SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Monday, September 21, 2015

Play-Doh Month 2015

Assalamualaikum




Mesti anak-anak kawan-kawan suka main PlayDoh kan...
sama lah dengan Alieyah dan Fahim
dah macam-macam PlayDoh kat rumah tu ada...

dannn
adakah kawan-kawan tahu....PlayDoh pertama diperkenalkan pada tahun 1956?
mmmmmmmmmmm dah lama kannnnnnnn........
dannnn lagi
sempena Bulan PlayDoh 2015, PlayDoh dengan bangganya mengadakan "Shape a Colourful Community Campaign termasuk Finale Event untuk mencipta rekod baru "Malaysia Book of Records"

anda ingin jadi sebagian darinya?
tungggggguuuuuuuuuuuuuuuuu sampai akhir posting ini...


sebelum tu...
jom layan aktiviti hujung minggu kami sekeluarga.........
bila di fikirkan..
aktiviti ni bukan sahaja menyeronokkan bahkan...boleh mengeratkan talian di antara kami sekeluarga
ye lah......dari hari Isnin hingga Jumaat...mak pak asik bz je...
masa-masa terluang macam ni lah yang terbaik untuk masa 'bonding' kami...




Alieyah memang dari awal lagi sibukkkk dengan PlayDoh ni
kalau tak dapat pujuk sendiri..
haaaaaaaaaaaaa dia arahkan adik dia plak remind ibu....






buat apa tuuuuuuuuuuuuu
gigih ok Alieyah nak buat ikan...




dan hasilnyaaaaaaaaaaaaaaaaa
taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

ok kah? hehehhe




tak habis dengan tu
sambung buat ice-cream pulakkkkkkkkk




macam-macam kan boleh buat dengan Play-Doh ni...
apa lagi korang....
nak join aktiviti hebat ni??


Baiklahhh....
jommmm sama-sama join aktiviti menyeronokkan ini pada 26 September 2015 di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama.  Bukan hanya pada satu hari ni sahaja...sepanjang cuti sekolah iaitu 21 - 27 September ni...mereka akan bertapa di sana!!!!

Apa lagiiiii

serbuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

#playdohmonth2015


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Alami Pengalaman Sambutan Bulan PLAY-DOH®

Yang Julung Kali Diadakan!


Kepelbagaian Komuniti Malaysia memberi inspirasi kepada anak anda untuk mencipta ukiran PLAY-DOH® terbaik, yang akan juga menjadi sebahagian dari cubaan memasuki The Malaysia Book of Records!

Kuala Lumpur, 14 September 2015: Imaginasi sihat memainkan peranan penting dalam pembelajaran kanak-kanak. Selama lebih 50 tahun, PLAY-DOH® telah memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk bermain, mencipta, eksperimen dan mengukir ciptaan unik tersendiri.

Ini menjadikan Bulan PLAY-DOH® yang julung kali diadakan suatu berita yang amat menerujakan!

Bermula 21 ke 27 September di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama, kanak-kanak dan orang dewasa berpeluang menghasilkan karya terbaik mereka berilhamkan Malaysia dari PLAY-DOH® – menurut apa sahaja yang dipilih, samada ukiran, nombor ataupun huruf.

Semasa anda mencipta yang baharu atau mencipta semula yang sedia ada, anda turut berpeluang menyertai cubaan The Malaysia Book of Records untuk mencapai rekod hasil ukiran PLAY-DOH® paling banyak dalam satu hari pada 26 September (Sabtu). Kejayaan cubaan ini akan menyaksikan rekaan PLAY-DOH® anda dipamerkan untuk tontonan semua rakyat Malaysia, dan di mana ukiran paling kreatif akan memenangi hadiah PLAY-DOH® yang menarik!

Dengan PLAY-DOH®, imaginasi anda tiada hadnya. Anda juga boleh bekerjasama dalam pasukan atau secara sekeluarga untuk berkongsi idea mencipta sesuatu yang istimewa. PLAY-DOH® merupakan alat yang hebat untuk menggalakkan pembelajaran dan eksperimen– melalui pembelajaran secara terus-menerus, permainan tersusun dan galakan berterusan, kanak-kanak dapat belajar pelbagai kemahiran seperti mengenal bentuk, warna, mempelajari cara mencampurkan warna dan juga belajar kemahiran bersosial dan intelektual seperti kerjasama dan penyelesaian masalah.

Anda dan anak anda boleh mula “Membina Komuniti Ceria” dengan tip berikut:

Langkah 1: Bekerjasama sebagai pasukan bersama anak anda untuk membayangkan apa yang dapat mewakili Malaysia dengan paling tepat dan positif. Anda boleh melakarkan idea tersebut menggunakan pen penanda berwarna-warni, pensil warna atau krayon.

