Assalamualaikum
Hari ni saya nak cerita agak panjang sedikit
lebih panjang dari selalu...
maklumlah dah lama tak menulis...
sejak kebelakangan ni..saya suka memerhati
memerhati gelagat seorang yang bergelar 'pendidik'
di sebabkan saya ni bukanlah 'pendidik' yang baik..
saya kena banyak belajar dari pemerhatian...
lagi-lagi nak berdepan dengan anak syurga saya itu...
dan...hati saya membuak-buak untuk berkata-kata sesuatu bila terbaca satu artikel dari blog http://www.cikguhailmi.com/ bertajuk 6 Kelebihan Ajar Kelas Belakang
saya yakin..semua orang..bukan sahaja guru..suka berada di depan
tidak kiralah apa saja keje....dalam apa jua bidang...
jarang kita dapat lihat guru yang 'suka' mengajar di kelas belakang...
antara cabaran yang pasti bakal mereka hadapi...
murid tidak pandai....kalau nak mengajar..kena explain betul-betul...kadang-kadang murid-murid di kelas belakang ni agak 'nakal'..tapi....kenakalan mereka ni pasti buat cikgu-cikgu tersenyum bila di kenangkan.....
berbanding kelas 'pandai' tak perlu ajar..dah semestinya boleh score...
kalau di ajar...ber'score-score' lah...
ini hanya pandangan peribadi saya
contoh yang mudah...
untuk mengajar Alieyah...memang mudah...tak perlu saya nak jadi tarzan..terpekik terlolong...berulang-ulang kali ajar benda yang sama..sbb Alieyah diberikan 'kebijaksaan' oleh Allah s.w.t untuk cepat menangkap apa sahaja ilmu....
berbanding Fahim...saya perlu berkali-kali mengajar benda yang sama...terpekik terlolong tu satu fenomena yang biasa bila mengajar Fahim...ibu bole jadi godzilla..gorilla..apa-apa sahaja...dan akhirnya...ibu give-up...tutup buku....tengok tv!!
dan bila Cikgu Hailmi kuarkan artikel nieH
saya memang tabik spring toing toing untuk para pendidik yang tidak pernah kenal erti penat....wajah sentiasa mengukir senyuman....bercakap dengan nada yang sederhana...tidak pernah give-up....sentiasa berusaha untuk jadikan pelajar mereka sebaik mungkin...
saya tidak hanya bercakap berdasarkan apa yang saya dengar sahaja
tapi apa yang saya lihat
yes...OBSERVATION..memang medium terbaik untuk saya belajar
ada satu hari..saya ke sekolah Alieyah
(ye..hari-hari saya pegi sekolah ye...dan saya tahu dah ragam anak murid dan cikgu-cikgu)
tapi kebetulan saya ke sekolah sbb Alieyah demam..
saya turun naik opis pegi ke kelas (huh tingkat 3 ok..tinggi sungguh hehehe)
dan dari situ saya tengok gelagat cikgu..
adalah tidak sopan seorang cikgu .. a.k.a pendidik memanggil anak muridnya dengan perkataan
"Hooi.....Ooi ..."
saya dengar dengan jelas...tak perlu saya terangkan cikgu apa....lelaki atau perempuan ye
tapi di sini jelas....perkataan yang di gunakan..tidak sepatutnya di gunakan....
hellloooooo...ingat ni zaman P.Ramle ke...nak nyanyi lagu "Hooi..Hooi Ya Hooi..Mari Kita Gembira...."
mungkin cikgu tadi tak perasan dia telah menggunakan perkataan itu..tapi kalau 'ketidakperasanan' (apa punya bahasa kan ) menjadi alasan...saya tak boleh terima......
saya tahu..kita manusia biasa...tak lari dari melakukan kesilapan..
tapi saya pasti...cikgu telah di berikan amanah oleh ibu bapa untuk menjadi pendidik di sekolah..
perkataan yang tidak sepatutnya disebut..janganlah di sebut di depan anak-anak yang ibarat kain putih ni....kalau kite taburkan warna hitam di atasnya...maka hitamlah dia..
tapi kalau kita corakkan seindah pelangi..anak-anak ni pasti menjadi pelangi yang bakal mengindahkan hidup kita...
berbanding satu lagi cikgu yang saya perhatikan
cakap dia...mak aiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..lembut giler
ajar pun..lemah gemalai...
saya rasa cam nak bagi penampar lah pulak kan sbb longlai sangat
saya yang wanita melayu terakhir ni pun tidak sesopan itu
tapi cikgu ni lah yang sabar dengan anak syurga saya
cikgu ni lah yang saban hari berhadapan dengan anak syurga saya sehingga Fahim boleh melakukan lebih dari kebiasaan....
tidak pernah saya dengar dia meninggikan suara...
sentiasa bersabar dengan karenah Fahim...
tetap mengajar walaupun Fahim tetiba jadi drakulla....
jika anda di beri pilihan Cikgu A (yang hooi ya hooi tu) dan Cikgu B (yang mengajar penoh kesopanan)
Siapa yang anda pilih?
tepuk dada..tanya selera....
bagi saya...
Pendidik yang sebenar adalah yang sentiasa sabar dengan karenah anak murid
Pendidik yang sebenar..sentiasa mengajar tanpa rasa kesal
Pendidik yang sebenar...tidak pernah kenal erti penat!!
merekalah pendidik sebenar...
saya memang tidak seperti mereka
saya tidak sesabar mereka
Terima kasih Cikgu!!
tak kira siapa pun Cikgu-Cikgu di luar sana
terima kasih kerana mendidik anak kami agar menjadi anak yang sempurna...
didiklah mereka seperti anak-anak cikgu sendiri....
oh ya..kalau ada masa..bacalah artikel 6 Kelebihan Ajar Kelas Belakang tulisan Cikgu Hailmi tadi
baca sekali komen-komen di bawah....pasti buat anda semua tersenyum dengan komen-komen itu
budimu tak mampuku balas berbanding pemberian aku...
kesabaranmu tak mampu kutandingi dengan kemarahanku...
air matamu adalah pantang larang hidupku...
walaupun sukar untukmu menjadikan kesedihan itu milik aku...
kehilanganmu mampu mengubah segala kegembiraan aku...
namun aku masih di sini mengharungi likuan kehidupan ini kerana
adanya kau untukku
Monday, May 11, 2015
Selamat Hari Guru!! - 6 Kelebihan Ajar Kelas Belakang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...
pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...
PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU
Assalamualaikum!!