Aktiviti cuti Tahun Baru Cina...
a.k.u cuba resepi Apam Polka Dot dari Syerah Omar
dah tgk lama dah resepi Syerah nieH
akhirnya.....3 Februari 2011 ni baru a.k.u cuba...
sbb ovalett tu depan mata masa pegi Ong Tai Kim a.k.a OTK ari tu
teros amik letak dalam troli
(ovalett ejaan pada bekas yang a.k.u beli..tapi ada juga dieja dengan 'ovellete')
so dah ada..ape ape lagik kan
kang terperap plak dalam peti ais tuuuuu
oh ye..ape lah ovalett tu kan..
ovalett tu sejenis penstabil untuk buat kek dan seangkatan dengannya
ia akan memberikan tekstur yang halus pada kek terutama kek span yang menggunakan cecair seperti air atau jus buah-buahan atau susu cair
Antara jenama lain yang biasa bg menggantikannya ialah Quick75 dan jilk (itu yang a.k.u dapat dari google)
rupa dia cam jam oren..
bleh gitu
RESEPI APAM POLKA DOT
3 biji telur
1 cawan gula (bg a.k.u cam manis dah apam nieH..so next time..kena kurangkan sikit)
2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu soda bikarbonat
1 sudu kecil ovalett
1 tin susu cair (tapi a.k.u guna santan cair - carik dalam google ada yg gunakan..so a.k.u cuba)
Esen Vanila
Pewarna
Cara Membuat:
1. Pukul telur, gula dan ovalett sampai kembang
2. Setelah kembang masukkan susu cair/santan bersilih ganti dengan tepung gandum. Masukkan sekali soda bikarbonat dan esen vanila.
3. Kacau sampai sebati.
Lepas tu....suka hati lah nak letak pewarna apa..ikot suka hati
disebabkan di rumah cuma ada kale ijo..
so ijo lah jadinya..
Bahagi-bahagikan lah adunan tu ikot pewarna yang korang suka...
ni lah rupa adunan yang telah a.k.u sebatikan dengan warna ijo...
Lepas tu masuklah dalam paper cup ke..acuan apam ke..ikot suka
yang a.k.u punya....letak dalam paper cup
letak 3/4 penoh...
lepas tu..amiklah satu lagi kaler berlainan untuk buat polka dot tu
kalau ikot resepi..guna piping bag....
tapi a.k.u tak de piping bag..
mula ingat nak guna straw
pastu a.k.u guna idea 'mcgyver'
huhuhu....shringe
alamak cam ne plak nak eja
a.k.u pasti..
kalau ada anak
pasti ada benda nieh
nak sumbat mulut anak ngan ubat kan..
so kalau tak de piping bag...
gunalah benda nieH
pun boleh
tidak le 'haram' pun kan :p
ikot kreativiti masing-masing...
dan hasilnya...
ye..ini lah yang saya cari...
apam polka dot dot dot.......
eh lupa....lepas dah buat polka dot tu..pastinya kukus dululah baru leh makan kan
tak lama pun kukusnya
dalam 10 minit cam tu...
dah boleh angkat
tapi korang checklah balik...
kang a.k.u kata 10 minit tetiba mentah
korang salahkan a.k.u pulakkan..
so untuk bancuhan ni..
a.k.u dapat dalam 15 ketol apam..
boleh lah makan untuk 5 org kot....
selamat mencuba!!
kak ila!! mmg kreatip ok!! pasal guna syringe tu boleh dipraktikkan nanti.sng kojer!hahahha
ReplyDeleteitulah
ReplyDeletekang ketiadaan piping bag di jadikan alasan tak boleh buat polka dot kan
langsong tak menjadi projek apam polka dot
sambor ape depan mata saja...huhuhu
Thanks Syerah for the recipe
wah kena try nih..kot2 menjadi boleh buat hantaran ahakz
ReplyDelete@Dayah cuba jgn tak cuba............yakin boleh
ReplyDelete