangan air lebih cepat dalam 12 bulan pertama kehidupannya.
  • Produk penjagaan kulit khusus untuk bayi yang betul amatlah penting pada bulan pertama kehidupan bayi kerana kulit bayi lebih mudah mengalami kekeringan, kerengsaan dan jangkitan dalam tempoh ini.
  • Walaupun penting untuk tidak menggunakan sabun yang kuat kerana ia boleh merosakkan lapisan pelindung kulit bayi, menggunakan air sahaja tidak memadai. Berdasarkan penyelidikan oleh Johnson’s® Baby, bayi yang dibersihkan menggunakan Johnson’s® Baby Top to Toe Wash tidak menunjukkan sebarang perbezaan dalam beberapa penunjuk utama apabila dibandingkan dengan bayi yang dibersihkan menggunakan air sahaja. Ini menunjukkan bahawa Johnson’s® Baby Top to Toe Wash lembut pada kulit seperti air.
  • Adalah penting untuk membersihkan muka, leher, tangan dan punggung bayi anda dengan teliti setiap hari.
  • Lebih penting lagi untuk mengkaji semula produk dari perspektif kelembutan dan keselamatannya dan juga bukti saintifik daripada semata-mata bergantung pada label yang mengatakan ia ‘semula jadi’ atau ‘organik’.
  • Memilih pembersih yang tepat untuk bayi anda, terutama dalam beberapa bulan pertama selepas kelahiran, dapat membantu menghalang kerosakan kulit yang sukar dipulihkan seperti kemerahan dan kegatalan, kekeringan, mengelupas dan kasar serta rasa tegang selepas mencuci.
  • Tidur yang nyenyak pada waktu malam memberi perbezaan yang besar dalam pembawaan bayi apabila dia bangun! Inilah sebabnya mengapa rangkaian produk Johnson’s® Baby Bedtime dihasilkan, dengan rumusan unik untuk membantu merelakskan bayi, dengan itu memudahkan mereka tidur nyenyak pada waktu malam. Harumannya yang unik dan bahan-bahan yang lembut daripada pati Natural Calm™, yang terdapat dalam seluruh rangkaian produk yang terdiri daripada mandian, losyen, minyak dan bedak.  Paling penting, Johnson’s® Baby juga mempunyai rutin yang terbukti secara klinikal untuk membantu bayi tidur lebih nyenyak yang akan ditunjukkan sebentar lagi!

Beberapa Petua Penting mengenai Penjagaan Kulit Bayi:
  • Pertama sekali, pilih produk penjagaan kulit yang betul yang dirumus khas sebagai selamat dan lembut untuk bayi.
  • Selepas mandi, sapukan losyen atau minyak urut pada kulit bayi untuk mengekalkan lembapan di dalam kulit bayi.
  • Adalah penting untuk sentiasa berwaspada dengan sebarang petanda kerengsaan kulit, terutama pada lipatan kulit seperti leher, bahagian dalam siku dan di belakang lutut di mana kotoran, peluh atau lembapan berlebihan boleh terperangkap. Sebarang ruam hendaklah segera dirawat untuk mengelakkannya daripada menjadi bertambah teruk.  
  • Ibu-ibu juga boleh menolong mengurangkan pendedahan bayi kepada perengsa dengan mencuci pakaian dan peralatan tempat tidur baru sebelum digunakan, menggunakan penghalau dan jaring nyamuk untuk mengelakkan gigitan serangga, dan menjauhkan bayi daripada matahari bilamana mungkin.


Menjaga keperluan unik kulit bayi adalah sebabnya mengapa produk Johnson’s® Baby diuji secara klinikal sebagai selamat, lembut dan berkesan, justeru memastikan setiap produk menepati piawaian “Best for Baby™ Standard”:
  • selamat, kerana semua bahan mempunyai tujuannya dan disokong oleh bukti saintifik, diuji dengan piawaian ketat yang menepati atau melebihi tahap keselamatan yang diterima; ini termasuk pembungkusan dan juga dakwat yang digunakan untuk mencetak;  
  • lembut, Johnson’s® Baby melakukan ujian berulang kali ke atas produk pembersih dengan bantuan pakar bebas untuk menilai potensi produk – daripada agen pembersih hinggalah kepada wangian malah buihnya juga – demi memastikan produk tersebut tidak menyebabkan kemerahan, rasa pedih dan kerengsaan pada kulit, rambut dan mata bayi;
  • berkesan, dengan manfaat dan keberkesanan terbukti untuk menghormati dan menjaga keperluan unik kulit bayi.

