Hai
manusia yang tersayang,
Tadi
malam waktu akan tidur, aku lihat kamu tidak memuji Allah, tidak berselawat,
tidak membaca Ayat Kursi dan Kuhlu. Ini bagus sekali kerana waktu akan tidur
adalah waktu untuk tidur, bukan untuk membaca Al-Qur’an. Sesungguhnya kamu
tidak membuang-buang masa.
Pagi
ini aku lihat kamu tidak bangun mengerjakan solat subuh. Bagus sekali! Kamu
telah membuktikan bahawa kamu adalah sahabatku yang budiman. Janganlah kamu
susah-susah bangun dan memendekkan tidurnya. Tidurlah dengan nyenyak dan
nyaman. Jangan hiraukan suara ayam berkokok yang mengejutkan kamu dari tidurmu.
Bila subuh dating menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan
tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.
Aku
lihat kamu jarang-jarang mengambil wudu’. Ini bagus sekali kerana kamu tidak
membazirkan air dan tidak meninggikan water bill rumahmu.
Aku
lihat kamu tidak pernah membaca ''Bismillah'' sewaktu akan makan. Ini
bagus, kerana kamu tidak memenatkan mulutmu. Dan bila sudah kenyang, kamu tak
pernah menyebut ''Alhamdulillah''. Ini bagus juga. Cukuplah kamu sedawa
kuat-kuat seperti lembu.
Aku
lihat apabila kamu bertemu dengan sahabat handaimu, kamu tidak mengucapkan
Assalamualaikum. Kamu mengucapkan “Hi Everybody” Ini bagus juga kerana kamu
menunjukkan bahwa egkau mengerti adab resam orang kafir dan kamu mengerti
bahasa Inggeris. Tak perlu egkau belajar membaca bahasa Arab kerana ini bukan
bahasa antara-bangsa.
Kamu telah membuktikan bahawa kamu dan aku adalah sahabat sejati. Sudah
tentu kamu adalah seorang yang budiman kepada kaumku. Di akhirat nanti, kamu
dan aku dapat berjalan bersama-sana ... Kita berpegang-tangan … menuju Neraka
Jahanam.
tq sharing...
ReplyDelete