SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Tuesday, September 23, 2014

Kleenex Menjadikan Kelembutan Cara Hidup Rakyat Malaysia

Assalamualaikum



KLEENEX® MENJADIKAN KELEMBUTAN 
CARA HIDUP RAKYAT MALAYSIA

          Kongsi Kelembutan dan raikan Hari Malaysia dengan 
membawakan sentuhan kasih sayang dan lembut kepada setiap orang
      Berganding Bahu untuk menggerakkan perubahan dan mencapai 10,000 post di Facebook 
untuk membantu lebih ramai anak yatim mendapat rumah perlindungan 
yang sempurna melalui OrphanCARE





Ketika rakyat Malaysia merayakan penubuhan persekutuan Malaysia 50 tahun lepas, Kleenex® memberikan cara baru kepada rakyat Malaysia sempena menyambut perayaan tersebut, iaitu dengan hanya mengamalkan perlakuan kelembutan melalui kempen “Share the Softness”. Kempen ini bermatlamat untuk mencapai sekurang-kurangnya 10,000 post di antara kalangan rakyat Malaysia yang berniat menjadikan kelembutan sebahagian daripada kehidupan seharian mereka!

Setiap peristiwa, besar dan kecil, boleh dijadikan bermakna dengan sentuhan kelembutan, dan Kleenex® mengingatkan lebih ramai rakyat Malaysia di mana-mana sahaja supaya menjadikan Malaysia tempat yang lebih lembut dengan mengambil waktu seketika untuk menunjukkan kasih sayang kepada orang tersayang dengan meluahkan kata-kata yang manis dan penuh keprihatinan. Dari sekarang sehingga 27 September, jenama ini mempelawa rakyat Malaysia meluahkan keprihatinan dan kasih sayang mereka melalui Facebook dengan tag yang mudah dan berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM10,000.

Apatah lagi, perlakuan kelembutan ini juga membawa pengertian baru kerana setiap post Facebook menolong menyumbang kepada  OrphanCARE, sebuah pertubuhan bukan untung yang menolong bayi-bayi terbiar dan anak-anak yatim mendapat rumah perlindungan dan penjagaan yang sempurna.

Ambillah peluang ini untuk mewujudkan perbezaan dalam kehidupan orang di sekeliling anda, serta mereka yang kurang bernasib baik. Bahkan pakar psikologi pun mengiktiraf bahawa perkara kecil adalah penting, daripada perlakuan kecil antara orang tersayang seperti membuat secawan teh[1] untuk satu sama lain hingga kepada bercakap dengan lebih bersopan santun dan berbudi bahasa kepada satu sama[2]. Perlakuan yang mudah dan positif merupakan kunci membina dan menjalani hidup yang lebih bahagia[3], dan para penyelidik mengakui bahawa seorang individu mempunyai kuasa untuk mempengaruhi perasaan orang lain[4], justeru itu satu perlakuan kelembutan boleh mewujudkan perbezaan yang besar dalam kehidupan orang lain.

Sama ada sekadar galakan atau dorongan biasa atau pelawaan untuk duduk bersembang, sentuhan kelembutan boleh membuatkan seseorang berasa dihargai. Untuk menyertai, anda cuma perlu ‘Like’ halaman Facebook Kleenex® Malaysia, cari post peraduan “Share The Softness”, dan mula berkongsi kelembutan. Tag pasangan, kawan, ahli keluarga atau jiran anda dalam bahagian komen post peraduan tersebut dan beritahu mereka betapa anda menyayangi mereka. Sertakan juga #kleenexsoftness!

Mesej yang paling menonjolkan kasih sayang akan memenangi Pek Kleenex® Softness eksklusif edisi terhad dan hadiah seperti kamera Polaroid, beg jenama Longchamp, rantai tangan Thomas Sabo dan banyak lagi!

“Penjagaan yang lembut membawa perbezaan dalam kehidupan kita yang sibuk dan moden dan apabila keadaan menjadi sukar, perlakuan yang paling kecil pun boleh membuat perubahan ke arah yang lebih baik. Inilah sebabnya mengapa Kleenex® terus menggalakkan rakyat Malaysia berkongsi kelembutan dan membawa kegembiraan kepada orang yang kita sayangi,” kata Emily Chong, Pengurus Pemasaran, Penjagaan Keluarga dan Dewasa, Kimberly-Clark Malaysia.

“Marilah kita akui bahawa perlakuan kelembutan yang paling kecil pun boleh mempunyai kesan riak, jadi melalui tindakan kita, kita boleh menjadikan Malaysia tempat yang lebih lembut untuk didiami. Pada Hari Malaysia ini marilah kita merayakannya dengan Berkongsi Kelembutan dengan rakan senegara kita.”

Tidak lupa pada mereka yang kurang bernasib baik, setiap post Share the Softness di Facebook serta setiap pembelian rangkaian produk CSR Kleenex® adalah bersamaan dengan derma sebanyak RM0.50 kepada OrphanCARE; cuma SMS kod unik yang terdapat pada produk Kleenex®.

Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana hendak Berkongsi Kelembutan, kunjungi halaman Facebook Kleenex® (www.facebook.com/Kleenex.Malaysia). Untuk maklumat lanjut tentang Kleenex®, sila hubungi talian Kimberly-Clark Consumer Care di 1-800-82-1188 (bebas tol) pada hari bekerja dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

###
Mengenai Kleenex®
Kleenex®, tisu muka No. 1 di dunia menawarkan kelembutan terunggul yang membersihkan semua jenis kulit dengan lembut. Setiap helaian diperbuat daripada 100 serat dara berkualiti yang tidak meninggalkan sebarang sisa bagi mengurangkan rengsaan kulit. Ini bukan sahaja memastikan kulit yang bersih, tetapi juga jagaan yang lembut dan kebersihan terunggul untuk anda seisi keluarga. Tisu  Kleenex® boleh didapati dalam dua jenis, iaitu tisu muka dan tisu mandi dan dalam pelbagai bentuk bungkusan yang menarik dan memudahkan, terkenal dengan kelembutan, kekuatan dan daya serapannya yang ideal.  

Kleenex® adalah jenama Kimberly-Clark
Kimberly-Clark dan jenama globalnya yang terkemuka merupakan sebahagian penting daripada kehidupan orang di lebih daripada 175 negara. Setiap hari, berbilion-bilion orang di seluruh dunia – hampir suku daripada jumlah penduduk dunia – memilih jenama Kimberly-Clark dan penyelesaian yang disediakannya bagi meningkatkan kesihatan, kebersihan dan kesejahteraan mereka. Dengan jenama seperti Kleenex®, Scott®, Huggies®, Kotex® dan Poise®, Kimberly-Clark adalah tentang “menerajui dunia dalam keperluan penting untuk kehidupan yang lebih baik”. Untuk mengikuti berita terkini Kimberly-Clark dan mengetahui lebih lanjut tentang sejarah inovasi syarikat sepanjang 140 tahun, sila layari http://www.Kimberly-Clark.com.





[3] The Rough Guide to Happiness, Nick Bayliss.


#kleenexsoftness



No comments:

Post a Comment

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...