SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Tuesday, September 30, 2014

Pemenang Giveaway "Share the Softness"...

Assalamualaikum



Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi join giveaway saya...
walaupun tak ramai
tapi saya cukup bahagia...

ada teman yang sudi berkongsi 'Share the Softness" bersama saya..

maaf sbb terlewat mengumumkan pemenang...

baiklah...

saya menggunakan khidmat http://www.random.org/ untuk menentukan pemenangnya.....
saya tak terlibat dalam pemilihan...so kalau ada salah silap...sila marah cik puan random.org...heheheh


untuk hadiah yang pertama.....
merupakan sekotak tisu Kleenex seperti di bawah




dan pemenangnya adalah...

eh jap..lupa ye..nak bgtau siapa yang menyertai...
terima kasihlah banyak-banyak ye...
saya ikut turutan lah ye..so yang paling atas..no 1..dan seterusnya....







dan pemenang tempat pertama adalah kepada





 ... no. 3
Erin-Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia...
tahniahhHhhHhhHh Erin...

hadiah akan di hantar tidak lama lagi ok...

Terima kasih kepada semua!!!










 eh eh..jap ada lagi...di sebabkan saya sangat baik....











saya bagi jugak untuk hadiah tempat kedua dan ketiga....

dan pemenang tempat kedua jatuh kepada




No. 1 - syidasyakirin..
tahniah dik.....
hadiahnya juga tisu Kleenex... :)







dannnn tempat ketiga jatuh kepadaaaaaaaaaaaaaaaaaa



No. 2 Lynda @ Speaker @ Rabbit
dah begitu juga hadiah di tempat ketiga...tisu Kleenex juga :)






tapi saya sangat baikkkk...
untuk dua lagi peserta yang menyertai....tapi tidak mendapat pilihan di random...
anda berdua bakal menerima credit bernilai RM5 daripada saya......
so the 'credit' goes to  Mama Tisya dan Nur Shafiza....


so untuk semua...
jangan lupa bagi details untuk pengeposan ke adhila310@gmail.com
dan untuk hadiah credit..sila emailkan no HP anda ke email yang sama...

TAHNIAH UNTUK SEMUA...
dan terima kasih banyak-banyak sebab sudi join GIVEAWAY tak seberapa saya :)



jangan serik untuk kunjungi blog picisan saya ye!!




Monday, September 29, 2014

Nuffnang - Fraud Click Activity

Assalamualaikum


I dont know how to react on this matter...

speechless...

and yaaa......I'm very happy with the efficient answer.... :)

tak pe..rezeki ada di mana-mana
mungkin jodoh tak panjang kot...
maklumlah...
blog picisan kan

saya redha!!!

PERINGATAN KERAS YE:  Jangan pandai-pandai click banyak banyak banyak kali...tak pasal-pasal menjadi mangsa kejadian..huh!!



nampak sangat 'standard answer' dari pihak mereka...
sampai tercopy dua kali kot "Thank you for writing in..."


Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum




sepatutnya hujung minggu lepas kami menghadiri dua majlis kenduri kahwin
tapi Fahim demam pulak malam Sabtu tu...
jadinya kami cuma memenuhi satu jemputan sahaja iaitu kawan incik Adha
tu pun sbb tempatnya satu jalan ke rumah mak mertua
so on the way ke sana..kami singgahlahhhh.....

moga kekal berpanjangan...
sama cantik
sama padan..
siap mak pengantin pompuan ingat a.k.u ni kawan dia kot..
sbb katanya muka iras-iras..haaaaaa siapakah itu :)
a.k.u pulak muka macam tak puas hati..sbb a.k.u mmg tak kenal
atau..a.k.u kenal tapi a.k.u lupa
antara satu lah tuuuuuu

ni lah satu masalah a.k.u ni
kadang-kadang kenal muka..tak tahu nama
kadang-kadang tau nama..tak kenal muka..

tapi confirmed..mmg a.k.u tak kenal ari tu..
maaf achik ye.....kalau betul-betul saya kenalan achik..
hampunnn kan lah saya...saya mmg tak ingat

anyway..
congrats to both of you
cepat-cepat timang baby ok...




