Semenjak dua menjak ni..
a.k.u suka sangat minum Ice-Blended Labu
haaaaaaaaaa nampak cam exotic giler air neiH
mula-mula takut jugak nak try
tapi bila dah try..heheheh nak lagi dan lagi
daripada a.k.u dok tegok ice blended cuppocino..baik a.k.u minum ni kannn
rasanya...nyamannnnnnnnnnnnnnnnn
burp... oppppssssss
dan di sebabkan a.k.u ni dah tersuka minuman nieh
makanya kenalah google khasiat buah labu....
Kadang-kadang Nabi SAW makan roti berkuah dengan daging dan buah labu. Beliau suka kepada buah labu dan mengatakan : "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS".
Aishah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Hai Aishah apabila kau masak gulai, maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka"
ANTARA KHASIAT-KHASIAT BUAH LABU
Vitamin A - Labu kuning merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah vitamin A yang memungkinkan kita dijangkiti pelbagai jenis penyakit.
Kulit Halus Berseri - Sekiranya anda mengidamkan kulit yang halus dan berseri, amalan memakan buah labu adalah jawapannya.
Antioksida - Amalan memakan buah labu juga baik kerana ia bertindak sebagai antioksida yang memperlahankan proses penuaan serta memperbaiki sel-sel dalam badan yang telah rosak.
Rabun Malam - Selain masalah kulit kusam dan tidak bermaya, buah labu juga elok bagi anda yang mempunyai masalah rabun terutama rabun malam. Bagi yang mempunyai masalah ketidakseimbangan gula dalam darah juga digalakkan agar memakan labu sekerap yang boleh.
Masalah Paru-Paru - Buah labu baik untuk dimakan sekiranya anda mengalami masalah pembengkakan sendi dan masalah paru-paru. Mudah sahaja, ambil bijinya dan dikisar kemudian dicampur dengan jus lobak merah sebelum diminum. Rasa kelat biji labu tidak akan terasa malah lebih enak dan memudahkan anda untuk meminumnya.
_______________________________________________________________________
Mengandungi karatenoid (betakaroten), vitaman A, vitamin c, serat, mineral, lemak dan karbohidrat
Penawar racun haiwan berbisa
Biji labu - mengubati cacing pita
Pencegah kanser - diyakini mengandungi antioksidan
Mengubati diabetes, pembuluh darah sempit, jantung koroner dan darah tinggi, menurunkan panas dan melancarkan proses pencernaan
______________________________________________________________________________
Memulihkan kerosakkan kulit - Fungsi vitamin A dan beta karoten sangat berguna bagi kesihatan mata dan kulit, daya ketahanan tubuh serta peranakan. UV.Alpha karoten yang terdapat di dalam labu juga dapat mengelakkan dari terkena penyakit barah, awet muda dan terlindung daripada penyakit katarak. Selain itu, karotenoid mengurangi risiko penyakit kardiovaskular dan meningkatkan antibody di dalam tubuh badan kita. Labu juga sesuai kepada sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan kerana khasiatnya di dalam vitamin dapat membantu kita mendapat penglihatan visual yang lebih baik.
Melancarkan peredaran darah di dalam badan - Fungsi panthothenic acid ini di dalam labu ialah vitamin ini dapat melancarkan peredaran darah di dalam badan. Ia secara tidak langsung dapat mengurangkan stress. Vitamin B5 juga dipercayai dapat memperlambatkan timbulnya uban.
Kulit menjadi licin - Labu juga sesuai kepada sesiapa yang meinginkan kulit yang sihat dan licin. Vitamin C di dalam labu dalam melicinkan dan merawat kulit yang rosak.
Ia juga dapat menurunkan kolestrol di dalam badan dan dapat mencegah daripada terkena kanser.
Menguatkan struktur tulang - Labu terutama labu kuning dipercayai mempunyai zat magnesium yang tinggi. Zat magnesium di dalam labu dapat menguatkan struktur tulang dan gigi. Magnesium juga berperanan penting untuk melindungi fungsi jantung dan menjamin kondisi badan kita.
Sistem percernaan yang baik - Labu mempunyai sumber serat yang tinggi, iaitu kira-kira 10 gram dalam sebiji labu. Khasiat serat dapat menghidarkan kita dari penyakit jantung dan membantu untuk mengurangkan berat badan kerana Ia dapat membantu sistem pencernaan yang lebih baik
ehem ehem..cam best je kannn......mengurangkan berat badan??
Menjamin Kesihatan Kandungan - Ia amat sesuai kepada ibu yang mengandung kerana ia dapat menjamin kesihatan anak di dalam kandungan kerana labu kaya dengan khasiat zat besi. Ia berupaya membawa oksigen di dalam badan yang secara tidak langsung dapat mengekalkan kesihatan dan fungsi otak
No comments:
Post a Comment
eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...
pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...
PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU
Assalamualaikum!!