SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Monday, October 24, 2011

Berdiri sebelah Shahredza Minhat

Assalamualaikum





erk...
cam nak buat driving license plak bila a.k.u dok tepek gambar nieH
jangan salahkan a.k.u ye...
a.k.u dapat dari Sinemamalaysia.com.my
itulah dia Shahredza Minhat

siapa Shahredza Minat
dialah pelakon dalam cerita
Pisau Cukur tu...
yang jadi Faqir tuuu
bukan tu aje...
ada lah lakonan dia yang lain...

dan ini a.k.u petik dari salah satu blog yang a.k.u google..

Nama penuhnya ialah Shahredza Minhat dan berasal dari Ayer Tawar, Perak. Beliau sudah lama berlakon di pentas teater dan teater pertamanya bertajuk 'Otak Tak Center'. Tidak kurang juga baru mengenali Redza melalui filem pertamanya, 'Pisau Cukur'. Ataupun mengenali nama Redza apabila dihambat kontroversi gambar bogelnya tersebar di internet. Redza juga pernah berlakon di bawah arahan pengarah Bernard Chauly, sebagai watak sampingan dalam drama 'Gol & Gincu' dan 'Goda'.

Tidak sepenuh masa berkecimpung dalam industri seni ini sebaliknya dia merupakan seorang penganalisa pelaburan di salah sebuah institusi bank tempatan. Selalunya aktiviti lakonan hanya dilakukan pada waktu malam ataupun pada hujung minggu. Kerana itu dia lebih aktif dalam pementasan teater kerana latihan dan pementasan biasa dibuat pada waktu malam.

Pernah menceburi bidang penulisan skrip sejak di bangku universiti dan pernah menggondol anugerah di Festival Teater Malaysia menerusi naskhah pertamanya, 'Tat Nenas'.

Selepas itu, dia menubuhkan syarikat Aroma Teater Works bersama rakan-rakannya dengan menggunakan hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 yang diterima semasa Festival Teater Malaysia itu. Namun begitu, graduan pengajian perniagaan dari Universiti Multimedia Malaysia ini tidak pernah mengaku kalah lantas tidak jemu-jemu memerah idea dan menghasilkan naskhah seperti 'Gadis Jalan Burmah', 'Toast' (ada dijual di kedai buku Kinokuniya) dan terbaru 'I Lost The Plot'.

Kecintaannya kepada dunia teater juga membawa Redza pergi jauh dengan menghasilkan skrip. Ia satu pencapaian boleh dibanggakan. Hampir 10 tahun membabitkan diri dalam dunia teater, Redza sudah menghasilkan lima skrip yang sudah dan bakal dipentaskan.

a.k.u sambung balik cerita a.k.u
a.k.u ni bukan lah peminat kat dia nieH
dan a.k.u bukan lah kata a.k.u tak suka dia ok
tapi
ari-ari a.k.u mesti terserempak ngan dia
dan pernah sekali..
kat tempat parking
tgk ada no HP dia kat dashboard
masa tu dok gelak-gelak
"ni kalau amik no HP dia best gak neiH"
no HP artis ok

tapi tak delah sampai ke situ
a.k.u bukan gile lagik

dia DI SINI sebagai PEKERJA
bukannya ARTIS
a.k.u mesti bersikap profesional ye kawan-kawan...

so a.k.u tak amik pun HP no tu..
buat ape kan
baik a.k.u suh Puan Nolie tu je kacaukan tuk a.k.u
ha ha ha...

nak dipendekkan cite..
dok a.k.u huru hara masuk opis
tup tup
a.k.u tengok
ehhh
mamat ni sebelah a.k.u

dalam hati dok kata
ni kalau a.k.u giler kan
mmg sah kuarkan HP
snap gambar
buleh??

ha ha ha...
tak de keje acik haaa

walaupun berdiri bersebelahan dengan artis
a.k.u tetap respect dia sebagai kawan sekerja
setakat ni a.k.u lom pernah tgk dia ni cam sombong lah
tak de lah pulak a.k.u kata dia menyengih je plak sepanjang masa

tapi kira cam boleh lah kalau nak berkawan..
tapi jgn silap kawan ye kawan-kawan
dia sudah berpunya..
kang marah plak isteri dia..





tapi dia ni idok lah tinggi sangat
sbb bila a.k.u berdiri sebelah dia
cam lebih kurang je....
erk

dah....
gi buat keje


 

10 comments:

  1. hehe akak kn mmg tinggi lampai
    so setanding la dgn dia..hehee

    bestnye korg keje ngan artis kan

    ReplyDelete
  2. hehe ingat akak tangkap gambar ngan dia tadi ..

    ReplyDelete
  3. Cehhh gigih menaip ..tuh jer citer...heheheh...kalau kakak nak gambo dier berjuta saya boleh ambikkan kakak...hari hari lalu sebab aku duk depan pintu muahhahah

    ReplyDelete
  4. @Puan nOLie

    kakak laili

    tetiba kan saya gedik
    gi amik kan otograph dia

    ha ha ha

    ReplyDelete
  5. teringin nak amik gambar dgn dia kat ofis, tapi malewwww...

    ReplyDelete
  6. @Mya

    ila rasa saat strategik amik gambar kat opis ngan dia..
    bila dia balik
    sbb dia sebelom balik mesti dia lepak sat kat kupang tuuuu...

    aktiviti santai lelaki..huhuhu

    ReplyDelete

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...