Pemenang GIVEAWAY Share the Softness

Assalamualaikum



pemenangnya adalah

drumroll

jeng jeng jeng....

sabo..sabo...

masih ada masa lagi..

jap gi saya umumkan siapa yang bakal memenangi sekotak tisu kleenex yang istimewa ye...

ada sesiapa nak join lagi tak???????

GIVEAWAY Share the Softness by Kleenex nieH??






Sunday, September 28, 2014

STICKY: Share the Softness by Kleenex

Assalamualaikum

** untuk posting terbaru..sila scroll ke bawah ** 


Letih jugak membacanya celoteh panjang-panjang tadi kan...
a.k.u punnn..
bab baca membaca ni...bukan amalan a.k.u kot

tapi...
demi kempen Share the Softness by Kleenex nieH..
ku teruskan jua perjuangan....

untuk pengetahuan semua
dua matlamat utama yang ingin di capai dalam kempen ni adalah:


  1. Kongsi Kelembutan dan raikan Hari Malaysia dengan membawakan sentuhan kasih sayang dan lembut kepada setiap orang
  2. Berganding Bahu untuk menggerakkan perubahan dan mencapai 10,000 post di Facebook untuk membantu lebih ramai anak yatim mendapat rumah perlindunganyang sempurna melalui OrphanCARE


dan bagi mencapai matlamat ni....korang cuma perlu cuma perlu

  1. ‘Like’ halaman Facebook Kleenex® Malaysia
  2. Cari post peraduan “Share The Softness”, dan mula berkongsi kelembutan. 
  3. Tag pasangan, kawan, ahli keluarga atau jiran anda dalam bahagian komen post peraduan tersebut dan beritahu mereka betapa anda menyayangi mereka
  4. dan jangan lupa untuk sertakan hashtag  #kleenexsoftness!

Mudah bangat kannnnnnn....

dan jika anda bertuah..anda bakal memenangi hadiah bernilai RM10,000
besar tu kannnnnnn
ape lagi..jom klik Facebook Kleenex Malaysia









dannnnnnn...
untuk pengunjung blog adanya.kau.untukku
ada hadiah special untuk di kongsi bersama..
dah alang-alang kempen Share the Softness kan...
dan dah lama tak buat Giveaway...

caranya amat mudah...
cuma tinggalkan  komen di bawah dengan menaip
  "Share the Softness" by ... (korang letak address blog korang)

pemenang akan di umumkan pada 29 September 2014
dan hadiahnya merupakan sekotak tisu Kleenex 


cuba jangan tak cuba...



#kleenexsoftness

Friday, September 26, 2014

Pen Warna-Warni

Assalamualaikum




ni baru sebahagian...
ada lagi kat rumah

ntah macam mana pen warna warni bleh ada kat opis...
dulu tempatnya di dalam pencil case kat rumah
confirmed masa guna pen ni..a.k.u tak letak balik dalam tempat asal dia

zaman study-study dulu memang suka beli pen warna warni nieH
senang nak buat nota

even sekarang...hobi ni agak kurang di buat
tapi....masih diteruskan..
yang terbaru a.k.u 'terbeli' pen glitter Sherpie..
a.k.u mmg suka dengan jenama ni untuk marker pen...
terbeli yang glitter ni .. gara-gara iklan kat radio..sempena ulangtahun depa..
dia keluarkan glitter gold katanya...

benda-benda yang 'special' macam ni..
mmg a.k.u suka..dan akan carik.....

kalau pen pulak..suka jenama PILOT...
smooth je rasa tulis...

nama yang ada dekat atas pen tu
'wajib' ada ...sbb..kalau bawak kat opis...confirmed...'hilang'..
kadang-kadang kembali ke pangkal jalan
kadang-kadang ghaib entah ke mana
at least..bila ada nama ni..kebarangkalian untuk kembali ke pangkal jalan tu agak tinggi
walaupun kadang-kadang suram...

heheheh..korang ada tak hobi-hobi cam nieH??


