Mesti anak-anak kawan-kawan suka main PlayDoh kan...
sama lah dengan Alieyah dan Fahim
dah macam-macam PlayDoh kat rumah tu ada...
dannn
adakah kawan-kawan tahu....PlayDoh pertama diperkenalkan pada tahun 1956?
mmmmmmmmmmm dah lama kannnnnnnn........
dannnn lagi
sempena Bulan PlayDoh 2015, PlayDoh dengan bangganya mengadakan "Shape a Colourful Community Campaign termasuk Finale Event untuk mencipta rekod baru "Malaysia Book of Records"
anda ingin jadi sebagian darinya?
tungggggguuuuuuuuuuuuuuuuu sampai akhir posting ini...
sebelum tu...
jom layan aktiviti hujung minggu kami sekeluarga.........
bila di fikirkan..
aktiviti ni bukan sahaja menyeronokkan bahkan...boleh mengeratkan talian di antara kami sekeluarga
ye lah......dari hari Isnin hingga Jumaat...mak pak asik bz je...
masa-masa terluang macam ni lah yang terbaik untuk masa 'bonding' kami...
Alieyah memang dari awal lagi sibukkkk dengan PlayDoh ni
kalau tak dapat pujuk sendiri..
haaaaaaaaaaaaa dia arahkan adik dia plak remind ibu....
buat apa tuuuuuuuuuuuuu
gigih ok Alieyah nak buat ikan...
dan hasilnyaaaaaaaaaaaaaaaaa
taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
ok kah? hehehhe
tak habis dengan tu
sambung buat ice-cream pulakkkkkkkkk
macam-macam kan boleh buat dengan Play-Doh ni...
apa lagi korang....
nak join aktiviti hebat ni??
Baiklahhh....
jommmm sama-sama join aktiviti menyeronokkan ini pada 26 September 2015 di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama. Bukan hanya pada satu hari ni sahaja...sepanjang cuti sekolah iaitu 21 - 27 September ni...mereka akan bertapa di sana!!!!
Apa lagiiiii
serbuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
#playdohmonth2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kepelbagaian
Komuniti Malaysia memberi inspirasi kepada anak anda untuk mencipta ukiran
PLAY-DOH® terbaik, yang akan juga menjadi sebahagian dari cubaan memasuki The
Malaysia Book of Records!
Kuala Lumpur, 14
September 2015: Imaginasi sihat memainkan peranan penting dalam pembelajaran
kanak-kanak. Selama lebih 50 tahun, PLAY-DOH® telah memberi inspirasi kepada
kanak-kanak untuk bermain, mencipta, eksperimen dan mengukir ciptaan unik
tersendiri.
Ini menjadikan
Bulan PLAY-DOH® yang julung kali diadakan suatu berita yang amat menerujakan!
Bermula 21 ke 27
September di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama, kanak-kanak dan orang dewasa
berpeluang menghasilkan karya terbaik mereka berilhamkan Malaysia dari
PLAY-DOH® – menurut apa sahaja yang dipilih, samada ukiran, nombor ataupun
huruf.
Semasa anda
mencipta yang baharu atau mencipta semula yang sedia ada, anda turut berpeluang
menyertai cubaan The Malaysia Book of Records untuk mencapai rekod hasil ukiran
PLAY-DOH® paling banyak dalam satu hari pada 26 September (Sabtu). Kejayaan
cubaan ini akan menyaksikan rekaan PLAY-DOH® anda dipamerkan untuk tontonan
semua rakyat Malaysia, dan di mana ukiran paling kreatif akan memenangi hadiah
PLAY-DOH® yang menarik!
Dengan PLAY-DOH®,
imaginasi anda tiada hadnya. Anda juga boleh bekerjasama dalam pasukan atau
secara sekeluarga untuk berkongsi idea mencipta sesuatu yang istimewa.
PLAY-DOH® merupakan alat yang hebat untuk menggalakkan pembelajaran dan
eksperimen– melalui pembelajaran secara terus-menerus, permainan tersusun dan
galakan berterusan, kanak-kanak dapat belajar pelbagai kemahiran seperti
mengenal bentuk, warna, mempelajari cara mencampurkan warna dan juga belajar
kemahiran bersosial dan intelektual seperti kerjasama dan penyelesaian masalah.
Anda dan anak anda
boleh mula “Membina Komuniti Ceria” dengan tip berikut:
Langkah 1:
Bekerjasama sebagai pasukan bersama anak anda untuk membayangkan apa yang dapat
mewakili Malaysia dengan paling tepat dan positif. Anda boleh melakarkan idea
tersebut menggunakan pen penanda berwarna-warni, pensil warna atau krayon.
Langkah 2:
Jelmakan idea menggunakan bahan PLAY-DOH®. Lakukan eksperimen dan beri galakan
sesama sendiri semasa melakukannya. Anda boleh menggabungkan warna yang
berlainan dan mencampurkannya dengan jari anda hingga ia menjadi warna lain dan
gunakan bahan
dalam rumah untuk menekan dan membuat pelbagai bentuk dengan bahan tersebut.
Langkah 3:
Perhatikan sewaktu anda dan anak anda merubah reka bentuk hambar kepada karya
3D berwarna terbaik berilhamkan Malaysia!
Untuk maklumat lanjut
dan terkini tentang Bulan PLAY-DOH®, sila layari laman web PLAY-DOH®:
www.playdoh.com.
apa tunggu lagi..jom!!!