SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Wednesday, November 16, 2011

Masterchef Malaysia

Assalamualaikum





korang follow tak Masterchef Malaysia?
masa mula-mula tu a.k.u tak follow sangat
tapi selepas sekali a.k.u tengok
teros follow..
dan paling best
siap menitiskan air mata tu bila ada peserta yang terkeluar
kena marah....





kat atas tu lah peserta-peserta Masterchef Malaysia
kalau gambar deme dan kelabu asap tu
maksudnya dapur mereka sudah tidak berasap (terkeluar lah tu ye)
dan a.k.u mmg kagum dengan mereka ni
bukan semuanya adalah chef
doktor gigi ada..penulis novel ada..
mmg pelbagai latar belakang
tapi .. tapiiiiii
mereka bukan di ambil bodoh-bodoh saja tau..
mereka juga melalui pelbagai ujian baru boleh masuk Masterchef ni...
setakat ni yang terkeluar..Azizah, Zeri (tarik diri), Hui Ting dan Terrence yang terakhir

skrang berkenalan dengan Para Juri/Chef


Chef Jo
Chef Jo

Moh Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Chef Jo yang berusia 55 tahun merupakan juri MasterChef Malaysia paling "senior". Bekas Presiden Persatuan Chef Malaysia ini mendapat pendidikan di Universiti Teknologi MARA, Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Institut Teknologi MARA pada tahun 1975 dengan lulusan Diploma Latihan Chef.

Bermula dari situ, Chef Johari menimba banyak pengalaman bekerja di hotel-hotel terkemuka di ibu negara. Beliau juga pernah memegang jawatan penting di beberapa buah syarikat makanan di Malaysia termasuk sebagai Timbalan Pengarah F&B di Tradewinds Corporation Berhad dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sebagai salah seorang ahli dalam Retail Advisory Council.

Chef Johari juga pernah diiktiraf sebagai pakar masakan dalam pelbagai acara seperti di WorldSkills Competition (Skills Olympic) di London pada September 2011 dan #1 Culinary for the 7th ASEAN Skills Competition pada tahun 2008. Selain itu, Chef Johari terus mencurahkan ilmu masakannya kepada generasi muda melalui institusi pengajian tinggi seperti UiTM, Kolej Taylor, KDU dan Universiti Utara Malaysia.



Chef Riz

Chef Riz

Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuawan, berumur 29 tahun merupakan juri MasterChef Malaysia paling muda. Anak sulung kepada chef selebriti terkemuka negara iaitu Chef Wan atau Redzuawan Ismail tidak pernah merasakan dirinya dibayangi oleh populariti ayahnya. Malah, beliau sendiri mempunyai rancangan masakannya tersendiri seperti Makan Tapi Diet, Jernal Chef dan Sajian Kontemporari.

Beliau pernah menjadi Chef Kumpulan Eksekutif di MXM International, Marcos Italian Restaurant, Titanium International Bistro, Thai King Crab Seafood Restaurant dan juga Pengarah Culinari di Real Food Corporation Meatworks Steakhouse. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Chef Riz sentiasa menjadikan bapanya sebagai sumber inspirasinya.



Chef Zubir

Chef Zubir

Berusia 45 tahun, Zubir Bin Md Zain atau Chef Zubir sentiasa nampak muda dan bertenaga. Jurulatih dan Ketua Pasukan untuk pasukan chef Malaysia ini sentiasa bersemangat tinggi memastikan kejayaan anak-anak buahnya dalam apa jua pertandingan masakan yang disertainya.

Chef Zubir mendapat pendidikan dalam Diploma Latihan Chef di Institut Teknologi MARA pada tahun 1988. Pendidikan yang diperolehinya tidak disia-siakan apabila menjadi pensyarah di institut yang sama yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA, Malaysia. Selain itu, Chef Zubir pernah menimba pengalaman di bawah pengawasan Chef Anton Mossiman di Anton Mossiman Exclusive Dining Club Belgrave Square, London.

Beliau pernah bekerja sebagai Eksekutif Sous Chef di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur selain bekerja di hotel-hotel terkemuka lain di ibu negara. Chef Zubir juga turut melibatkan diri di arena antarabangsa dalam bidang masakan di Jepun, Austria, Amerika Syaraikat dan Singapura.

Chef Zubir pernah mengharumkan nama negara dalam beberapa pertandingan masakan di luar negara. Beliau menjadi Ketua Pasukan dan Jurulatih serta pengurus untuk pasukan Malaysia untuk Worldskill Cooking Competition, Excel di London, Food & Hotel Asia Culinary Challenge,Singapore dan memenangi 2 pingat perak dan Asian Junior Chef Challenge, Indonesian Salon Culinaire-Food & Hotel Indonesia dan memenangi pingat emas dan juara keseluruhan.



fuhhhhh..terima kasih kepada ASTRO ..
semua info di atas adalah dipetik daripada Masterchef Malaysia ASTRO
ari ni ada Episod 23: Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran
Strategi susun atur kerusi meja para pelanggan dan kelebihan memiliki 10 anggota memberi kekuatan kepada Pasukan Merah untuk mengalahkan Pasukan Biru yang hanya mempunyai 9 anggota. Pasukan Merah diberi penghormatan untuk makan tengahari di Restoran Meatworks. Tewas dengan peratusan undian yang tipis telah meletakkan Pasukan Biru ke pusingan penyingkiran. Juri sebulat suara memilih lima peserta memasuki penyingkiran. Mereka perlu menghidangkan masakan menggunakan bahan utama iaitu mee segera perisa kari. Masa memasak yang diberikan ialah 20 minit sahaja.


tak sabar nak tunggu episod hari ini
siapa agaknya yang terkeluar
tak sangka Deena dan Shahriah sanggup bersama tiga rakan lain untuk sesi penyingkiran
so malam ni nantikan...
sama ada Deena, Shahriah, Zahin, Mastura atau Zamir yang akan terkeluar

korang boleh follow Masterchef @TWITTER atau pun @FACEBOOK (macam bukan Masterchef Malaysia jer)

4 comments:

  1. tengok sekali sekala je, bila dah keluar gosip pasal chef riz lagi dah malas tengok, kekeke.. tp kalau terbukak channel tuh layan gak ler

    ReplyDelete
  2. @Pinkjambu

    akak follow habis2an
    hehehh

    gossip Chef Riz??
    pak dia suh mintak maaf kan

    ReplyDelete
  3. tak pernah ikuti citer ni, tapi pernah tgk sikit2 lah.. cam best jugak...

    ReplyDelete
  4. @Deqna

    follow jgn tak follow Deqna
    walaupun tak masok Masterchef
    asalkan dah jadi Masterchef di hati suami dan anak2 pun dah ok kan

    ReplyDelete

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...