SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Wednesday, May 30, 2012

Batalkah Wudhu jika bersentuhan lelaki dan perempuan?

Assalamualaikum


semalam ada satu kes...
a.k.u semangat nak solat dengan kadar segera...
so kul 2 je dah pegi amik wudhu untuk bersolat
tup tup
masa nak masuk tu
jumpa sorang rakan sekerja lelaki...
dan a.k.u bg dia masuk dulu
then dia pun masuk
a.k.u menyusuli nyer kendian

dan tanpa di sangka-sangka
dalam a.k.u berjaga-jaga...
tersentuh jugak dia...
adoi haiiii

dalam hati
alamak....."Batal wudhu a.k.u"

pastu kawan a.k.u ni kata
"Mesti u marah aii kan..sbb batalkan wudhu u"

a.k.u  jawab
"a.k.u tak marah...tapi rasa malasnyaaa nak gi amik wudhu balik"

dugaan betul bila kite niat baik ni kannn
lepas tu terus dia kata
"Bersentuhan dengan lelaki/perempuan bukan muhrim tak batalkan wudhu'"

pastu a.k.u buat muka musykil
ye a.k.u pernah dengar org kata cam tu
lebih-lebih lagi kalau org pegi menunaikan rukun haji dan umrah
lagi lah akan bersentuhan sebab ramainya umat di Mekah sana kann
tapi kesahihannya a.k.u tak tahu

pastu dia teruskan lagik
"I cakap betul...I dengan wife dah pergi Mekah tau..dan I ada tanya ustaz..batal tak wudhu I bila pegang tangan isteri I.. yerlah....ramai-ramai kat Mekah tu...I takut nak lepaskan tangan isteri I"

dan ustaz tu jawab "Wudhu tidak batal kalau tidak ada syahwat"

a.k.u buat muka selenga lagik kann

kawan sambung balik "Kalau u tak percaya u boleh tanya Pakcik Gugle"

erk Pakcik Gugle plak kann

pastu dia sambung lagik..tanya sorang lagi kawan lelaki yang dia pun pandai gak bab-bab Agama nieH
dia pun nak pegi menunaikan Haji/Umrah tak lama lagi
dan tengah berkursus..

dia pun bgtau..mmg sah tak batal..
so a.k.u nieH
dalam kesangsian...
terus amik wudhu lagik..
sbb dah was-was kan
dalam Islam kalau was-was...
mmm pandailah kannnn...lu pikir sendiri...
tak salah pun kalau amik wudhu lagi

so .. lepas dah dengar 'ilmu' baru...dan perform solat
a.k.u pun menjalankan aktiviti di Pakcik Gugle...
dan a.k.u dapat fakta di bawah..

kesimpulannnya
ikut mazhab mana pun..
bersentuhan lelaki dan wanita bukan muhrim tidak membatalkan wudhu
kecuali bersyahwat...

erk betul ke?
korang baca ye artikel kat bawah
antara banyak-banyak artikel a.k.u rasa artikel ni yang paling mudah difahami
dan ini termasuk bersentuhan dengan orang bukan islam ye...
tapi..org kata..kalau boleh elak tu..elak lah....huhuhu.....

wallahualam

PENDAPAT PERTAMA:


Ada dua pandangan ulama soal sama ada batal wuduk atau tidak jika bersentuhan suami dan isteri. 
Pandangan pertama Mazhab Syafie mengatakan batal wuduk jika bersentuhan lelaki dan wanita yang harus berkahwin. 

Pandangan kedua Mazhab Syafie juga mengatakan tidak batal wuduk bersentuhan lelaki dan wanita dalam suasana masahaqah (kepayahan/kesusahan) seperti tawaf haji jika bersentuhan tanpa syahwat. 
Mazhab Hanafi pula berpandangan sentuhan suami isteri tidak batal tanpa syahwat. 

Semua perbezaan ini terjadi kerana perbezaan tafsir ayat “Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan.” (Al-Maidah:6) Mereka yang mentafsirkan laamastum (mulamasah) pada ayat di atas dengan maksud bersentuhan (al-lams) mengatakan batal wuduk dengan bersentuh suami isteri. 

Hanafi pula mentafsirkannya dengan jimak, bukan bersentuhan. Penafsiran mereka ini disokong oleh beberapa hadis riwayat Aisyah, katanya: “Bahawa Rasulullah SAW mencium atau kucupnya, sedangkan baginda berpuasa, dan sabdanya: ‘Sesungguhnya ciuman tidak membatalkan wuduk dan tidak membatalkan puasa’.” 

Konsep batal air sembahyang selepas ijab kabul adalah adat dalam perkahwinan Melayu di mana selepas ijab kabul, pengantin perempuan akan mengucup tangan suami buat kali pertama sebagai isteri yang sah dan terbatallah wuduk mereka.