“Selain komitmen kami untuk menjaga dan membelai kulit bayi, kami juga percaya pada ikatan kasih sayang antara ibu dan anak, justeru itu, produk Johnson’s® Baby juga direka untuk merangsangkan deria dan mewujudkan pengalaman yang lebih menyeronokkan,” jelas Chen. “Ini terutamanya benar pada rangkaian produk Johnson’s® Baby Bedtime, dengan pati Natural Calm™ untuk melegakan bayi dan membantu bayi tidur lebih nyenyak.”

tak lepaskan peluang untuk sama ambil bahagian



Bengkel ini diakhiri dengan demonstrasi urutan bayi yang diketuai oleh Dr Yap, yang menjelaskan, “Deria sentuh amat penting bagi manusia, dan urutan telah lama diketahui sebagai mempunyai manfaat yang positif. Untuk bayi, penyelidikan menunjukkan bahawa urutan boleh menolong mengurangkan kembung perut, menggalakkan tumbesaran yang lebih baik dan tidur yang lebih nyenyak.”

Turut hadir pada bengkel tersebut ialah duta jenama Johnson’s® Baby, Dynas Mokhtar, yang berkongsi pengetahuan dan pengalamannya sendiri tentang kesihatan kulit bayi. “Kesihatan kulit bayi saya sungguh penting buat saya, itulah sebabnya mengapa saya bergantung pada produk Johnson’s® Baby kerana saya tahu ia terbukti secara klinikal sebagai lembut dan selamat untuk si manja saya,” katanya. “Mandi dengan mandian Johnson’s® Baby Top to Toe Wash disusuli pula dengan Johnson’s® Baby Lotion sentiasa menyebabkan bayi saya riang seharian, dan pada waktu malam saya mandikan mereka dengan Johnson’s® Baby Bedtime Bath dan disusuli dengan Johnson’s® Baby Lotion sebelum mereka masuk tidur.”   

Ketahui lebih lanjut tentang komitmen Johnson’s® Baby terhadap penjagaan kulit yang selamat, lembut dan berkesan di www.johnsonsbaby.com atau dapatkan maklumat terkini melalui www.facebook.com/iLoveJohnsonsbaby.com, di mana anda juga boleh mengemukakan soalan yang akan dijawab oleh panel Doktorbudak!


# # #



Mengenai Johnson’s® Baby
Selama lebih 100 tahun, Johnson’s® Baby telah mengabdikan dirinya untuk memahami bayi dan belaian istimewa yang diperlukan untuk mata, kulit dan rambut mereka. Johnson’s® Baby menggunakan pengetahuan itu untuk menyediakan ibu-ibu produk yang selamat, halus dan lembut yang terbukti secara klinikal. Rangkaian produknya merangsangkan deria dan apabila digunakan bersama rutin bayi, boleh membantu membangkitkan emosi positif dan akhirnya mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayi. Dipercayai oleh ibu-ibu dan profesional penjagaan kesihatan di seluruh dunia, Johnson’s® Baby terus menggunakan pengetahuan dan penyelidikan untuk menghasilkan produk pengguna yang selamat dan inovatif serta murni, halus dan lembut sebagaimana yang dijanjikannya.



Mengenai Doktorbudak
Doktorbudak merupakan wadah dalam talian yang boleh digunakan oleh semua ibu bapa yang mahu mendapatkan nasihat bukan kecemasan percuma mengenai topik kesihatan kanak-kanak. Ia diwujudkan dan diuruskan oleh panel pakar perubatan sukarelawan yang terdiri daripada sekumpulan pakar pediatrik, doktor gigi pediatrik, pakar bedah pediatrik, pakar dermatologi pediatrik, pakar psikiatri kanak-kanak, pakar terapi pertuturan, ahli farmasi dan pakar pemakanan. Pada masa ini terdapat 25 orang pakar perubatan yang dedikasi dalam panel dan bilangan ini dijangka meningkat. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.doktorbudak.com.my.


#JBstoriesinabottle







ehhhh jap..lepas ni ada lagi..
a.k.u nak cite macam mana cara urutan bayi..

tungggguuuuuuuuuuu





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...