SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Showing posts with label Upin and Ipin The Musical. Show all posts
Showing posts with label Upin and Ipin The Musical. Show all posts

Tuesday, May 8, 2012

Tandatangan Para Pelakon Upin and Ipin the Musical

Assalamualaikum



haaaaaaaaaa walaupun mereka ni bukan lah pelakon terkenal di Malaysia
tapi a.k.u kagum dapat tandatangan dia org...
huhuh
akan ku simpan sebagai koleksi ku...
biarlah apa org nak kata
ada a.k.u kesah.....


yang penting..
korang ada?
ha ha ha


Tandatangan Upin

Tandatangan Ipin

Tandatangan Puteri Cinonet

Tandatangan Mentadak Mentadu / Anak Labah-Labah

Tandatangan Salah Seorang yang melakonkan watak warga Kerajaan Cinonet...(yang tengah-tengah)

Upin and Ipin the Musical Part IV

Assalamualaikum



actually Upin and Ipin the Musical ni
mengisahkan tentang Puteri Cinonet yang mencari 'kegembiraan'
melalui Upin dan Ipin...

dan segalanya bermula bila Upin dan Ipin di bawa ke Istana Pokok......

bagi a.k.u teater ni mmg bagus lah
pertukaran set props yang cepat.....
mmg tidak membosankan..

para pelakon yang superb best...
walaupun mereka ni kecik..
tapi bakat mereka besar....

dan di pengakhir teater nieH..
mereka perkenalkan pelakon teater dan suara di sebalik karektor di TV...
dan a.k.u paling suka....Mail...dua seringgit dua seringgit....

huhuhu

enjoy the pic


Hi Saya Upin dan ini adik saya Ipin

Kak Ros

Tok Dalang


Opah

Mail


Fizi

Ijat

Susanti i think

Mei Mei

Jagjit

Ehsan..Dua seringgit dua seringgit

Ipin

Upin

a.k.u belilah buku yang ada tulis pasal pelakon-pelakon Teater neiH
dan tak sangka lah si Upin dan Ipin ni ada dua set
yang a.k.u tengok hari itu adalah Upin dan Ipin set 1...
dan Set 2 belah malam kot.....(tak sure)

dan Upin Set 1 nieH..
dia ada studio menari sendiri ok
patutlah pandai menari...huhuhu

dan..tak sangka Doctor dalam teater ni
anak Dr M dan Dr Siti Hasmah
wahhh minat teater rupanya.......





selepas tengok teater nieH
ada sesi bergambar dengan karektor Upin dan Ipin
demi Upin dan Ipin
a.k.u sanggup beli buku tuuuuu dan beratur ok...






si Upin ni mmg sporting dan sempoi betul
walaupun a.k.u tak panggil dia untuk gambar di atas
dia mmg automatik ready untuk pose...
memang sempoi lah dik...
acik suka....


cute kan??



dan gambar ni lah yang paling suka
yeayyyyyyyyyyyyyyyy
dengan Upin dan Ipin
dia org mmg sangat-sangat sporting...
masa nak amik gambar nieH..
a.k.u approched kata nak amik gambar
dia org ready
pastu dia nampak Alieyah
"ehhhh ada adik lah...meh sini adik..nanti tak nampak..."
terus dia gerakkan badan dia untuk nampak Alieyah
sangat sangat professional ok
walaupun masih budak...

dan a.k.u sempat tepuk belakang dia dan cakap "Good Job!!" kat si Upin
dan dia pun kata "Thank you..Thank you"
sangat bagos kan communication skill dia...

wahhhhhhhhh

dan yang bestnya
selepas je a.k.u amik gambar neiH
a.k.u dengar ada suara berkata
"lepas ni tak payahlah amik gambar kat belakang...lambat lah"

fuhh sib baik a.k.u sempat!! ha ha ha





masa nak balik tu
a.k.u memang dah aimed nak bergambar Outdoor dengan Belon Upin dan Ipin
ce tengok Alieyah
cam patung cendana
berdiri tegak je......
bila a.k.u suruh dia pose.......mmmmmm tegak gak....
kali ketiga baru nak pose...
tapi lambattt
sbb ada plak sorang lagi pelakon tambahan di belakang.....Atok Alieyah.....
completelah tiga pelakong tambahan...huhuhu





dan nampak tak dua pelakon tambahan kat belakang..
eh saper tuuuuu??





dan pelakon tambahan ketiga pun muncul






good job to the team..
mmg tabik toing toing toing lah kat mereka yang menjayakan Upin and Ipin the Musical...
thumbs up!!


