"betul..betul...betul..."
mesti korang tau kan....
kalau ungkapan di atas disuarakan...
a.k.u berminat betul nak pegi tengok teater niH
dan..a.k.u memang suka teater...
mmmmmmmm.....
korang tak moh tengok ke??
Setelah berjaya mencipta fenomena dalam industri animasi di kaca televisyen dan
di layar perak, Upin & Ipin bakal mencipta sejarah apabila ia diangkat
menjadi teater muzikal yang dipentaskan di Istana Budaya dari 14 April hingga 6
Mei ini.
Persembahan yang menampilkan 55 pelakon pelbagai usia, bangsa
dan latar belakang ini dikenali sebagai Upin & Ipin the
Musical.
Tenaga kreatif yang terlibat adalah kalangan penggiat seni yang
telah mencipta nama dengan pelbagai anugerah iaitu Zaifri Husin (Pengarah & Penulis Skrip), Datuk Suhaimi Mohd Zain @ Pak Ngah (Pengarah Muzik) dan A. Aris
Kadir (Koreografer).
Teater ini bakal mencipta sejarah sebagai:
- Teater paling lama hari persembahan - dipentaskan selama 23 hari tanpa henti.
- Teater paling banyak bilangan persembahan tanpa henti - 30 persembahan iaitu 23 persembahan malam (8.30 malam), manakala 7 persembahan pada sebelah siang (3 petang).
- Persembahan Khas – satu persembahan iaitu pada 28 April 2012, jam 3 petang akan diadakan persembahan khas dalam Bahasa Inggeris.
- Teater adaptasi/tranformasi dari layar kaca dan perak yang pertama dipentaskan di negara ini.
Sinopsis
Puteri
Cinonet yang berasal dari satu dunia lain merasa amat sedih kerana tidak pernah
gembira. Lalu, dia bertanya kepada Cermin Sakti siapakan yang paling gembira di
dunia ini. Cermin Sakti menunjukkan Upin & Ipin.
Oleh kerana ini
mengetahui kenapa Upin & Ipin gembira walau pun tiada ibu bapa, Puteri
Cinonit telah mengarahkan Rama-Rama supaya membawa Upin & Ipin ke
istananya.
Upin & Ipin yang bermain basikal dengan rakan-rakanya
telah mencabar Rajoo yang membawa lembunya, Sapi untuk berlumba. Oleh kerana
menunggu Rajoo yang lambat, mereka telah ke tebing sungai dan bermain sampan
kertas. Sedang asyik bermain, tiba-tiba hujan turun. Upin & Ipin serta
rakan-rakan menyorok di dalam gua.
Rupa-rupanya di dalam gua itu
mengandungi banyak labah-labah yang marah apabil sarangnya diganggu. Labah-labah
telah mengejar Upin & Ipin serta rakan-rakannya untuk dijadikan makanan
namun mereka berjaya melepaskan diri melalui terowong.
Tanpa disedari
ketika mengelusur terowong itu mereka telah terjatuh di atas kapal tengah
lautan. Mereka belayar, tetapi sekali lagi musibah melanda apabila ombak kuat,
angin kencang, rebut petir dan kilat sambar menyambar. Kapal mereka tersadai di
sebuah pulau.
Upin, Ipin dan kawan-kawan terdampar serta tertidur di
pantai. Upin & Ipin yang tersedar lebih dahulu mengejar Rama-rama yang
cantik dengan harapan dapat menangkapnya. Sebaliknya, mereka sampai di Istana
Pokok. Pokok berpusing dan terangkat ke atas. Maka, muncul kerajaan Cinonet yang
serba kecanggihan. Rama-rama menabur ‘Gold Dust’ sebagai menyambut kehadiran
Upin & Ipin. Rakyat Kerajaan Cinonet meneruskan aktiviti
harian.
Kawan-kawan Upin & Ipin terjaga daripada tidur &
mendapati Upin & Ipin telah hilang. Mereka mencari Upin & Ipin hingga ke
perkampungan Orang Asli. Mereka dijamu makan manakala Tok Batin meminta
pertolongan Mentadak Mentadu menggunakan kuasanya mencari Upin & Ipin.
Puteri bertanya kepada Upin & Ipin kenapa mereka gembira. Upin
& Ipin menjelaskan mereka ada kawan-kawan di Tadika Mesra, ada Kak Ros, Opah
dan boleh meminjam buku daripada Perpustakaan Bergerak.
Puteri membawa
Upin & Ipin ke perpustakaan istananya yang tidak pernah terusik. Upin & Ipin telah membuatkan Puteri Cinonit gembira kerana membaca buku
bersama-sama.
Pada masa yang sama kawan-kawan Upin & Ipin ditangkap
kerana menceroboh. Puteri memberikan tiga syarat untuk dipenuhi sebelum mereka
dilepaskan. Kumpulan Upin & Ipin menang semua cabaran. Sebagai balasan,
Puteri memberi peluang kepada Upin & Ipin ke angkasa lepas iaitu tempat asal
Puteri. Mereka sangat gembira. Akhirnya, Upin & Ipin berjaya kembali ke bumi
dengan berpakaian angkasawan.
Sumber: http://www.hotfm.com.my/
teringin nak bawak Kira...dia peminat nombor satu Upin Ipin :-)
ReplyDeletejom jom
Deletemenarik nye crite tp x ble bawak la anak2 sbb x ble... :(
ReplyDeleteboleh lah WAty...akak bawak Alieyah pegi
Delete