SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Friday, February 18, 2011

Matikan Setem | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum

tertembak kah setem itu....atau setem itu dibunuh?
dah kata nak gi matikan setem kan...huhuhu

actually tugas utama a.k.u amik half day p.m ari ini ialah pegi URUT..
huhuhu.....sampai kat situ dekat 1.15 petang
urut sejam..dekat 2.30 lah baru gerak....

selepas tu....
tunggu En Suami amik kat opis tuk gi LHDN


ni bukan kali pertama a.k.u pergi ke LHDN untuk matikan setem
kali kedua
tapi yang pertama duluuuuuuuuuuu...
seingat a.k.u..just line up je kot....then bayar

tapi hari ni..
yang paling utama sebelom amik nombor
kena isi form dengan complete
lepas tu baru leh amik nombor...
a.k.u masuk laman web LHDN tadi...
form boleh di muat turun di SINI
a.k.u kena isi borang PDS 1 tadi

oh ye...a.k.u ke LHDN Wangsa Maju
berdekatan Jusco itu
yang paling utama
kalau kawan-kawan nak ke sini..
pastikan sebelum pukul 3.30 ye
diulangai...3.30 petang...
kite org nyaris-nyaris tak boleh masuk tadik
kalau tak sia-sia je cuti ok...
mmg akan ditutup gate dan tak boleh masuk....

so lepas isi form....amik nombor
tunggulah giliran...
tak lama pun
kejap je..

secara KESIMPULANNYA...
kalau nak matikan setem atau dalam bahasa omputehnya STAMP DUTY...

1.  Pastikan sampai sebelum 3.30 petang
2.  Isikan form PDS 1 completely
3.  Ambil nombor
4.  Tunggu giliran dan apabila di panggil..serahkan borang tadi...lepas ni tunggu kejap (apa yang a.k.u perhatikan tadi..depa akan pass ke satu lagik seksyen)
5.  Tak lama kemudian...akan di panggil untuk bayaran....dan sudah siap...

mudah kan
tak perlulah nak upah org bagai nak pegi buat
sekurang-kurangnya bila kita buat sendiri
kita tau prosedur-prosedur..
tak delah org kata katak bawah tempurung..
bukan tak boleh suruh org lain buatkan
cumanya....
kalau nak jadi rakyat Malaysia yang bijak..
haruslah lebih berdikari..
huhuhu...

dulu masa first time buat ni
dia just stamping atas dokumen..tapi skrang...
LHDN dah perkenalkan e-stamping...
mari kite baca ape itu e-stamping...

Apa itu STAMPS ?

STAMPS ialah Sistem Taksiran dan Pembayaran Duti Setem secara elektronik melalui internet.
Kaedah ini akan menggantikan sistem manual di LHDNM yang menggunakan Mesin Franking dan
Setem Hasil. Mesin Franking dan Setem Hasil akan digantikan dengan cetakan resit/sijil
setem yang dijana oleh STAMPS.

Siapa yang boleh menggunakan STAMPS ?
  • Individu
  • Syarikat
  • Ejen (Peguam, ejen Hartanah dan sebagainya)
Apa dokumen/surat cara yang dikenakan duti setem ?
  • Pindah Milik Hartanah
  • Pindah Milik Saham
  • Pindah Milik Perniagaan
  • Sewa/Pajakan
  • Sekuriti
  • Jualan Anuiti
  • Penyeteman Am
  • Relif Seksyen 15/15A
  • Bayaran Duti Kompaun
  • Replika
  • Bayaran Balik
  • Rayuan
Kenapa guna STAMPS ?
  • Mudah dicapai di mana sahaja dan pada setiap masa
  • Menjimatkan masa memproses surat cara/dokumen
  • Sistematik dan mempercepatkan proses
  • Data selamat dan terjamin
  • Mengurangkan cost
  • Semakan status pada bila-bila masa
  • Pelbagai cara bayaran
kat bawah ni plak penerangan berkenaan Duti Setem yang a.k.u browse di website LHDN.

Duti Setem ialah cukai yang dikenakan ke atas surat cara yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama Akta Setem 1949. Pada amnya duti setem dikenakan ke atas surat cara-surat cara jenis undang-undang, komersial dan urusan kewangan.

