SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Monday, July 13, 2015

Saya Zahra

Assalamualaikum



selain cite kecoh kat Low Yat
#sayazahra ni pun kecoh di laman sesawang....
(laman sesawang ok)

saya tengok ramai yang menghantam Zahra
mereka berpendapat Zahra seolah-olah tidak bersyukur dengan apa yang dia ada...

tapi..
bagi saya....sebaliknya....
itulah hakikah anak Melayu di bumi ..tanah Melayu...

jangan mudah sangat melatah wahai Bangsa Melayu...
kita sepatutnya lihat secara terperinci apa yang cuba disampaikan di sebalik kisah benar Zahra...

sebagai graduan universiti...
Zahra menceritakan kepayahannya untuk menempuh dunia masa kini..
orang Melayu umpama 'mengemis' di bumi sendiri...

jika di kaji sebaiknya
itulah hakikat...realiti...bukan fantasi...

boleh tak kita lihat bangsa Melayu kita sekarang
tak payah pikir jauh sangatlah
tengok je kalau niaga sesama Melayu...
macam mana? saya tak nafikan ada je orang Melayu yang baik
saya cakap tentang ada segelintar Melayu tak suka melihat sesama Melayu naik...

baru gerai A ramai pelanggan sikit..dah dikatakan bela Jin....pakai itu ini
padahal gerai A meniaga macam biasa je..
sepatutnya sebagai bangsa Melayu ni..happylah...sesama bangsa maju
kalau diri sendiri nak maju macam gerai A...
usaha lebih lagi...mungkin....ada something yang buat gerai A lagi maju dari gerai sendiri..

dan sebagai gerai A .. kalau gerai B memohon nasihat...pandangan..
janganlah pulak kedekut...bantu sesama kita...

itu belum lagi ada pihak-pihak yang berdengki bila ada gerai Melayu naik..
ada saja orang yang cuba mengadu domba....
akhirnya..roboh.. musnah semua gerai-gerai milik bangsa Melayu
tapi bangsa lain?? ada tak yang kita nampak di robohkan??
ada je tengok kedai sampai atas jalan pun depa bentang kerusi meja
ada tak orang amik tindakan??

saya lihat Zahra bukan mengeluh sebab nasibnya sahaja...
tapi dia mengeluh tentang nasib orang yang jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh lebih sukar dari dia
sebagai graduan universiti..nasibnya dah sebegitu..
bagaimana dengan orang lain yang bukan graduan?? bukan di bantu oleh ibu bapa?? bukan dari golongan berpendapatan tetap??

mungkin ramai melihat Zahra seolah-olah meminta simpati ..
tapi dia adalah pencetus sebenarnya
untuk bukak mata orang Melayu
bangkit!! jangan lagi berfikiran negatif....
orang lain bertepuk tangan....terbahak-bahak melihat bangsa kita 'menjatuhkan' sesama kita

semalam saya ada menonton berita
ada seorang bangsa Melayu..
yang tak kurang hebatnya......walaupun graduan universiti..
dia bekerja sebagai 'Tukang Gunting Rambut"
hebat bukan??
dari hanya menggunting rambut di bawah pokok
kini memiliki dua buah kedai menggunting rambut dan bukan itu sahaja
beliau kini menawarkan pekerjaan kepada orang lain yang tidak berkemampuan dari segi pendidikan..yang keciciran....untuk sama-sama menaikkan martabat orang Melayu....

FAKTA lagi...
Saya pernah mendengar Ustaz Don bercerita..
bangsa Melayu merupakan bangsa yang sangat cerdik..sangat pandai....
masakan tidak.....bangsa Melayu ni adalah di kalangan ulama masyur di Tanah Arab...
kenapa Universiti Al Azhar memilih Malaysia sebagai cawangan Universiti kedua??
sebab ini Tanah Melayu.....mempunyai bangsa Melayu yang cerdik pandai....




Ayuh Bangsa Melayu!!
ini bumi kita..Bumi Melayu!!
Tanah Melayu!!
jadikan TANAH TUMPAH DARAH KITA..tempat untuk kita sama-sama mencari rezeki...
sama-sama bangkit dari kelumpuk kesusahan....

di bulan baik....di hari baik
buang segala perasaan negatif..
kita pikir yang positif .. positif sahaja..
walaupun mungkin ada tutur kata Zahra menunjukkan 'ketidakpuasan' hati beliau...
biarkan lah....hasrat dia baik....bukan hanya untuk diri dia..tapi untuk semua Bangsa Melayu!!

saya tinggalkan persoalan untuk kita semua renungkan.......

peace no war!!





No comments:

Post a Comment

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...