Wednesday, September 24, 2014

Alieyah is 8th

Assalamualaikum



Cerita dah basi kannn
tapi tetap nak cerita...

ni semua gambar dari belas ehsan HP ku
gambar kat kamera
malas nak upload..hehehe

actually masa 14 Sept ari tu
plan tuk buat makan-makan kecil dengan famili ye
jadi... tempat yang di pilih..setelah di congak di tukar di survey
Ayam Penyet AP Festival City
sebab...tempat dia luas :)





kek yang di pilih..Naked Rainbow Cake
anak dara yang pilih..
pastu dia nak bunga-bunga cinta plus butterfly
layankan aje.....







ni lah tuan puteri untuk hari kejadian
kekdahnya dia tunggu ngan ibu kat situ berdua
sementara menunggu yang lain sampai....

tapi bila yang lain sampai
a.k.u terus bergegas beli belon bagai tuk nampak cam suasana di hari raya birthday...
sib baik ada kedai yang jual barang-barang untuk birthday kan
senang...grab and go je...

lepas makan potong kek bergambar
balikkk..itu saja pun..
ringkas..mudah..

walaupun ringkas .. mudah..
makan ratus-ratus jugak
bila di fikirkan balik...
better buat party terancang...

lagi best kan..
tak pelah..tu later boleh buat :)

ehh tapi tidak habis di situ..
sambung pulak untuk goodies bag kawan-kawan Alieyah


di sebabkan birthday Alieyah jatuhnya pada cuti sekolah
ibu nasihatkan dia suh bg goodies bag ni hari Jumaat
(last day sebelum cuti sekolah bermula)
katanya tak boleh...
sbb nanti ada sambutan merdeka kat sekolah
mmmmm...
ape kena mengena sambutan merdeka dengan bagi goodies bag kannn..

tapi ibu...layan kan aja...
jadinya...goodies bag ni pun di beri kepada kawan-kawan pada hari pertama sekolah di buka
selepas bercuti sekolah ari tu...

masa tanya dia berapa ramai kawan-kawan
katanya 34...
tapi bila a.k.u tengah susun-susun goodies bag nieh
a.k.u cam teringat cikgu dia kata ada 38 orang
mmmmmmmm
pelik bin ajaib
a.k.u tanya lagi
mmg sah 38 termasuk dia..
dah tershort 3 kannnn..
sib baik barang-barang untuk goodies bag tu boleh cover 3 goodies bag extra tuuu



haaaa nak dijadikan cerita...
goodies bag ni kannn
mmm
next entry a.k.u cerita detail kay..
intro dulu ye


a.k.u agak angin gak
sah-sah tulis kat plastik tu 50pcs
tapi doily paper tu dapat 25 keping je...
beg kertas tu mmg 50 keping..
hanginnnnnnnnnnnnnn giler kan
tapi nak redeem balik pun cam tak berbaloi
sbb paper bag ni a.k.u beli awal bulan 9 ari tu...
tapi a.k.u akan tetap suarakan pada pihak itu...

tunggu next entry.. hehehe






Tuesday, September 23, 2014

Share the Softness

Assalamualaikum

saya sudah....
mana tau anda juga bernasib baik...

Share the Softness is dedicated to all my true friends while studying in UiTM Shah Alam long time ago...

I miss all of you gangs!!

1997 - 2014  - a longgggggggggggggg journey....
almost 17 years huh...





jgn lupa
LIKE FB Kleenex Malaysia
Comment pada posting Share the Softness
Tagged rakan anda
dan hashtag #kleenexsoftness


selamat mencuba!!