Taksiran dan Pungutan Duti Setem adalah diperuntukkan oleh undang-undang statut yang dikenali sebagai Akta Setem 1949.

JENIS DUTI

Di bawah undang-undang duti setem terdapat dua (2) jenis duti iaitu :
  1. Duti Ad Valorem
    Duti yang dikenakan berdasarkan nilai yang dinyatakan dalam surat cara atau nilai pasaran yang berkaitan.
    Pengenaan Duti Ad Valorem (iaitu mengikut nilai) ke atas :
    1. Surat cara pemindahan (secara jualan atau hadiah) hartanah termasuk sekuriti yang boleh dipasarkan (iaitu stok pinjaman dan saham syarikat awam yang disenaraikan di Bursa Malaysia Berhad), saham-saham syarikat yang lain dan harta tak ketara contohnya hutang buku, hak disisi undang-undang dan nama baik;
    2. Surat cara yang mewujudkan kepentingan ke atas harta seperti penyewaan dan pajakan berkanun
    3. Surat cara yang menjamin bayaran dan bayaran balik wang termasuk surat cara yang mewujudkan kontrak untuk pembayaran atau tanggungan untuk pembayaran.
    4. Surat cara pasaran modal yang tertentu contohnya Nota Kontrak.

Duti Tetap

Duti yang dikenakan tanpa ada kaitan dengan balasan atau amaun yang dinyatakan dalam surat cara.
    1. Lain-lain surat cara perundangan, perniagaan, perdagangan atau pasaran modal contohnya Surat Kuasa Wakil, Perkara-perkara Persatuan bagi Syarikat, Nota Janji Hutang, Polisi Insurans dan sebagainya; dan
    2. Surat cara pendua atau subsidiari atau kolateral dengan syarat ia dapat ditunjukkan bahawa surat cara asal atau utama atau prinsipal telah disetemkan dengan sempurna
MENGENALPASTI TANGGUNGAN

Di bawah peruntukan Seksyen 36 (mulai 01.01.2009) semua surat cara yang disempurnakan oleh seseorang di Malaysia hendaklah dikemukakan kepada Pemungut untuk ditaksir duti setem.

Langkah pertama adalah untuk mengenal pasti jenis surat cara dan pengenaannya. Bagi kes-kes surat cara yang standard, kandungan makna yang betul dan sebenarnya menentukan peraturan dan klasifikasi. Huraian yang dinyatakan di dalam surat cara itu sendiri tidak membawa apa-apa kesan.

Bagi kes-kes surat cara bukan standard, klasifikasinya ditentukan melalui kandungan surat cara tersebut sebagaimana yang di tafsir melalui pemeriksaan hak dan obligasi yang diwujudkan. Contoh di mana peraturan ini terpakai termasuklah surat cara yang memberi kesan kepada perlucutan hak atau kepentingan ke atas harta melalui `Declaration of Trust` atau `Deed of Family Arrangement` atau melalui `Jualan` atau melalui `Hadiah` atau `Sekuriti`.

Langkah kedua melibatkan keterangan liabiliti bagi surat cara standard di mana suatu surat cara dikenakan duti setem di bawah dua (2) butiran yang berlainan. Ia diperuntukkan bahawa perkara-perkara yang berasingan termasuk balasan yang berasingan boleh dikenakan duti yang berasingan.

Langkah ketiga surat cara bukan standard yang dikenakan duti ad valorem. Surat cara ini memerlukan pemeriksaan dan di mana perlu, penilaian balasan iaitu harga yang dijanjikan atau tindakan yang akan dilaksanakan oleh surat cara tersebut.

Prinsip utama dalam pemakaian undang-undang duti setem ialah duti dikenakan ke atas surat cara dan bukan transaksi. Sebagai contohnya perjanjian lisan tidak dikenakan duti.

