SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Wednesday, September 18, 2013

Shake and Take I and II

Assalamualaikum

skrang ni tengah mode "MENUNGGU" ketibaan Shake and Take nieh
ari tu beli thru myDeal.com.my
offer paling best abad ini..ha ha ha
beli satu percuma dua kekdahnya..ha ha ha

tak de lah..beli secara berjemaah dengan Cik Tata...
harga dia dari RM99 jadi RM54.90....
memang kami berdua dok usha benda ni dari harga mahal
sampai yang paling murah
dan ni lah yang paling murah kami dapat..

tup tup tadi tengok FB
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ada Shake and Take II
design lagi lawo..
ni yang buat achik jeles nieH...
dah lah sendiri punya tak sampai-sampai lagi
tup tup kuar design baru

tapi tak pelah...asal murah..ha ha ha...
(oh tidakKkkkkKKKKK)



Gambar Atas:  Shake and Take (1st Edition)
Gambar Bawah:  Shake and Take (2nd Edition)



Wordless Wednesday - Yummy Krunchy Almond !!

Assalamualaikum






Tuesday, September 17, 2013

Issuance of Commemorative Coins in Conjunction with 50th Anniversary of the Formation of Malaysia

Assalamualaikum

untuk yang berminat...
boleh dapatkan di Muzium BNM, di Sasana Kijang atau pun cawangan-cawangan BNM di Penang, JB, KT, KK dan Kuching





Type
Alloy
Face Value
(RM)
Mintage Quantity (pcs/sets)
Diameter (mm)
Weight (g)
Shape
Gold Proof
Gold (Au999.9)
100
750
22.0
7.96
Round with milled edge
Coloured Silver Proof
Silver (Ag999)
10
10,000
40.7
31.1
Round with milled edge
Nordic Gold (B.U.)
Cu89 Zn5 Al5 Sn1
1
25,000
30.0
8.5
Round with milled edge
Set of 21

10 + 1
1,000



Set of 32

100 + 10 + 1
500




Spesifikasi duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:

1. Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualannya RM1,800 sekeping. Sebanyak 750 keping ditempa.

2. Duit Syiling Peringatan Perak Berwarna (pruf)
Duit syiling ini merupakan duit syiling berwarna yang pertama dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Pada bahagian hadapan duit syiling ini terdapat imej berwarna Jalur Gemilang. Duit syiling pruf yang berwarna ini diperbuat daripada logam Perak (Fine Silver) dengan ketulenan 999 dan berat setiap keping ialah 31.10 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan dijual pada harga RM200 sekeping. Sebanyak 10,000 keping ditempa.

3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic
Nilai muka duit syiling emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualannya RM10 sekeping. Sebanyak 25,000 keping ditempa.

Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1, dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak berwarna dan emas Nordic pruf. Set ini akan dijual pada harga RM2,100 dan hanya terdapat 500 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak berwarna dan emas Nordic pruf. Set ini akan dijual pada harga RM250 dan hanya terdapat 1,000 set sahaja

Sunday, September 15, 2013

Alhamdulillah....7 tahun sudahhh

Assalamualaikum

14 September 2013...
Genap NFA, 7 tahun...
alhamdulillahhh....
Alieyah senang di jaga...dan boleh di harap....
dah boleh jadi Kak Long yang membantu
walaupun kadang-kadang tu....buat ibu jadi hulk kejap...
apa-apa pun...
Selamat Hari Jadi Alieyah
ibu sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak ibu....
majlis tak de lah besor mana
cuma buat makan-makan ngan family sahaja...
tu pun.....nak makan kat mana dok decide masa nak pegi..
kejap sana..kejap sini.....ha ha ha
apa-apapun....
tetap ada potong kek....
tu pun dah buat anak-anak ni happy
jadi lah kan....dari tak de apa-apa...




Kek FREE ni TAJAAN Baskin Robbins...
kecik-kecik ni pun..mahei ya amattt
tapi sib baik FREE kan.....amik jelahh...ha h ha




bila tengok gambar kat bawah ni
terus tahu..."Ehhh Alieyah kidal ke..."
cam ne tu?






budak GWIYOMI kat ataih ni memang ngada-ngada
suara dia lah paling kuat kat situ....
tak habis-habis dengan maharaja lawak dia
apa yang geli hati sangat pun tak tahu
tapi tak pe..ibu suka
at least dia bersuara dari tak de suara langsung kannnn







last but not least..
Thank you Auntie NN for this lovely peplum
Alieyah mula-mula tak moh pakai
tapi bila dah pakai..tak moh bukak pulak...
cantik..Alieyah suka sangat .. 
ibu lagi suka!!

siap cakap ngan ibu..nak pakai masa potong kek..
adoiiii..sabo je kann... :)



Terima kasih kat semua yang ada
tak panggil ramai-ramai pun
apa yang ada...
kebetulan pagi tu...pegi bersihkan kubur arwah tok Alieyah....
tinggalkan Alieyah kat umah mak kat keramat
jadinya...hanya orang Keramat dan Sentul je lah  yang bersama kami..
ada Atok, ada Opah, ada Yang, Acu...Wan dan Abang Aiman...
terima kasih lagi untuk semua..
Alieyah dont be notty ok..
dah dapat kek dan 'kuda' ha ha ha


Friday, September 13, 2013

Dup Dap Dup Dap

Assalamualaikum

status pagi ni kat FB...
mmmm...berdebar lain macam..adoi.....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...