SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Tuesday, January 10, 2012

FASA INDUKSI DIET ATKINS

Assalamualaikum


dari pemerhatian a.k.u
DIET ATKINS ni.....
fasa induksi dia paling diutamakan
jadi.....a.k.u taip * sob sob..tak boleh copy paste....  *
untuk panduan a.k.u dan semua kawan-kawan yang nak follow DIET ATKINS ye.....
Terima kasih ye adik BICI

FASA INDUKSI DIREKA UNTUK

  1. Menukarkan daripada metabolisme membakar karbohidrat kepada metabolisme membakar lemak
  2. Menstabilkan gula dalam darah anda dan menghentikan pelbagai gejala-gejala yang menunjukkan gula dalam darah tidak stabil seperti keletihan, perubahan emosi, kabus otak dan ketidakupayaan untuk berfungsi pada tahap yang terbaik
  3. Bendung keinginan kepada makanan seperti gula, gandum atau jagung derivatif, alkohol, kafein, atau mana-mana makanan yang lain.  Untuk orang yang ketagih manis, makanan tinggi karbohidrat atau tinggi glycemic
PERATURAN INDUKSI

Satu lagi maksud fasa induksi adalah untuk menunjukkan kepada anda bahawa walaupun anda boleh mengurangkan berat badan walaupun makan banyak.  Tetapi ia mesti diikuti dengan displin untuk mencapai kejayaan!  Jika anda melakukan kesalahan (langgar pantang), anda boleh mengelakkan kehilangan berat badan dan akhirnya berkata " Ini adalah satu algi rancangan penurunan berat badan yang tidak berfungsi".  Jadi saya mahu anda menghafal dua belas kaedah-kaedah berikut:
  1. Makan sama ada tiga saiz berkala sehari atau empat atau lima hidangan yang lebih kecil.  Jangan melangkau waktu makan atau pergi lebih daripada enam jam bangun tanpa makan.
  2. Makan liberal kombinasi lemak dan protein dalam bentuk ayam, ikan, telur dan daging merah serta lemak yang tulen (bukan segera)
  3. Makan tidak lebih daripada 20 gram sehari karbohidrat, kebanyakan yang mesti datang dalam bentuk sayur-sayuran salad dan sayuran lain. Anda boleh makan kira-kira tiga cawan salad atau dua cawan salad campur, satu cawan sayur-sayuran lain.
  4. Jangan makan buah-buahan, roti, pasta, bijiran berkanji, sayur-sayuran atau produk tenusu selain keju, krim atau mentega.  Jangan makan kacang atau bijirin dalam dua minggu pertama.  Makanan yang menggabungkan protein dan karbohidrat seperti kacang kuda, kacang buah panggang dan kekacang lain tidak dibenarkan pada masa ini.
  5. Jangan makan apa saja yanf tidak ada dalam senarai makanan atkins.  Ini adalah faktor kegagalan semasa fasa ini.
  6. Sukat kuantiti yang anda makan sesuai dengan selera anda.  Apabila lapar, makan jumlah yang membuat anda merasa berpuas hati.
  7. Jangan menganggap apa-apa makanan rendah karbohidrat tanpa membaca label!  Periksa kiraan carb (pada setiap paket)
  8. Makan seberapa kerap yang anda mahu tetapi berjaga-jaga untuk karbohidrat yang tersembunyi di sos dan kuah.  Kuah sering dibuat dengan tepung atau tepung jagung dan gula.
  9. Elakkan makanan dan minuman yang manis.
  10. Elakkan kopi, teh dan minuman ringan yang mengandungi kafein.  Kafein yang berlebihan telah ditunjukkan menyebabkan gula dalam darah rendah dan boleh membuatkan anda inginkan gula
  11. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari, untuk mengelakkan sembelit dan meningkatkan pembakaran lemak
  12. Jika sembelit, campurkan satu sudu besar atau lebih psyllium dalam cawan atau minum lebih banyak air setiap hari atau makan lebih banyak sayur-sayuran.


*sebelom a.k.u ulas info kat atas*


fuhh penat a.k.u taip ok
tapi org kata..
kalau menulis (kat sini menaiplah)
ilmu lebih mantap
untuk a.k.u mmg cenggitulah
PSYLLIUM??
mmmmm
satu benda baru..
teros google ok

OK...psyllium adalah sejenis fibre atau serat semulajadi yang mempunyai fungsi melicinkan usus serta melembabkannya, meningkatkan ketengan dinding usus supaya pergerakan usus lebih baik dan menyingkirkan bahan toksin.  Ada info lain pula mengatakan, Psyllium ni berkesan untuk menyerap kolestrol, bertindak sebagai laksatif membersih usus dan memudahkan pembuangan air besar.  Selain itu ia seimbangkan kandungan bula dalam badan dan merawat kencing manis serta mengawal berat badan

bila a.k.u baca balik
fungsinya lebih kurang macam OAT tapi dalam DIET ATKINS...
kita tak boleh amik OAT kan..
itu agaknya kena amik Psyllium nieh

rupa paras dia seperti di bawah
a.k.u try pegi farmasi nanti...
tapi ada org kata kat TESCO pun ada..
nak usha benda nieH


Rupa Paras Psyllium


Pysllium Husk

ok....
satu info baru kan untuk DIET ATKINS
nanti a.k.u sambung lagik
kite belajar satu-satu ye....
orang kata..tak boleh teros terjun tiruk ke MISI UTAMA kalau ilmu asas mengenainya tak tahu
macam a.k.u kan
ingat boleh amik kekacang
rupa-rupanya..untuk minggu pertama tak boleh amik langsong
dah gone hari kedua...
so baca dulu ye kawan-kawan


INGAT YE KAWAN-KAWAN...
FASA INDUKSI SANGAT PENTING
SILA IKUT PERATURAN YANG DITETAPKAN





6 comments:

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...