PENDAPAT KEDUA:


"Jika terjadi sentuhan langsung antara laki-laki dan perempuan apakah membatalkan wudhu ataukah tidak ada tiga pendapat ulama."


Pendapat pertama:  Wudhu itu batal baik sentuhan tersebut diiringi dengan syahwat atau tidak.
Ibnu Katsir mengatakan, “Pendapat yang mengatakan wajibnya berwudhu karena sekedar menyentuh perempuan adalah pendapat Syafii dan para ulama mazhab Syafii, Malik dan pendapat yang terkenal dari Ahmad bin Hanbal” (Tafsir al Qur’an al Azhim 1/669, terbitan Dar Salam).
Pendapat ini juga didukung oleh Ibnu Hazm. Ibnu Mas’ud dan Ibnu Umar juga berpendapat dengan pendapat ini.

Pendapat kedua:  Bersentuhan dengan perempuan tidaklah membatalkan wudhu sama sekali. Inilah pendapat Abu Hanifah, Muhammad bin Hasan asy Syaibani dan sebelumnya merupakan pendapat Ibnu Abbas, Thawus, al Hasan al Bashri dan Atha’. Pendapat inilah yang dipilih oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah.

Pendapat ketiga:  Mengatakan bahawa menyentuh perempuan itu membatalkan wudhu jika diiringi syahwat dan tidak membatalkan wudhu jika tanpa syahwat.
Pendapat yang paling kuat adalah pendapat kedua mengingat dalil-dalil sebagai berikut.

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ فَقَدْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- لَيْلَةً مِنَ الْفِرَاشِ فَالْتَمَسْتُهُ فَوَقَعَتْ يَدِى عَلَى بَطْنِ قَدَمَيْهِ وَهُوَ فِى الْمَسْجِدِ وَهُمَا مَنْصُوبَتَانِ وَهُوَ يَقُولُ « اللَّهُمَّ أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ لاَ أُحْصِى ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ ».

Dari Abu Hurairah, dari Aisyah, aku kehilangan Rasulullah pada suatu malam dari tempat tidurku lalu kucari-cari. Akhirnya tanganku memegang bahagian dalam telapak kaki Nabi. Ketika itu Nabi di masjid dan kedua telapak kakinya dalam posisi tegak. Saat itu Nabi sedang mengucapkan doa, ‘Ya Allah, aku berlindung dengan redhaMu dari murkaMu dan dengan maafMu dari hukumanMu. Aku berlindung dengan diriMu dari siksaMu. Aku tidak mampu memujimu sebagaimana pujianMu untuk diriMu sendiri’ (HR Muslim no 222). 


عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كُنْتُ أَنَامُ بَيْنَ يَدَىْ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَرِجْلاَىَ فِى قِبْلَتِهِ فَإِذَا سَجَدَ غَمَزَنِى فَقَبَضْتُ رِجْلَىَّ وَإِذَا قَامَ بَسَطْتُهُمَا – قَالَتْ – وَالْبُيُوتُ يَوْمَئِذٍ لَيْسَ فِيهَا مَصَابِيحُ.

Dari Aisyah, Aku tidur melintang di hadapan Rasulullah yang sedang solat. Kedua kakiku terletak di arah kiblat. Jika beliau hendak bersujud beliau sentuh kakiku sehingga ku tarik kedua kakiku. Jika beliau bangkit berdiri kembali ku luruskan kakiku. Aisyah bercerita bahwa pada waktu itu tidak ada lampu di rumah (HR Bukhari no 375 dan Muslim no 272).
Kedua hadits di atas menunjukan bahwa sentuhan antara laki-laki dan perempuan tidaklah membatalkan wudhu. Seandainya wudhu batal tentu shalat yang Nabi lakukan juga batal.

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُقَبِّلُ بَعْضَ أَزْوَاجِهِ ثُمَّ يُصَلِّي وَلَا يَتَوَضَّأُ

Dari Aisyah, sesungguhnya Nabi itu sering mencium salah seorang isteri kemudian beliau terus bersolat tanpa mengulang wudhu (HR Nasai no 170 dan dinilai shahih oleh al Albani).
Hadits ini menunjukkan bahawa sentuhan bersyahwat itu tidak membatalkan wudhu. Sebagaimana kita ketahui bahawa mencium isteri itu identik dengan syahwat

[Silakan membaca buku Shahih Fiqh Sunnah 1/138-140, terbitan Maktabah Taufiqiyyah]




** tepuk dada, tanya selera.. kalau dah was-was tu..amik jelah wudhu balik ye **

4 comments:

  1. Bru tau...info bgos neh tp kalo kita rs was2 bek amek wudhu jer kn..tkot naty x khusuk tym solat doj tpikir jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu
      akak pun was was gak masa kawan akak cite
      so akak pegi amik wudhu balik

      Delete
  2. time kasih kak.... :)
    sayang akak!!

    ReplyDelete

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...