SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Monday, May 21, 2012

Kerapatan Suku Seri Lemak Minangkabau Perut To' Puteh Parit Lingkungan Luak Ulu Muar

Assalamualaikum




rasanya  kalau a.k.u tak kawin ngan incik somi tershenta a.k.u skrang
a.k.u tak de peluang nak tgk adat pepatih nieH...

bila dapat tau je ada event nieH
mmg hati nak pegi sangat-sangat
tapi aii ni kan isteri solehah a.k.a tunggu driver offer pegi
mula-mula incik driver kata malaihh nak pegi
eventnya mmg lahh akhir bulan....
duit pun dah akhir-akhir kan
tapi tup tup..
pagi Ahad tu incik somi kata..jom pegi
haaa melompat ko dari katil nak bersiap

siap hajat di hati nak bawak SLR lagik tu..
ye lah nak merakamkan benda yang tak pernah kite tgk...

tapi incik somi kata tak payah..sbb selalunya kenduri ni buat pagi-pagi
kite sampai tengahari org dah habis

tup tup..
tgk buku aturcara kenduri start kul 3..hamik kooo
lebam duk kat sana...ha ha ha...
sejak jam 11 pagi




actually acara di mulakan dengan Pemilihan dan Perlantikan Ibu Soko...
kat ataih tu lah Ibu Soko nyer...
maaf lah..a.k.u mmg tak kenal....
namanya Siti Hajar bt Hashim...
kalau ikot Tatacara Proses Menyandang Ibu Soko nieH.....

Pertama
Majlis pemilihan dan perlantikan Ibu Soko oleh waris pusaka Suku Seri Lemak Minangkabau Perut To' Puteh Parit di rumah pusaka.  Ibu Soko akan dipilih daripada calon-calon bersesuaian..
Kedua
Ibu Soko yang telah dilantik bertanggungjawab di dalam meilih dan melantik Besar WAris Perut To' Puteh Parit.  Pemilihan dan perlantikan Besar Waris dilaksakan setelah Ibu Soko telah sah dipilih dan dilantik.....


so dalam event nieh
kaum-kaum Hawa di panggil lah untuk mencadang dan menyokong perlantikan Ibu Soko nieH
senang je....cam kite nak cadang saper pengerusi, setiausaha dan bendahari tu...
dah setuju..bagi ucapan sikit-sikit dan diteruskan dengan Perlantikan Pusaka Besar Waris

untuk Perlantikan Pusaka Besar Waris ni...
majlis ni agak protokol sedikit

Tatacara Proses Menyandang Pusaka Besar Waris

Pertama:  Majlis Pemilihan & Perlantikan

Ini adalah acara pertama di dalam proses menyandang.  Majlis pemilihan dan perlantikan Besar Waris disempurnakan oleh Waris Soko Perut To' Puteh Parit pada satu kerapatan Perut To' Puteh Parit, di rumah pusaka Waris Soko.  Besar Waris To' Puteh Parit akan di pilih daripada calon-calon yang bersesuaian.
Selepas majlis selesai, Ibu Soko akan memperkenalkan Besar Waris yang telah dipilih kepada Buapak-Buapak Perut To' Puteh Mertang, Perut To' Pandak Seri Menanti dan Perut To' Pandak Pilah, Suku Seri Lemak Minangkabau, Luak Ulu Muar di satu majlis di rumah Pusaka Besar Waris Perut To' Puteh Parit

Kedua:   Majlis pemakluman kepada Dato' Lemabga Suku Seri Lemak Minangkabau, Luak Ulu Muar, Dato' Senara Muda Hj. Ramli bin Hj. Abdul Rahman

Acara Permaklukan tentang pemilihan Besar Waris Pertu To' Puteh Parit ini akan berlangsong di rumah pusaka Dato' Lembaga dan akan disempurakan oleh Buapak-buapak Perut Mertang, Perut Seri Menanti dan Perut Pilah.  Waris Soko Parit akan turun mengiringi Buapak-buapak ke majlis ini.
Ketiga:  Selepas acara pemasyuran suku kepada isteri Buapaka Perut To' Puteh Parit akan dimaklumkan tentang status dan perlantikan Besar Waris di dalam majlis ini...


paham idak?
ha ha ha
sah tak paham..dan malas nak faham kan
tapi bagi a.k.u
benda-benda cam ni mmg patut ada 'pewaris'nya..
supaya Adat Pepatih ni tak hilang dek zaman...

nampak tak yang berbaju kuning tu
itulah 'orang besar' dalam 'proses perlantikan 'Besar Waris'
yang kiri kanan tu Buapak-Buapaknya lahhh......



 disebabkan ruang yang agak limited..dan a.k.u ni seorang wanita
kekdahnya dapat amik gambar dari arah belakang jelah

yang berbaju biru itulah Besar Warisnya
yang ni a.k.u kenal lahhh
sbb mmg balik kg a.k.u jumpa dia

namanya Kamaruzaman bin Hussin dan isteri Maizatun Hj Idris
selepas 'proses mengadap' ni....
selesai lah acara....dan diteruskan dengan jamuan makan...




a.k.u pun tak paham sangat adat-adat nieH
tapi tgk dari jauh
insyaallah akan ku selami ilmu Adat Pepatih nieH..

dan gambar di bawah adalah gambar-gambar kekasih hati hamba...
si Fahim ada gaya cam lelaki macho nak ngorat awek tak?

actually kat sini panas
dan kite org bukakkan baju dia...bg sejok sikit
si Alieyah..tak habis-habis ajak balik
boring sangatlah tu...
tau lah budak-budak...







4 comments:

  1. wuishhh....adat pepatih tuu..
    tak penah pulak sy tengok ni..
    wlupun sy org nogori ^_~

    pewittt..Fahim sangat hencem okeyhh hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu
      akak pun dapat peluang cam ni
      happy giler nak tgk..
      ye lah..bukan ada dah org nak buat cam ni kan
      atl east kite ada feel

      Auntie Mimie..fahim kata thank you....huhuhu

      Delete
  2. ako sendiri pun x tahu pasal adat2 ni weii.. hahaha... ghase nya so far kat kg ako cam dah kurang sket adat2 ni.. cuma adat kawen je la yg masih kena panggil buapak bagai..

    yg lelain, erkk ghasenya "biar mati adat jangan mati anak" ehehhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha....
      ni pun sbb nak naikkan balik kot adat istiadat ni..
      kalu idok..samalah cam awak Retna....biar mati adat..jgn mati anak....huhuhu

      Delete

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...