Kleenex Menjadikan Kelembutan Cara Hidup Rakyat Malaysia

Assalamualaikum



KLEENEX® MENJADIKAN KELEMBUTAN 
CARA HIDUP RAKYAT MALAYSIA

          Kongsi Kelembutan dan raikan Hari Malaysia dengan 
membawakan sentuhan kasih sayang dan lembut kepada setiap orang
      Berganding Bahu untuk menggerakkan perubahan dan mencapai 10,000 post di Facebook 
untuk membantu lebih ramai anak yatim mendapat rumah perlindungan 
yang sempurna melalui OrphanCARE





Ketika rakyat Malaysia merayakan penubuhan persekutuan Malaysia 50 tahun lepas, Kleenex® memberikan cara baru kepada rakyat Malaysia sempena menyambut perayaan tersebut, iaitu dengan hanya mengamalkan perlakuan kelembutan melalui kempen “Share the Softness”. Kempen ini bermatlamat untuk mencapai sekurang-kurangnya 10,000 post di antara kalangan rakyat Malaysia yang berniat menjadikan kelembutan sebahagian daripada kehidupan seharian mereka!

Setiap peristiwa, besar dan kecil, boleh dijadikan bermakna dengan sentuhan kelembutan, dan Kleenex® mengingatkan lebih ramai rakyat Malaysia di mana-mana sahaja supaya menjadikan Malaysia tempat yang lebih lembut dengan mengambil waktu seketika untuk menunjukkan kasih sayang kepada orang tersayang dengan meluahkan kata-kata yang manis dan penuh keprihatinan. Dari sekarang sehingga 27 September, jenama ini mempelawa rakyat Malaysia meluahkan keprihatinan dan kasih sayang mereka melalui Facebook dengan tag yang mudah dan berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM10,000.

Apatah lagi, perlakuan kelembutan ini juga membawa pengertian baru kerana setiap post Facebook menolong menyumbang kepada  OrphanCARE, sebuah pertubuhan bukan untung yang menolong bayi-bayi terbiar dan anak-anak yatim mendapat rumah perlindungan dan penjagaan yang sempurna.

Ambillah peluang ini untuk mewujudkan perbezaan dalam kehidupan orang di sekeliling anda, serta mereka yang kurang bernasib baik. Bahkan pakar psikologi pun mengiktiraf bahawa perkara kecil adalah penting, daripada perlakuan kecil antara orang tersayang seperti membuat secawan teh[1] untuk satu sama lain hingga kepada bercakap dengan lebih bersopan santun dan berbudi bahasa kepada satu sama[2]. Perlakuan yang mudah dan positif merupakan kunci membina dan menjalani hidup yang lebih bahagia[3], dan para penyelidik mengakui bahawa seorang individu mempunyai kuasa untuk mempengaruhi perasaan orang lain[4], justeru itu satu perlakuan kelembutan boleh mewujudkan perbezaan yang besar dalam kehidupan orang lain.

Sama ada sekadar galakan atau dorongan biasa atau pelawaan untuk duduk bersembang, sentuhan kelembutan boleh membuatkan seseorang berasa dihargai. Untuk menyertai, anda cuma perlu ‘Like’ halaman Facebook Kleenex® Malaysia, cari post peraduan “Share The Softness”, dan mula berkongsi kelembutan. Tag pasangan, kawan, ahli keluarga atau jiran anda dalam bahagian komen post peraduan tersebut dan beritahu mereka betapa anda menyayangi mereka. Sertakan juga #kleenexsoftness!

Mesej yang paling menonjolkan kasih sayang akan memenangi Pek Kleenex® Softness eksklusif edisi terhad dan hadiah seperti kamera Polaroid, beg jenama Longchamp, rantai tangan Thomas Sabo dan banyak lagi!

“Penjagaan yang lembut membawa perbezaan dalam kehidupan kita yang sibuk dan moden dan apabila keadaan menjadi sukar, perlakuan yang paling kecil pun boleh membuat perubahan ke arah yang lebih baik. Inilah sebabnya mengapa Kleenex® terus menggalakkan rakyat Malaysia berkongsi kelembutan dan membawa kegembiraan kepada orang yang kita sayangi,” kata Emily Chong, Pengurus Pemasaran, Penjagaan Keluarga dan Dewasa, Kimberly-Clark Malaysia.

