SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Tuesday, August 25, 2015

My Little Boy

Assalamualaikum


Apa kabar semua?
ada ke lagi yang masih menjengok ke sini

tak de pun tak pe (sob sob....)

hari ni nak update pasai anak teruna saya yang sorang ni..

baru-baru ni ada aktiviti Menunggang Kuda
so pagi-pagi masa hantar ke sekolah tanya Fahim

Ibu:  Fahim nak naik kuda ari ni?
Fahim:   Yeeee...
Ibu?  Amik duit ni..bagi kt Teacher Jeff...
Fahim:  Tak nak lahhhh
Ibu:  Mana boleh tak amik..karang tak boleh naik kuda...
Fahim:  Nak tido lahhh.....(ni signature phrase Fahim kalau dia tak nak...dulu dia akan cakap nak airrrr........)

Ibu malas nak layan...terus bgi Babah duit...
Pastu Ibu sambung lagi cakap

Ibu:  Nanti Fahim nak naik kuda warna apa?
Fahim:  Purpleeeeeeeeeeeeeeeeeee

cewah anak..ko ingat kuda ni ala ala My Little Pony..nak color purple..sabo je kannnn

balik je dari keje..
dia dok depan pintu
mengharapkan ibu dia sapa dulu
tapi ibu buat bodohhh hehehhe..
saja kan...phsychology...

tapi lama-lama ibu bergalah gak tanya

Ibu:  Naper Fahim?
Fahim:  Awim aikk tuda (Fahim naik kuda)
Ibu:  Ye ke??? best tak?
Fahim:  Bestttttttttttttttt
Ibu:  Fahim naik kuda apa?

Fahim diammmmmmmmmmm....

Ibu: Kuda purple yek?
Fahim:  Mana ada lah...tuda itam (kuda hitam)
Ibu:  Tak de purple?
Fahim:  Tak de....
Ibu:  Siapa lagi pegi?

Sambil tunjuk lima jari dia
pastu dia tunjuk jari kelingking tu dia....
pastu dia start lah sebut nama kawan-kawan dia dari ibu jari sampai jari manis
bila jari kelingking..dia bagi tau kuat-kuat "Lima....ni Awimmmmmmm"

yerlah nak
selagi ada improvement..ibu redha je lahhhh.......
yang penting.....Fahim happy......dan kalau ibu dah tak de...
Fahim boleh jaga diri sendiri.......aamiinnn....
(ibu dah bergenang nieH) 




pastu skarang
Fahim masih continue Therapy Sessions dia
dan di bawah ni.....aktiviti yang baru Fahim buat

dan surprisingly...
Fahim boleh buat tanpa di ajar...
ibu lagi lah..bila dengar teros speechless...
untuk Fahim..ni kira satu pencapaian hebatlahhh
sbb dia tak pernah buat..dan bila first time buat..terus boleh...
good good..ibu suka..
cuma ibu tak suka..therapist dia suh buat aktiviti gini kat rumah
heheheh....ibu Fahim kan 'rajinnnnn'

ada dekat 10 aktiviti maze ni lah dia buat
semua dapat di buat....
ibu sukaaaaaaaaaaaaa gile

keep it up Fahim!!




Saturday, August 8, 2015

Miles From TomorrowLand: The Search for Disney Junior's Space Adventures

Assalamualaikum

hari Sabtu lepas kami sekeluarga berpeluang menghadiri  Media Screening Miles From TomorrowLand:  The Search for Disney Junior's Space Adventures.

bukan senang nak dapat tengok untuk pertama kalinya kannn
orang yang bertuah je yang boleh pegi tau (hehehehhe)

bukan media screening je..
siap ada breakfast bagai..tu belom campur aktiviti untuk anak-anak sebelum tayangan bermula...

sampai je teros lepak lepak
santai-santai atas bean bag..memang sempoi lahhhhhh





Untuk pengetahuan kawan-kawan  Tayangan Perdana Siri Baharu ni akan bermula pada 17 Ogos 2015, Isnin pada jam 9 pagi......di Disney Junior (Astro Channel 613)

dan selepas itu...siri-siri lain akan muncul setiap hari Isnin pada waktu yang sama....



Nak tau tak apa tu Miles from Tomorrowland?

Program baharu ini adalah untuk kanak-kanak berusia 2-7 tahun ini menggabungkan fakta unik tentang angkasa dan sains tatkala mengikuti misi pengembara muda Miles Callisto dan keluarganya ke angkasa lepas.

