Apa itu Hati Berlemak?
Hati berlemak ialah pengumpulan lebihan lemak dalam sel-sel hati. Pada peringkat awal, keadaan tidak berbahaya tetapi jumlah lemak bertambah, ia kan membawa kepada pembesaran hati dan keradangan hepatik. Selepas itu, sel-sel hati mula mati dan parut atau sirosis (cirrhosis) akan berlaku. Hati akan gagal berfungsi dan anda akan berada dalam masalah serius dengan kerosakan hati yang berkekalan. Apabila anda mempunyai sirosis, anda juga cenderung untuk mendapat kanser hati.
Hati berlemak boleh dilihat melalui tomografi berkomputer atau pengimejan resonans magnet. Walau bagaimanapun, ujian ini tidak sering di lakukan atau diperlukan kerana pemeriksaan ultrasound yang mudah adalah mencukupi untuk diagnosis.
Berat badan berlebihan | Kurang senaman | Alkoholik |
Penyakit hati yang kronik | Diet tinggi lemak | Hormon tidak seimbang |
Kredit Gambar: http://gtf.com.my/web/ms/benefits/fatty-liver/
Jenis-Jenis Hati Berlemak
1. Steatosis - hati berlemak biasa
Hati akan membentuk lemak dan pemusnahan sel hati akan bermula. Ini dipanggil non-alcoholic fatty
liver disease (NAFLD). Kebanyakkannya, tidak menunjukkan sebarang simptom. Pada tahap ini, tiada
pembengkakan hati berlaku.
2. NASH - (Non-alcoholic steatohepatitis) - Hati Berlemak Berkaitan dengan Keradangan
Pembetukkan lemak secara berlebihan menyebabkan radang pada hati dan boleh memusnahkan sel hati.
Sel hati yang telah mati akan menyebabkan luka pada tisu-tisu.
3. Cirrhosis (pengerasan hati)
Luka yang teruk pada tisu hati menyebabkan hati akan menjadi lebih keras. Hati akan gagal berfungsi
seperti biasa. 'Cirrohosis' boleh meragut nyawa.
Faktor-Fator Hati Berlemak
- Diabetes tahap kedua - Statistik menunjukkan 88% pengidap diabetes tahap kedua akan membentuk NAFLD
- Overweight (Berat badan berlebihan) - seseorang akan diklasifikasikan sebagai berat badan berlebihan apabila Body Mass Index (BMI) mereka di antara 23 ke 27.4. Lemak di dalam organ boleh meningkatkan peratus lemak di dalam badan.
- Obesiti - obesiti terjadi apabila BMI seseorang melebihi 27.5. Menurut statistik, NAFLD berlaku terhadap 80% pesakit yang obesiti.
- Tinggi kolestrol - 63% pesakit NAFLD adalah mereka yang mempunyai kadar kolestrol yang tinggi
- Tinggi triglycerides (lemak yang di simpan di bawah kulit)
- Kekurangan Nutrien - Penyerapan lemak tumbuhan, minyak tumbuhan, bahan protein dan karbohidrat menyebabkan nutrien berlebihan terubah kepada lemak yang tertimbun di dalam badan yang boleh mengakibatkan gejala kegemukan (obesiti), paras kolestrol tinggi serta hati berlemak
- Kekurangan Nutrien - Dibanding dengan golongan berbadan gemuk, golongan berbadan kurus adalah lebih berisiko gejala hati berlemak. Kekurangngan nutrien secara jangka panjang boleh menyebabkan kekurangan bahan protein dan pelbagai vitamin. Sejumlah besar asid protein dilepaskan ke dalam organ hati dan ini boleh menjadi penyebab hati berlemak
- Pengambilan alkohol secara berterusan - pengambilan alkohol melebihi 60g sehari boleh di kira sebagai pengambilan alkohol secara berlebihan. Penggunaan alkohol secara berlebihan ini di panggil Alcoholic Fatty Liver Disease (AFLD)
- Pengambilan sesetengah ubat-ubatan secara berlebihan
- Sindrom Reye (di kalangan kanak-kanak)
- Kehamilan
Cara Mendapatkan Hati Yang Sihat