“Marilah kita akui bahawa perlakuan kelembutan yang paling kecil pun boleh mempunyai kesan riak, jadi melalui tindakan kita, kita boleh menjadikan Malaysia tempat yang lebih lembut untuk didiami. Pada Hari Malaysia ini marilah kita merayakannya dengan Berkongsi Kelembutan dengan rakan senegara kita.”

Tidak lupa pada mereka yang kurang bernasib baik, setiap post Share the Softness di Facebook serta setiap pembelian rangkaian produk CSR Kleenex® adalah bersamaan dengan derma sebanyak RM0.50 kepada OrphanCARE; cuma SMS kod unik yang terdapat pada produk Kleenex®.

Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana hendak Berkongsi Kelembutan, kunjungi halaman Facebook Kleenex® (www.facebook.com/Kleenex.Malaysia). Untuk maklumat lanjut tentang Kleenex®, sila hubungi talian Kimberly-Clark Consumer Care di 1-800-82-1188 (bebas tol) pada hari bekerja dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

###
Mengenai Kleenex®
Kleenex®, tisu muka No. 1 di dunia menawarkan kelembutan terunggul yang membersihkan semua jenis kulit dengan lembut. Setiap helaian diperbuat daripada 100 serat dara berkualiti yang tidak meninggalkan sebarang sisa bagi mengurangkan rengsaan kulit. Ini bukan sahaja memastikan kulit yang bersih, tetapi juga jagaan yang lembut dan kebersihan terunggul untuk anda seisi keluarga. Tisu  Kleenex® boleh didapati dalam dua jenis, iaitu tisu muka dan tisu mandi dan dalam pelbagai bentuk bungkusan yang menarik dan memudahkan, terkenal dengan kelembutan, kekuatan dan daya serapannya yang ideal.  

Kleenex® adalah jenama Kimberly-Clark
Kimberly-Clark dan jenama globalnya yang terkemuka merupakan sebahagian penting daripada kehidupan orang di lebih daripada 175 negara. Setiap hari, berbilion-bilion orang di seluruh dunia – hampir suku daripada jumlah penduduk dunia – memilih jenama Kimberly-Clark dan penyelesaian yang disediakannya bagi meningkatkan kesihatan, kebersihan dan kesejahteraan mereka. Dengan jenama seperti Kleenex®, Scott®, Huggies®, Kotex® dan Poise®, Kimberly-Clark adalah tentang “menerajui dunia dalam keperluan penting untuk kehidupan yang lebih baik”. Untuk mengikuti berita terkini Kimberly-Clark dan mengetahui lebih lanjut tentang sejarah inovasi syarikat sepanjang 140 tahun, sila layari http://www.Kimberly-Clark.com.





[3] The Rough Guide to Happiness, Nick Bayliss.


#kleenexsoftness



Monday, September 22, 2014

Sejarah Buah Lemon

Assalamualaikum




hari ni kita belajar pasal sejarah ye
asik cite merapu je kan..

ha ha ha



dah kenapa masuk bab sejarah pulak
pastu pasal sejarah lemon ye
dah tak de keje lain?


kekdahnya...
a.k.u ke cafe untuk membeli sarapan pagi seperti biasa
makanya a.k.u pun memesan air lemon with honey
tetiba je..dia cakap lemon tak de
ehhh.....a.k.u nampak je lemon
lemon yang berwarna kuning bulat ada..lonjong pun ada...
a.k.u musykil..pagi-pagi dah buat soalan cepumas
betullah tu lemon..mati-mati dia kata bukan
tetapi mmg betul pun buah tu buah lemon..dia saja kan nak pekena a.k.u




ehhh...bukan hanya di situ..
dia tanya lagi
LEMON DALAM BAHASA MELAYU APA?
adoiiiii......abe..soalan ape abe buat pagi-pagi ni
saya dah lah miong......
amik air..terus chiow

tapi dalam otak ni dok gak berfikir-fikir...
LEMON DALAM BAHASA MELAYU APE YE??

terus google tau....eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...saja ok orang cafe neiH

dari wikipidea berbunyi..


Lemon ialah pokok kecil yang malar hijau (Citrus × limon, selalu diberi sebagai C. limon) berasal dari Asia, dan juga nama untuk sejenis buah limau bujur yang berwarna kuning dan tebal kulitnya serta masam rasanya. 


