SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Tuesday, May 28, 2013

Mukadimah

Assalamualaikum

lama sungguh tak singgah kat blog
ada banyak benda nak cerita...
tapi jari 'kelu' tidak boleh berkata...cewahhhhhhhhhhhhh

apa kabar kawan-kawan semua...
saya sihat...cuma batuk yang agak teruk sikit..
bagi saya teruk lah..sbb keje berkawan karib dengan telefon....
memang bagi a.k.u kena jagalah suara dan mulut ni baik-baik.....
memang satu 'azab' gak lah bila batuk kali ni...

tapi tak pe...
ini semua tanda Allah masih ingat dan sayang kat a.k.u
kalau tak de 'bala kecil' yang menimpa...
kite tak beringat kannn...

ari ni nak cite pasai development Fahim
lama sungguh tak update pasal Fahim kan

actually Fahim dah buat test untuk 'mengdiagnos' masalah sebenar Fahim...
Alhamdulillah..buat masa ni...psychiatrist kata..Fahim cuma ada masalah dengan speech dia
even development dia pun agak delay.....skrang Fahim berumur 4 tahun setengah....
development dia macam budak 2 tahun ++ ...
a.k.u masih tak puas hati dengan apa yang doctor cakap
jadi a.k.u tanya banyak-banyak-banyak-banyak kali
is he categorized under autisme?
sbb tak pueh hati kannn
orang keliling nie sume cakap bebukan
a.k.u naik fed-up
memang luaran ni korang nampak a.k.u ni sempoi.....kuat...keras..
korang tak tahu dalam hati a.k.u ni ..menangis...bukan menangis je tau..teresak-esak OK..
mana ada ibu yang nak anak dia kurang dari orang lain
name me who?? tak de.....semua ibu nak anak dia sempurna....kalau boleh..
tapi kalau tak boleh..Allah dan tentukan....sebagai ibu..kite kena terimalah
dan itu memang tugas seorang ibu...

even masa nak amik result ni pun
jantung ni berdegup laju giler
kalau boleh lah keluarkan jantung ni....
a.k.u nak snap je gambar bagi tunjuk kat korang semua betapa berdebar nyer seorang ibu bila nak amik result anak.........
fuhhhhhhhhhhh.......

Doctor pun fed-up gak kot
sbb dah bagitau tak de simptom Autisme
a.k.u still tanya benda yang sama kan..
nak bagi puas hati...
tapi a.k.u masih tak puas hati sebenarnya
sbb orang keliling yang sibuk-sibuk nieH...
tak de kat situ masa doctor bagi tau...
ye lah..kalau a.k.u bagi tahu
mana ada orang nak FAHAM...nak DENGAR...nak PERCAYA kannn....
padahalnya a.k.u yang amik report tu..a.k.u dengar sendiri...
** memang masa tu terasa macam batu yang berat giler atas kepala.....diangkat dan dibuang jauh ok **


jadinya..Fahim kena teruskan dengan Speech and Occupational Therapy dia juge...
dan doctor suggest tuk Fahim enter EIP ..  Early Intervention Programme
mula-mula bila doc suggested tuk enroll EIP tu..a.k.u fikir positif lah
carik-carik....di samping info yang doctor bagi...

tapi bila survey..mak datooooOoOOOOkkkk.....rata-rata fees dia sume atas 750 ++ per month...
tu paling murahhh..blom lagi yang mahal ribu ribu ribu lemon tu kannnnnn
the school period is only a-half-day session...sama ada pagi 8.30am to 12.30pm or 1.30pm to 4.30pm

bagi a.k.u kalau untuk anak....akan di usahakan
cumanya..bila tengok sesi pembelajaran dia tu
buat a.k.u agak frust sikit
half-day..so another half-day tu a.k.u nak hantar mana plak Fahim
even boleh lah hantar kat babysitter ke haper ke
maknanya dah additional cost incurred....

contoh....kalau a.k.u amik sesi pagi...RM950 dan hantar kat bbsitter...RM200...
dah bukan RM1150 per month?
gulp.....angka tu dah macam gaji bersih a.k.u plak dahhh....fuhhhhhhh

nak hantar tempat yang berbaloi....
macam NASOM....alahai......susah gak...
nak hantar ke Sekolah Khas...juga masalah
banyak sangat requirement yang Fahim tak de
contoh kad OKU....adoi
Fahim bukan OKU....even kalau a.k.u nak apply kad OKU untuk membolehkan Fahim enroll pun
kena ada surat doctor
dah sah-sah surat doctor tu tidak membolehkan Fahim apply OKU card tu
cam ne?

even kat Tawakkal tu pun..doctor kata bakal ada EIP gak
bila tanya fees..sama juge..makan ribuan OK
pening tak???
nak hantar pre-school or play-school biasa..
sama gak susahnya
tak terima lah
we dont have speciality lah
abis tu
cam ne nak buat
ada rasa cam nak bom tak sekolah-sekolah kat Malaysia nieH..
ha ha ha...

next year Fahim dah 6 tahun
kalau ikotkan memang dah boleh masok kinde kannn
abis tu tak bercakap nak kinde ape nyer....

sah -sah kena reject awal-awal
skrang ni..a.k.u nak cuba pegi school yang gunakan teknik montessori
(which is kinde kat tempat keje a.k.u tengah praktikkan dan which is kinde kat tempat keje a.k.u tak moh terima Fahim jugak!! sangat the bodoh...susahkan staff je...buat child care tapi menyusahkan....better not to built a superb 'resort' bertaraf 10 bintang if menyusahkan staff -- tetiba marah OK )

sorry terEMO jap
a.k.u ada dapat info pasai montessori kinde nieH
boleh cuba...ada ramai parents yang cuba..dan Alhamdulillah anak-anak dia orang menjadi lebih baik..
pasti a.k.u akan carik...