Keluarga Callisto terdiri dari Ibunya dan Kapten kapal, Phoebe; Ayahnya jurutera mekanik, Leo; kakaknya Loretta pakar teknikal dan kawan baik, Merc, ‘robo-ostrich’. Mereka bersama-sama menerokai galaksi baru yang dipenuhi dengan makhuk asing, kenderaan angkasa lepas dan alat berteknologi tinggi yang aneh. Mereka akan membawa penonton muda dan keluarga mereka mengharungi perjalanan ke masa depan, dan pada masa yang sama mengingatkan mereka tentang apa yang perlu diperkukuhkan – ikatan keluarga.  


dannnn

dannnnnn

dannnnnnnnnnnnnn



Sempena pelancaran siri ini, pencarian untuk ‘Disney Junior’s Space Adventurers’ seluruh Asia Tenggara kini bermula! Kanak-kanak berusia 2-7 tahun digalakkan untuk mencipta Starjetter mereka sendiri – kapal angkasa penyelidik yang digunakan oleh keluarga Callisto sewaktu perjalanan mereka ke angkasa lepas. Keluarga di Malaysia juga boleh mengunjungi Petrosains, The Discovery Centre di Tingkat 4, Suria KLCC bermula 1 Ogos 2015 untuk menyertai aktiviti istimewa bertemakan Miles from Tomorrowland!



BAGAIMANA untuk menyertainyaaaa? 

Ibubapa perlu melayari laman sesawang – Disneyjunior.asia – dan muat turun Miles from Tomorrowland Space Adventurer E-kit yang bukan sahaja menampilkan helaian aktiviti menyeronokkan tetapi juga panduan lengkap cara untuk mencipta Starjetter. Foto Starjetter paling kreatif yang dihantar akan memenangi gelaran “Disney Junior’s Space Adventurer” dan akan disiarkan di saluran ini.  


mudahhhhhh kannnnnn......

___________________________________________________________


Synopsis:
This intergalactic adventure charts the outer space missions of young adventurer Miles Callisto and his family – mom and ship captain, Phoebe; mechanical engineer dad, Leo; tech-savvy big sister, Loretta; and robo-ostrich pet, Merc – as they help connect the universe on behalf of the Tomorrowland Transit Authority. Each episode features two 11-minute action-packed stories as Miles, Merc and the Callisto family explore wondrous and diverse new worlds, taking young viewers and their families on a futuristic journey that fuels kids’ natural interest in space, and at the same time reminding them of the importance of what lies close to home – the family bond.


Created and Executive-Produced By:
Sascha Paladino

Voice Cast:
Alton Brown as Lysander Floovox
Adrian Grenier as Captain Joe Callisto
Mark Hamill as Gadfly Garnet
Bill Nye as Professor Rubicon
Brenda Song as Aunt Frida
George Takei as Spectryx
Wil Wheaton as Commander S’leet

Series Consultants:
Dr. Randii Wessen, Jet Propulsion Laboratory
Dr. Yvonne Cagle, NASA
John Spencer, Founder of Space Tourism Society

Signature Phrases:
“Blastastic!”
“Superstellar!”
“Galactic!”
“Let’s rocket!”



so kalau lepas ni dengar je perkataan di atas..
korang sure dah tau dahhh dari kartun apa kan :)




jangan lupa tau..setiap Isnin jam 9 pagi di ASTRO 613


dan tayangan perdana pada 17 Ogos ini




Friday, August 7, 2015

Upside Down Art Gallery | Rumah Terbalik Port Dickson

Assalamualaikum



aritu masa pegi Melaka kami ke Upside Down House Melaka
kali ni kami ke Upside Down House Port Dickson






introduction je...wallah...
tertusukkkkkkkkk pinggang ramping kuuuu ha ha ha
lelain..layan gambor je lah ye.....






hebat tak hebat takkkkkkkk....mampu ko melekat kat dinding....berdiri tak jejak bumi bagai????











sebenarnya ada banyakkkKkKKK je lagi tempat-tempat effect terbalik ni
ni antaranya lahhhhhhhhhh

nak tau kat mana??

Alamat:  No 15, Jalan Coral Walk, Batu 9, Jalan Pantai, Teluk kemang batu 9 (Near Ostrich Park & Politeknik), Port Dickson
 Untuk pertanyaan:   016-336 8751


dan harga untuk masuk ke sini??

haaaaaaaaaaaaaaa

sila rujuk gambar di bawah ye..
maaflah mungkin tak berapa jelas..sbb kaca kannnn......so ada reflection gambar di situ..




Jom Raya Lagi

Assalamualaikum


Konsep Raya kali ni berbeza sikit
sebab check-in kat Resort opis di PD
so dah sampai PD baru berjalan ke Pilah....
Short-Trip-Raya kekdahnya

di sebabkan check-in kul 4petang
kami pun bertolak agak lambat dari KL....
dan semestinya selepas budak berdua tu habis sekolah :)

sampai-sampai je memang shopping kat Family Store beli barang-barang tuk makan duluuuu....
lepas tu...baru check-in resort...

budak-budak ni tak payah cakaplah..nampak kolammmm
semua hati membuak-buak nak ke sana..
so memang terjah lah ke sana duluuuu

pada sebelah malamnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
makan besar!!
mmmm memang besar sangat.....cecah RM200 gak lahhhh
sib baik share...ha ha ha







licinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
mampu ko?? buntang-buntang mata masing-masing nak kasi perabih
tu pun...ada yang di bungkus bawak balik.......
air sirap tu pun kami tapau balik ok





esok paginya...baru lah kami bertolak ke Pilah lepas breakfast
macam biasa..pegi rumah Mak Ngah...