Sejarah

Asal tepat dari lemon masih misteri, walaupun dianggap secara meluas bahawa lemon pertama tumbuh di India, utara Burma dan China.[1][2] Di Asia Tenggara dan Selatan, ia dikenali kerana sifat antiseptik dan digunakan sebagai penawar untuk pelbagai racun. Lemon masuk ke Eropah (di dekat Itali selatan) paling lambat pada abad ke-1 Masihi, pada masa Rom Kuno. Namun, tidak banyak yang ditanam. Lemon kemudian diperkenalkan ke Parsi dan kemudian ke Iraq dan Mesir sekitar tahun 700. Lemon pertama kali tercatat dalam kesusasteraan dalam risalah Arab abad ke-10 mengenai pertanian, dan juga digunakan sebagai tanaman hias di kebun Islam awal. Ia diedarkan secara meluas di seluruh dunia Arab dan wilayah Mediterranean antara 1000 dan 1150 M. Asal genetik lemon bagaimanapin, dilaporkan merupakan hibrid antara oren pahit dan sitron. 
Penanaman lemon besar pertama di Eropah bermula di Genoa pada pertengahan abad ke-15. Beliau kemudian diperkenalkan ke Amerika tahun 1493 ketika Christopher Columbus membawa biji lemon untuk Hispaniola sepanjang perjalanan itu. Penaklukan Sepanyol di seluruh Dunia Baru membantu menyebarkan biji lemon. Ia terutama digunakan sebagai perhiasan dan ubat. Pada abad ke-18 dan 19, lemon semakin banyak ditanam di Florida dan California, ketika itu lemon mula digunakan dalam masakan dan perisa.

Pada 1747, ujian James Lind pada pelaut yang menderita penyakit skurvi melibatkan penambahan vitamin C dalam diet mereka dengan jus lemon.

Jalur etimologi perkataan lemon menunjukkan asal Timur Tengah. Salah satu sebutan paling awal "lemon" dijumpai dalam dokumen Inggeris Tengah kebiasaan 1420-1421, yang menarik dari lemon Perancis Lama, dari situ ke limone Itali, daripada laymÅ«natau limun Arab, dari lÄ«mÅ«n Parsi.


a.k.u pasti jawapannya masih lemon
ke memang ada nama lain???

tapi yang pastinya..baru ku tahu..LEMON berasal dari Asia
a.k.u dok ingat buah ni datang dari negara omputih.....
mmm nampak sangat tak tahu kannn...

ok lah...
malas nak serabut kan kepala dengan soalan cepumas di pagi Isnin...

jom layan Lemon with Honey suam...



ehh lupa....
kenapa sekarang minom air nieH..
haaaaa jom kite tengok ape khasiatnya

  1. Mengurangkan berat badan yang berlebihan
  2. Memperbaiki sistem pencernaan
  3. Menghilangkan bau mulut
  4. Memberikan kulit sihat
  5. Berfungsi sebagai anti-bakteria yang melindungi diri kita dari penyakit
  6. Melegakan batuk dan ketidakselesaan tekak
  7. Mengelakkan dari penyakit kanser dan jantung
  8. Memberikan lebih tenaga
  9. Mengelakkan dari terjadinya ulser mulut
  10. Membersihkan saluran kencing anda dan bertindak sebagai diuretik


amacam??
banyak khasiat kan..
a.k.u yakin banyak lagi khasiat-khasiat buah lemon
google je...memang macam-macam keluar...

jom kite amalkan!!

Friday, September 19, 2014

Wednesday, September 17, 2014

Jubah D'yana Dalisha Untuk Dijual

Assalamualaikum


kali ni Jubah D'yana di datangkan dengan sulam yang menarik...
Fabrik - Korean Fusan
Sizes - 38 - 48

a.k.u dah sambar Dark Green itu..sangat exclusive warnanya....

Interested?
Email me at adhila310@gmail.com







Sunday, September 14, 2014

She is 8th!!


