SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Wednesday, February 29, 2012

Bicara Semanis Kurma

Assalamualaikum




kawan-kawan office a.k.u kebanyakkannya dah update pasal Ceramah Dato Siti Nor Bahyah Mahmood & suaminya Ustaz Wan Akashah........

tapi a.k.u baru nak update kan..
bukan ape...amikk moood
dan nak kongsi benda baik nieH
a.k.u seboleh-bolehnya nak pastikan ..
intipati 'BICARA' tu sampai....dan boleh dikongsi bersama..

tajuk BICARA SEMANIS KURMA ni adalah KELUARGA SYURGAWI...

Ustazah dan Ustaz ada menggariskan beberapa faktor untuk membentuk KELUARGA SYURGAWI

PERTAMA - Iman dan Takqwa kepada Allah s.w.t

  • penting adanya keredhaan dari Allah dan restu ibu bapa dalam perhubungan.....
  • sebelum kita berkahwin...perlu solat sunat istikarah sehingga mendapat petunjuk adakah benar org itu adalah pasangan kita....kerana pasangan yang diredhai....mendorong kepada keluarga syurgawi....
  • setiap perhubungan mestilah berlandaskan agama.....jgn ikut perasaan CINTA semata-mata....


KEDUA - Al Mawadah Warahmah (lebih kuranglah ye ejaannya) 
kasih sayang boleh ditunjukkan dengan kata-kata, perbuatan
jadi jgn lupa untuk menunjukkan kasih sayang kita pada keluarga....
beli hadiah sempena harijadi ke....ataupun gunakan panggilan yang baik pada pasangan mahupun anak-anak...
Ustazah ada bg contoh panggilan Nabi Muhammad s.a.w kepada para isteri dan anak-anak...jadi panggillah dengan nama-nama yang baik

KETIGA - Perbualan/Pergaulan/Perkataan/Perbuatan yang baik
kita haruslah menunjukkan perkara yang baik-baik pada anak-anak...
teladan pada mereka...

Amalkan 5S
  1. Senyum
  2. Salam
  3. Sapaan
  4. Sopan
  5. Santun

jangan menengking-nengking apabila bercakap...dengan suami mahupun dengan anak
bila kita menunjukkan benda yang baik pada anak-anak
mereka pun akan ikut sama menjadi baik....melakukan perkara yang baik...

KEEMPAT - Amanah dan Tanggungjawab
kita mesti ingat....anak dan isteri adalah tanggungjawab dan amanah dari Allah
jadi para suami mesti menjalankan tanggungjawab yang sempurna untuk menjaga
bentuk keluarga yang kekal abadi sehingga akhir hayat

KELIMA - Rezeki yang halal
menyumbang kepada kebahagiaan
bahagia terletak pada hati - hati yang sihat - kehidupan yang di hadapi akan tenang

dan setiap org akan diuji

Contohnya:
Kaya yang 'sihat' - akan jadi pemurah
Kaya yang 'sakit' -  akan jadi sombong
Sihat yang 'sihat' - akan sentiasa syukur
Sihat yang 'sakit' - akan lupa diri

dan jangan lupa BERZAKAT...WAJIB
penting
sbb zakat akan membuatkan hidup kita lebih aman, hati tenang, diselamatkan dari penyakit kronik, diberikan pendapatan yang cukup
walaupun bergaji rendah, dengan berzakat, Allah akan sentiasa 'cukup'kan rezeki kita sekeluarga......

a.k.u baru tahu......perak kena zakat ok........
dan.....Barang Emas yang dipakai mahupun tidak di pakai..semua kena zakat juga......


KEENAM - Banyak berdoa kepada Allah swt
penting bg sesebuah keluarga untuk sentiasa berdoa pada Allah.....
Cuba amalkan Surah Al Hasyr Ayat 21 - melembutkan hati anak/suami
amalkan sebelum tido, pergi sekolah - hembus pada umbun-umbun anak
hembuskan pada tengkuk suami - untuk lembutkan hati suami




KETUJUH -  Buat baik pada ibubapa
apa saja perkara baik yang kita lakukan pada ibubapa kita sendiri
pastinya anak kita akan melakukan perkara yang sama......
CONTOH:  Jika berkemampuan, berilah duit pada ibu bapa kita.......


hopefully apa yang a.k.u taipkan di sini
membantulah sendikit sebanyak dalam membentuk keluarga syurgawi
kalau ada yang salah mana-mana..
'TOLONG INGATKAN a.k.u' ye...



4 comments:

  1. bagus akak buat nota...saya hari tu datang melenggang aje, tu yg tak sempat salin setiap pesanan ustazah melainkan rakam terus ke otak sahaja hehe :D
    thanks kak for the info in details!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe.....datang rakam di otak pun bagos juga.......
      akak ni pelupa erin
      kalau setakat dengar tangan tak menulis....sekiannnnnnnnnn

      Delete
  2. sama sebijik dengan setiap apa yg ustazah ngan ustaz kongsi kan hari tu, takde yg tinggal... saya ada rekod sepanjang ceramah tuh..

    semoga keluarga kita tergolong di kalangan keluarga syurgawi yg ustazah maksudkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Deqna..
      moga kita sentiasa tergolong dalam keluarga syurgawi..aminnnnnnnnnnnnnnnn

      Delete

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...