SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Thursday, April 28, 2011

Botol Susu BPA Free | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum

Botol susu?
eh dah ape kena mengena ari ni tiba-tiba cerita pasal botol susu kan...

a.k.u nieH..
mmg fail bab-bab botol susu
sbbnya..kedua-dua anak tersayang tu...
mmg tak guna botol susu secara total...

Si Alieyah.....2 bulan dah pakai spout....
mmg macam-macam botol susu beli..
puting dari puting yang paling morah sampai yang ke mahal
tukar susu macam-macam
semua reject
at last ....
baru tau..dia TAK MOH GUNA BOTOL SUSU...

si Paim
yes dia guna...
tapi sama gak..tak lama
akhirnya..guna spout gak...
skarang plak..minom pakai cawan ada straw tuuuu...

tetiba dapat email pasal BPA Free Bottle
teros a.k.u terkasima..
terkasima tau :)
heheheheh....

baca dengan tekon
siap keluar KENYATAAN AKHBAR MENTERI KESIHATAN MALAYSIA tau...
punyalah penting kan pengetahuan pasal botol susu nieH..
for future reference gak kan...

APA ITU Bisphenol A (BPA)?


Bisphenol A adalah bahan kimia iaitu dalam rumusan kimia dikenali sebagai C15H16O2. Dalam strukur molekulnya, ikatan kimia BPA pada polimer plastik mempunyai sifat tidak stabil, yang bergantung kepada masa dan penggunaannya. BPA mudah lepas dari struktur polimer plastik polikarbonat. Dengan kata lain, sifat BPA ini adalah mudah larut dan meresap ke dalam makanan atau minuman.

Kenapa Bisphenol A (BPA) itu boleh membahayakan bayi? 


Mengambil kira sifat BPA ini adalah mudah larut dan meresap ke dalam makanan atau minuman, jika diberikan kepada bayi, BPA akan memasuki badan badan bayi. BPA yang rendah sekalipun sekiranya masuk ke dalam tubuh kita boleh mengakibatkan mengganggu hormon estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon dan sekali gus mendatangkan kesan lain pada tubuh badan.

Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.

Antara isi kandungan keratan akhbar yang di siarkan di Laman Web Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Mac 2011 telah bersetuju dengan cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA).
Dimaklumkan bahawa penguatkuasaan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2012. Tindakan pengharaman ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan pihak industri diberi tempoh masa satu (1) tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai.


PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT


Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:


Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.


mungkin gambar rajah di atas boleh di jadikan panduan untuk ibu bapa
mengenalpasti ciri-ciri botol susu yang mengandungi BPA...
kalau ada..simbol-simbol sebegitu..
sila-silalah jauhi nya...
ingat no '7'..ingat BPA yang MERBAHAYA

Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain. (Sumber:  Laman Web Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia )


KESIMPULANNYA:  Berhati-hati semasa membeli botol susu anak-anak anda....
pastikan ianya selamat....dan tidak memudaratkan anak kita sendiri...


SEKIAN KHIDMAT MASYARAKAT INI DI BAWA OLEH AdanyaKauUntukku



2 comments:

  1. Pah buat entri pasal botol susu BPA free ni kak..
    kena lebih prihatin sekarang ni, bahan2 chemical digunakan berleluasa..

    ReplyDelete
  2. itulah
    kenapalah skrang ni terok sangat kan Qema

    ReplyDelete

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...