SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Thursday, June 16, 2011

Kad Pengenalan Perdana Menteri Malaysia | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum

a.k.u dapat ni dah lama...
tapi baru dok godek-godek bila termasuk blog Mya...
kita boleh lihat
peningkatan kad pengenalan Malaysia dari awal sehingga sekarang
untuk tatapan semua...
perkongsian ilmu ye..

-------------------------------------------------------------------------------------


Dari kad beras ke kad polikarbonat
Oleh ROZAID A. RAHMAN dan IWAN SHU-ASWAD SHUAIB


Kad pengenalan Tunku Abdul Rahman - Perdana Menteri dari '57 - '70
DARI tahun 2000 sehingga 2010, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengeluarkan sebanyak 28.99 juta kad pengenalan MyKad.

Jumlah tersebut meliputi pengeluaran MyKad bagi gantian untuk permohonan disebabkan kes kerosakan dan kehilangan.

JPN adalah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertanggungjawab mendaftar peristiwa-peristiwa penting setiap individu seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan, perkahwinan dan perceraian.


Kad pengenalan Tun Abdul Razak - Perdana Menteri dari '70 - '76
Ia ditubuhkan selepas Peraturan-peraturan Darurat (Kawasan-kawasan Pendaftaran) 1948 yang dikuatkuasakan sebagai salah satu langkah untuk menentang ancaman keselamatan.

Peraturan itu memerlukan semua penduduk supaya mendaftar dan memperolehi kad pengenalan apabila mencapai umur 12 tahun dan ke atas.

Kad pengenalan kini sudah menjangkau usia 63 tahun yang menyaksikan evolusi dari hanya sekeping kad kertas yang dikenali sebagai kad beras kepada MyKad iaitu kad pintar bercip yang diperbuat daripada bahan polikarbonat.

1948: Kad pengenalan kertas


Kad pengenalan Tun Hussein Onn - Perdana Menteri dari '76 - '81
Pengenalan:
Oleh pemerintah Inggeris di Malaya melalui Emergency [Registration Areas] Regulation 1948, bagi membendung ancaman pengganas komunis. Ia juga dikenali sebagai ‘kad beras’ kerana sewaktu catuan makanan pada zaman darurat bermula pada 1948 itu memerlukan bukti pengenalan diri bagi mendapatkan beras.

Pelaksanaan:
Digunakan di Semenanjung Malaysia dari tahun 1948 sehingga 1960.

Ciri-ciri:
Tujuan untuk keselamatan, tidak bersalut, gambar hitam putih, cap ibu jari kanan sahaja, maklumat asal penduduk, tiada taraf kewarganegaraan.



Kad pengenalan Tun Dr Mahathir Mohamad - Perdana Menteri dari '81 - '03

1960: Kad pengenalan plastik

Pengenalan:
Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) diperkenalkan bagi memperkemaskan lagi sistem pengeluaran kad pengenalan.

Pelaksanaan:
Digunakan di Semenanjung dari 1 Ogos 1960 sehingga 31 Mac. Diperkenalkan di Sarawak pada 30 Mac 1966 dan Sabah pada 1 Jun 1972.

Ciri-ciri:
Keselamatan yang baik, bersalut dan diproses secara teragih, empat warna bagi menentukan taraf warganegara, maklumat terperinci, gambar hitam putih, cap ibu jari kiri dan kanan.



Kad pengenalan Tun Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri dari '03 - '09

1990: Kad pengenalan bermutu tinggi

Pengenalan:
Bagi menggantikan kad pengenalan plastik. Juga dikenali sebagai kad pengenalan bunga raya.

Pelaksanaan:
Diperkenalkan pada April 1990.

Ciri-ciri:
Keselamatan yang tinggi, gambar hitam putih (1990) dan gambar warna (1999), cap ibu jari kiri dan kanan, maklumat terperinci dan bersalut.

Kad pengenalan pintar

Pengenalan:
Kad pintar yang dikenali sebagai MyKad.

Pelaksanaan:
Mulai akhir 2000 di Semenanjung dan awal 2002 di Sabah dan Sarawak. Penukaran kad pengenalan bermutu tinggi kepada Mykad adalah secara sukarela dan percuma mulai tahun 2003 sehingga 2005.

Ciri-ciri:
Kad pengenalan mempunyai ciri keselamatan tinggi dan berteknologi cip yang kini diperbuat daripada bahan polikarbonat. Pada masa ini, ia memuatkan aplikasi lapan tambah satu (8+1) dalam satu kad.

Sumber:  MStar Online


No comments:

Post a Comment

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...