baik ...cukup di situ...
DEVELOPMENT Fahim so far
GOOD..not that GOOD..but GOOD.
Alhamdulillah.....
daripada mulut Fahim yang terkunci rapi
skrang mulut dia dah cam bertih jagung ntah haper-haper dia sebot kan
satu permulaan yang baik...
dan Fahim dah boleh imitate apa yang orang cakap...apa yang orang sebut
which is also good for him...

doakan yang terbaik untuk Fahim ye...
sebagai ibu...a.k.u pasti nak yang terbaik untuk anak...
dan ibu akan cuba ye Fahim!...

kat bawah ni ada dua gambar yang a.k.u nak kongsikan
aktiviti yang Fahim buat...
satu masa Speech Therapy..satu lagi masa Occupational Therapy...

Speech Therapy

aktiviti kat atas ni tuk Speech Therapy...
dari aktiviti nieH...
kita boleh ajar anak untuk mengenal pasti

  1. BENTUK...untuk aktiviti di atas...bentuk bulat
  2. SAIZ ... besar dan kecil
  3. WARNA ... merah dan kuning

Alatan Yang Diperlukan

  1. Kertas A4
  2. Pensel Warna
  3. Gam
Cara Mengajar

nampak tak kertas berwarna di atas? ada merah dan kuning...

ada kertas besar dan kertas kecil

nanti kita bagi instruction kat anak..untuk ambil kertas kuning besar...
dan tampalkan kertas kuning besar tu pada bulatan besar...begitu juga sebaliknya pada bulatan kecil...
buatlah banyak-banyak kali...

at the end of the activity....kita boleh nampak anak boleh sebut as well as boleh mengenal...

**  aktiviti ni sangat praktikal...dan kosnya murah



Occupational Therapy

Aktiviti di atas pulak..
untuk occupational Therapy..
nak kuatkan otot tangan Fahim
haaa nak pegang sepit dan tekan hujung sepit tu...juga skill OK
memang nampak mudah..untuk kita...tapi untuk Fahim..susahhhhh....
dia kena guna kekuatan jari tangan..dan juga kedua belah tangan untuk bantu antara satu sama lain

Alatan Yang Diperlukan

  1. Sepit berwarna
Cara Mengajar

Mula-mula kita tunjuk dulu kat anak kita macam mana nak buat aktiviti di atas....
lepas tu baru suruh dia buat...

cuba sepitkan penyepit tu ikut warna...
contoh...warna pink dulu..then biru..then hijau berselang seli (actually ni dah step 2.....step 1 mungkin boleh mulakan dengan gunakan penyepit satu warna sahaja)
bila dah masuk step 2 nieH...dia bukan sahaja belajar menyepit.tapi dah belajar mengenal...mengenal kat sini bermaksod..dia tahu bezakan warna-warna penyepit tuuuu........at the same time...dia boleh tahu..ooOooO ni penyepit...OooO ni warna pink....OoOoOO ni warna hijau....OoOO nak menyepit kena pegang hujung sepit..pastu baru boleh sepit...

cam tu lahhhh...walaupun dia tak terucap..at least dia tahu
bila dah lama-lama buat
bukan sahaja dah boleh kuatkan otot tangan
malah dia dah kenal WARNA, OBJEK dan CARA melakukannya...

banyak lagi aktiviti sebenarnya nak kuatkan otot tangan..
Fahim mmg banyak benda dia kena buat ..
dia malas guna tangan dia...
dulu masa speech..dia malas guna mulut kannn...

nanti a.k.u senaraikan lagi ye
selamat mencuba..
a.k.u harap aktiviti ni dapat membantu ibu-ibu di luar sana yang nak bantu anak di rumah..
kos untuk therapy ni memang mahal...
dan a.k.u faham..ada yang tak mampu
tapi tak semestinya tak mampu.....kita tak boleh buat di rumah
sbb apa sahaja barang yg ada di rumah..sebenarnya boleh bantu kita untuk aktiviti occupational nieH
later a.k.u cerita OK...

panjang lebar plak cite kali neiH..
daaa!!


6 comments:

  1. mak oi...cost utk EIP tu x agak2....

    ReplyDelete
  2. Fahim anak yg baik, yg bijak sgt kak ila..
    semoga usaha2 kak ila & suami dpt dibalas Allah sebaiknya..keep on dua'..tp btol jgk kate akak..tmpt2 utk anak2 special care ni xbaper byk kt msia nih..cubelah ada anak2 mane2 menteri ade prob mcm anak2 nih..sure berlambak diorg akan wujudkan yg affordable..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn....
      itulah susahnya kat Malaysia nieH... :)
      tawakkal dan akak kena teros istiqamah je lah :)

      Delete
  3. hi sis. anak u macm anak saya. tapi anak saya masih belum boleh betutur, baru 2 perkataan sekarang. memula untuk perkataan OKU untuk dia amat menyiksakan. masa pegi terapi cara kerja 1st tu nurse minta kad OKU. what?? anak i bukan OKU. tapi sekarang ni saya hantar dia tempat khas untuk kanak2 autisme memang kena buat kat OKU dan dia layak sebab autisme memang dalam kategori OKU. so lama2 kami suami isteri terima bahawa OKU anak kami tak macam OKU lain dan sangat besyukur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. keep on thinking positive to your kid...
      dia tidak seperti OKU yang nyata
      dia seorang yang special sis...
      teruskan usaha ok...

      Delete

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...