Diet dan gaya hidup sihat merupakan cara terbaik bagi mengelakkan daripada berlakunya hati berlemak. Antara tips-tips untuk mendapatkan hati yang sihat dan mengelakkan daripada hati berlemak
PERTAMA: Pengambilan makanan dengan Glycaemix Index (GI) yang rendah dan jauhi daripada makanan yang tinggi GI
Contoh makanan tinggi GI adalah
- Gula-Gula
- Roti Putih
- Kentang
- Gula Putih
Contoh Makanan Rendah GI
- Nasi
- Epal
- Roti Serat
- Oats
KEDUA: Diet Rendah Lemak
Lemak sepatutnya tidak melebihi 20% daripada jumlah pengambilan kalori dalam diet seharian. Diet yang tinggi lemak boleh meningkatkan kadar 'triglyceride' dalam darah dan boleh meningkatkan risoko hati berlemak
KETIGA: Diet tinggi serat
Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayuran segar, oats dan kekacang dan kurangkan pengambilan makanan segera. Diet tinggi serat boleh mengurangkan kadar gula dalam darah, kolestrol dan tahap 'tringlyceride' dalam badan serta boleh mengurangkan risiko hati berlemak.
KEEMPAT: Senaman secara teratur
Senaman yang teratur sekurang-kurangnya 30 minit satu sesi, 3 kali seminggu adalah sangat bagus. Senaman merupakan cara yang paling effektif untuk mengurangkan kandungan gula dalam dan mengekalkan berat badan ideal
KELIMA: Pengurangan berat badan secara sihat
Sekiranya anda merupakan seorang yang obesiti dan berlebihan berat badan, anda seharusnya mengekalkan diet rendah lemak dengan pengambilan kalori hanya 500 cal to 1000 kcal sehari. Jangan biarkan diri anda berlapar untuk mengurangkan berat badan kerana ia akan menyebabkan kekurangan nutrisi dan ianya akan menyebabkan tahap 'triglyceride' semakin tinggi. Pengurangan berat badan secara sihat iaitu sekitar 1 - 1.5kg seminggu adalah memadai.
KEENAM: Jauhi alkohol
Dalam Islam juga melarang umatnya mendekati minuman beralkohol, jadi jauhinya.
Simptom Hati Berlemak
Tiada simptom yang khusus tetapi mereka yang menghidapi hati berlemak ini akan merasa letih, sakit atau tidak selesa pada bahagian atas abdomen.
a.k.u harap dengan info yang a.k.u dapat dari net ni dapat membantu kawan-kawan mengenali penyakit hati berlemak.
a.k.u dah rumuskan dengan ayat dan penggunaan perkataan yang sangat mudah untuk di fahami semua
al maklumlah bila baca maklumat dalam bahasa english..nak translate bahasa melayu yang mudah
sangatlah susah..
jangan ingat bila a.k.u ni org Melayu
a.k.u ni pakar bahasa Melayu....
bahasa Melayu ni sebenarnya juga sukar
tapi yang sukar tak bererti susah untuk dipelajari kan..
selamat membaca
kalau ada salah silap mana-mana
tegur-tegur yek...
SECARA RUMUSAN
Hati-hati dengan Hati Berlemak. Jika ia dibiarkan secara berterusan, ia akan membawa maut!
erk..kdg2 teringin btol nk makan hati ayam goreng kicap tuh *tibe je zt nih,hehe
ReplyDeletesabo je..hati ayam yeeeeee
Deletekawan akak pernah ckap
kite makan hati ayam..hati lembu tuuu
hati haiwan2 tu tak sakit ke??gulp
pernah kena tahan wad sbb kencing kotor. tp bile scan doc ckp saya ade hati berlemak. x tau tahap keseriusan nye.... :)
ReplyDeletetqvm sbb share tentang hati berlemak ni ye kakak....
kena amik tau tuuuu
Deletecam adha
even kolestrol dan darah dia menunjukkan penurunan lemak
tapi bila scan....mmg ada scar sudahhhh
Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Ubat sakit hati
ReplyDelete