ADJUDIKASI SURAT CARA
a.  Tujuan adjudikasi
Satu permohonan untuk menentukan amaun duti yang kena dibayar ke atas mana-mana surat cara yang disempurnakan boleh dibuat kepada Pemungut. Untuk tujuan ini, pemungut memerlukan surat cara dikemukakan bersama dokumen lain yang berkaitan atau lain-lain bukti. Permohonan boleh ditolak oleh pemungut sehingga dokumen yang diperlukan dikemukakan.
Tujuan adjudikasi adalah untuk memastikan sesuatu surat cara telah disetemkan dengan duti yang secukupnya. Surat cara yang tidak disetemkan dengan sempurna tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah.
          b.  Adjudikasi Suratcara
Berkuat kuasa 1hb Januari 2009, bayaran adjudikasi surat cara RM10 tidak lagi dikenakan.


TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA SYARIKAT/PENDAFTAR

Seksyen 52(1) Akta Setem 1949 melarang pendaftaran, penerimaan atau pengiktirafan mana-mana surat cara yang tidak disetemkan dengan sempurna. Sekiranya tugas anda termasuk mendaftar, menerima atau mengiktiraf surat cara pindah milik syer dan surat ikatan penyerahhakan, sila hubungi Timbalan Pemungut Duti Setem untuk menentukan sama ada surat cara tersebut dikenakan duti tetap atau duti ad valorem.
Kegagalan untuk mematuhi seksyen tersebut boleh dikenakan hukuman bawah seksyen 69(2) dengan denda yang tidak melebihi RM1500

TANGGUNGJAWAB PEGUAM

Sekiranya terdapat sebarang keraguan terhadap perkara-perkara teknikal atau prosedur-prosedur, sila hubungi Timbalan Pemungut Duti Setem untuk mendapatkan penjelasan. Kerani atau penghantar dokumen tidak sepatutnya diarah untuk mewakili syarikat dalam isu-isu teknikal dan prosedur-prosedur mengenai pengenaan setem. Sila pastikan juga prosedur bayaran di Pejabat Setem Cawangan / Pusat Khidmat Hasil dipatuhi dengan mengemukakan cek clients' account yang tidak bermasalah.

PENALTI (DUTI SETEM)

Pada amnya, sesuatu dokumen hendaklah disetemkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh ianya disempurnakan dalam Malaysia atau dalam tempoh 30 hari selepas ia diterima dalam Malaysia sekiranya ia disempurnakan di luar Malaysia.

Sekiranya ia tidak disetemkan dalam tempoh yang ditetapkan, penalti yang boleh dikenakan adalah seperti berikut;
  1. RM25.00 atau 5% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan dalam tempoh 3 bulan selepas masa untuk penyeteman;
  2. RM50.00 atau 10% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan selepas tempoh 3 bulan tetapi tidak lewat daripada 6 bulan selepas masa untuk penyeteman;
  3. RM100.00 atau 20% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan selepas 6 bulan selepas masa untuk penyeteman;
(Kadar di atas berkuat kuasa mulai dari 01/01/2003)

CARA PEMBAYARAN

Pembayaran boleh dibuat dengan cara :
  1. Wang tunai (jika duti atas sesuatu dokumen tidak melebihi RM100) atau
  2. Setem Hasil (jika duti atas sesuatu dokumen tidak melebihi RM500) atau
  3. Kiriman Wang, Cek Peguam atau Draf Bank di atas nama Pemungut Duti Setem dan hendaklah disertakan bersama-sama dengan surat cara yang berkenaan kepada pejabat setem secara serahan tangan atau melalui surat berdaftar.
PELEPASAN DUTI SETEM

Pelepasan boleh diberikan dibawah peruntukan Seksyen 15 dan Seksyen 15A Akta Setem 1949 :
PINDAAN TERKINI KEPADA AKTA SETEM 1949
PERINTAH DUTI SETEM
Tahun 2007 - Perintah Duti Setem (Peremitan)
Tahun 2008 - Perintah Duti Setem (Peremitan)
Tahun 2009 - Perintah Duti Setem (Peremitan)
Tahun 2009 - Perintah Duti Setem (Pengecualian)
Tahun 2010 - Perintah Duti Setem (Pengecualian)

Moga sedikit panduan ni boleh membantu semua...

4 comments:

  1. mati stem??? *garu dagu.. psstt urusan apa ye? beli umah ker :p

    ReplyDelete
  2. wah detail tu..thanks kak.
    selalu gak kn bt duty stamp ni

    ReplyDelete
  3. Retna...kalau beli rumah...isu sensitif tu....mau nangis bila diingatkan

    ReplyDelete

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...