SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Friday, July 15, 2011

KANAK-KANAK YANG HILANG-NAJMI HAQIEMI B.AHMAD SALLEH

Assalamualaikum



Kepada Rakan2 semua,


Anak kepada rakan saya telah hilang tengahari semalam dihadapan Sek. Keb Subang Bestari. Usaha mencari adik Najmi telah dilakukan sehingga lewat pagi tadi tetapi masih gagal.

Lapuran polis telah dilakukan dan dia disyaki diculik. Butir2 terakhir adik Najmi adalah seperti berikut:

Nama : Najmi Haqiemi bin Ahmad Salleh (10tahun)

Tinggi : lebih kurang 110cm

Pakaian: Memakai t-shirt sukan berwarna merah berlengan hitam dgn cetakan 'S.K Subang Bestari, Tuah' dibelakang, berseluar sukan berwarna biru gelap berbelang putih dan berjaket berwarna coklat.

Lain2: Membawa beg sekolah berwarna biru dan hitam, berambut pendek dan mempunyai tanda parut disebelah kanan kepala.

MOHON DIDOAKAN SEMOGA KANAK-KANAK INI DIJUMPAI DAN MINTA SAMA-SAMA KITA SOLAT HAJAT SEMOGA ORANG YANG MEMBAWANYA TERBUKA HATI UNTUK MENGHANTAR KEMBALI KANAK-KANAK INI KEPADA KELUARGANYA.

Sekiranya rakan2 mempunyai maklumat atau ternampak kanak2 ini, boleh hubungi ibunya di no: 012 2485649 (Zetty) atau bapanya di no: 0196387252 (Salleh).

Mohon disebarkan.

TERIMA KASIH.


sama-samalah kita membantu....
moga adik Najmi selamat ke pangkuan keluarga

UPDATE:  Najmi telah selamat kembali ke pangkuan keluarga

SUBANG JAYA: Misteri kehilangan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dua hari lalu di hadapan sekolahnya di Sekolah Kebangsaan Subang Bestari, di sini akhirnya terjawab selepas dia ditemui guru besar sekolahnya, kelmarin.


Najmi Haqiemi Ahmad Salleh atau Haqiemi, dikatakan bersembunyi di rumah seorang rakan sekelasnya sebelum rakannya itu melaporkan kepada pihak sekolah Haqiemi berada di rumahnya berikutan penyebaran risalah mengenai kehilangannya
Sumber:  myMetro

9 comments:

  1. Allahuakbar...tiap kali baca citer gini hati saya terus jadi tak tenteram tingat Umar...Ya Allah lindungilah anak anak kami...semoga Najmi selamat pulang ke pangkuan keluarga...Amin.

    ReplyDelete
  2. kan kakak....
    saya pun asik ingat anak2 saya....
    risau gilaaaaa

    ReplyDelete
  3. rasanya dh dijumpai..kalo x silap dlm metro td kata cikgu bsr dia pujuk..dia merajuk n g umah kwn..kalo x silap la

    ReplyDelete
  4. alamak..scary le berita2 mcm ni..harap tak di culik la..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Erna..takot kan....
    Malaysia skrang macam dah tak selamat je

    ReplyDelete
  7. Ler...case merajuk ke? kasi risau mak bapak tau..tp tu ler..bdk2 ni merajuk lain tau..saya tau sbb saya pon kecik2 pernah merajuk lari umah kawan gak..tp mak n abah wat derk je sbb tau nnti2 saya balik gak..kekeke..

    ReplyDelete
  8. laaaa...Zu pun larik gak ke...
    apa lah agaknya difikirkan kan budak2 cam nieH..

    merajuk je lari

    ReplyDelete

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...