SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Thursday, July 26, 2012

Resepi Laksam Terengganu

Assalamualaikum

ari tu a.k.u cite kat sini..pasal resepi laksam
tapi a.k.u amik dari internet plus a.k.u dengar mak a.k.u cite

tapi..
a.k.u confirmkan betul-betul resepi dia..
sbb hajat di hati nak buat..
jadinya....
bermulalah edisi belajar dengan bonda a.k.u sendirik...

Bahan Laksam
1 paket tepung beras (tak payahlah pakai sukatan gelas bagaikan...guna sekampit senang)
Air panas (bukan air mendidih tau....)
Garam ( sedikit cuma....bg rasa sikit..idoklah tawar je kan)

Cara Memasak Laksam:

  1. Masukkan tepung beras dan garam ke dalam air suam dikacau sehingga  sebati.....ketepikan
  2. Panaskan pengukus dan amik tudung periuk sebagai acuan laksam
  3. Masukkan bancuhan tadi atas tudung periuk sehingga lekuk tudung periuk tu......** tudung periuk besi tu tau...kan ada lekuk...letak tara tuuu je ** 
  4. Kukuskan sehingga masak....bila dah masak..ketepikan bg sejuk sikit......lepas tu boleh gulung...dan dipotong


**  Buat kaedah di atas sampai habis semua adunan tepung tadi


Bahan Kuah Laksam
6 ekor ikan sardin yang telah direbus
Bawang Merah
Lada Hitam
Santan
Garam
Daun Kesum
Asam Keping

Cara Memasak Kuah Laksam

  1. Tumbuk bawang merah dan lada hitam berserta ikan sehingga lumat
  2. Masak santan sehingga agak panas ** mak a.k.u kata..bila dah nampak bubble tu...... cukup..tak payahh biar menggelegak sangat, dah nampak bubble terus perlahankan api...**
  3. Selepas itu, masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam santan dan gaul sehingga pekat.  Masukkan garam, daun kesum dan asam keping ke dalam kuah **ingat ok api kena perlahan, kacau sentiasa sehingga pekat - mak a.k.u kata lagi...kalau tak kacau selalu dan tak pakai api kecik..sat gi adunan kuah tu jadi ketul-ketul..tak smooth gitu.. lepas tu..bila dah nampak bubble dalam kuah...padamkan api  **

Bahan Ulaman
Kacang Panjang
Daun Kesum
Timun
Taugeh - dicelur sedikit

* Ricik halus kacang panjang, daun kesum dan timun - semua bahan ni gaul sama
* Taugeh yang di celur sedikit di asingkan di bekas lain

Bahan Sambal Cili
Cili Kering
Garam

Cili kering dikisar halus. Kemudian dimasak sebentar di dalam kuali sehingga agak likat ** ada org tak masak...tapi mak a.k.u kata lagi....cikgu dia ajor masak sikit..supaya bertahan lama sikit **


** ada orang servekan dengan limau ....yang boleh kite perahkan dalam kuah kalau nak masam sikit **

Selamat Mencuba!!





6 comments:

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...