SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Tuesday, May 24, 2011

Cuti tambahan Hari Raya Puasa dan Hari Kebangsaan 2011 | adanyakauuntukku |

Assalamualaikum


Cuti tambahan Hari Raya Puasa dan Hari Kebangsaan

24/05/2011 12:28pm

KUALA LUMPUR 24 Mei - Kerajaan memutuskan supaya satu hari kelepasan am tambahan 2011 ditetapkan bagi seluruh negara berikutan hari kelepasan am sempena Hari Raya Puasa dijangka bertindih dengan Hari Kebangsaan pada Rabu, 31 Ogos depan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, satu hari kelepasan am tambahan yang ditetapkan itu bagaimanapun akan tertakluk kepada pengumuman tarikh Hari Raya Puasa oleh Majlis Raja-Raja kelak.

Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Selasa, 30 Ogos 2011 dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) dan Hari Kebangsaan bertindih pada Rabu, 31 Ogos 2011 maka Khamis, 1 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Rabu, 31 Ogos 2011 dan bertindih dengan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) pula jatuh pada Khamis, 1 September 2011 maka Jumaat, 2 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan tambahan. - Bernama


cam best je kan..
leh cuti panjang..
tapi kalau cuti panjang nak pegi mana?

Plan..Plan..Plan...





7 comments:

  1. Erna..best kan....

    Syana..jom coti coti malaysia

    ReplyDelete
  2. tadi aku baru siap buat leave plan utk dept.

    dan kalo tak silap aku.. asben ko tak ambik cuti raya kan?

    abis cemana?

    ReplyDelete
  3. erk...biar betol mamat tu...
    sila pastikan yang dia amik coti..
    kalau tak pun
    ko pangkah kan sendirik lah Puan Ros..ha ha ha

    ReplyDelete
  4. Dah cop cuti seminggu raya ni, seronok xpayah nak potong AL banyak2 hehe

    ReplyDelete
  5. kan.....
    yang penting tak guna AL banyak2

    ReplyDelete

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...