SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Thursday, February 17, 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum

salah satu adegan awal

semasa pegi ke rumah Kak Limah

Korang dah tengok cite HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH?
a.k.u baru je beli cite nieH...
tiap kali kuar, mesti carik dvd or vcd Hantu Kak Limah nieH
tapi tak ketemu
akhirnya..keluar juga...

mmg best arr cite nieH
seram lawak yang santai..
a.k.u suka sangat...
seronok...audio visual dia mmg cun sehhhhh...

kalau korang lom tgk cite ni
mmg a.k.u rekomen tgk...
seram-seram sikit
lawak-lawak sikit
mmg best...

SINOPSIS

Kesinambungan filem ‘Zombi Kampung Pisang’ bakal diteruskan dengan ‘Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah’. Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini bakal menampilkan kejutan demi kejutan.

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Jabit, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.

Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur.

Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.

Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah.

Scene paling a.k.u suka
masa si Abi nak membuang tu
punyalah bawak radio pasang kuat-kuat
takot kat Kak Limah
pastu diam je tetiba
rupa-rupanya Kak Limah dah ada dalam toilet tu sama ngan dia
ha ha ha
mmg tak logik lah kan..
tapi sbb hantu ..a.k.u percaya lah dia boleh masuk toilet tu..
masalahnya..Kak Limah tu bukan hantu
so siapakah Kak Limah?

satu lagi scene Tok Bomoh Thai tu
hantu kopek..ha ha ha......

3 comments:

  1. laa.. awat k.ngah tak habaq mai.. ade yang download kt adri..

    ReplyDelete
  2. hahahah lawak bodo arr...:p tp leh la layan bila boring2 tu :p

    ReplyDelete
  3. Adri..mana angah tau...

    Retna..bleh arr layan dari kartun si Alieyah je 24 jam kan

    ReplyDelete

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...