Langkah 2: Jelmakan idea menggunakan bahan PLAY-DOH®. Lakukan eksperimen dan beri galakan sesama sendiri semasa melakukannya. Anda boleh menggabungkan warna yang berlainan dan mencampurkannya dengan jari anda hingga ia menjadi warna lain dan
gunakan bahan dalam rumah untuk menekan dan membuat pelbagai bentuk dengan bahan tersebut.

Langkah 3: Perhatikan sewaktu anda dan anak anda merubah reka bentuk hambar kepada karya 3D berwarna terbaik berilhamkan Malaysia!



Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang Bulan PLAY-DOH®, sila layari laman web PLAY-DOH®: www.playdoh.com.


apa tunggu lagi..jom!!!





Friday, September 18, 2015

ReUnion SKDK 2

Assalamualaikum




after 25 yearsssssssssssssssssssssssss
mampu ko..walaupun ini hanya sebahagian dari batch kami dan specifically hanya sebahagian daripada kelas 6A1 ... tapi sangat happening.....

a.k.u ni dah lah tak pandai main bowling
tapi sebab semangat nak jumpa kawan-kawan..
a.k.u belasah je....





siap ada macaroon, buku, bookmark dan piala!! yeayyyyyyy

ada seorang jejaka di situ
kesian kan..tapi tak pe..sbb sang permaisuri ada yang bawa sekali suami..
so tak de lah rasa kesunyiaan sangat kawan jejaka kita di situ...




overall
best...

can't wait for another round of Get Together Event!!



Nu Sentral

Assalamualaikum



first time jejak Nu Sentral..tu pun naik LRT
tapi alhamdulillah..senang jumpa..memang dalam bangunan yang sama dengan KL Sentral kannn

tapi tak sempat nak berjalan-jalan kat situ..
one sweet day kot...

cuma saya tertarik dengan tempat budak-budak seperti di bawah
memang sempoi habis...

sepatutnya lepas event Reunion SKDK 2 tu
a.k.u memang nak balik teros
tapi anak kesayangan ni dah nampak tempat ni...
makanya ibu pun singgahlah...

kesian kan..asik kat rumah je




boleh main dam ular ok..ko hadooooooo
bukan dam je...siap boleh main chess....hhehhehe






ada bean bag lagi..si Fahim sakannn suka




saya tertarik dengan amaran di situ
SILA GUNA SAYA DENGAN LEMBUT
helooooooo gentle is not lembut ok
please re'word'



selain game-game di atas..ada jugak meja-meja kecil untuk anak-anak ni duduk main santai-santai
ada lego..ada dam ular..macam-macam lah
tapi kebanyakannya bukan anak-anak yang duduk...mak pak..termasuk a.k.u ha ha ha

so Nu Sentral.selain tempat duduk budak-budak..buat tempat lepak mak pak sekali bulehhhh??




Onde Onde Sunway Putra Mall

Assalamualaikum


Sepatutnya..bila orang tu nak pergi
kite yang celebrate dia bawak makan
tapi kat sini..memang berbeza...orang tu yang nak pergi
dia yang belanja makan
tapi tak pe..rezeki kannn...
kite terima dengan hati terbuka..hehehehe

Lokasi kejadian di Onde Onde, Sunway Putra Mall
first time a.k.u jejak ke sini setelah sekian lama tutup untuk renovation





disebabkan a.k.u kan ON OFF diet
a.k.u amik yang mudah-mudah ringkas-ringkas sahaja...

pie-tee ni..kawan a.k.u yang pilih..



pilihan ku
cuma ikan bakar yang pedas melahar tapi sedap




dan tahu bakar yang sedap ni



pastu siapa dapat White Chocolate Macadamia cake dari Secret Recipe
memang idaman kolbu kuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

apa-apa pun..terima kasih adik SSC
belajar rajin-rajin ok

dan jangan lupa...selalulah bagi 'nafkah' kat kami..
haaaaaaaa adik SSC ni mamat celop
susah nak tau dia ni bangsa apa..sayapun konpius
tapi adik yang baik.....
'nafkah' tu memang dia yang sebut..
dia ni memang macam melayu dah
semua istilah orang melayu tak sebut pun dia sebut ok

dapatlah kami merasa second round makan-makan belas ikhsan duit 'nafkah' tu
jangan lupa bagi nafkah tiap-tiap bulan ok
kenyang kami se'department'

btw...secara am nya
makanan kat sini boleh lah
cuma tak boleh tahan Chicken Chop Hainan dia...
mmmmmmm boleh improve kot gravy dia tuuu... :)

Tuesday, September 15, 2015

Jerebu: Indeks Purata Udara (IPU) / Air Pollutant Index (API)

Assalamualaikum


setakat jam 6 pagi pada 15 September 2015
walaupun ada peningkatan kualiti udara daripada sebelum ni..tapi masih bahaya....
nasib baik sekolah di isytihar cuti...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...