Assalamualaikum


Alhamdulillah...
she's 8th now...
getting bigger and healthier...in sya allah...
she gonna be a good 'kak long', a solehah dotter...

ibu always pray for your health....wealth...success...

Happy Birthday Alieyah...



fresh from the oven
a few seconds after giving birth



1-day-old

She is 8th!!







Saturday, September 13, 2014

Resepi Masak Ketam Sedap

Assalamualaikum



tajukkkkkk..macam lah sedap sangat kan
tapi in sya allah sedapppp...
resepi dari bonda mertua ku
ari tu di request oleh incik suami
gigih si isteri belajar...dan gigih incik suami siang ketam
si isteri bab-bab siang ketam nieh...heheehhe...lembab sikit...

ni kiranya kali kedua a.k.u masak
dan di sebabkan resepi nya sangat mudah..
jadi boleh lah masak kali kedua di rumah sendiri tanpa supervision dari bonda mertua....





Bahan-bahan untuk masak Ketam sedap..
a.k.u pun tak tahulah nama dia apa
Ketam Berkuah ke...Ketam Bercili ke...Masak Lemak Ketam ke
a.k.u bagi nama a.k.u sendiri..
Masak Lemak Ketam Resepi Bonda Mertua..
(bolehHHhhHHHHh ha ha ha)


jom kita lihat bahan-bahannya...mudah sangat dan senang sangat nak ingat


Bahan-Bahan
1.  Enam Ekor Ketam
2.  Dua Kotak Santan (Kalau nak kuah banyak..kalau tak..sekotak sudah)
3.  Lima ulas Bawang Merah
4.  Satu ulas Bawang Putih
5.  Empat biji Cili Merah (kalau nak pedas..lebihkan lah..ikut citarasa)
6.  Dua tangkai Serai
7.  Garam secukup rasa

Cara Memasak

1.  Bahan Menumis - Kisar semua bawang merah, bawang putih cili merah dan serai bersama-sama...dan kisar halus...tumiskan dalam minyak panas....
2.  Bila dah agak garing..masukkan ketam dan santan sekali harung
3.  Gaul ke semua bahan tadi sehingga kuah agak pekat.
4.  Sebelum matikan api, letakkan garam secukup rasa
5.  Siap!!


mudah sangat kannnnnnnnn

* pesan bonda mertua ku..garam jangan letak banyak-banyak..sbb secara teorinya....ketam tu bersifat masin..so letak agak-agaklah ye...

selamat mencuba!!


Friday, September 12, 2014

Roti John Titiwangsa

Assalamualaikum





memang leleh giler bila tengok roti John nieH..
bukan sebarang roti john
tapi ROTI JOHN TITIWANGSA

Titiwangsa ok.....takot nanti orang ingat memang kat Taman Tasik Titiwangsa
tapi kekdahnya....kedai ni cuma di Kg Datuk Keramat



landmark ke sini sangat mudah..(untuk a.k.u lah kan..sbb memang duduk kat area tu)
Kedai ni berdekatan dengan SK Datuk Keramat ...
tapi bukan di bahagian depan...belakang...
maknanya..korang kena ikut laluan sederet lah dengan laluan LRT tuuuu...

kalau dari Pasar Keramat..terussss..nampak traffic light depan sekolah (ada satu je traffic light kat sini sbb berdekatan dengan sekolah..memudahkan pelajar melintas jalan --- teringat lagi waktu tu..a.k.u masih bersekolah di situ....ada 'perasmian traffic light tau...' ko hadoooo...ha ha ha......)

bagi signal ke kanan....ada peluang masuk situ..silakan
tapi kalau nak selamat..amik laluan depan sikit..... se - lorong dengan Balai Polis Keramat tu
pusing-pusing je kat situ......
(ehhh..kat belakang Balai Polis Keramat tu ada jugak Nasi Bubur sedap ok....tapi di sebabkan sedap..nak menunggunya pun bercinta )

a.k.u pasti orang tau lah tempat nieH....Sekolah..balai polis..masjid....