di sebabkan anak-anak ni jarang jejak tanah...
bila di kampung..habis semua di explore...
sampai pijak tahi lembu pun tak kisahhh...ha ha ha






dari sini kami bertolak ke rumah sanak- saudara yang lain...
suasana kampung ni kan lain...tak sama kat bandar :)




sepatutnya kami akhiri 'lawatan raya' kami di rumah pakcik di Seremban
tapi bila sampai Seremban..jumpa pulak keluarga Pilah yang kebetulan pun berziarah kat rumah Pakcik
makanya kami mem'follow' lah angkatan jentera sedara Pilah ke rumah saudara-saudara yang lain...
panjang pulak perjalanannya ye...

btw...cuba lihat gambar di bawah...
nampak tak..konsep baju ku sama dgn langsir dan sofa...

huwaaaaaaaaaaaaaaaaa...
niiii anak buah a.k.u punya keje lah ni
dia amik gambar ni
pastu siap kutuk a.k.u ...
baju mak usu dah sama dengan langsir dan kerusi....
sabo je kannnn
sib baik lah Mak Usu ni baikk...sopan santun....berbudi bahasa kannn
kalau takkkkkkk...wacaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....





ni baru sikit ni..rasanya kalau kumpul semua..mau dekat 1000 dah kot keturunan keluarga....
tu pun mereka dok plan nak buat 'reunion' ok..heheheh

sebelah malamnya...
a.k.u ngan anak buah masak nasi mandy
beli kat sedara..dia dok pomote
jadinya teroslah mengeluarkan 'skill' masak a.k.u
walaupun memang pemalas kannnn....

amacam?
nampak menyelerakan tak ayam masak merah a.k.u tu
untuk pengetahuan semua...
ni pun kira pestime a.k.u masak ayam masak merah ok
kalau kat rumah sendiri .. nannnn hadoooooo
dah semua orang tak makan pedas kannnn...
sampai kena perli lahhh.."Ibu kat umah tak masak pun cam ni"
chaittttttttttttttt





alhamdulillahhh..kenyanglah malam tu
di sebabkan short planning kan
cuma ada ayam masak merah..ayam goreng dan salad....

jadilahhhh...

keesokkan harinya...terjun tiruk lagi lah dalam kolammmm......

si Fahim dah tak takot..yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyy
dia dah boleh jalan-jalan kolam dewasa tu tanpa pelampung kuning dia tuuuuu
dan dia dah berani..itu yang paling penting
dulu even duk dalam pelampung kuning tu punnn asik nak berkepit dengan ibu
tapi kali ni...dah boleh buat kuak lentang dah sorang-sorang
good improvement...dannn..sebenarnya....berenang dalam kolam ni pun satu terapi yang baik untuk Fahim.....




walaupun resort ni belakangnya laut
tapi kami tak mandi laut pun
lagi-lagi sejak ada resort atas air kat laut tuuuuu...lagi lah..bertambah keruh airnya
bergambar je ok




yang ni gambar masa lunch..
yerlah..mana boleh tidak pegi Kedai Ayam Panggang Cowboy yang satu ni
kicapnya masih debaboooooo
tapi rasanya portion dah agak senduuuuuu




lepas ni.....aku nak update pasal Rumah Terbalik Port Dickson...

tunggggggguuuuuuuuuuuuu




Tuesday, August 4, 2015

Majlis Perjumpaan & Sambutan Ulangtahun ke-11 Sitizone

Assalamualaikum

Rasanya duluuuuu
a.k.u macam nak tulis pasal Perjumpaan Sitizoner tu
tapi hangat-hangat tahi ayam...

ni bila dah dapat external drive...(ye selalu saya mmg simpan je)
nak tengok gambar lain..tetiba ternampak gambar-gambar di bawah ni....
siap dah ada watermark lagi....

memang a.k.u ni kalau bab edit gambar .... kalau depan mata laju..
tu pasal...lepas edit teros kena tulis
kalau tak tulis...haaaaaaaaaaaaa gini lah jawabnya






Tema gathering kali ni "Back to School"
a.k.u tak de kisah sangat nak ikot tema
pakai je apa yang ada....
si Alieyah dengan Fahim pun lagi lah tak payah kisah..sbb depa mmg bersekolah...

memang penuh giler dewan hari tuuuuu....




dan paling best
haaaaaaaaaaaaaa Kantin Sekolah ni haaaaaaaaaaaaaaaaa....

ko hado..meja a.k.u memang betul-betul dekat ngan Kantin ni
tangan ni memang asik ke sana je...
pastu ngap!!




ni lar wajah-wajah budak sekolah...hehehe





dannnnnnnnnnnnnn
pengawas pun masukkkkk




hari tu pun ada sambutan hari lahir
disebabkan Siti lahir bulan Januari..so siapa-siapa yang lahir bulan Januari dipersilakan ke pentas
alaaaaaaaa kalau bukan Januari pun bukan dia tahu..sbb tak check pun :)







ada banyak giler aktiviti dan banyak giler hadiah..
goodies bag pun boleh tahan....

dapatlah set penjagaan wajah simplySiti...
dapat coklat Cadbury...
majalah....

overall..enjoy
peminat Siti..tak boleh cakap ape lah kan :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...