Assalamualaikum
rentetan posting a.k.u terdahulu...
actually, Disney Junior melancarkan satu laman web interaktif baru yang di panggil
‘PIRATE AND PRINCESS: POWER
OF DOING GOOD’
kawan-kawan boleh lah menggalakkan anak-anak untuk melayari laman web ini www.disneyjuniorpowerofdoinggood.com bermula 9 Disember 2014.
Apa sebenarnya kempen ni?
Kempen ‘Pirate and Princess: Power of Doing Good’ Disney Junior bertujuan memperkenalkan kepada
kanak-kanak yang berusia antara 2-7 tahun idea dan nilai-nilai cinta terhadap -
alam semulajadi, haiwan
dan saling bantu-membantu. Kempen ini juga akan memperkasakan kanak-kanak
prasekolah untuk
turut serta dalam aktiviti sukarela yang digalakan ibubapa dan disokong oleh
masyarakat.
“Kami
mengharap kekuatan cerita dan watak kami boleh memberi inspirasi kepada
kanak-kanak untuk membayangkan
dunia yang lebih baik dan membantu mereka memahami, melalui setiap langkah prihatin
terhadap persekitaran dan komuniti, yang mereka berpotensi membuat perubahan
positif terhadap
dunia ini. Kempen “Power of Doing Good” di Disney Junior memperkasakan
kanak-kanak dan keluarga
mereka dengan maklumat dan peluang untuk bekerjasama dengan kawan-kawan,
keluarga dan komuniti
mereka untuk meninggalkan kesan positif kepada alam sekitar mereka. Kami
berterima kasih kepada
rakan-rakan kempen kami – WWF (World Wide Fund for Nature), SPCA Singapura dan
Selangor, dan
Majlis Alam Sekitar Singapura – di atas sokongan mereka,” kata Natasha
Malhotra, Pengurus Besar, Branded
Media and Content, Walt Disney Company Asia Tenggara.
"WWF
gembira menyokong kempen “Power of Doing Good” Disney Junior. Kanak-kanak perlu
belajar dari
usia muda lagi untuk mengambil berat terhadap alam sekitar, haiwan dan
masyarakat. Ini akan banyak
membantu dalam memupuk generasi yang lebih bertanggungjawab dalam membentuk
planet yang
sihat," kata Elaine Tan, Ketua Pegawai Eksekutif, WWF Singapura.
Watak
popular Disney Junior Jake (dari Jake and the Never Land Pirates) dan Sofia
(dari Sofia the First) akan
menjemput kanak-kanak dalam pengembaraan yang memperkasakan diri melalui kempen
‘Power of
Doing Good’.
Bagaimana anak-anak boleh menyertai kempen ini?
Ibubapa perlu memuat-turun senarai aktiviti-aktiviti menyeronokkan dari laman
web www.disneyjuniorpowerofdoinggood.com
yang berasas dari empat tema – Komuniti, Haiwan, Alam Sekitar
dan Penceritaan. Sijil dan lencana penghargaan online akan diberikan kepada
mereka yang telah berjaya
menyempurnakan semua aktiviti dan belajar etos berbuat kebaikan. Selain itu,
kanak-kanak dan keluarga
mereka akan berpeluang membuat “power promises” (janji berbuat baik) online.
ape lagi...
jom layari www.disneyjuniorpowerofdoinggood.com
No comments:
Post a Comment
eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...
pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...
PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU
Assalamualaikum!!