Monday, May 7, 2012

Upin and Ipin the Musical Part III

Assalamualaikum

uikkk dah Part III tau
tapi ulasan teater tak jugak timbul ye......

sabo sabo...
actually....
masa tunggu time nak masok dalam..
lepak-lepak dulu kat luar
lagipun Puan Shida dan Yen tak sampai lagik
tapi tunggu punya tunggu...
kami salah 'tenggek' plak
rupa-rupanya tempat sebenar seat kite org tingkat atas
kesian plak mak pak a.k.u kena jalan naik ke atas
walaupun ada lif sebenarnya...

tak pe tak per exercise kannnnnnn
sementera tu..
Si Alieyah nak minum air Upin dan Ipin dia dulu
tengok tuuu.....Tok ngan Opah sedang melayan cucu yang satu ini....
(masa ni lah satu..tapi Tok ngan Opah dah ada 4 cucu + sorang dalam perot...wahhh dah lima OK)



lepas dah minum air
teruslah berangkat ke tingkat atas
ye lah.....siap pesan tu
makanan tidak boleh di bawa masuk ke dalam Istana Budaya ok.....
dan apa jua jenis bahan rakaman termasuk HP, kamera, video camera dan seangkatan dengannya...
DILARANG
tapi
macam mana a.k.u ni boleh plak amik gambar?
haaaaaaaaa....
sbb dalam ni ada sekuriti ok
bila amik gambar je ...kena laser
bila berdiri atau mengacau pandangan org .. kena laser
ape-apa jelah yang dilarang dalam ni kalau kite buat gak..mesti kena laser.....
tapi a.k.u??
ha ha ha....

ye....a.k.u bukan langgor peraturan
peraturan tetap peraturan
a.k.u amik gambar sebelum dan selepas teater nieH...
so boleh lah kan??
dia org bgtau..semasa teater berlangsong tak boleh amik gambar....
so bila sebelum dan selepas..OK kan...




walaupun seat a.k.u ni di tingkat atas
tapi a.k.u rasa puas hati lah
sbb paras mata...
tapi untuk kanak-kanak..
a.k.u rasa...dia org ni lebih suka duk bawah atau lebih dekat dengan pentas.......
dan siapa duk bawah....
boleh lah tengok lebih dekat adegan spider kejar mengejar dengan upin dan ipin
dan spider jatuh dari atas bumbung...


dua gambar di bawah ini adalah gambar pemandangan dalam istana budaya...
cantikkan ...
mmg bagus usaha murni Istana Budaya nieH...
exclusive gitu......
screen besor tu....
kat situ lah pentas.......






Gambar di bawah pulak..
Si Alieyah yang tak habis-habis berdiri untuk tengok Upin dan Ipin....
geram tau ibu dia..
asik suh dia duduk je
ye lah
kang kena 'laser' baru tauuuu

tapi dah namapun budak kannn..
ko tegah cam mana pun dia buat gak




yaaaaaaaaaaaaaaa dah habis punnnnnnn
terima kasih...

ehhhhhhhhhhhhhh
persembahan je dah habis
cerita a.k.u lom habis lagikkkkkkk

nanti sambung yek.....ha ha ha




Thursday, April 26, 2012

Upin and Ipin The Musical at Istana Budaya

Assalamualaikum...

ari tu ada a.k.u cerita nak pegi tgk Upin and Ipin the Musical kan
tapi tak beli-beli gak tiket...
sbb a.k.u mulanya rasa..
isk tak pelah
beli teros kat kaunter
mana tau kan.....yang kaler orange tu bertukar kaler lain
sbb orange tu org baru booked....lom confirmed lagik

tup tup tadi a.k.u checked
wallahhh
betul-betul blakang seat VVIP
hopefully nice view...
ada seat kosong...
dan ape lagik
teros book ok

ingatkan nak seat paling depan...
betul-betul dengan stage tu
tapi.....
tgk lah..sume merah - confirmed booking
orange (booked only) ada gak......
tapi mana tau org tu confirmed pulak lepas nieH..
so tak mohlah amik risiko lagik




seat a.k.u yang a.k.u kotakkan putih itu..
ada saper-sape lagik yang pegi



jom jom
mana tau leh together gether....(broken english tau)
a.k.u booked 5 Mei 2012 at 3 p.m.

jom reramai...




Tuesday, April 17, 2012

Upin and Ipin The Musical

Assalamualaikum..

"betul..betul...betul..."
mesti korang tau kan....
kalau ungkapan di atas disuarakan...

a.k.u berminat betul nak pegi tengok teater niH
dan..a.k.u memang suka teater...

mmmmmmmm.....

korang tak moh tengok ke??





Setelah berjaya mencipta fenomena dalam industri animasi di kaca televisyen dan di layar perak, Upin & Ipin bakal mencipta sejarah apabila ia diangkat menjadi teater muzikal yang dipentaskan di Istana Budaya dari 14 April hingga 6 Mei ini.

