SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Friday, January 20, 2012

Meja bersepah tidak jejas tugas

Assalamualaikum

 pagi tadi masa dengar radio
ada sebut pasal Meja Bersepah tidak Jejas Tugas
ape lagik..
teros google ok...
Credit to :  Utusan Malaysia Online


lepas tu cakap ngan Encik Suami
so meja Ibu bersepah ok lah kan
pastu nak balik kemas lah elok-elok

En Suami spontan menjawab " Meja selerak tak boleh buat keje"

erk..
nampak tak
kami memang serashi kannn
sorang rajin, sorang malas..

ha ha ha...
don't take it seriously ok

ok ok..baca je lah ulasan di bawah ye


BERLIN 19 Jan. - Mungkin anda merasakan keadaan meja pejabat yang bersepah menjejaskan tugasan harian dan produktiviti seseorang, namun satu kajian menunjukkan ia sebaliknya!

Menurut sekumpulan penyelidik dari Jerman, meja yang bersepah sebenarnya boleh membantu individu berfikir dengan lebih jelas kerana keadaan itu membuatkan mereka mencari jalan bagi memudahkannya.

Ini berikutan keadaan bersepah secara visual dan mental mampu memaksa manusia untuk memberi fokus dan berfikir dengan lebih jelas.

Pemikir dan penulis terkenal seperti Albert Einstein dan Roald Dahl terkenal dengan meja yang bersepah.

"Meja bersepah sebenarnya tidak menjejaskan kualiti kerja sebagaimana ia kelihatan kerana pendekatan menyelesaikan masalah yang mereka miliki membantu kecekapan kerja atau meningkatkan daya kreativiti seseorang dalam penyelesaian masalah," kata ketua penyelidik dari Universiti Groningen, Jia Liu, dalam artikel yang disiarkan melalui Jurnal Penyelidikan Pengguna.

Anehnya, impak meja bersepah kelihatan lebih berkesan kepada mereka yang konservatif, manakala mereka yang liberal pula sebenarnya tidak kisah dengan keadaan sedemikian.

"Pengurus syarikat swasta dan kerajaan sering mempromosi polisi 'meja kemas' bagi mengelak keadaan pejabat yang tidak terurus dan bersepah, bertujuan menjana produktiviti dan kecekapan kerja.

"Amalan ini berdasarkan kepada pemahaman konvensional bahawa persekitaran yang tidak terurus dan bersepah boleh menyesakkan minda dan menyukarkan penilaian.

"Bagaimanapun tidak semua bukti menyokong kaitan konvensional antara persekitaran bersepah dengan minda yang berserabut," katanya. - AGENSI


tapi jgnlah sebab artikel ni korang biarkan workstation korang bersepah plak ye....
tu mmg PEMALAS kekdahnya..
macam a.k.u gak..ha ha ha


 

10 comments:

  1. saya pun tak reti kalau meja ni kemas tersusun jer.. kalau kemas tu dia punya kemas tak sampai sehari pastu back to normal balik....ntahlah kadang2 rasa cam dah kemas tapi tetap nak bersepah.. camna tuh?

    ReplyDelete
  2. aku mmg suka sepahkan meja ngan bilik aku ...hahaha rumah pun sama ...

    ReplyDelete
  3. @Deqna

    akak rasa sama lah Deqna..
    mesti encik suami awak pun rajin orgnya kan..ha ha ha...

    ReplyDelete
  4. kalau meja besepah , sy pening pale...tkleh wat keje. hehehe

    ReplyDelete
  5. tak setuju..hehe. tak suka meja kerja bersepah..

    ReplyDelete
  6. xreti carik barang bila mja bersusun kemas, mesti ilang, xsuka!! kekeke

    ReplyDelete
  7. @Pinkjambu

    ha ha ha
    sama lah Ana...
    akak kemas ari tu..sendirik carik stapler tak jompa

    ReplyDelete

eh nak komen..alahai...tak sangka ada org nak komen...terima kasih lah ye...terharu achik haaa...ada gak org nak komen...nak nangis ok...ha komen-komen...nanti achik baca dan balas ye...bak kata pantun dua kerat tu...

pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas...

PEN MERAH PEN BIRU...YOU MARAH I LOVE YOU

Assalamualaikum!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...