SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Tuesday, August 9, 2011

Bertadarus di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum




Credit:  Mr Google


Insyaallah...
tahun ni tahun pertama a.k.u akan bertadarus di opis ku ini...
moga kami semua mendapat keberkatannya...

disebabkan ni baru first time...
(tak boleh malu nak belajar ye even first time)
so a.k.u pun surf lah net..
dapat info di bawah
moga jadi panduan untuk semua!!



Pengenalan:

Tadarus Al-Qur’an, pada asasnya bermaksud membaca Al-Qur’an di hadapan seseorang yang dapat mengawasi bacaan itu daripada sebarang kesilapan. Amalan tadarus merupakan salah satu ibadat penting yang diberi tumpuan oleh Rasulullah s.a.w. dalam bulan Ramadhan.

Baginda bertadarus Al-Qur’an dengan malaikat Jibril sendiri. Mengikut riwayat Ibnu Abbas r.a.:“Nabi Muhammad s.a.w. merupakan orang yang sangat pemurah dengan kebajikan, dan kemuncak kemurahannya ialah sepanjang bulan Ramadhan.

Jibril a.s. menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan sehingga habis bulan itu dan Rasulullah membacakan Al-Qur’an kepadanya. Sesungguhnya Rasulullah adalah amat pemurah umpama angin yang bertiup kencang”.   (Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim).

Tadarus Di kalangan Orang-Orang Soleh

Amalan tadarus Al-Qur’an Rasulullah itu, telah menjadi ikutan dan dihayati oleh para sahabat dan orang-orang soleh dari dahulu hingga kini. Mereka bertadarus Al-Qur’an sehingga tamat beberapa kali sepanjang bulan Ramadhan. Ada yang mengkhataminya seminggu sekali, tiga hari sekali, sekali setiap malam atau lain-lain tempoh mengikut kesungguhan serta keupayaan masing-masing.

Imam Asy-Syaaf’i umpamanya dilaporkan dua kali tamat dalam sehari di bulan Ramadhan. Qatadah ( 4قتادة ) pula mengkhataminya setiap tiga malam sebelum sepuluh terakhir Ramadhan. Manakala dalam tempoh sepuluh terakhir beliau mengkhataminya setiap malam. Selain itu, ulama terdahulu telah menangguhkan majlis-majlis ilmu mereka di bulan Ramadhan bagi memberi lebih tumpuan terhadap Al-Qur’an.

Imam Az-Zuhri 5( الزهري ) misalnya apabila tiba bulan yang berkat ini, beliau menangguhkan sebarang majlis ilmu, bagi menghayati tilawah dan mendalami Al- Qur’an. Beliau membacanya pada mashaf ( . (مصحف

Demikian juga Imam Malik r.a. beliau meninggalkan buat sementara waktu sebarang aktiviti pengajian hadis dan fekah bagi mentadabbur Al-Qur’an6. Sehubungan ini beliau pernah menyatakan: “ هذا شهر القرأن ”. Ertinya, ini ialah bulan Al-Qur’an.

Cara Tadarus:

Tiada cara yang seragam atau tertentu dalam aktiviti tadarus Al-Qur’an. Bagaimanapun antara langkah-langkah yang boleh diikuti ialah:

1. Membaca Al-Qur’an secara bergilir-gilir dalam suatu kumpulan kecil.

2. Membaca mengikut tertib surah dan ayat, sebagaimana dalam mashaf (مصحف)

3. Menyemak bacaan agar selamat daripada kesalahan tajwid dan sebagainya.

4. Baca dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah bukan untuk segera khatam.

5. Aktiviti ini boleh dihidupkan di tempat-tempat yang sesuai terutama di masjid, surau atau di rumah sebaik-baiknya bersama keluarga.

Adab Membaca Al-Qur’an:

Antara perkara-perkara utama dalam adab membaca Al-Qur’an:

1. Suci daripada hadas besar dan kecil.

2. Duduk dengan sopan dan mengadap kiblat.

3. Membaca secara tartil.

4. Membaca dengan melihat mashaf ( مصحف ) lebih afdhal.

Kelebihan Tadarus:

Tadarus Al-Qur’an mempunyai banyak kelebihan. Antaranya, sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:“Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membaca dan bertadarus Al-Qur’an, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan (sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada para malaikat”.  (Riwayat: Abu Daud).




 

2 comments:

  1. bagus bagus amalkan slalu k...

    kat depart ako ni dah banyak tahun buat...

    ingat tahun ni takde tapi ada juga permintaa nak teruskan.. alhadmulilah

    ReplyDelete
  2. ila rasa ila ikot department ko punya lah ni retna

    ReplyDelete

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...