Submarine Museum ni sekawasan dengan Padang Pasir tadi
iaitu di Klebang
dia sebelah menyebelah je :)
Fees untuk kanak-kanak adalah RM1 dan untuk dewasa RM3
Takde apa yang menarik sangat kat sini
cumanya sebijik kapal selam yang asal dijadikan sebagai tatapan umum
so orang boleh tahu camne keadaan dalam kapal selam
agak kecil....sempit....semput a.k.u di buatnya dok dalam tu
hahahahah
untuk orang 'comel' cam a.k.u..adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
memang tak hidup kot
tempat tido tu je dah buat a.k.u pening
belum lagi laluan dia yang seciput...
patutlah kelasi kelasi kita ni kurus keding kan.......
Sedikit latar belakang yang a.k.u sempat carik dari net.
Kapal Selam FS Ouessant Agosta 70 merupakan kapal selam latihan krew-krew Kelas Perdana Menteri Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Perolehan kapal selam FS Ouessant Agosta 70 milik bekas Tentera Laut Perancis. Kapal selam ini telah dibawa pulang ke tanahair oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk diabadikan sebagai muzium di Kompleks Muzium Maritim, Pantai Berlian, Klebang, Melaka.Kerja-kerja untuk membawa pulang kapal selam FS Ouessant Agosta 70 ini dari pengkalannya di Brest, Perancis telah dimulakan pada 9 Oktober 2011 dan tiba di perairan Melaka pada 12 November 2011. Fokus utama pameran Muzium Kapal Selam FD Ouessant Agosta 70 ini ialah sejarah kapal selam dan perkembangan terutamanya di negara kita
Lokasi:
Dataran 1Malaysia, Klebang, 75200 Melaka
GPS Coordinate: N 2.213988, E 102.198461
nanti a.k.u share-sharekan gambar di ruang dalam kapal selam ni
(masih dalam kamera)
setelah dua tempat kite lawati
PETUA yang saya boleh beri
beli air siap-siap....
haus ok berjalan-jalan tanpa air
memang kat kawasan ni tak boleh niaga..
yang ada pun cuma vending machine..
kotnya rosak....mmg kehausan lah...hehehhehehe
No comments:
Post a Comment
eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...
pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...
PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU
Assalamualaikum!!