Persembahan yang menampilkan 55 pelakon pelbagai usia, bangsa dan latar belakang ini dikenali sebagai Upin & Ipin the Musical.

Tenaga kreatif yang terlibat adalah kalangan penggiat seni yang telah mencipta nama dengan pelbagai anugerah iaitu Zaifri Husin (Pengarah & Penulis Skrip), Datuk Suhaimi Mohd Zain @ Pak Ngah (Pengarah Muzik) dan A. Aris Kadir (Koreografer).

Teater ini bakal mencipta sejarah sebagai:

  1. Teater paling lama hari persembahan - dipentaskan selama 23 hari tanpa henti.
  2. Teater paling banyak bilangan persembahan tanpa henti - 30 persembahan iaitu 23 persembahan malam (8.30 malam), manakala 7 persembahan pada sebelah siang (3 petang).
  3. Persembahan Khas – satu persembahan iaitu pada 28 April 2012, jam 3 petang akan diadakan persembahan khas dalam Bahasa Inggeris.
  4. Teater adaptasi/tranformasi dari layar kaca dan perak yang pertama dipentaskan di negara ini.



Sinopsis

  
Puteri Cinonet yang berasal dari satu dunia lain merasa amat sedih kerana tidak pernah gembira. Lalu, dia bertanya kepada Cermin Sakti siapakan yang paling gembira di dunia ini. Cermin Sakti menunjukkan Upin & Ipin.

Oleh kerana ini mengetahui kenapa Upin & Ipin gembira walau pun tiada ibu bapa, Puteri Cinonit telah mengarahkan Rama-Rama supaya membawa Upin & Ipin ke istananya.

Upin & Ipin yang bermain basikal dengan rakan-rakanya telah mencabar Rajoo yang membawa lembunya, Sapi untuk berlumba. Oleh kerana menunggu Rajoo yang lambat, mereka telah ke tebing sungai dan bermain sampan kertas. Sedang asyik bermain, tiba-tiba hujan turun. Upin & Ipin serta rakan-rakan menyorok di dalam gua.

Rupa-rupanya di dalam gua itu mengandungi banyak labah-labah yang marah apabil sarangnya diganggu. Labah-labah telah mengejar Upin & Ipin serta rakan-rakannya untuk dijadikan makanan namun mereka berjaya melepaskan diri melalui terowong.

Tanpa disedari ketika mengelusur terowong itu mereka telah terjatuh di atas kapal tengah lautan. Mereka belayar, tetapi sekali lagi musibah melanda apabila ombak kuat, angin kencang, rebut petir dan kilat sambar menyambar. Kapal mereka tersadai di sebuah pulau.

Upin, Ipin dan kawan-kawan terdampar serta tertidur di pantai. Upin & Ipin yang tersedar lebih dahulu mengejar Rama-rama yang cantik dengan harapan dapat menangkapnya. Sebaliknya, mereka sampai di Istana Pokok. Pokok berpusing dan terangkat ke atas. Maka, muncul kerajaan Cinonet yang serba kecanggihan. Rama-rama menabur ‘Gold Dust’ sebagai menyambut kehadiran Upin & Ipin. Rakyat Kerajaan Cinonet meneruskan aktiviti harian.

Kawan-kawan Upin & Ipin terjaga daripada tidur & mendapati Upin & Ipin telah hilang. Mereka mencari Upin & Ipin hingga ke perkampungan Orang Asli. Mereka dijamu makan manakala Tok Batin meminta pertolongan Mentadak Mentadu menggunakan kuasanya mencari Upin & Ipin.

Puteri bertanya kepada Upin & Ipin kenapa mereka gembira. Upin & Ipin menjelaskan mereka ada kawan-kawan di Tadika Mesra, ada Kak Ros, Opah dan boleh meminjam buku daripada Perpustakaan Bergerak.

Puteri membawa Upin & Ipin ke perpustakaan istananya yang tidak pernah terusik. Upin & Ipin telah membuatkan Puteri Cinonit gembira kerana membaca buku bersama-sama.

Pada masa yang sama kawan-kawan Upin & Ipin ditangkap kerana menceroboh. Puteri memberikan tiga syarat untuk dipenuhi sebelum mereka dilepaskan. Kumpulan Upin & Ipin menang semua cabaran. Sebagai balasan, Puteri memberi peluang kepada Upin & Ipin ke angkasa lepas iaitu tempat asal Puteri. Mereka sangat gembira. Akhirnya, Upin & Ipin berjaya kembali ke bumi dengan berpakaian angkasawan.

Sumber:  http://www.hotfm.com.my/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...