Roti John Tuna Special


yang ni Roti John biasa je..
untuk si Alieyah tu....

untuk kami laki bini
amik Roti John Tuna
fuhhhhh.......melelehhhhhhhhhh


Roti John Biasa

rasanya bukan macam Roti John yang pernah a.k.u makan
ye lah..setiap tempat tu..pastinya ada 'kelainan' masing-masing
yang pastinya..sedaplahhhhh.....
dan ada tambahan berbanding roti john tempat lain...
ada fries.. :)

in sya allah..kalau tak ramai orang..
pasti akan ku singgahi...
usually tempat ni memang beratur orang membelinyaaaaa....
tu yang incik suami cam malehHHhhH sikit bila si isteri request nak Roti John
lagi-lagi lah kalau si isteri nak bubur nasi tu..lagi lahhh ke laut terus request ituuuu....
berjanggut tunggu nasi bubur ok.....
tapi pasal sedap..ku tungguuuuu
tapi encik suami tarik muka seribuuuuuuuuuuu
heheheh.....

cubalah..
in sya allah sedap....




Eh.Eh..lupa...

Assalamualaikum


terlupa nak kabo

ari tu...masa pegi event Johnson & Johnson tu..
dapat goodies bag

macam-macam dapat....wallaweiiiii..
mmg selalunya kalau pegi Blogger Event ni ..
dapat macam-macam...

dan kali ni sbb yang nak di war-warkan pun produk J&J tu..
maka produk J&J jugaklah dapat...

dah lah berat plak tu..naik LRT lagik

**hish...teringat kisah nak naik teksi kat One Utama tu..vunguk tau..tak moh hantar pegi ke LRT..memilih sangat**



tersusun indahhh je kan...
mmg best best best..hehehe


Thursday, September 11, 2014

Jom Rempit

Assalamualaikum



dari kejauhan...
tetiba a.k.u dengar ada suara
vroooommmm...vroooommmm...vroooooooOoOOOmmm....

tetiba nampak makhluk 'halus' nieh
dia naik sendiri ok
buatlah motor tu jatuhhhh
adoiiiiii
dah lah ari tu dia pecahkan pinggan 'vantage' opah dia ibu tak ganti lagi
ni motor pulakkkKKKk...

tapi tak sempat nak amik gambar dia tengah beraksi cam mat rempit
sbb dia mmg tak suka orang amik gambar dia bila dia buat aksi stunt macam nieH...
adoiii......
melompat je dia turun tau

buatnya jatuh motor tu.....hishhhhhhhh







kat bawah ni sepupu dia..
muda setahun dari Awim...
ok je...steady bila Mak Ngah suh amik gambar
si Awim...ibu suruh repeat..buat bodoh je..

si Akid ni lah jugak kawan dia bermesra..bergaduh kat rumah Atok tu
kadang-kadang bila jumpa sepupu lelaki lain pun dia panggil Akid jugak....
terlalu rapat sampai nama di hatiku kekdahnyaaaa...





ok lah...
kite bersiaran lagi nanti....chiow



Cara Urutan Bayi

Assalamualaikum


ikut suka je kan..tunggal langgang posting..
boleh pulak celah-celah posting ada iklan lain ye..

baiklah..rentetan cerita Event Johnson & Johnson hari tu..
sebelum tamatnya acara..
kami di ajar untuk mengurut bayi..
urutan ni mmg bagus kan..

masa anak-anak a.k.u masa kecik
memang selalu gak urut dia orang selepas mandi..
especially untuk mengelakkan kembung perut...





korang cuba lah...
lagi-lagi kalau gunakan Johnsons Baby Oil -lavendar
mmg bau dia...wallllllaaaaaa
sepanjang a.k.u dok buat urutan bayi ari tu
mmg bau dia....bisa buat a.k.u tidur nyenyakk
inikan pulak baby kann...lepas dah urut....dengan baru sedap lagi
mmg layannnnnnnnnnn







ok lah..jom kite belajar...jadi tukang urut paling sempurna untuk baby kite










#JBstoriesinabottle
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...