Assalamualaikum
Budaya Malaysia
Terserlah di Bulan PLAY-DOH® Yang Julung Kali Diadakan!
Rakyat Malaysia menyahut cabaran mencipta
beribu-ribu rekaan dalam usaha “Membentuk Kepelbagaian Komuniti” untuk The
Malaysia Book of Records
Kuala Lumpur, 26 September 2015: Sambutan Bulan PLAY-DOH® yang julung
kali diadakan di Ground Floor Highstreet
1 Utama membawa persembahan menarik dan berwarna-warni sepanjang minggu, di
mana seisi keluarga mencipta rekaan PLAY-DOH® berilhamkan Malaysia dan pada masa yang sama berseronok
dengan pelbagai aktiviti menarik!
“Telah lebih lima
dekad PLAY-DOH® menjadi alat pembelajaran dan kreativiti, dan ini adalah satu
warisan berharga untuk diraikan bersama rakyat Malaysia! Sambutannya amat
menggalakkan dan kami sungguh bangga apabila orang ramai dari seluruh lapisan
masyarakat dan usia tampil untuk menyertai aktiviti kami dalam usaha untuk “membentuk
kepelbagaian komuniti” sebagai penghargaan kepada keunikan budaya dan warisan
Malaysia,” kata Cik Regina Toh, Pengurus Pemasaran, Malaysia & Singapura.
Kompaun PLAY-DOH® boleh dioleh dengan pelbagai cara, pilihan
warna dan peralatan untuk membentuk apa sahaja bentuk. Ini memberi kebebasan kepada
setiap orang untuk melahirkan kreativiti dan imaginasi mereka. Ikon makanan dan
buahan popular, mercu tanda terkenal, pakaian dan budaya Malaysia ditampilkan
dengan megah semasa roadshow Bulan PLAY-DOH®
yang penuh kemeriahan yang telah diadakan sejak 21 September lalu.
Maskot PLAY-DOH®
juga muncul beberapa kali untuk memberi peluang kepada kanak-kanak yang begitu
teruja bergambar bersama Doh Doh. Pengunjung muda ini juga berpeluang
mempelajari teknik baru di PLAY-DOH®
School, melakukan eksprimen di tapak permainan bebas dan mencuba set
permainan PLAY-DOH® Cupcake Celebration
Playset dan Swirl and Scoop Ice Cream
baharu di Sweet Shoppe istimewa!
Kemuncak
sambutan ini adalah usaha untuk mencapai rekod The Malaysia Book of Records
untuk mencipta rekaan PLAY-DOH® paling banyak dalam masa satu hari yang diadakan
pada 26 September (Sabtu). Setiap ukiran dipamerkan di pentas PLAY-DOH® gergasi
dalam pelbagai warna dan kreativiti demi
menampilkan kepelbagaian komuniti Malaysia.
Di samping
itu, ukiran paling kreatif dalam dua kategori akan memenangi hadiah eksklusif PLAY-DOH®!
Kategorinya ialah 1) Ukiran PLAY-DOH® terbaik (bawah 12 tahun), 2) Ukiran PLAY-DOH®
terbaik (13 tahun ke atas)! Ukiran yang memenangi pertandingan ini juga akan dipamerkan
dalam laman sesawang PLAY-DOH®.
Nantikan pengumuman
pemenang pertandingan dan maklumat terkini tentang Bulan PLAY-DOH® di www.playdoh.com.
Mengenai PLAY-DOH®
Jenama PLAY-DOH® dengan
bangganya menyambut lebih daripada 50 tahun warisan dalam permainan
berwarna-warni dan kreatif. Sejak ia pertama kali diperkenalkan pada 1956,
kompaun PLAY-DOH® telah menjadi mainan kanak-kanak di semua peringkat umur,
menjadikannya mainan kegemaran klasik yang digunakan di rumah dan sekolah di seluruh
dunia.
Mengenai Hasbro
Hasbro, Inc. (NASDAQ: HAS) ialah syarikat
alat permainan berjenama yang bertekad untuk memenuhi keperluan asas dalam
ciptaan permainan kanak-kanak dan keluarga melalui produk kreatif syarikat
bertaraf dunia yang termasuk TRANSFORMERS®, MONOPOLY®, PLAY-DOH®, MY LITTLE
PONY®, MAGIC: THE GATHERING®, NERF® dan LITTLEST PET SHOP®. Dari mainan kanak-kanak
ke program televisyen, wayang gambar, permainan digital dan program komprehensif
berlesen, Hasbro terus berusaha untuk memberi kepuasan kepada pelanggan di seluruh
dunia dengan pengalaman permainan dan hiburan inovatif dalam pelbagai bentuk
dan format, bila-bila masa di mana jua. Hasbro Studios bertanggungjawab dalam
membentukkan hiburan dan penceritaan berkisarkan jenama Hasbro di televisyen,
filem, penerbitan komersial dan cerita pendek. Melalui komitment mendalam pihak
syarikat terhadap tanggungjawab social korporat termasuk sifat dermawan, Hasbro
sedang membantu membina dunia yang selamat dan mampan untuk generasi akan
datang dan memberikan kesan positif kepada berjuta kanak-kanak dan keluarga
mereka setiap tahun. Hasbro telah diiktiraf atas usaha-usahanya dan telah
dinamakan "World's Most Ethical Companies" yang tersenarai dalam
"100 Best Corporate Citizens siaran majalah Corporate Responsibility.
Maklumat lanjut di www.hasbro.com
No comments:
Post a Comment
eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...
pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...
PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU
Assalamualaikum!!