SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Tuesday, August 9, 2011

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia meninggal dunia

Assalamualaikum


Kedua-dua boss yang amat baik....

Timbalan Gabenor Bank Negara meninggal dunia

2011/08/08

KUALA LUMPUR: Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Mohd Razif Abd Kadir kembali ke Rahmatullah hari ini, menurut satu kenyataan BNM.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di sisi keluarga dan sahabat handai. Allahyarham Razif menyertai BNM pada 1976 dan memegang beberapa jawatan kanan di bank pusat sepanjang kerjayanya. Antaranya ialah sebagai Ketua Perwakilan di Pejabat Perwakilan BNM di London, Pengarah Jabatan Pengawalan Bank BNM dan Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (LOFSA) sejak 1999.
Allahyarham pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi pertama Jawatankuasa Teknikal Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB).
Selain itu, Allahyarham juga adalah ahli lembaga Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF) dan Lembaga Pengarah BNM.

"Sumbangan Allahyarham Datuk Razif kepada perbankan pusat, dan Malaysia amat besar dan kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas khidmat Allahyarham kepada bank dan juga negara.

"Bank Negara ingin mengucapkan sedalam-dalam takziah kepada ahli keluarga Allahyarham dan berdoa semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya," katanya. - BERNAMA


Sumber:  Berita Harian Online


a.k.u pernah berkerja dengan Arwah
walaupun tidak lama..
tapi bila dapat tau Arwah telah menghembuskan nafas yang terakhir semalam
ia menyentuh jiwa a.k.u
moga roh Arwah tenang di sana...
Al fatihah...


 

6 comments:

  1. al Fatihah. dgr kat brite malam tadi...

    ReplyDelete
  2. al fatihah.
    saya pernah jugak ganti kat GO's office serve beliau.
    beliau mmg baik.

    ReplyDelete
  3. akak tak sempat tgk biter pun...asik tgk tv je si Alieyah tu Waty

    ReplyDelete
  4. kan Maya..moga rohnya ditempatkan bersama orang beriman...aminnnn

    ReplyDelete

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...